Friday, March 18, 2016

Please, Parents

Assalamualaikum wbt

Bersua kembali kita semua.

Okay, kelmarin aku keluar pi pekan Jitra. Aku nak pi tingkat 2, tapi malas nak naik tangga. Selalu aku rajin sebenarnya. hehe.

Aku pun naik la guna lift. Masa tu ada satu keluarga ni nak naik tingkat 3, nak tengok wayang. Mesti nak tengok Boboiboy the Movie.

Nak taknak aku terpaksa dengar satu perbualan pendek antara si ayah dan si anak.

Anak: Nak tekan tingkat berapa ni?
Ayah: Tingkat 8. Ada dak nombor *?
Anak: Takda.
Ayah: Dah tu tekan ja apa yang ada, jangan dok tanya.

Aku: (dalam hati) bengong sungguh. Dah anak tu tanya elok-elok, jawap je la.

Aku bukan la nak nasihat tegur bagai, aku pun tak kawin lagi. Tapi kerap juga aku dengar perbualan yang hampir serupa.

Parents ...
Masa anak kecik ni la korang patut jawap apa yang dia tanya sebab dia masih ada keinginan nak berbicara dengan korang. Jangan sampai anak tu dah masuk alam remaja, semua benda dia lebih suka kongsi dengan kawan je. Bila korang soal, diaorang akan berbohong sebab tak nak cakap panjang lebar ngan korang.

Parents ...
Korang juga pernah lalui zaman kanak-kanak. Bahkan aku jamin zaman kanak-kanak korang lagi best dari zaman kanak-kanak sekarang. Masa kecik korang banyak luang masa ngan aktiviti outdoor. Korang berenang, berlari, berperang, masak-masak dan macam-macam lagi. Bila kenang balik mesti korang senyum. Kan. Mesti korang sayang dan rasa kenangan zaman tu sangat berharga.

Tapi kenapa bila korang dah ada anak sendiri sekarang ni, korang sekat diaorang dari menikmati zaman kanak-kanak diaorang. Satu zaman yang berharga bahkan penting untuk perkembangan diri diaorang. Main panas tak boleh, main hujan tak boleh, serba serbi tak boleh.

Aku paham kerisauan korang, takut anak sakit, takut keselamatan anak terancam. Tapi korang boleh teman dan pantau diaorang. Secara tak langsung korang dah luangkan masa dengan anak-anak. Kenapa mesti urusan kerja dijadikan alasan. Untuk apa korang bekerja teruk-teruk ? Untuk anak-anak kan. Tapi apa ertinya banyak duit tapi anak terabai dan sunyi. Mengadap TV dan gadget. Perkembangan sosial terbantut. Perkembangan minda tersekat. Perkembangan emosi tertekan.



Hak bermain adalah hak mereka

Sekadar menyuarakan pendapat. Nasihat untuk diri sendiri juga.


Foto: Google Image