Wednesday, May 30, 2012

Terakhir

Assalamualaikum wbt..

Kelmarin adalah hari terakhir kelas untuk sem ni. Takkan ada lagi kelas dah lepas ni. Minggu depan adalah minggu ulangkaji. Aku mula final pada 12hb Jun sampai 18hb. Lepas tu kemas barang dan balik kampung.

Minggu-minggu terakhir setiap semester ni la masanya nak lepak ngan kawan-kawan. Nak pulak budak tahun akhir. Banyakkan luang masa bersama kawan, sebab lepas ni masing-masing balik negeri sendiri. Nak jumpa pun mungkin masa konvokesyen nanti.

Tapi tu la. Kita manusia hanya mampu merancang. Petang kelmarin dapat berita junior accident. Seorang daripada empat yang terlibat tu meninggal dunia. Junior semester 4. Kereta kancil yang diaorang naik dirempuh lori. Jenazah dah dihantar pulang ke kampungnya di Johor semalam.

Mungkin tak rapat, tapi bila nama dia disebut, aku boleh bayang muka dia. Yang lain masih ada di hospital. Ada keluar dalam surat khabar Metro hari ni. Bahagian berita setempat, muka surat 27 A. Bagi rakan sekelas dia, kejadian dan kehilangan ni akan jadi satu kenangan sedih sepanjang diorang belajar sama-sama.

Batch aku pun pernah kehilangan seorang kawan masa semester 4 dulu. Juga terlibat dalam kemalangan.

Sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah junior dan juga arwah kawan sekelas dulu.

Saturday, May 26, 2012

Shiro

Assalamualaikum wbt..

Dok saja-saja ni jadi rajin nak update pulak. Heehe..

Selain dari Maru, kucing gemuk yang famous dan suka kotak tu, ada sekor lagi kucing Asia yang boleh tahan famousnya.

Kucing tu nama Shiro. Nama penuh dia Shironeko yang bermaksud kucing putih. Shiro ni terkenal sebab dia suka tido dalam bakul atau raga kecik. Pastu dia juga diminati sebab muka dia yang selamda, takda ekspresi. Dia pun tak banyak bergerak macam Maru. Sebab tu tuan dia boleh hias suruh dia posing macam-macam gaya. Banyak gambar dia di internet sekarang. Cari je Shiro the Cat. Dia ada lagi tiga kawan lain. Tak tahu la kawan atau sedara. Tapi dia la yang famous sebab muka bolat dia tu. Aku tampal dua, tiga keping gambar dia kat cini. Enjoy.

Tengok, nak himpit juga

Tuan dia selalu suruh dia pose ngan patung tu

Sama tak..?

Nak gambar dia lagi..? Rajin-rajin la korang google sendiri..hehe.

Aku penah bagi kucing aku nama Shiro, tapi dia kaler oren. Hahaha

Entri sebelum ini: Anak Burung

FotoL Google Image

Friday, May 25, 2012

Anak Burung

Assalamualaikum wbt..

Kemarin, saat aku mengorak langkah menuju ke blok asrama, aku melewati di bawah sepohon pokok mangga. Pandangan aku ke bawah. Ada fikiran mengiringi.

Kemudian aku ternampak sesuatu. Aku berhenti dan menapak dua langkah ke belakang. Aku perhatikan. Seekor anak burung, bulunya baru mula tumbuh, masih jelas perutnya yang buncit, seperti anak-anak burung lain yang baru menetas. Terdampar kaku di atas hamparan rumput hijau. Dikelilingi kerengga jingga. Mati. Aku yakin dia sudah mati. Keras tidak bergerak. Sunyi tiada tangisan.

Aku bertanya. Kenapa dan mengapa dia berada di bawah, bukan di atas seperti yang sepatutnya. Sejengkal dari sayap kaku itu, ada sarang yang musnah. Sarang yang tidak kukuh binaannya. Mungkin dipukul angin. Mungkin juga anak kecil itu meronta-ronta. Sarang lemah itu tidak mampu menampung gegaran, lalu jatuh.

Tiba-tiba. Fikiranku ligat bertanya. Andai aku samakan anak-anak zaman sekarang dengan anak burung itu. Samakah..?

