Alhamdulillah, masih berkesempatan update blog ni. Lega rasa selepas hantar draf pertama research report pagi tadi. Kalau tak, semua yang dibuat rasa tak kena. Sekarang boleh la tarik nafas lega. Walaupun belum finalise tapi dah tak teruk sangat. Tinggal nak betulkan sikit-sikit je lagi. Harap supervisor berpuas hati la.
Hitung tolak tinggal lagi sebulan lebih kurang aku akan duduk di Terengganu ni. Tak tahu la bila pulak ada rezeki nak datang semula lepas habih belajar nanti. Masing-masing akan bawa haluan sendiri. Mungkin berhubung secara maya je nanti. Melalui facebook dan telefon.
Banyak pengalaman dan pengetahuan yang aku dapat sepanjang empat tahun belajar di sini. Bawa diri di negeri orang. Berjumpa dengan pelbagai jenis manusia. Dah jadi macam satu hobi untuk menganalisis orang-orang di sekeliling aku.
Bak kata orang, "Yang baik jadikan teladan, Yang buruk jadikan sempadan". Bila tengok orang buat salah, pesan pada diri sendiri supaya jangan buat kesalahan yang sama. Bila nampak orang buat benda betul dan baik, jangan teragak-agak untuk mengikut. Itu salah satu cara untuk kita belajar.
Bukan semua ilmu tu wujud dan disampaikan di dalam kelas. Kalau tak, tak mungkin muncul ungkapan "Pengalaman adalah guru terbaik". Dan semua tahu yang ilmu tu tak pernah habis. Bak kata pepatah, "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad". Setiap masa dan setiap saat kita belajar.
Berlapang dada dengan keadaan kita sekarang. Bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan.
Pandanglah kepada harapan yang sentiasa berada di hadapan.
p/s: Terima kasih Fiona Jamiyan kerana ikut blog saya, walaupun secara senyap-senyap. Hehe
Foto: Google Image



