Thursday, February 25, 2016

Zootopia

Assalamualaikum wbt ...

Hai semua, apa khabar ?


Okay, sebelum aku mula mengarang (cewahh), aku nak ingatkan entry sesuai untuk animation freak macam aku, dan juga ibu bapa yang ada anak 12 tahun ke bawah.

Animation pertama yang membuka tirai 2016 ialah Zootopia. (kalau tak silap aku la..hehe). So, macam biasa, aku suka cerita balik serba sikit jalan cerita dia. Jadi kalau tak mau aku spoil the excitement, sila berhenti baca di sini.

Zootopia ni sebenar sebuah bandar besar. Kat bandar semua haiwan hidup aman harmoni. Tak kira la species pemangsa atau mangsa. Bandar ni canggih, lawa sangat dia punya suasana pembangunan dia.



Watak utama cerita ni adalah seekor arnab yang bercita-cita tinggi. Dia nak jadi seekor polis. Polis pertama dari bangsa arnab. Keadaan dia macam seorang anak muda dari luar bandar nak berhijrah ke bandar besar dan mengejar impian dia. Zootopia ni macam Kuala Lumpur la. Zootopia ni ada 3 daerah kecil. 




Arnab ni nama Judy Hopps. Yang sebelah dia tu musang nama Nick Wilde. Masa Judy pi lapor diri kat ZPD (Zootopia Police Department) dia cuma diberi tugas untuk jaga parking. Saiz badan dia kecik so haiwan lain macam pandang rendah la kat dia. 

Masa tu ZPD tengah kendalikan kes misteri kehilangan 14 ekor haiwan pemangsa. Dia nak bantu siasatan tapi Chief Bogo tak bagi. 


Ni la Chief Bogo. Serius sangat-sangat. Masa tengah bertugas jaga parking, Judy tak sengaja pi tangkap seekor pencuri, Weaselton. Masa kejar-kejar tu jugak dia dah selamatkan seekor tikus. Chief Bogo mengamuk suruh Judy letak jawatan. Pastu ada seekor memerang merayu suruh cari suami dia Emmit Otterton. Judy sukarela nak tolong siasat. 

Masa dok siasat kehilangan Emmit ni la Judy pujuk Nick supaya tolong dia. Nick ni musang yang licik, dia selalu tipu haiwan lain. Dia mulanya terpaksa je tolong Judy ni sebab Judy dah rakam pengakuan dia menipu. 

Siasat punya siasat diaekor masuk kawasan seekor gangster yang digeruni, Mr. Big. Dia punya bodyguards semuanya polar bear. Oh..dia tinggal kat daerah tundra. Gerun gila masa diaekor kena cekup ngan bodyguards Mr. Big. Korang nak tengok rupa Mr. Big yang digeruni tu ??


Ni la Mr.Big, yang duduk atas kerusi tu. Judy dengan Nick nyaris-nyaris kena rejam dalam kolam ais. Tapi anak Mr.Big sempat halang sebab Judy pernah selamatkan dia. Mr.Big pun setuju tolong diaekor. Siasatan ni membawa diaekor jumpa dengan seekor harimau kumbang yang tiba-tiba mengamuk.

Siasat lagi diaekor jumpa satu makmal yang terpencil. Tempat 14 ekor haiwan pemangsa yang hilang tu dikurung. Semua diaekor tu macam kena rasuk. Tiba-tiba muncul Mayor Lionheart. Mayor tu kena tangkap sebab dituduh mendalangi penculikkan. 

Masa sidang akhbar kat ZPD, Judy dah bagi satu kenyataan yang mencetus huru hara kat Zootopia. Nick kecik hati ngan dia. Dia pun kecewa, letak jawatan balik kampung. Masa tengah jaga gerai carrot mak ayah dia, dia dah dapat satu jawapan sebab apa semua haiwan tu kena rasuk.

Dia pi pujuk Nick semula untuk tolong dia. Sambung siasatan diaekor jumpa dalang sebenar. Pembantu Mayor, Bellwether. Ada la aksi-aksi suspen masa nak tumpaskan Bellwether. Pastu habis. 

