Saturday, March 31, 2012

Syabas

Assalamualaikum wbt

Aku nak ucapkan syabas kepada mereka yang mampu untuk bersama-sama bergelap selama sejam sebentar tadi. Hanya sejam, bukan berat sangat pun..kan, kan..?

Besar maknanya kita tutup lampu tadi walaupun sekejap. Jika ada yang pernah baca, setiap tahun pada hari sambutan 'earth hour' suhu bumi telah turun mendadak sebanyak beberapa darjah celcius. Alhamdulillah, kita tolong sejukkan bumi sekejap.

Selama bergelap tadi, aku melayari laman youtube. Boleh kata setiap malam aku lawat youtube ni. Tengok video kucing, agama dan macam-macam lagi. Apa yang aku nak bagitau adalah aku tertarik dengan usaha pihak youtube menyediakan simbolik suis lampu di laman tersebut. Bila dipetik, latar belakang laman itu akan menjadi gelap. Dan sekarang pun aku masih tutup suis laman tersebut.

Hehe. Tahniah dan Syabas kepada semua.



Foto: Google Image

Earth Hour

Assalamualaikum wbt..

Tonight the whole world will be celebrating Earth Hour for this year. We gonna show our concern and love to our beloved earth by switching off the light for 60 minutes. Let's do our part in reducing the heat of our atmosphere.

Just 1 hour. No one gonna die without the light, right. Come on everybody, take action tonight and be grateful of what we have now. Pray for the longevity of our mother nature.



Foto: Google Image

Friday, March 30, 2012

Global March to Jerusalem 2012

Assalamualaikum wbt..




Baru je beberapa minit selesai mengikuti Global March to Jerusalem 2012 peringkat UniSZA. Perarakan bermula selepas solat Jumaat dari Masjid UniSZA ke Dewan Al-Muktafi Billah Shah. Alhamdulillah agak ramai yang turut sama menyertai perarakan tadi. Walaupun jarak antara masjid dan dewan tidak jauh, namun semangat dan rasa prihatin serta bertanggungjawap untuk sama-sama menuntut pembebasan bumi Palestin dari terus ditindas yang perlu dibanggakan.

Walaupun jarak hanya sekangkang kera, masih ramai yang tidak mampu untuk turut serta. Masing-masing punya alasan dan sebab. Letih, panas, mengantuk, lapar dan sibuk antara jawapan standard jika ditanya mengapa tidak ikut serta.

Pentingkah rasa lapar kita, letih kita, dan sibuk kita bila saudara seagama kita di sana sedang gigih bertarung nyawa untuk terus hidup. Lawan mereka bukankah seekor nyamuk kecil, bukan semut merah dan juga bukan ular berbisa. Lawan mereka senjata api, kereta kebal, jet penjuang, helikopter Apache, dan bom asid.

Tidak malukah kita yang tidak mampu untuk meluangkan hanya sedikit masa untuk menunjukkan rasa ambil berat kita, dan rasa kasih sayang sesama manusia.

Perjuangan Palestin bukan lagi atas dasar agama, tetapi kini atas dasar kemanusiaan (human right). They have right to live in peace. They have right to go to school. They have right to take a walk freely. They have right to do everything without worries.

Perlu diingat, bukan hanya kita sahaja yang hidup di muka bumi ini. Hari ini hari mereka ditindas, entah esok lusa giliran kita pula. Mohon dijauhkan. Lakukan sedaya mungkin untuk membantu. Jika bukan dengan keringat, cukup dengan doa dan ingatan kepada mereka di sana.

Jangan kita menjadi orang yang celik tetapi buta untuk melihat.  



Tahniah pada pihak penganjur.

Foto:Google Image

Thursday, March 29, 2012

Budak Hitam 2

Assalamualaikum wbt..

Hari ni aku memang takda kelas, bangun awal sebab nak betulkan questionnaire untuk project paper. Baring sambil pikir nak tambah soalan baru, pikir sambil baring di awal pagi..hampir terbabas semula la. Dalam aku di awang-awangan nak terbabas tu dengar ada kucing bunyi kat balkoni, ntah kucing mana la happy sangat nyanyi pagi-pagi ni.

Terbabas sekejap, pastu terkejut dengar kucing bergaduh. Melompat aku dari katil. Jenguk kat balkoni, budak hitam yang aku penah citer sebelum ni tu dah tergolek. Ingat kena belasah dengan bapak kucing yang brutal tu, rupa-rupanya kena sembur ngan ibu kucing.

Maybe terserempak kot, pastu kena marah. Aku halau la ibu kucing tu. Bila ibu kucing tu lari, nampak si hitam ni nak ikut. Aku tengok dia, dia tengok aku. Tengok muka manja tu..cehh..kes nak ngorat ibu kucing tu rupanya. Tapi tak dilayan. Dah besar kau hitam ye.

