Monday, October 31, 2011

Pertandingan Gamelan Melayu 2011

Assalamualaikum wbt semua..

Bermula 29hb hingga 30hb Oktober, Pertandingan Gamelan Melayu Peringkat Kebangsaan 2011 telah berlangsung di Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS). UniSZA (Universiti Sultan Zainal Abidin) telah menjadi tuan rumah pertandingan anjuran Muzium Negeri Terengganu.

Malam 29hb tu aku tak pergi tengok sebab tengok bola. So, malam 30hb baru aku pergi. Muzik gamelan adalah warisan tradisional Melayu. Dengar orang main pun dah best sebab diri sendiri tak reti main.

Berbalik pada pertandingan, ada dua kategori iaitu tradisional dan juga kreatif/kontemporari. Disertai oleh 14 kumpulan dari seluruh Malaysia. Masing-masing menunjukkan persembahan yang baik. UniSZA telah diwakili oleh dua kumpulan.

Yang bestnya adalah kumpulan yang mewakili UniSZA telah memenangi setiap kategori yang dipertandingkan. Kategori tersebut adalah 1)Pemain Muzik Terbaik Kategori Tradisional (pemain bonang SAGA UniSZA, RM500), 2)Anugerah Khas Juri Kategori Tradisional (SAGA UniSZA, RM2500), 3) Juara Kategori Kontemporari (KonGA UniSZA, RM10,000).
 Setiap kumpulan yang menyertai pertandingan ini mendapat saguhati RM3000.

Juri-juri jemputan adalah penggiat seni yang sudah lama berkecimpung dalam bidang muzik tradisional. Juri-juri diketuai oleh seorang komposer terkenal tanah air, Pak Ngah.  


Nama-nama alat muzik Gamelan

Contoh alat muzik Gamelan

Tuan rumah

Ni kali kedua aku tengok gamelan, yang first masa sem lepas, Persembahan Gamelan Sedunia kat Shahbandar. Masa tu wakil-wakil gamelan dari luar negara buat persembahan. Memang Seronok sangat, nak-nak time diaorang main laju. 

p/s: Keje sekolah berlambak ni.

Foto: Google Image

Sunday, October 30, 2011

Bola itu Bulat

Assalamualaikum wbt semua..

Seperti yang semua sudah maklum, aku sokong Terengganu. Dan perlawanan akhir tadi, Terengganu kalah 1-2, walaupun terlebih dulu menjaringkan gol. Memang agak sedih tapi tak ada la tahap tak lalu nak makan. Hehe. Tak ada rezeki la katakan. Terengganu dah menunjukkan permainan yang baik musim ni. Cuba lagi musim depan ye.

Bola itu bulat, apa-apa pun boleh jadi. Tabik pada Hairuddin Omar (Hai-O), walaupun dah veteran tapi masih lagi berbisa. Abdul Hadi Yahaya tak jumpa rentak malam ni.


Foto: Google Image

Friday, October 28, 2011

Marley & Me

Assalamualaikum wbt everybody..

This gonna be a quite short entry. I just finished watching a film by the title "Marley & Me". Starred by Owen Wilson and Jeniffer Aniston. The film is about a couple who had a dog by the name Marley. He is a Labrador. They adopted him since he was a puppy.

He's been with them throughout the years, from their early marriage until they have 3 kids. He was part of the family. Everybody love him despite his overactive behaviour, and misbehave.

Reach the end of the film, Marley became an old dog, who has digestion problem. All the family members can feel that he is leaving them. Forever. Nothing much they can do other than let him go.

Honestly, I cried at the last 15 minutes. Touched by the love and bond they have. Even though Marley is just a dog, but they take him as one of the family members.

Such a sincere and wonderful relationship.

Whoever has pet should know the feeling. They test our patience to the limit, but still they are part of our life. We miss them every moments.

Miss my cats back at home. Can't wait to see them next week.

Thursday, October 27, 2011

Game Hina Islam

Assalamualaikum wbt semua..

Menjengah ke blog seorang kawan baru, terjumpa satu entry mengenai beberapa game yang dicipta dengan niat melakukan penghinaan ke atas agama Islam. Sungguh licik musuh-musuh Allah ini menggunakan taktik sebegini. Mengambil kesempatan di atas kesukaan segolongan besar belia dan remaja yang gemar bermain game.

Jarum halus ini dikhuatiri akan memesongkan akidah umat Islam. Untuk mengetahui apakah game-game terkutuk tersebut, sila lawat blog Cik Amirah. Di sana ada disertakan gambar bukti penghinaan yang dilakukan.

