Assalamualaikum wbt..
Kemarin, saat aku mengorak langkah menuju ke blok asrama, aku melewati di bawah sepohon pokok mangga. Pandangan aku ke bawah. Ada fikiran mengiringi.
Kemudian aku ternampak sesuatu. Aku berhenti dan menapak dua langkah ke belakang. Aku perhatikan. Seekor anak burung, bulunya baru mula tumbuh, masih jelas perutnya yang buncit, seperti anak-anak burung lain yang baru menetas. Terdampar kaku di atas hamparan rumput hijau. Dikelilingi kerengga jingga. Mati. Aku yakin dia sudah mati. Keras tidak bergerak. Sunyi tiada tangisan.
Aku bertanya. Kenapa dan mengapa dia berada di bawah, bukan di atas seperti yang sepatutnya. Sejengkal dari sayap kaku itu, ada sarang yang musnah. Sarang yang tidak kukuh binaannya. Mungkin dipukul angin. Mungkin juga anak kecil itu meronta-ronta. Sarang lemah itu tidak mampu menampung gegaran, lalu jatuh.
Tiba-tiba. Fikiranku ligat bertanya. Andai aku samakan anak-anak zaman sekarang dengan anak burung itu. Samakah..?
Anak burung itu masih kecil. Masih lemah. Belum tahu mengepak sayap. Hidupnya bergantung kepada kasih dan sayang ibu ayahnya. Aku andaikan sarang itu tidak kuat binaannya. Hanya itu yang termampu ayah ibunya sediakan. Tidak kuat menerima dugaan angin. Roboh, jatuh ke bumi. Bersama-sama anak kecil mereka. Anak kecil yang jatuh. Lemah. Tiada apa yang mampu dia lakukan untuk mempertahankan diri. Jauh sekali untuk kembali berada di atas pokok. Aku andaikan pada saat awal dia jatuh, dia menangis kuat. Berteriak memanggil ibu ayah. Ibu dan ayahnya hadir. Namum itu tidak mengubah apa-apa. Dia sudah tiada. Hanya kedengaran tangisan ibu dan ayahnya. Menangisi pemergiaan anak mereka.
Andai anak burung itu adalah anak manusia yang dilahirkan di muka bumi ini. Sama. Kecil. Lemah. Tidak tahu apa-apa. Hidup bergantung pada kasih sayang ibu dan perhatian ayah. Anak manusia ini semakin membesar. Hayatnya lebih panjang dari anak burung itu. Mulai bebas meneroka dunia. Aku andaikan dugaan angin yang bertiup adalah kejutan budaya yang menyapa. Bergegar pagar pesanan dan harapan ibu dan ayah. Sama. Seperti bergegar sarang burung yang lemah binaannya. Mungkin ada perkara yang ibu dan ayah lupa semasa membina pagar buat anak mereka. Mungkin. Aku andaikan ianya agama. Saat anak burung itu jatuh ke bumi. Sama. Saat terpesongnya langkah kaki anak manusia. Roboh dan hancur sarang yang sepatutnya melindungi anak burung itu. Sama. Runtuhnya pagar pedoman yang menjaga anak manusia selama ini. Anak burung itu mula didatangi gerombolan tentera jingga. Ada yang menggigit. Ada yang menarik-narik. Ada yang mengoyak-ngoyak. Akhirnya dia tewas. Sama. Anak manusia yang telah roboh pagarnya. Mula didatangi tentera kuning. Jauh datangnya dari tanah Amerika. Datangnya mereka dibawa tiupan angin teknologi. Ada yang mengajar. Ada yang menjajah. Ada yang menghasut. Sama. Akhirnya anak manusia itu tewas. Datang ibu dan ayah anak burung tadi. Melihat anak mereka kaku dijamah sang jingga. Menangis tiada irama. Sama. Ibu dan ayah anak manusia. Melihat perubahan anak mereka yang tidak lagi terkawal. Menangis tiada lagu.
Bezanya....
Ibu, ayah dan anak manusia itu berakal. Ibu dan ayah, belum terlambat untuk membaiki pagar yang roboh. Cari semula bahan asas binaannya. Bentuk semula pagar kasih sayang itu. Anak, belum terlambat untuk menarik diri dari perhimpunan tentera kuning. Jangan lemah. Jangan biarkan diri dijadikan boneka. Mengikut tanpa tahu makna.
Aku teruskan langkah pulang ke asrama. Semoga aku, sang anak manusia, masih punya pagar kasih sayang yang kukuh. Ibu dan ayah telah sediakan bentuk asas pagarku. Akan aku cari bahan asas yang lain agar ianya bertambah kukuh.
Sekadar berkongsi buah fikiran.
Entri sebelum ini: Lega
Foto: Google Image
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Long Sarah Meninggal Dunia
Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...
-
Assalamualaikum wbt.. To update my blog, I want to share with all of you about a cartoon series called 'Happy Tree Friends'. Looki...
-
Assalamualaikum wbt ... Hai semua. Entri pertama tahun 2020. Selamat tahun baru ye semua. Perubahan tahun sebenarnya tak banyak yang ber...
-
Assalamualaikum wbt.. Hi..I just finished watching "In Time" movie. The main performers are Justin Timberlake (Will Salas) and A...
3 comments:
entry nih sungguyh mendalam maksudnya utk kita sama2 fikirkan...
Suka entry nij..perkongsian yg bgus....
IntanBerlian: Terima kasih.
SumeSakan: Terima kasih juga
Post a Comment