Dia datang gesel-gesel kat kaki, sambil bebel apa ntah. Selsema serius yang dia ada sejak sem lepas masih tak baik sepenuhnya lagi. Tapi better la dari dulu. Masa aku jaga tu, muka dia sememeh je ngan hingus, asyik-asyik bersin. Kain baju yang aku sidai pun kadang-kadang terkena tempias hingus dia.

Aku usap sikit-sikit, pastu masuk sambung keje. Pintu belakang tu aku biar je terbuka. Nampak dia jenguk, nak masuk. Aku buat tak tau je. Dia masuk, jilat-jilat, jalan meneroka. Pastu selamba lompat atas katil aku, baring sambil mandi-manda. Wah..hebat.

Bagi can kat dia kejap, pastu suh dia turun. Suh dia dok kat luar. Dia ikut je arahan aku. Tak leh lama-lama, sebab bulu dia keguguran, duduk kejap pun dah ada lekat kat tilam. Pastu dia asyik bersin, nanti lekat kat cadar, nak kena tukar baru, aku dah la malas.

Gambar hiasan. Muka manja.


Cuba kalo kucing tu kucing yang aku bela kat rumah. Dia taknak pun aku dukung suh duduk atas katil, siap tak bagi turun. Hehe.

Foto: Google Image

Wednesday, March 28, 2012

I'm Here because I Care

Assalamualaikum wbt..


Semester ni aku ada ambik subjek 'Language, Power & Ideology'. Subjek ni mengajar aku bagaimana untuk menilai dan mengesan kekuatan dan ideologi yang tertanam di dalam sesebuah teks. Satu subjek yang menarik bagi aku. Pensyarah yang mengajar subjek ni seorang yang rilex, dia mengajak kami berfikir. Tiada jawapan yang betul atau salah. Terpulang pada pentafsiran sendiri. Kita bebas mentafsir apa yang kita baca. Dengan bantuan akal yang dikurniakan, kita dapat menilai sama ada sesebuah teks itu benar atau sekadar karangan yang penuh dengan propaganda semata-mata.

Dalam kelas baru-baru ni, dia ada tunjuk sebuah video mengenai seorang aktivis keamanan yang bernama Rachel Corrie. Pada umur 11 tahun (5th Grade), dia telah memberi sebuah ucapan yang begitu bermakna bagi seorang budak seusia dengannya. Ucapan tersebut bertajuk 'I'm Here because I Care', adalah mengenai harapan Rachel terhadap masalah kebuluran yang melanda dunia. Azamnya untuk membuat sesuatu dan memberi harapan kepada kanak-kanak di seluruh dunia yang berdepan dengan masalah kebuluran. Pada usia muda sebegitu, Rachel telah menunjukkan sikapnya yang mengambil berat akan kesusahan orang lain.

Sikapnya yang gemar membantu ini berterusan sehingga dia dewasa. Kemuncak perjuangan beliau dalam menuntut hak mereka yang dianiaya adalah apabila dia telah pergi ke tanah bergolak Palestin pada 2003. Melihat sendiri kekejaman yang berlaku membuatkan dia nekad membantu. Pergi dengan status aktivis antarabangsa warganegara Amerika, dia berharap Israel akan berlembut dengan tuntutan mereka untuk menghentikan aktiviti merobohkan rumah warga Palestin.

Nyata tanggapan Rachel silap sama sekali. Pada 16 March 2003, dia telah dilanggar oleh sebuah bulldozer yang pada ketika itu mahu merobohkan rumah seorang doktor. Tindakan beliau yang menjadi benteng manusia (human shield) antara bulldozer dan rumah tersebut tidak berjaya. Kecederaan dalaman yang parah telah meragut nyawa Rachel Corrie pada waktu itu berusia 23 tahun.

Sekiranya rakan-rakan membaca maklumat mengenai beliau di Wikipedia, anda dapat melihat percanggahan dalam laporan yang dikeluarkan oleh IDF (Israel Defense Force) dan ISM (International Solidarity Movement). IDF menyifatkan kemalangan itu berlaku kerana Rachel ditimpa serpihan batu-bata, tambahan pula jarak penglihatan pemandu bulldozer terhalang oleh pagar keselamatan yang ada pada kenderaan tersebut.

Rakan Rachel dari ISM yang bersama-sama ada pada waktu itu mengatakan Rachel 'dibunuh' oleh bulldozer dan tiada apa pun yang menghalang penglihatan pemandu itu. Anda boleh menilai sendiri kebenaran dan kepalsuan laporan yang diberikan oleh mereka. Anda boleh google di internet mengenai Rachel Corrie. Di google image, anda boleh melihat gambar yang diambil sebelum dan selepas dia dilanggar (dengan sengaja).

