Monday, January 30, 2012

Kembali Bersuara

Assalamualaikum wbt semua..

Hai..aku kembali berblogging..hehe..siang tadi dah pegi setelkan bil broadband yang 2 bulan tertunggak tu.

Tapi tak boleh aktif sangat sebab line kat kampung tak berapa kuat. Kena sabar banyak-banyak. Tadi sempat pegi melawat blog meow2 kejap, tunggu loading sampai aku tertidur.

Nanti aku akan update lagi, dan melawat blog kawan-kawan pelan-pelan..kena ikut turn ye..hehehe..

Sunday, January 15, 2012

Bercuti

Assalamualaikum wbt..

Ni mungkin post terakhir, memandangkan aku akan bercuti lebih kurang sebulan. InsyaAllah kalau ada rezeki aku gi bayar broadband, maka akan ada lah entri masa cuti ni.

Malam ni aku dan kawan-kawan sekelas akan bertolak ke Utara, ada trip ke Langkawi. Lepas tu aku terus balik rumah dan bercuti.

Sementara nak online semula tu, jenuh la aku rindu post kawan-kawan..terutama blog meow2.

Tu je. Semoga perjalanan malam ni hingga akhir trip berjalan dengan lancar dan dalam keadaan selamat.

Take care everybody.

Saturday, January 14, 2012

Kesian Aku

Assalamualaikum wbt..

Entri nak mintak simpati ni.

Aku dah selesai exam 10hb yang lepas, tapi aku still ada kat UniSZA. Sebabnya ada trip ke Langkawi ngan kawan-kawan sekelas. Nak bertolak malam esok. Aku korban la 5 hari cuti akhir ni kat sini, at least jimat dah duit nak balik kampung sebab nanti lepas balik dari Langkawi, aku turun kat Kuala Perlis je.

Tiada masalah di situ. Cumanya, pagi ini pada pukul 9.15am, mak aku tipon..katanya...'mak ada kat rumah bang Sham ni, satgi nak pi Betong..semua ada ni..pi jalan ramai2".

Aarrgghh..time aku takda la baru nak wat trip. Betong tu sempadan Thailand, dekat Pengkalan Hulu, Perak.

Family aku bukan jenis yang selalu buat trip ramai-ramai..so, bila dah buat ni, dan aku pulak takda..rasa agak sakit hati di situ.

Mak tanya nak pesan apa-apa tak..aku cakap takda..aku pun tak tau apa yang ada kat Betong tu. Tapi aku tau mesti nanti mak belikan something untuk aku..haha..anak bongsu memang tak dilupakan..hehe

Tiba-tiba datang idea..hahaha..aku cakap kat mak..dah alang-alang berkumpul ramai-ramai tu, apa kata tolong kutip sorang sikit, wat sponsor aku nak ke Langkawi nanti..aku dah kekeringan sangat dah ni. Hahaha..

Selamat bercuti dan membeli belah keluargaku..

Thursday, January 12, 2012

Feature Baru

Assalamualaikum wbt..

Perasan tak feature baru blogspot ni..kat bahagian comment..kita boleh reply untuk setiap comment sebab ada option "delete, reply".

Bagus juga macam tu..bila tuan punya blog tu reply comment kita tu, rasa dihargai...haha..

Boleh macam tu kan..haha..

Tu je nak tulis.

Tuesday, January 10, 2012

Saya Rajin

Assalamualaikum wbt...

Tetiba buat entri puji diri sendiri. Hahaha.

Baru balik dari main badminton kat gym tadi, ngan classmates. Aktiviti ni akan berlangsung setiap kali selesai menjawap exam pada waktu siangnya. Tadi paper last, Alhamdulillah, boleh jawap.

Gi main badminton sampai agak lembik, pastu balik bilik. Di bilik, aku disambut dengan sedikit souvenir kat balkoni bilik aku...apakah sambutan itu....

Untuk pengetahuan kawan-kawan sekalian, malam ni dah masuk 5 kali aku membasuh balkoni untuk sem ni. Rajinnye aku.

Kenapa tetiba jadi rajin macam gini...


Semuanya gara jasa ku tidak dikenang..ku beri frieskies setiap hari, tapi kencing dan berak yang dibalas....ish2..

Kisahnya, ada sekor kucing hitam ni yang agak lembik dan penakut walaupun dia jantan, dia selalu lepak kat balkoni aku, so, aku pun beli la frieskies , takpun smartheart bagi dia makan hari-hari. Tapi lately, dia berak dan kencing pulak kat balkoni aku..haduh..kat situ kau makan, tido, kencing dan berak..mantap sungguh.

Aku tak pasti sama ada dia sengaja atau tak..tapi kadang-kadang ada kucing jantan lain yang taraf gengster selalu kacau dia..so dia ketakutan sampai terkencing dan terberak.

