Friday, June 22, 2012

Selamat Tinggal

Assalamualaikum wbt..

Lama aku tak update blog ni, sejak final exam hari tu. Maaf la kalo ada yang menjenguk tapi takda post baru. Post malam ni adalah post terakhir aku di UniSZA. InsyaAllah malam ni aku akan balik ke kampung halaman.

Sejak 18hb hari tu dah ada kawan-kawan sekelas yang dah mula balik ke rumah masing-masing. Seorang demi seorang. Sekarang ni pun tinggal 3,4 orang je lagi.

Pengalaman dan kenangan bersama selama empat tahun ni akan sentiasa dikenang. Adat pertemuan ada perpisahan. Semoga berjumpa lagi lepas ni.

Kepada rakan-rakan blogger, mungkin saya kurang aktif selepas ini. Tapi saya akan cuba sedaya mungkin untuk kembali berblogging. Saya akan rindu telatah adik-adik kakak GtHans, anak-anak mummy Meowwmania, Keluarga atuk Milo kak AidahIbu Alisha dan Alisha..dan ramai lagi yang lain.

First batch Bachelor of English, UniSZA..good luck to you guys.

Hawa Mardhiyah, Nur Syamilah, Zusuliyaini, Fiona, Siti Aminah, Najihan Syuhaida, Nurezatul Ikma, Wan Norsilawati, Nur Izzah, Nik Ayuni, Nor Shamimi, Siti Nadzirah, Nadhirah, Siti Ammarah, Nik Siti Azlinda, Yeong, Josephine, Nurul Izzah, Wan Mazrina, Zakiah, Aisyah, Nor Fadillah, Azilah, Nurul Liyana, Akmal, Fauzan, Anas, Wan Zul, Haniff, Fazrie, Fakhri, Tony, Amirul, Tamimi, Ridhuan, Dean, Andrew, Sapizi.


Foto: Google Image




Thursday, June 7, 2012

5W 1H..?

Assalamualaikum wbt..

Just have a thought

You and Us..

When one of your people got hurt, you seek for her/his right..
You do everything you can to make your people believed than you done your best.

When hundreds of our people were hurted, we do the same..
We seek for their right..
But..
You said it is not the right that we seek, it's revenge..

What makes you superior than us..?
Why your action are uneven..?
What makes you do that..?
When you gonna change..?
Where do it start..?

How you gonna fix it..?

It is better to see the differences of the identicality..?

Allah Maha Besar.

Wednesday, May 30, 2012

Terakhir

Assalamualaikum wbt..

Kelmarin adalah hari terakhir kelas untuk sem ni. Takkan ada lagi kelas dah lepas ni. Minggu depan adalah minggu ulangkaji. Aku mula final pada 12hb Jun sampai 18hb. Lepas tu kemas barang dan balik kampung.

Minggu-minggu terakhir setiap semester ni la masanya nak lepak ngan kawan-kawan. Nak pulak budak tahun akhir. Banyakkan luang masa bersama kawan, sebab lepas ni masing-masing balik negeri sendiri. Nak jumpa pun mungkin masa konvokesyen nanti.

Tapi tu la. Kita manusia hanya mampu merancang. Petang kelmarin dapat berita junior accident. Seorang daripada empat yang terlibat tu meninggal dunia. Junior semester 4. Kereta kancil yang diaorang naik dirempuh lori. Jenazah dah dihantar pulang ke kampungnya di Johor semalam.

Mungkin tak rapat, tapi bila nama dia disebut, aku boleh bayang muka dia. Yang lain masih ada di hospital. Ada keluar dalam surat khabar Metro hari ni. Bahagian berita setempat, muka surat 27 A. Bagi rakan sekelas dia, kejadian dan kehilangan ni akan jadi satu kenangan sedih sepanjang diorang belajar sama-sama.

Batch aku pun pernah kehilangan seorang kawan masa semester 4 dulu. Juga terlibat dalam kemalangan.

Sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah junior dan juga arwah kawan sekelas dulu.

Saturday, May 26, 2012

Shiro

Assalamualaikum wbt..

Dok saja-saja ni jadi rajin nak update pulak. Heehe..

Selain dari Maru, kucing gemuk yang famous dan suka kotak tu, ada sekor lagi kucing Asia yang boleh tahan famousnya.