Tema cerita ni sebenarnya nak galakkan kita supaya percaya dan kejar impian kita. Tak kira apa pun pandangan haiwan di sekeliling. Go catch your dreams. 

Okay, masa Judy lapor diri kat ZPD, ada seekor harimau bintang jaga kaunter pertanyaan. Chubby sangat, keje makan je dia, Officer Clawhauser. Bawah ni antara watak-watak penting dalam Zootopia. Baru aku perasan, cerita ni tak ada haiwan reptilia. 



Okay, lepas baca ni korang jangan tak pergi tengok pulak. Walaupun korang dah tahu jalan cerita dia tapi korang tak tengok lagi visual dia. Bawa la anak-anak masa cuti hujung minggu. Yang aku suka adalah lagu dia..perghhh terbaik. Lagu " Try Trying" nyanyian Shakira. Shakira mainkan watak seekor gazelle. Dia macam ikon kepada Zootopia, seekor penyanyi yang diminati ramai. Korang kena tengok sampai habis untuk dengar lagu ni. 


Haa..tengok penari latar dia. Handsome giler. 

Sekian terima kasih sebab sudi baca.

p/s: kat panggung tadi ada 3 orang je tengok. Aku, sorang lelaki dalam 30an, pastu seorang pakcik dalam 50an. 


Photo: Google Image

Thursday, December 24, 2015

Bukan Aku Sorang Rupanya ...

Assalamualaikum wbt ...


Hai semua. 2, 3 malam ni aku dapat semangat nak mengadap kembali blog aku ni. Lepas update aku blogwalking la sekejap. Lama tak melawat blog teman-teman.

Lepas jalan-jalan sikit, aku tengok ..hahahahah


Bukan aku sorang je yang dah lama tak update blog. Ada beberapa teman yang dulunya sangat aktif kini ntah ke mana. Last updated post pun ada yang 6 bulan lepas, setahun lepas, 2 tahun lepas pun ada.


Pada firasat aku ni la penangan telefon pintar. Pada pandangan aku je la. Kalau tak betul jangan la nak marah pulak. Hehe



Mungkin juga diaorang ada komitmen yang semakin bertambah sekarang ni. Mungkin ada yang tak sihat. Mana la kita tahu kan.



Aku ucapkan tahniah pada teman-teman yang masih aktif dan maintain update blog. Korang memang blogger berdedikasi.




Nak hilangkan masalah daki degil kat badan? Klik SINI

Wednesday, December 23, 2015

Dropship

Assalamualaikum wbt...


Apa habaq sekalian umat Muhammad S.A.W. ?

Sihat sejahtera lah hendaknya.

Okay, mood nak update blog mai dah. Mai pun tengah-tengah malam. Tak kisah lah janji line clear.

Sesuai dengan tajuk entri, aku nak habaq kat hangpa-hangpa yang baca blog aku ni, bahawasanya aku sekarang ni join bisnes dropship untuk produk Dian Legacy Sdn Bhd.

Hangpa tau tak company apa tu ? Mesti ada hangpa penah dengaq pasal budak perempuan yang jadi jutawan masa umuq dia 22 tahun. Dia wat kluaq produk mask dia sendiri. Tabik habih kat dia. Jadi bila kita bercita-cita nak jadi jutawan jugak, kita kena la ikut cara-cara jutawan.

Dian ni atau nama penuh dia Nurul Diana uruskan bisnes dia dari rumah je. Memang dia fokus pada penjualan online. Kita tak tau rezeki kita di mana, tak tahu cara datangnya macam mana..yang penting usaha. So, aku pun usaha dengan langkah pertama yang kecil ni..aku apply jadi agen dropship. Join dropship tak payah kluaq modal.


Okay, apa produk dia yang fames hah?

1) Floral Mask.
     - mask ni guna untuk bantu kluaqkan whitehead ngan blackhead kat muka kita. Tak payah susah-susah nak picit, satgi berparut muka.