Jika anda perasan, nama Rachel Corrie telah digunakan oleh sebuah kapal yang menyertai kempen misi keamanan ke Gaza pada March 2010. Namun bekalan ubatan yang dibawa telah dirampas oleh pihak berkuasa Israel. Anda semua tahu bagaimana kekejaman mereka berluasa di bumi Palestin.

Sebagai saudara seagama, berbagai-bagai cara sudah kita lakukan untuk menentang pencerobohan dan kekejaman Israel di bumi Palestin. Mungkin kita tidak mampu mengangkat senjata ke medan perang, jadi lakukan apa yang kita mampu. Berdoa akan keselamatan mereka dan semoga mereka sentiasa mendapat pertolongan dari-Nya.

Pada hari Jumaat ini, Kelab UNESCO UniSZA dengan kerjasam AQSA Syarif Berhad akan mengadakan perarakan aman dari Masjid UniSZA ke Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS). Diadakan pada tarikh 30 March kerana pada bulan March 1976 bermulanya rampasan tanah besar-besaran oleh Israel. Global March to Jerusalem adalah perarakan sedunia, dan Malaysia salah sebuah negara yang menyertai perarakan ini. Anda boleh menyertai perarakan ini di tempat anda (sekiranya ada). Bagi mereka yang berdekatan dengan Kuala Terengganu bolehlah datang dan sama-sama menyertainya.     
   



Semoga kita diberi petunjuk dan sentiasa beriman kepada-Nya.

Show Them, We're Here because We Care

Sunday, March 25, 2012

Tipon Mak

Assalamualaikum wbt..

Semalam aku tipon mak, agak lama aku tak tipon dia. Dalam seminggu dua jugak. So, bila tipon sekali sekala tu memang lama la. Semalam aku cakap selama sejam 13 minit.

Masa tipon tu, kaklong ada kat rumah mak, diaorang balik makan nasi. Pastu dengar kecoh-kecoh, anak dia yang kecik tu jatuh tangga. Kat tangga tu ada kain lap kaki, so tak teruk sangat la jatuhnya. Nangis kejap je pastu sambung main balik. Hero la katakan.

Mak cakap sana hujan, air sungai penuh. Kat sawah pun penuh. Pastu mak citer ada kenduri kendara kat kampung. Kira update la perkembangan kampung. Ada orang bersalin la, macam-macam.

Bila tipon, tak sah la kalau aku tak tanya pasal budak-budak kat rumah. Mak cakap kaki Uih luka, ntah kena apa. Masa dia balik tengok jalan jengket-jengket. Tapi mak tak boleh nak sapu lendir lidah buaya (Aloevera) sebab dia marah, tak bagi mak pegang. Sejak bila pulak dia jadi garang, sebelum ni dia la yang manja. Mak titis minyak gamat je, sebab boleh letak pelan-pelan. Tapi bila dia sedar, abih minyak tu dia jilat. Luka kecik pun jadi besar.

Lebaq ada je kat rumah, mak kata selalu je ada, dah tak jalan sangat. Makcik maintain control ayu. Anak dia yang kecik tinggal 2 je. Dah makin nakal, asyik main. Semua sihat. Lega dengar.

Pastu Nyet yang diadopt oleh budak kampung aku pun makin sihat. Manja ngan budak yang bela dia tu. Yelah jadi kucing tunggal, memang diberi penuh perhatian. Tambah lak perangai baik, tak 'membuang' merata-rata. Budak tu bagi nama Comel kat dia.

Pastu anak itik yang berjumlah 26 ekor dari 2 ibu dah tinggal 9 je. Baru nak berkembang balik lepas buat kenduri.

Mak aku cakap sepanjang 6 minggu aku kat sini, dah 2 kali dia pegi Thailand. Asal aku takda kat rumah baru pegi. Hish..agak tidak berpuas hati. Pastu tengah rancang nak pegi lagi pasni, tengah pilih tarikh.

Sembang-sembang lagi pasal abang, kakak aku. Pastu abih. Pukul 11 gak.

Rindu budak-budak oren kat rumah.


Jantan dua ekor ni.

Hati kembali tenang.

Saturday, March 24, 2012

Terlajak Kata

Assalamualaikum wbt

Pepatah orang tua-tua "Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak kata buruk padahnya". Ye, aku akui kebenaran pepatah ini.

Hanya kerana terlajak kata, semuanya berubah. Sesuatu yang tak akan pulih seperti biasa. Padah yang terpaksa ditanggung.