Kucing tu nama Shiro. Nama penuh dia Shironeko yang bermaksud kucing putih. Shiro ni terkenal sebab dia suka tido dalam bakul atau raga kecik. Pastu dia juga diminati sebab muka dia yang selamda, takda ekspresi. Dia pun tak banyak bergerak macam Maru. Sebab tu tuan dia boleh hias suruh dia posing macam-macam gaya. Banyak gambar dia di internet sekarang. Cari je Shiro the Cat. Dia ada lagi tiga kawan lain. Tak tahu la kawan atau sedara. Tapi dia la yang famous sebab muka bolat dia tu. Aku tampal dua, tiga keping gambar dia kat cini. Enjoy.

Tengok, nak himpit juga

Tuan dia selalu suruh dia pose ngan patung tu

Sama tak..?

Nak gambar dia lagi..? Rajin-rajin la korang google sendiri..hehe.

Aku penah bagi kucing aku nama Shiro, tapi dia kaler oren. Hahaha

Entri sebelum ini: Anak Burung

FotoL Google Image

Friday, May 25, 2012

Anak Burung

Assalamualaikum wbt..

Kemarin, saat aku mengorak langkah menuju ke blok asrama, aku melewati di bawah sepohon pokok mangga. Pandangan aku ke bawah. Ada fikiran mengiringi.

Kemudian aku ternampak sesuatu. Aku berhenti dan menapak dua langkah ke belakang. Aku perhatikan. Seekor anak burung, bulunya baru mula tumbuh, masih jelas perutnya yang buncit, seperti anak-anak burung lain yang baru menetas. Terdampar kaku di atas hamparan rumput hijau. Dikelilingi kerengga jingga. Mati. Aku yakin dia sudah mati. Keras tidak bergerak. Sunyi tiada tangisan.

Aku bertanya. Kenapa dan mengapa dia berada di bawah, bukan di atas seperti yang sepatutnya. Sejengkal dari sayap kaku itu, ada sarang yang musnah. Sarang yang tidak kukuh binaannya. Mungkin dipukul angin. Mungkin juga anak kecil itu meronta-ronta. Sarang lemah itu tidak mampu menampung gegaran, lalu jatuh.

Tiba-tiba. Fikiranku ligat bertanya. Andai aku samakan anak-anak zaman sekarang dengan anak burung itu. Samakah..?

Anak burung itu masih kecil. Masih lemah. Belum tahu mengepak sayap. Hidupnya bergantung kepada kasih dan sayang ibu ayahnya. Aku andaikan sarang itu tidak kuat binaannya. Hanya itu yang termampu ayah ibunya sediakan. Tidak kuat menerima dugaan angin. Roboh, jatuh ke bumi. Bersama-sama anak kecil mereka. Anak kecil yang jatuh. Lemah. Tiada apa yang mampu dia lakukan untuk mempertahankan diri. Jauh sekali untuk kembali berada di atas pokok. Aku andaikan pada saat awal dia jatuh, dia menangis kuat. Berteriak memanggil ibu ayah. Ibu dan ayahnya hadir. Namum itu tidak mengubah apa-apa. Dia sudah tiada. Hanya kedengaran tangisan ibu dan ayahnya. Menangisi pemergiaan anak mereka.


Andai anak burung itu adalah anak manusia yang dilahirkan di muka bumi ini. Sama. Kecil. Lemah. Tidak tahu apa-apa. Hidup bergantung pada kasih sayang ibu dan perhatian ayah. Anak manusia ini semakin membesar. Hayatnya lebih panjang dari anak burung itu. Mulai bebas meneroka dunia. Aku andaikan dugaan angin yang bertiup adalah kejutan budaya yang menyapa. Bergegar pagar pesanan dan harapan ibu dan ayah. Sama. Seperti bergegar sarang burung yang lemah binaannya. Mungkin ada perkara yang ibu dan ayah lupa semasa membina pagar buat anak mereka. Mungkin. Aku andaikan ianya agama. Saat anak burung itu jatuh ke bumi. Sama. Saat terpesongnya langkah kaki anak manusia. Roboh dan hancur sarang yang sepatutnya melindungi anak burung itu. Sama. Runtuhnya pagar pedoman yang menjaga anak manusia selama ini. Anak burung itu mula didatangi gerombolan tentera jingga. Ada yang menggigit. Ada yang menarik-narik. Ada yang mengoyak-ngoyak. Akhirnya dia tewas. Sama. Anak manusia yang telah roboh pagarnya. Mula didatangi tentera kuning. Jauh datangnya dari tanah Amerika. Datangnya mereka dibawa tiupan angin teknologi. Ada yang mengajar. Ada yang menjajah. Ada yang menghasut. Sama. Akhirnya anak manusia itu tewas. Datang ibu dan ayah anak burung tadi. Melihat anak mereka kaku dijamah sang jingga. Menangis tiada irama. Sama. Ibu dan ayah anak manusia. Melihat perubahan anak mereka yang tidak lagi terkawal. Menangis tiada lagu.