Bukan sebarang testimoni. Abg Ben yang fames tu pun dah cuba floral mask ni. Korang bila lagi ??


nampak macam geli kan. Tu la whitehead yang kluaq lepas guna floral mask ni. 



2) Nano Lightener Cream
    - okay, krim nano ni sebenarnya krim pencerah. Tapi bukan krim pencerah yang dok sapu kat muka tu. Ni krim pencerah utuk seleruh badan kecuali muka. Sesuai untuk sapu kat kawasan-kawasan terpencil yang tak brapa bercahaya tu. 



Mesti korang penah tengok iklan ni kan kat facebook. Banyak testimoni pengguna yang dah berjaya. Kita perlu guna atau tak produk ni tak payah gitau kat orang. Ni rahsia peribadi, kalau nak guna, contact saya okay. 


Ni pun salah satu cara berhias untuk suami. 

Produk ni keluaran Malaysia. Diusahakan oleh anak melayu. Dijamin halal dan diluluskan KKM.



Kalau korang perasan ada testimoni yang tunjuk ketiak pengguna kan. Tu ketiak pengguna lelaki ye, sebab Dian ni taknak sebarkan gambar ketiak perempuan, aurat. Nanti pakat promot dapat saham dosa sorang sikit. So dia cuma guna testimoni ketiak pengguna lelaki. Untuk perempuan dia banyak guna testimoni bertulis. 

Kalau korang lelaki boleh la guna produk ni pastu submit testimoni. Jadi model ketiak pun kira okay apa. Yang penting tak menipu. 


3) Dian Vitamin C & E
   - vitamin dia pun ada kesan mencerahkan kulit selain memudarkan parut jerawat. Tapi ni packaging lama, yang baru botol kaler purple. Oh ya..purple adalah warna rasmi syarikat ni. 


Tu la serba sikit produk keluaran Dian Legacy Sdn Bhd. So kalau korang nak order boleh whatsapp aku 014-5159569. 


Doakan langkah yang aku ambik ni diberkati dan diredhai. 





Thursday, December 10, 2015

Takziah

Assalamualaikum wbt...


Bulan 12 ni kita terima beberapa berita kematian. Antaranya kemangkatan Tengku Laksamana Johor, Tunku Abd Jalil, kemangkatan Raja Muda Kedah, Tunku Abd Malek,  Pelawak Pak Yus, dan Seniwati Mariani.

Tu yang dikenali ramai. Yang meninggal di kawasan sekitar kita juga ada. Dah sampai janji mereka dengan Maha Pencipta melalui bermacam-macam asbab. Ada yang sakit, ada yang tua, ada yang kemalangan dan sebagainya.

Takziah diucapkan pada ahli keluarga Allahyarham dan Allahyarhamah.


Syarat mati adalah hidup. Dan setiap yang hidup akan mati.

Saturday, November 7, 2015

James Bond Spectre

Assalamualaikum wbt ...


Di pagi yang hening ni aku nak update blog sikit. Line laju kan. Sambil-sambil download citer baik aku update serba sikit kan.

Okay, kemarin, Jumaat 6/11/15. Aku pi tengok wayang citer James Bond yang terbaru.


So aku nak citer sinopsis dia la kisahnya. Jadi kalau sapa-sapa yang tahu citer ni macam mana boleh teruskan membaca. Tapi yang taknak hilang rasa excited nak tengok sendiri citer ni, sila berhenti di sini ye. Jangan nak marah-marah aku pulak.


Citer Bond kali ni pasal satu organisasi yang nak memonopoli kuasa keselamatan dunia, nama organisasi ni Spectre. Masa mula-mula citer si Bond ni dah letupkan satu bangunan dan rampas sebuah helikopter. Biasa la citer omputih kalo tak melingkup memang taksah. Walaupun benda tu hanya teknik CGI.



Sebenarnya Bond ni tengah laksanakan misi sulit. Dia dapat wasiat dari mendiang bos dia, si M. M suruh dia track seseorang. Hasil siasatan tu bawa dia ke Mexico. Lepas dia buat kecoh kat Mexico, dia digantung kerja.