Anak burung itu masih kecil. Masih lemah. Belum tahu mengepak sayap. Hidupnya bergantung kepada kasih dan sayang ibu ayahnya. Aku andaikan sarang itu tidak kuat binaannya. Hanya itu yang termampu ayah ibunya sediakan. Tidak kuat menerima dugaan angin. Roboh, jatuh ke bumi. Bersama-sama anak kecil mereka. Anak kecil yang jatuh. Lemah. Tiada apa yang mampu dia lakukan untuk mempertahankan diri. Jauh sekali untuk kembali berada di atas pokok. Aku andaikan pada saat awal dia jatuh, dia menangis kuat. Berteriak memanggil ibu ayah. Ibu dan ayahnya hadir. Namum itu tidak mengubah apa-apa. Dia sudah tiada. Hanya kedengaran tangisan ibu dan ayahnya. Menangisi pemergiaan anak mereka.


Andai anak burung itu adalah anak manusia yang dilahirkan di muka bumi ini. Sama. Kecil. Lemah. Tidak tahu apa-apa. Hidup bergantung pada kasih sayang ibu dan perhatian ayah. Anak manusia ini semakin membesar. Hayatnya lebih panjang dari anak burung itu. Mulai bebas meneroka dunia. Aku andaikan dugaan angin yang bertiup adalah kejutan budaya yang menyapa. Bergegar pagar pesanan dan harapan ibu dan ayah. Sama. Seperti bergegar sarang burung yang lemah binaannya. Mungkin ada perkara yang ibu dan ayah lupa semasa membina pagar buat anak mereka. Mungkin. Aku andaikan ianya agama. Saat anak burung itu jatuh ke bumi. Sama. Saat terpesongnya langkah kaki anak manusia. Roboh dan hancur sarang yang sepatutnya melindungi anak burung itu. Sama. Runtuhnya pagar pedoman yang menjaga anak manusia selama ini. Anak burung itu mula didatangi gerombolan tentera jingga. Ada yang menggigit. Ada yang menarik-narik. Ada yang mengoyak-ngoyak. Akhirnya dia tewas. Sama. Anak manusia yang telah roboh pagarnya. Mula didatangi tentera kuning. Jauh datangnya dari tanah Amerika. Datangnya mereka dibawa tiupan angin teknologi. Ada yang mengajar. Ada yang menjajah. Ada yang menghasut. Sama. Akhirnya anak manusia itu tewas. Datang ibu dan ayah anak burung tadi. Melihat anak mereka kaku dijamah sang jingga. Menangis tiada irama. Sama. Ibu dan ayah anak manusia. Melihat perubahan anak mereka yang tidak lagi terkawal. Menangis tiada lagu.

Bezanya....

Ibu, ayah dan anak manusia itu berakal. Ibu dan ayah, belum terlambat untuk membaiki pagar yang roboh. Cari semula bahan asas binaannya. Bentuk semula pagar kasih sayang itu. Anak, belum terlambat untuk menarik diri dari perhimpunan tentera kuning. Jangan lemah. Jangan biarkan diri dijadikan boneka. Mengikut tanpa tahu makna.

Aku teruskan langkah pulang ke asrama. Semoga aku, sang anak manusia, masih punya pagar kasih sayang yang kukuh. Ibu dan ayah telah sediakan bentuk asas pagarku. Akan aku cari bahan asas yang lain agar ianya bertambah kukuh.

Sekadar berkongsi buah fikiran.  

Entri sebelum ini: Lega

Foto: Google Image

Thursday, May 24, 2012

Lega

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, masih berkesempatan update blog ni. Lega rasa selepas hantar draf pertama research report pagi tadi. Kalau tak, semua yang dibuat rasa tak kena. Sekarang boleh la tarik nafas lega. Walaupun belum finalise tapi dah tak teruk sangat. Tinggal nak betulkan sikit-sikit je lagi. Harap supervisor berpuas hati la.

Hitung tolak tinggal lagi sebulan lebih kurang aku akan duduk di Terengganu ni. Tak tahu la bila pulak ada rezeki nak datang semula lepas habih belajar nanti. Masing-masing akan bawa haluan sendiri. Mungkin berhubung secara maya je nanti. Melalui facebook dan telefon.

Banyak pengalaman dan pengetahuan yang aku dapat sepanjang empat tahun belajar di sini. Bawa diri di negeri orang. Berjumpa dengan pelbagai jenis manusia. Dah jadi macam satu hobi untuk menganalisis orang-orang di sekeliling aku.