Bezanya....

Ibu, ayah dan anak manusia itu berakal. Ibu dan ayah, belum terlambat untuk membaiki pagar yang roboh. Cari semula bahan asas binaannya. Bentuk semula pagar kasih sayang itu. Anak, belum terlambat untuk menarik diri dari perhimpunan tentera kuning. Jangan lemah. Jangan biarkan diri dijadikan boneka. Mengikut tanpa tahu makna.

Aku teruskan langkah pulang ke asrama. Semoga aku, sang anak manusia, masih punya pagar kasih sayang yang kukuh. Ibu dan ayah telah sediakan bentuk asas pagarku. Akan aku cari bahan asas yang lain agar ianya bertambah kukuh.

Sekadar berkongsi buah fikiran.  

Entri sebelum ini: Lega

Foto: Google Image

Thursday, May 24, 2012

Lega

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, masih berkesempatan update blog ni. Lega rasa selepas hantar draf pertama research report pagi tadi. Kalau tak, semua yang dibuat rasa tak kena. Sekarang boleh la tarik nafas lega. Walaupun belum finalise tapi dah tak teruk sangat. Tinggal nak betulkan sikit-sikit je lagi. Harap supervisor berpuas hati la.

Hitung tolak tinggal lagi sebulan lebih kurang aku akan duduk di Terengganu ni. Tak tahu la bila pulak ada rezeki nak datang semula lepas habih belajar nanti. Masing-masing akan bawa haluan sendiri. Mungkin berhubung secara maya je nanti. Melalui facebook dan telefon.

Banyak pengalaman dan pengetahuan yang aku dapat sepanjang empat tahun belajar di sini. Bawa diri di negeri orang. Berjumpa dengan pelbagai jenis manusia. Dah jadi macam satu hobi untuk menganalisis orang-orang di sekeliling aku.

Bak kata orang, "Yang baik jadikan teladan, Yang buruk jadikan sempadan". Bila tengok orang buat salah, pesan pada diri sendiri supaya jangan buat kesalahan yang sama. Bila nampak orang buat benda betul dan baik, jangan teragak-agak untuk mengikut. Itu salah satu cara untuk kita belajar.

Bukan semua ilmu tu wujud dan disampaikan di dalam kelas. Kalau tak, tak mungkin muncul ungkapan "Pengalaman adalah guru terbaik". Dan semua tahu yang ilmu tu tak pernah habis. Bak kata pepatah, "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad". Setiap masa dan setiap saat kita belajar.

Berlapang dada dengan keadaan kita sekarang. Bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan.


Pandanglah kepada harapan yang sentiasa berada di hadapan.


p/s: Terima kasih Fiona Jamiyan kerana ikut blog saya, walaupun secara senyap-senyap. Hehe


Foto: Google Image

Sunday, May 20, 2012

Seruan Kubur

Assalamualaikum wbt..

Ni entri takda idea tapi nak update blog. Aku kongsikan catatan yang aku ambil dari sebuah majalah. Lama dah, aku pun tak ingat majalah apa. Sekadar renungan buat diri aku sendiri dan kepada sesiapa yang membaca.


Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak lima kali ;

1.     Aku rumah yg terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu menbaca Al-Quran.

2.    Aku rumah yg gelap, maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3.    Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, maka bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.

4.    Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyakkan bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah". supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
InsyaAllah.

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...