Masa ni dia punya department M15 tu tengah ada krisis. Ada seorang lelaki yang nak bubarkan department tu sebab dia kata ejen 00 ni ketinggalan zaman. So dia prefer teknologi canggih.


Bond ni tak kisah pun dia kena gantung. Dia masih nak teruskan misi dia. Bos dia yang baru, nama M jugak suruh si Q, diaorang punya security engineer, untuk suntik microcip kat tangan Bond. Tujuannya supaya diaorang boleh tahu kedudukan Bond setiap masa. Nak elakkan Bond ni buat hal.


Bond mintak tolong Q ngan Moneypenny untuk cover dia. Moneypenny ni setiausaha si M. Lepas tu Bond pi ke Rome untuk hadir majlis pengebumian lelaki yang dia bunuh kat Mexico awal-awal tadi. Lelaki tu ahli kongsi gelap. Kat sana dia jumpa la balu lelaki tu. Monica Belluci yang pegang watak balu ni. Lepas one night stand untuk korek rahsia pasal kongsi gelap, Bond pun masuk dalam satu mensyuarat. Mesyuarat ni bincang pasal diaorang punya agenda untuk buat huru hara di seluruh dunia pastu macam mana diaorang ambik kesempatan dalam masalah yang ada. Ada sebut sikit pasal human trafficking dan ubat tiruan.

Bond kantoi masa ni sebab bos organisasi ni tahu dia ada dalam meeting tu. Apa lagi kena ligan la. Babak ligan-ligan ni best jugak la. Bond naik keta apa ntah yang dia curi dari bengkel Q. Agen jahat tu pulak naik Ferrari kot. Ligan punya ligan, Bond tu selamba je humban keta canggih tu dalam sungai.


Sikit demi sikit dia jejak organisasi tu. Sampai dia buat janji ngan musuh sendiri. Musuh dia tu ahli organisasi yang berpaling tadah. Jadi organisasi ni nak bunuh dia. Dia memang tunggu masa ja nak mati masa Bond pi jumpa dia. Dia setuju nak tolong dengan syarat Bond kena jaga anak perempuan dia.


Bond pun track anak perempuan dia, Madelaine. Sebab Bond pi jumpa Madelaine ni la perempuan tu kena culik ngan organisasi tadi. Satu hal kena selamatkan pulak. Adegan nak selamatkan tu lingkup la satu kapal terbang ringan, satu bangsal dan 2 jip. Madelaine tak suka kat Bond, tapi dia sanggup tolong jugak. Madelaine bawa Bond pi satu hotel kat Tussier. Ada satu bilik istimewa yang mak ayah dia slalu pi sambut ulangtahun depa.

Bilik tu sepatutnya ada rahsia pasal organisasi tadi. Tapi Bond tak jumpa apa-apa. Dengan bantuan seekor tikus kecik, Bond jumpa la bilik rahsia, dia pecahkan dinding bilik hotel tu. Dari bilik tu depa pi ke kawasan gurun kat mana ntah.


Masa dalam perjalanan nak ke gurun tu depa naik kereta api. Pastu ada la orang jahat wakil organisasi tu. Badan dia giler besaq. Sekali tengok macam Batista yang main gusti WWE tu. Lingkup la gerabak kereta api tu. Sampai kat satu perhentian kat tengah-tengah gurun tu, ada orang jemput depa.


Kat gurun tu ada markas si ketua organisasi tu. Sebenarnya dia dah intip depa ni setiap masa. Pastu dia yang biayai projek gabungan kuasa keselamatan tu. Kalau projek tu berjaya, depa boleh monitor dan kawal keselamatan negara-negara lain. Tujuan utama nak wujudkan New World Order (macam penah dengar kan).


Berlawan la pulak kat situ. Last sekali markas tu meletup. Tapi bos dia tak mati lagi. Bond ngan Madelaine balik ke London nak bagitau rahsia pasal projek tu. Masa ni department M15 dah dibubarkan. Bos dia, M tu tak puas hati kat seorang lelaki ni. Dia sebenarnya orang suruhan bos jahat.