Wednesday, October 26, 2011

Jom Join Kempen Tingkatkan Jumlah Followers

Assalamualaikum wbt semua..

Pagi-pagi hari cuti ni, rasa macam nak join segment je. Pastu jumpa kempen ni, tengok tajuk kempen tu..panjang kan..Seperti segment yang lain, matlamatnya adalah meningkatkan jumlah follower kita, di samping saling berkenalan sesama blogger. Kalau sesapa nak join jugak, tekan banner kat bawah ni.


Diucapkan selamat berkenalan kepada sesiapa yang sudi melawat blog saya. Terus terang saya nyatakan di sini, saya akan update sekali dalam tempoh 2 atau 3 hari. Bergantung pada idea, mood dan kekangan masa. 

Pengisian blog ni adalah mengenai apa-apa saja yang terlintas di fikiran atau hati dan ingin dikongsi bersama rakan-rakan semua.

Happy Blogging.

p/s: Gembira follower dah cecah 50 orang sekarang.

Shared Info

Assalamualaikum wbt semua..

Hari ni hari cuti umum sempena sambutan Hari Deepavali. Selalunya bila ada perayaan ni kita rakyat Malaysia yang ramah tamah ni akan wish atau ucapkan selamat kepada mereka-mereka yang sambut perayaan tu. Kita ucap selamat kat orang India bila Deepavali, kat orang Cina bila tahun baru, kat orang Kristian bila hari Natal.

Ramah kan kita..Harmoni macam mana pun kita hidup bersama, tapi jangan kita lupa atau abaikan hukum dan suruhan agama.

Aku baru je baca blog LunaLanun, ada entry terbaru pasal tak boleh ucap Selamat Hari Deepavali. Jadi pun kongsi la kat sini, semoga kita saling memperingati.

Untuk maklumat dan hujah lanjut, sila melawat blog LunaLanun.

Sekian, terima kasih.

Saturday, October 22, 2011

Quick Update

Assalamualaikum wbt semua..

Nak update sikit sebelum tido. Tadi baru je lepas tengok bola Terengganu vs Selangor yang berkesudahan 2-1. Yeyee..Terengganu menang.


Aku memang suka tengok bola..tapi takda la fanatik sangat. Dari siang tadi dok pikir nak ajak sapa tengok..sebab geng tengok bola takda. Puas la aku mesej sorang demi sorang kawan- kawan yang tak berapa minat bola.

Akhirnya dengan perjanjian win-win situation, member pun redha teman aku..walaupun dia takda feel nak tengok. Pastu ada beberapa lagi member join gak, padahal niat asal mereka hanyalah nak pegi makan kat kafe tu. Tak kisah la.

Sedikit sedih bila yang tengok bola tu perempuan belaka. Mana orang laki ? diaorang tengok EPL je ke ? yang Malaysia punya tak layan ? Maybe diaorang study kot..bersangka baik ye.

Walaupun aku bukan orang Terengganu, tapi aku excited melebihi orang Ganu. hahahaha...well, dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung..haha..so, aku kat Ganu, sokong Ganu la jawapnye..

p/s: tak sedar diri kerja berlambak.

Foto: Google Image

Friday, October 21, 2011

Aku dan Kenangan

Assalamualaikum wbt semua...

Hari Jumaat ni aku tak pegi panjat bukit pun. Hehe. Tengok tajuk entry tu..sebenarnya dah lama aku nak buat entry macam ni. Nak buat siri kenangan aku dan kongsikan dengan sapa-sapa yang nak baca la.

Untuk siri pertama ni..aku nak citer pasal kenangan masa aku kecik-kecik dulu, aku tak ingat lak umur masa tu..tapi rasanya dah sekolah dah. Masa tu kat rumah aku ada beberapa ekor kucing. So aku ngan kak aku ambik la sorang satu. Kiranya kami jaga kucing masing-masing la.

Time tu jugak tengah hangat pasal ayam katik. Ayam yang kecik-kecik kaki pendek tu. Abang aku ada la bela..ibu ngan beberapa ekor anak dia. Nak dijadikan cerita..anak-anak ayam abang aku tu hilang sekor demi sekor. Abang aku memang syak kucing kami punya kerja. Tapi tak tau yang mana satu.

Sample sahaja. Tak ada kena mengena dengan kejadian.

Entah macam mana proses penyiasatannya, kucing hitam telah dituduh bersalah dan diusir dari rumah. Aku tak sedih sangat sebab bukan kucing aku. Namun, bak kata pepatah 'sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga' dan 'langit tidak selalunya cerah'..penjenayah sebenar telah dijumpai.