Bak kata orang, "Yang baik jadikan teladan, Yang buruk jadikan sempadan". Bila tengok orang buat salah, pesan pada diri sendiri supaya jangan buat kesalahan yang sama. Bila nampak orang buat benda betul dan baik, jangan teragak-agak untuk mengikut. Itu salah satu cara untuk kita belajar.

Bukan semua ilmu tu wujud dan disampaikan di dalam kelas. Kalau tak, tak mungkin muncul ungkapan "Pengalaman adalah guru terbaik". Dan semua tahu yang ilmu tu tak pernah habis. Bak kata pepatah, "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad". Setiap masa dan setiap saat kita belajar.

Berlapang dada dengan keadaan kita sekarang. Bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan.


Pandanglah kepada harapan yang sentiasa berada di hadapan.


p/s: Terima kasih Fiona Jamiyan kerana ikut blog saya, walaupun secara senyap-senyap. Hehe


Foto: Google Image

Sunday, May 20, 2012

Seruan Kubur

Assalamualaikum wbt..

Ni entri takda idea tapi nak update blog. Aku kongsikan catatan yang aku ambil dari sebuah majalah. Lama dah, aku pun tak ingat majalah apa. Sekadar renungan buat diri aku sendiri dan kepada sesiapa yang membaca.


Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak lima kali ;

1.     Aku rumah yg terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu menbaca Al-Quran.

2.    Aku rumah yg gelap, maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3.    Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, maka bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.

4.    Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyakkan bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah". supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
InsyaAllah.

Thursday, May 17, 2012

Tipon Mak 2

Assalamualaikum wbt

Jangan salah paham dengan tajuk entri tu ye. Bukan tipon mak yang kedua, mak aku ada satu je. Tajuk tu maksudnye entry kedua dengan tajuk yang sama. Ni yang first dulu, "Tipon Mak".

Okay, seperti biasa, bila tipon mak kat kampung nuu, aku akan di"kemas kini" dengan hal ehwal semasa yang berlaku kat kampung tu. Hehe.

Abih cerita pasal kampung, wajiblah aku bertanya pasal budak-budak oren, berbulu, dan berkaki empat. Mak bagitau, Baq ngan Uih macam besa ja, berlari berkejaran sokmo. Pastu baru-baru ni Baq kena tokak (gigit) kat kaki, macam Uih jugak. Mak suspek penjenayah yang sama yang gigit Uih dulu. Ada jugak yang nak kena lastik ni. Mak dah sapu ubat. InsyaAllah sembuh. Uih masih dengan perangai ngada dia takmau makan nasi. Makan semulut dua pastu dia blah. Harap makan dryfood je sikit-sikit.

Makcik dengan jayanya mengekalkan kesuburan beliau. Tengah tunggu hari je nak tambah warga baru kat rumah. Selagi tak bawa pegi spay, selagi itu la dia beranak. Entah kali yang keberapa dah. Sabar ye Makcik, tunggu aku ada lesen keta jap.

Budak-budak kecik yang aku tak sempat bagi nama tu dah makin besar. 2 ekor je survived. Membesar tanpa kawalan di bawah jagaan mak. Entah dapat dari mana perangai "elok" pun aku tak tau. Adakah sejarah lama akan berulang. Abih anak ayam mak aku kena buli, dikejar, dilambung dan dimakan. Hadoii. Macam dah takda mainan lain.

dah cukup umur..dah cukup tinggi..hehehe


Oleh kerana risaukan anak itik yang baru menetas akan menerima nasib yang sama, mak dengan kuasa veto telah memberi arahan kepada kak long aku. "Ang bawak budak-budak ni balik Jitra". Hahaha. Maka budak 2 ekor tu dah selamat dieksport ke Jitra. Dah jadi kucing pekan dah. Kak long aku letak kat belakang rumah dia, bagi makan dan biar diaekor berkawan ngan stray cat yang lain.

Macam tu la kisahnya. Mak sayang budak-budak tu, tapi kerana perangai yang suka menggangu ketenteraman ayam dan itik tu la yang tak tahan. Kalau aku ada di rumah, boleh dengar kot budak-budak tu kena marah dan berleter. Haha..padan muka..buas sangat.
Banyaknye..rambang mata ni

Bila update blog, cepat je menaip, mata pun segar. Time nak siapkan research study macam-macam alasan ada.