Masa Bond nak pi halang projek tu, Madelaine ni tak nak ikut. Pastu dia kena kidnap sekali lagi. Terpaksa la Bond selamatkan dia lagi. Bos jahat tu sebenarnya abang angkat si Bond. Dia letak Madelaine dalam satu bangunan lama. Pastu suruh Bond cari dalam masa 3 minit. Kalau tak bangunan tu meletup. Sebab yakin Bond takleh selamatkan perempuan tu, Bos jahat ni naik heli pastu tunggu bangunan tu meletup. Lingkup satu bangunan lagi


Bond sempat ja selamatkan perempuan tu, dah memang dia hero citer ni kan. Pastu dia kejar heli bos jahat tu. Dia ngan Madelaine naik bot laju. Tembak-tembak kena la badan heli pastu terhempas. Dia bersemuka ngan abang angkat dia. Tapi dia tak bunuh, jadi baik la sat. Bos tu kena tangkap. Projek keselamatan tu pun sempat dihalang.


Secara peribadi, jalan cerita dia biasa saja. Pastu elemen suspen tu tak begitu meyakinkan. Apa yang ketara aku tengok citer ni sebenarnya ada nak gitau pasal illuminati. Macam mana diaorang menguasai dan mengatur dunia ikut suka hati depa. Matlamat diaorang nak kuasai keselamatan dunia. Ada satu adegan depa buat kecoh kat Cape Town sebab Afrika Selatan tak setuju ngan rancangan keselamatan depa.


Kononnya projek keselamatan tapi sebenarnya depa nak kuasai pemerintahan negara lain. Ye lah nak buat keselamatan tu nak lari dari sapa sebab depa yang sebenarnya ancam keselamatan dunia. Walaupun citer ni Bond berjaya halang projek tu tapi realitinya Bond pun orang depa jugak secara tak langsung.


Perasan tak bila Malaysia sokong Palestin dan secara tak langsung tak setuju ngan idea diaorang, apa jadi kat Malaysia. Sikit demi sikit bab keselamatan kita dicuit. Sebab bila kita ada masalah keselamatan depa akan hantar orang depa atas alasan nak membantu. Mungkin ini hanya teori tak konkrit aku tapi ada asasnya kalau korang fikir betul-betul.


Sekian, terima kasih



Foto: Google Image

Friday, November 6, 2015

Hari minggu

Assalamualaikum wbt...

Hai semua..korang buat apa hari minggu ni ? Hari ni hari Jumaat..Kedah, Terengganu, Kelantan ngan Johor je yang cuti.

Aktiviti hujung minggu aku macam biasa je...kemas rumah, pastu keluar gi beli barang. Settle kan urusan kat bank. Gitu la hampir setiap minggu. Tak menarik langsung kan ??


Tapi takpa, selagi aku hidup tak kacau orang lain..so apa kisah kan. Takda motif sebenarnya ni, cuma saja nak update blog ni.


Hehe...


Okay lah..selamat berhujung minggu ye semua. Take care.

Monday, November 2, 2015

Assalamualaikum Dunia

Assalamualaikum wbt...


Ya Allah lama sangat dah aku abaikan blog ni. Semenjak aku terminated broadband..bila pun aku tak ingat.


Pastu dengan adanya telefon-telefon pintar ni semua guna benda alah tu ja. Update IG, FB, Twitter semua kat situ.


Tapi kepuasan menaip kat laptop sangat lain. Rasa luas biji mata.

InsyaAllah lepas ni aku rajin update sebab aku guna Magic Sim dari Celcom. Sim tu aku gantikan kad sim broadband yg lama.

Nanti aku update lagi ye sebab Magic Sim ni ada free data dari 1 pagi sampai 7 pagi. Yang iklan burung hantu kat TV tu.



Aku pun jadi burung hantu kot lepas ni. Jangan tanya mata lebam pasai apa.

Hahaha.



Photo: Google Image.

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...