Penjenayah tersebut tidak dapat menahan keinginannya untuk membuat onar terhadap anak-anak ayam katik..dan telah silap membuat perhitungan di hadapan tuan punya ayam..iaitu abang aku. Dan penjenayah itu adalah kucing aku sendiri (tak ingat nama, sebab banyak sangat). Apa lagi..redha je la kucing tu kena buang. Kesian hitam sebab terpaksa menanggung kesalahan kucing aku.

Penjenayah ditangkap, bersama dengan bukti..hehe

Moralnya..sila fikir dan nilai keadaan di sekeliling sebelum bertindak (hehe). Buat jahat pandang-pandang.  

Foto: Google Image

Tuesday, October 18, 2011

Bila Kita Mati Nanti...

Assalamualaikum wbt semua..

Tengah blog-walking sebelum tido ni, jumpa satu entry bermanfaat dari blog LunaLanun. Meh aku share kat sini. Buat pedoman kita semua.
****

Baiklah, pernahkah kita terfikir apa akan terjadi kepada akaun Facebook kita setelah kita mati suatu hari nanti?! 

Koleksi gambar-gambar 'cute' lelaki dan wanita di Facebook...

Jika suatu hari nanti kita mati, sekiranya akaun Facebook kita itu hanya kita seorang yang tahu password akaun kita, hanya kita seorang yang boleh access akaun kita...

Dan selepas kita mati, apa yang akan jadi pada akaun Facebook kita?!

Mungkin ada yang akan mengucapkan takziah pada wall kita, mungkin ada yang sentiasa menjenguk bagi mengubat kerinduan...

Tetapi...

Sedarkah kita bahawa gambar-gambar kita akan membuatkan kita sentiasa terseksa di alam kubur?!

Gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna macam mana nanti?!

Lelaki ajnabi akan terus-terusan melihat gambar tersebut, dalam masa yang sama tiada siapa yang boleh tolong deletekan gambar kita...

Walaupun sudah bertahun-tahun lamanya kita mati, gambar tersebut terus ditatapi oleh mereka...

Macam mana?!

Pernahkah terlintas di fikiran kita, adakah tudung singkat yang kita pakai itu akan selamatkan kita di alam kubur nanti?!

Suatu hari nanti, kita akan pergi buat selama-lamanya tanpa ada sebarang amaran... Pada bila-bila saat yang Allah kehendaki...

Jadi, bersediakah kita?

Facebook hanya sebagai satu contoh. Laman-laman sosial lain seperti blog, video-video yang kita post dalam YouTube dan sebagainya, adakah kita yakin bahawa isi kandungannya pada suatu hari nanti apabila kita sudah tiada lagi di dunia ni, akan menyelamatkan atau menyeksa kita di alam kubur nanti?! Fikirkanlah... Adakah kita sudah bersedia?!


Baca selanjutnya di sini: http://lunalanun.blogspot.com/2011/10/apa-akan-jadi-pada-akaun-facebook-kita.html#ixzz1b3WneqXP

****

Friday, October 14, 2011

Aktiviti Hari Jumaat 2

Assalamualaikum wbt semua..

Hai..awak semua buat apa hari cuti ni?...Minggu ni sekali lagi aku pegi panjat Bukit Besar. So rekod terkini adalah 4 kali sampai ke puncak. Bangga je. Padahal malu je ngan pakcik tadi, kami baru je nak berhenti penat, dia dah 2 kali ulang-alik.

Semalam aku ngan kawan-kawan sekelas buat gathering sikit untuk batch kami. Kami masak sama-sama, main sama-sama. Kenangan la.

So, semalam rancang la sapa yang nak pegi panjat bukit..yang angkat tangan nak pegi ada 11 orang. Ramai kan. So, aku budget mesti happening la pagi Jumaat kat Bukit Besar tu. Boleh suka-suka ramai-ramai. Tapi, pagi tadi..yang berjaya mengharungi dugaan untuk pegi hanyalah 5 orang. Sedih rasa.

Yang lain semua letih sebab main tarik tali masa gathering tu. Kami rancang nak panjat bukit tu sebagai aktiviti mingguan. Haa..hebat kan..

Lepas panjat bukit, macam biasa pegi sarapan. Tapi kali ni makan kat kedai je. Lepas makan terus balik.

*perlu sibukkan diri untuk melupakan masalah yang ada. Semoga berjaya.

Take care.