Foto: Google image


Tuesday, May 15, 2012

Tikus

Assalamualaikum wbt...

Tengok tajuk entri tu..ntah mimpi apa tiba-tiba buat entri pasal tikus.Hahaha

Macam ni, petang tadi aku terbaca satu artikel yang ditampal di dinding asrama. Artikel promosi barang, yang ditampal secara tidak sah sebab takda cop kelulusan HEPA. Memang la takda, baik sangat ka HEPA tu nak luluskan iklan-iklan macam tu. Ok, abaikan bab tu.

Sambung pasal tikus, aku baca, baca, baca isi artikel/iklan tu. Bahagian yang buat aku terpaku, terkedu dan membisu (cewahh), adalah bila ada satu ayat tu ditulis "Tikus bertelur".

Eh...sejak bila tikus bertelur ?? Ikut pemahaman aku baca iklan tu macam dia rujuk kepada proses pembiakan tikus, bukan ciri-ciri tikus jantan yang sememangnya ada "telur". Rasa macam dah pandai bab sains masa sekolah rendah dulu.

Apa-apa pun aku  google la nak sahihkan kenyataan tu. Sokongan pertama yang aku jumpa adalah buku skrap budak darjah empat, yang bertajuk "Buku Skrap Haiwan". Dalam tu dia tunjuk gambar haiwan, cara pembiakan dan jenis haiwan apa (herbivor, karnivor atau omnivor). Pastu ada gambar tikus kaler putih, cara pembiakan - melahirkan anak, dan sejenis haiwan omnivor.

Sokongan kedua, artikel dari universiti mana ntah, aku baca ekstrak dia je, ditulis - tikus mampu melahirkan lebih kurang 12 ekor anak.

Tengok, mana ada tikus bertelur macam ayam. Kat mana la orang tu dapat info tikus bertelur. Hadoi..

Ibu Tikus: "Penat tau aku beranakkan budak-budak ni."


 Cian ibu tikus tu. Hehehe

Foto: Google Image

Saturday, May 12, 2012

Segmen: Saya blogger Universiti...

Assalamualaikum wbt

Haven't join segment for quite some times. This gonna be my third participations.

Currently I'm student of University Sultan Zainal Abidin, Terengganu. Taking Bachelor of English. I'm a final year student. Just gonna be here till this coming June.




Click the banner if you guys wanna join this segment too..

Friday, May 11, 2012

Children Speech

Assalamualaikum wbt..

I went browsing videos on youtube just now. Video after video, I came accrossed a speech video by a girl, teenager to be exact. The video title was "The girl who silenced the world for five minutes". The title made me wonder what did she do ?

The video was recorded quite some time ago, cause the image seems 'old'. But what matter is her speech and its content. The description of the video mentioned that the girl was addressed a UN meeting on issue of environment, don't know on what year.

Listened to the whole 5 minutes speech made me think if all adults ever think like her. The delegations from various countries just remained in silent and seems to think of what she said.

I found few lines of her speech that were really deep in meaning and eyes opening.

"If you don't know how to fix it, please don't break it" - she referred to the problems existed in todays world; starvation, extinction, holes in ozone layer, polution and many others.

"Why a boy who has nothing is willing to share, why we, who have everything are so greedy" - pointing on the behaviour of people who are blessed with food and money but yet let it waste than to share it with the needy.

"You are what you do, not what you say" - reminding the delegations to stop making promises that every problems in this world were under controlled and whatsoever.

This inspiring speech should be listened and watched by everybody.

Thinking of what our contribution to the society, and the world.

Saturday, May 5, 2012

In Time : Review (part I)


Assalamualakum wbt ...

Masa aku tulis sinopsis citer "In Time" sebelum ni, aku ada janji nak tulis pendapat dan pandangan aku pasal citer tu. Dah berjanji kena la tunaikan, walaupun lambat. Maaf la kalau ada yang tertunggu-tunggu, tu pun kalau ada la. Sebelum korang baca review ni, pastikan korang baca dulu Sinopsisnya.



Review ni ditulis berdasarkan pandangan aku semata-mata, di samping bantuan pengetahuan agama yang tidak seberapa. Bukan nak bersyarah atau menjatuhkan hukum. Sekadar berkongsi.