Sapa yang cuci..mestilah aku..aku yang bagi makan dan biar dia stay kat balkoni tu..takkan nak suruh roomate lak kot..roomate tak kata apa pun dah besar rahmat.

Nasib la aku ni dah biasa ngan keje-keje seumpama ini masa kat kampung..takda la gayat sangat nak membuatnya (eh, tetiba cakap johor..ke terengganu..hantam je). Maksudnye, takda la aku ni geli geleman atau kembang tekak nak cuci semua tu.

Tu la motif entri ni...aku rajin sebab ada tuntutan sosial. Hehehee

Foto: Google Image

Hakikatnya

Assalamualaikum wbt...

Hari ni aku ada last paper, pukul 2.30 petang nanti.

Dah 2 hari rasanya aku tak online..sebab broadband tak bayar, haha..pastu bergantung pada wifi sahaja, wifi lak buat hal macam chipsmore.

Bila takda internet baru tau rasa sengsara. Bukan apa, almost semua kerja sekarang ni melibatkan internet, nak taknak memang kena ada.

Pagi-pagi kena check email..kot ada benda yang penting..
Pastu check blog, sebab nak baca update kawan-kawan. Especially blog yang citer pasal kucing, memang lawatan wajib setiap hari.

Sunday, January 8, 2012

Cbox

Assalamualaikum wbt...

Lepas shoutbox dah tak boleh pakai, aku pasang fibox..tengok lepas beberapa hari, macam tak best je..hehe. Sekarang aku tukar pakai cbox pulak. Rupa dia lebih kurang shoutbox gak.

Hehe. Feel free to drop your comment and suggestion.

Silent Sunday

Assalamualaikum wbt..

Nothing to say. Enjoy the pics...


wow, professional diver and school of fish

it's raining


wee..i have balloons

Foto: http://walltowatch.com

Saturday, January 7, 2012

Cute Tak?

Assalamualaikum wbt semua...


Baru lepas pegi ambik gambar nak buat pasport. Cute tak saya ??


!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!






Friday, January 6, 2012

Aku dan Buah Berangan

Assalamualaikum wbt semua..

Nak tanya ni, sapa suka makan buah berangan? Aku suka gila-gila. Boleh kata favourite la. Sanggup makan sampai sakit perut. Hahaha.

Tahu tak buah berangan tu macam mana?...

Ni la rupa buah berangan. Nama komersil nye 'chestnut'


Setakat sepinggan tu, aku sorang tak cukup. Buah ni boleh tahan harganya bagi aku yang takda sumber pendapatan ni. 200g = RM5.00.  Okay la tu, buat lepas gian.


Ni rupa masa masih kat atas pokok. Aku pun tak penah tengok pokok dia macam mana.

Yang dah siap masak. Sedia untuk dimakan. Tergoda tak ??

Adakah sebab aku suka buah ni yg menyebabkan aku suka berangan. Pantang ralit, mula la ke planet lain. hahahaha

So, ada tak yang suka buah ni macam aku?

Aku memang suka makanan yang digolongkan sebagai kekacang dan bijirin.

Foto: Google Image

Thursday, January 5, 2012

Menghitung hari

Assalamualaikum wbt semua..


Boring dan kemalasan nak study. Menghitung hari nak balik rumah. Nak jumpa kucing-kucing ku. 





Monday, January 2, 2012

Kampungku

Assalamualaikum wbt semua..

Petang-petang ni relax kejap sambil update blog. Nanti sambung baca buku balik. Asal baca buku je mata jadi berat, ish2..berat sungguh setan bergayut kat mata ni..gi main jauh-jauh boleh tak?

Tak ada apa nak citer pun. Saja nak tunjuk gambar kampungku. Gambar ni masa aku balik kampung awal Muharam hari tu. Gambar-gambar ni di waktu pagi. Lepas pi tengok orang sembelih lembu.


Pemandangan biasa di kampung aku. Pusing kiri, kanan, depan dan belakang akan nampak sawah padi.



Ni la jalan kat kampung aku. Tar baru je turap ni. Syok la merempit. Tapi tak tahan lama, nanti musim menuai abih pecah jalan. Lori padi berat sangat.


Buah pelam. Rendah je tu, boleh ambik ngan tangan. Awal ibu ayam tu keluar cari makan. Ni pelam pokok orang, so tak leh ambik ye.

Sunday, January 1, 2012

Kau selalu ada

Assalamualaikum wbt...


Di saat semua bergembira
Menyambut datangnya tahun baru
Aku masih begini

Aku masih dengan perasaan ini
Mengapa perlu ada rindu
Mengapa perlu ada cemburu

Aku masih dalam perigi sesalan
Mengharap tali kebahagiaan
Agar dapat ku panjat kelegaan

Mentari masih di situ
Tak pernah berhenti
Memancar sinar harapan

Kau selalu ada.

**Aku kembali melayan perasaan

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...