Monday, October 10, 2011

Jom Cari Follower

Assalamualaikum wbt semua...

Jom redakan keserabutan dan kesedihan hati dengan join segmen ni...


due esok kul 10 mlm...klik banner kalau nk join gak..

take care

Silver Lining

Assalamualaikum wbt everyone...

My mood is swinging today. I'm confused with my thinking and feelings.
This invisible burden is too heavy. I'm afraid I couldn't take it.
Who know yourself better than you and Allah s.w.t

I hope for a silver lining in the cloud.
To please me.
I hope for the mountain breeze.
To hugs me.
I hope for the midnight wind.
To wrap my sleep.

Only if I can wish...

Allah..please save my soul.


Double Frustration is coming soon. 

Sunday, October 9, 2011

Pensil

Assalamualaikum wbt semua..

Entri ini untuk dikongsikan bersama-sama, buat renungan dan iktibar motivasi.

Ada 5 perkara yang boleh kita belajar dari sebatang pensil.


1) Ibarat pensil, ada tangan yang memegang dan mengatur pergerakkannya. Maka ingatlah, ada kuasa yang membimbing langkah hidup kita, iaitu Allah s.w.t.

2) Ketika menulis, pensil akan menjadi tumpul. Kita perlu berhenti dan mengasahnya. Pasti pensil itu perit ketika badannya diraut, tetapi hasilnya, ia menjadi tajam dan cantik tulisannya. Begitu juga dengan hidup kita, kita perlu berani menempuh kesusahan kerana ia adalah sebab kita menjadi lebih baik.

3) Pensil mungkin menghasilkan tulisan yang salah, namun kita boleh memadam dan membetulkannya. Begitu juga dengan kita, diharap kita sentiasa memperbaiki kesalahan kita dan berada di jalan yang benar.

4) Manakah bahagian yang paling penting pada sebatang pensil? Bahagian dalam atau luar? Sudah pasti bahagian dalam (karbon). Begitu juga kita, kita perlu berhati-hati dengan apa yang ada di dalam diri kita, terutama perkara yang tidak baik.

5) Pensil selalu meninggalkan tanda. Begitu juga dengan kita, apa yang kita lakukan pasti meninggalkan kesan pada diri sendiri dan juga orang lain. Oleh itu kita perlu sentiasa bijak dalam bertindak.

[sumber: Solusi isu 35]

Saturday, October 8, 2011

Masa yang Tak Tentu..

Assalamualaikum wbt semua..

Entri malam ini adalah entri keinsafan. Tadi mak tipon, sembang-sembang pasal keadaan kat kampung tu. Aku tanya ayah mana? Mak cakap ayah pi baca qolhu. Eh..sapa meninggal? Mak cakap arwah (aku taknak sebut nama) meninggal sebab eksiden semalam. Arwah ni dalam lingkungan 38-43 tahun, kalau tak silap la.

Lokasi eksiden tu adalah tempat kemalangan maut selalu jadi. Untuk rekod tahun ni, dah 5 kali kemalangan maut jadi kat situ. Kisahnya sebuah kereta yang dipandu oleh seorang gadis belasan tahun, nak potong lori ikan, tapi tak pandai nak agak jarak kereta dari arah bertentangan, so..bertembung.

Budak perempuan tu arwah tak tempat tu jugak. Orang kampung aku arwah kat hospital. Anak-anak ngan isteri dia pun boleh tahan cedera, patah-patah abih. Penumpang kereta yang budak perempuan tu bawa pun patah-patah jugak.

Muhasabah diri sendiri, dah cukup ka bekalan kita nak 'pergi sana'. Semoga kita semua diberi petunjuk dan sentiasa dipelihara dengan rahmat-Nya.

Moral: 1) Kita tak tahu ajal kita bila nak sampai. 2) Kita tak tahu macam mana cara kita 'pergi' nanti. 3) Jangan excited sangat bawa kereta jika kita kurang pengalaman. 

Al-Fatihah untuk arwah. Takziah untuk keluarganya.

Friday, October 7, 2011

Aktiviti Hari Jumaat.

Assalamualaikum wbt semua...

Pagi tadi, aku dan 6 kawan sekelas pergi beriadah kat Bukit Besar. Ni kali ke-3 aku naik bukit tu. Bukit Besar ni kira salah satu dari landmark Terengganu la. Sesiapa yang mai cini mustahil la tak nampak bukit tu, sebab kat bukit ada tulisan "Allah Peliharakanlah Terengganu". Macam gambar kat bawah ni. Kalau malam-malam lagi la nampak sebab pasang lampu.