1. Umur / Jangka hayat

Dalam citer ni, manusia tahu jangkat hayat diaorang sebab ada jam digital kat tangan. So, diorang hidup berdasarkan waktu yang ada. Lebih mudah untuk merancang sebab dah tahu bila nak mati, berapa jam lagi tinggal untuk bernafas. Lepas tu boleh “top up” bila rasa nak hidup lama. Dalam kata lain, manusia boleh control hidup diaorang sepenuhnya. Dalam citer ni juga memang tidak dinyatakan atau digambarkan sebarang pegangan agama. Segalanya berkaitan dengan masa yang tertera kat lengan kiri.  

Jadi aku nak ulas sikit dan kaitkan citer ni dengan kita manusia biasa, hidup di dunia reality dan mempunyai pegangan agama (Islam).

Sekiranya anda diberi pilihan, yang mana yang akan anda pilih dalam melayari hidup sebagai hamba-Nya. Sama ada diberitahu bila kita akan mati atau saat kematian kita dirahsiakan ?





Fitrah sebagai hamba-Nya, kita telah dirahsiakan dari mengetahui penamat sementara hidup ini, iaitu kematian, sebelum menempuh kehidupan kekal sesudah kiamat. Apa relevannya saat kematian dirahsiakan ? Bukankah lebih mudah jika kita tahu bila kita akan mati ? Dekat-dekat nak mati tu boleh kita bertaubat, beramal, dan beribadat banyak-banyak..kan,kan. Tapi bila kita tak tahu..macam mana ?



Ingatlah, tiada satu pun perkara yang dicipta oleh Allah adalah sia-sia. Setiap kejadian ada rahsia dan hikmahnya. Umur dan saat kematian kita dirahsiakan kerana yang Maha Esa mahu menguji keimanan kita. Firman-Nya dalam surah Adz-Dzariyat, ayat 56 “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”. Jelas umur kita dirahsiakan sebab Allah nak tengok ibadat kita macam mana. Bila kita tak tahu nak mati bila, kita makin rajin beramal dan sentiasa berwaspada atau kita lupa dan lalai dengan kehidupan dunia ?



Cerita “InTime” ini hanyalah rekaan sahaja. Namun kita masih boleh ambil iktibar dan pengajaran darinya. Andai kita tahu masa kita hampir habis, mesti kita risau dan tidak tenang. Kita mencari-cari jalan untuk melambatkan kematian kita. Kita risau apa yang akan terjadi pada orang yang kita sayang. Kita risau akan harta yang kita bersusah payah kumpul.



Dengan nikmat islam dan iman, insyaAllah, sama ada kita tahu atau tidak saat kematian yang bakal datang, kita tetap beribadah dan sentiasa mengingati-Nya.  

Setelah di"preview", nampak macam dah panjang entri ni, so point seterusnya akan disambung pada entri yang akan datang.
Foto: Google Image

Friday, May 4, 2012

Tak Kesampaian

Assalamualaikum wbt..

Kemarin ada aktiviti derma darah, sempena dengan program "Inspiration Through Success" yg kami classmates sama-sama anjurkan + 9 orang junior. Masa hari first aku tak derma sebab sibuk sikit setelkan tugas publisiti. Pastu plan nak derma pada hari kedua.

Aku siap makan awal, sebab nak derma lepas solat Zuhur. Mengikut pengalaman kali pertama dulu, kena makan at least 1 @ 2 jam sebelum derma. Masa tu badan dah serap tenaga makanan tadi. Lepas solat Zuhur je, kawan message, katanya staff hospital tu dah kemas-kemas nak balik. padahal masa tu baru pukul 2.15.

Ikut jadual sepatutnya dari pukul 10 pagi sampai 3 petang. Tapi diorang bagi alasan sebab sambutan tak ramai. Yelah, minggu lepas pun dah buat derma darah, so minggu ni orang dah tak derma. Dapat lebih kurang 70 orang je untuk 2 hari. Hospital tu dah rugi 3 pain darah sebab balik awal. Ada 2 orang kawan aku yang nak derma gak. Tapi dah tak diizinkan-Nya.

Sedih, semangat dah berkobar-kobar nak derma. Ntah bila la pulak aku boleh derma darah. Kalau balik kampung, ayah aku tak bagi sebenarnya derma darah. Tapi bila dok jauh dari dia, aku buat ikut suka hati je la. Hehehe.

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...