Thursday, May 24, 2012

Lega

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, masih berkesempatan update blog ni. Lega rasa selepas hantar draf pertama research report pagi tadi. Kalau tak, semua yang dibuat rasa tak kena. Sekarang boleh la tarik nafas lega. Walaupun belum finalise tapi dah tak teruk sangat. Tinggal nak betulkan sikit-sikit je lagi. Harap supervisor berpuas hati la.

Hitung tolak tinggal lagi sebulan lebih kurang aku akan duduk di Terengganu ni. Tak tahu la bila pulak ada rezeki nak datang semula lepas habih belajar nanti. Masing-masing akan bawa haluan sendiri. Mungkin berhubung secara maya je nanti. Melalui facebook dan telefon.

Banyak pengalaman dan pengetahuan yang aku dapat sepanjang empat tahun belajar di sini. Bawa diri di negeri orang. Berjumpa dengan pelbagai jenis manusia. Dah jadi macam satu hobi untuk menganalisis orang-orang di sekeliling aku.

Bak kata orang, "Yang baik jadikan teladan, Yang buruk jadikan sempadan". Bila tengok orang buat salah, pesan pada diri sendiri supaya jangan buat kesalahan yang sama. Bila nampak orang buat benda betul dan baik, jangan teragak-agak untuk mengikut. Itu salah satu cara untuk kita belajar.

Bukan semua ilmu tu wujud dan disampaikan di dalam kelas. Kalau tak, tak mungkin muncul ungkapan "Pengalaman adalah guru terbaik". Dan semua tahu yang ilmu tu tak pernah habis. Bak kata pepatah, "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad". Setiap masa dan setiap saat kita belajar.

Berlapang dada dengan keadaan kita sekarang. Bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan.


Pandanglah kepada harapan yang sentiasa berada di hadapan.


p/s: Terima kasih Fiona Jamiyan kerana ikut blog saya, walaupun secara senyap-senyap. Hehe


Foto: Google Image

14 comments:

HUD AIKARA said...

teringat pulak kenangan masa saya belajar kat Kedah dulu...(^__^)...apa-apa pun selamat berjaya..

m4rilyn said...

dah nak grad ye.

tahniah.

Naz said...

Hud aikara: Tak lama nanti jdi kenangan gak saya dok T'ganu ni..

m4rilyn: InsyaAllah..terima kasih

Anonymous said...

ahaha... got my name mention here.. wengkam! selamat bergraduate Cik Naz!

Akmall Razlan said...

sonok la.. best la.. aku punya SV takde hari ni.. bercuti..on leave..

Akmall Razlan said...

pengalaman mengajar kita banyak perkara..

Akmall Razlan said...

aku memang nak komen banyak2..tak tau kenapa..

Akmall Razlan said...

aku duduk sini selama 4 tahun, ia banyak mematangkan aku *matang ke aku nih weh? tapi apa yang penting, dapat mengenali setiap orang dalam kelas kita. adalah perkara yang paling best sekali..

Akmall Razlan said...

jangan tukar number tau... hihu...

Akmall Razlan said...

aku pun tak tau nanti..FB kalau kat KG aku memang tak dapat la.. tapi pepe pun, insyaAllah, aku akan aktif blog..segalanya akan aku update kat blog je la..huhuh..sebab FB berat nak load..

Akmall Razlan said...

banyak da aku komen neh..mesti ang terkejut na?

Naz said...

Fiona: No big deal..

Akmal: Terima kasih kerana komen. Terkejut tgk ada 8 komen pagi ni.

Pinano said...

haha... setuju ngan Akmal.. hooo... tiba2 rasa gatal tangan komen blog Nazirah... selama ni senyap senyum kambeng je singgah kat sini.. da balik kg nanti x dpt da tgk blog korang.. sedih2.. xper2.. sy akan aktifkan blog sy pulak.. setahun sekali update. (miahahahaha) erk... panjangnyer.. larat ke mu nk baca ni Cik Naz?? haha.. selamat berjaya kawan2..

Naz said...

Telefon kan ada..boleh message2..selamat berjaya jugak..keep in touch

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...