Track laluan untuk sampai ke puncak bukit ni boleh tahan mencabar. Kecerunan yang boleh meregangkan otot betis. Kalau pergi hari cuti memang orang ramai, ada yang datang ngan family, ada datang ngan pasangan, dan juga kawan-kawan. Ada member aku yang first time naik tadi, so mood excited tu lebih sikit.Hehe. Walaupun masing-masing mengah, tapi sesi bergambar tetap diteruskan sepanjang pendakian. Nak buat kenangan beriadah bersama-sama.

Lokasi Bukit Besar ni adalah dihadapan Mydin Mall. Kalau lalu jambatan Sultan Ismail tu, confirm korang akan nampak bukit tu. Selepas mengeluarkan peluh yang tak seberapa, kami pergi beli nasi kerabu dan berkelah dekat Pantai Telok Ketapang (dekat ngan airport tu). Selalu lepak kat pantai Tok Jembal je, tapi tadi orang ramai sangat. Makan ramai-ramai gitu memang memorable la. Lagipun dah tahun akhir ni kan, semua aktiviti nak buat bersama-sama. 

Tu la aktiviti besar untuk hari ni. Balik bilik, mandi, main game. Hehe. 

 

Ni gambar kawan masa dah turun. Muka masing-masing tak nampak penat pun.

Lepas exercise, top up lemak balik. Hehe

[gambar Bukit Besar: google image]
[gambar kami-kami: aku kidnap dari blog akmal]

Thursday, October 6, 2011

Coretan Saja-saja (Sesi malam)

Assalamualaikum wbt semua..

Tetiba ada sesi malam pulak. Hehe. Aku baru je abih sesi makan ramai-ramai kat bilik member. Makan bihun goreng. Terima kasih kepada kawan yang sponsor.

Lepas makan, aku dan 2 lagi kawan ke cafe, bukan nak makan lagi..hehe..tapi nak pegi beli tiket, untuk balik kampung masa Raya Haji nanti. Cuti lagi sebulan, tapi tiket dah beli sekarang, tak menyempat nak cuti. Kawan yang 2 orang tu nak merasa macam mana suasana kat kampung aku di Kedah tu. Sorang orang Perak, sorang lagi orang Johor.

Aku tak kisah pun depa nak ikut, bukan nak kena dukung pun. Mak aku pun tak kisah. Pandai-pandai la diorang sesuaikan diri nanti kat kampung tu.

Masa nak beli tiket tadi kena beratur boleh tahan panjang. Tak penah-penah aku duduk 3 tahun dah kat sini, kena beratur masa beli tiket. Ish2..ini menandakan orang-orang utara semakin ramai datang study kat Terengganu ni.


Lepas beli tiket, kami lepak-lepak kat bawah hostel ni, aku syok punya bersembang. Tiba-tiba ada mesej dari kawan sekelas tanya "dah antar ke emel kat mdm?"..Haah..aku dah terlupa. Terima kasih la kat kawan sekelas aku tu. Kalau tidak tak siap la keje aku. Kami kena antar tugasan melalui emel.


Kenapa la mudah sangat terlupa ni. Kena pegi beli kismis la lepas ni. Lama dah tak makan kismis.

Kerja banyak je dok menanti tu, tapi aku sempat je kan online dan update blog ni. Haha..apa nak jadi ni. Sedar-sedar diri la sikit.

[foto: Google Image]

Coretan Saja-saja

Assalamualaikum wbt semua..

Hari ni aku tak ada kelas, tapi kejap lagi nak kena pegi fakulti jugak sebab nak hantar homework. Timbunan kerja semakin menyerlah. Cabaran subjek-subjek baru yang sentiasa merisaukan hati. (Risau sahaja, tapi tak study pun).

Memandangkan roomate aku tak ada, dia ikut trip apa ntah, jadi aku dengan rajinnya nak mengemas bilik. Diharapkan berjayalah aku kemas bilik hari ni. Hehe. Species apa ntah aku ni, time orang tak ada baru boleh buat kerja. Kena duduk dalam hutan gamaknye.

Entry sebelum ni aku ada join segmen jom tambah follower, hasilnya bertambah jugak la kawan-kawan baru aku. Terima kasih kepada yang sudi berkawan dengan saya.

Aku kena join segmen baru bertambah kawan. Tak macam MeowwMania..tak join segmen pun kawan-kawan dia dah ramai. Hehehe.    

Tu la saja coretan pada tengah hari ni. Sekadar update je. Tak ada topik pun sebenarnya.