Berkata-kata memang senang, tapi maksud dan kesan kata-kata tu yang menakutkan. Sesuatu yang tak boleh ditarik semula.

Mengecewakan sekeping hati. Sekali lagi. Cukup untuk menganggu hari-hari yang mendatang. Kesedihan ciptaan sendiri. Tak adil bagi dia di sana.

Macam mana aku nak tebus kata-kata yang dah terlepas. Berjuta kali minta maaf belum cukup untuk mengubat kesedihan. Walaupun aku punya alasan, adakah dia faham ?

Sedih sekarang lebih baik dari dikecewakan kemudian hari. Alasan aku.

"Ye". Sahutan tak bermaya. Sekadar membalas giliran perbualan.

Apa yang aku nak sebenarnya..mengundurkan masa atau menarik kata-kata ??




Hanya mampu menyesali tindakan sendiri.

Maafkan Aku

Assalamualaikum wbt..

Dedicated to Someone..

Maafkan aku
kerana memberi harapan

Maafkan aku
kerana terpaksa melukakan

Maafkan aku
kerana berahsia

Maafkan aku
kerana tak mampu membalas kasih sayang

Maafkan aku
kerana tak pandai menghargai

Maafkan aku
kerana tidak menjaga hati

Maafkan aku
kerana mengecewakan

Maafkan aku
kerana bertindak kejam

Maafkan aku



I still need you.
We're still friend, right ?

copyright reserved.

Friday, March 23, 2012

Drama Kehidupan

Assalamualaikum wbt..

Dialog tengah hari tadi..

Dia  : wei tolong jawap questionnaire ni jap
Aku : questionnaire sapa?
Dia  : kawan aku punya, tolong r
Aku : (sambil belek2 questionnaire) aku tak penah pegi tempat ni, macam mana nak jawap?
Dia  : alah..ko jawap je..
Aku : ok..(jawap sambil kerut dahi)

beberapa saat kemudian

Dia  : ko jawap apa ni?
Aku : jawap soalan ni la..
Dia  : nape ko jawap gini..
Aku : dah soalan dia macam tu..
Dia  : tapi ko tak penah pegi tempat ni..
Aku : tadi aku cakap aku tak penah pegi, ko suruh jawap gak..hish
Dia  : jawap soalan last je, bagi suggestion..
Aku : (tulis suggestion)
Dia  : ko bagi suggestion apa ni..@@@@@@@ la ko ni
Aku : nak ambik balik..(sambung main game)


Sesungguhnya aku masih waras. Berkat hari Jumaat, aku sabar, walaupun sedikit tak puas hati. Ragam manusia.  Hanya mampu geleng kepala dan senyum. Syukur aku tidak begitu.

Beware of Your Thinking

Assalamualaikum wbt...

This gonna be a serious entry.

My school counselor once said "You should be careful of what you thinking, one day it might be your speaking". At first glance, nothing wrong, isn't it? Our brain works every seconds non stop. Sometimes slow, and sometimes fast. We think most of the time. From the moment we wake up in the morning, until we sleep at night. True.

My point is we should control our thinking, thinks about something useful. Reason why I write this entry is from day to day I hear quite annoying dirty talks by my classmates. I have no idea what make them so happy talking something dirty like that. They seems enjoy and have fun. You guys know right what I mean by dirty talk. Straight to the point..talk about sex and everythings related to it.

When I heard them talking, it make me think about what my counselor said. As if there are nothing inside their brain other than dirty things. What..don't they have anythings else to think and talk about. There're millions of things and topics under the sun. That's why the counselor told my schoolmates and me about our thinking might be our speaking. We speak what inside our brain.  

Don't tell me because all of them are 21 and above, so they have the freedom to talk like that. That was irritating. Once in a while, yeah I can take it, but most of the time..crap. I felt ashamed just to hear they talking, but it just me..they didn't mind at all. Shameful.

Sometimes I choose to distant myself from them just because of this. Yeah..maybe they can give reasons of their behavior, maybe to reduce stress, makes jokes and laugh. I believe there're reasons for every actions we made. But in this context, I have no idea what reasons they have.  

I know some of my clasmates will read this entry, but I don't mind. This is what I felt and what I saw and what I heard. I have right to express my thinking and my stand. Not to say I'm heavenly sent, but that scope it just too much for funny jokes.    


For those who read this, this is my point of view. I didn't ask whether its right or wrong. Just expressing my stand.

Foto:Google Image

Tuesday, March 20, 2012

Aku dan Kenangan 4

Assalamualaikum wbt..

Entri aku nak tulis banyak hari dah, tapi asyik tangguh. Untuk kenangan kali ni (cewahh) aku nak citer pasal kejadian yang agak menyakitkan. Kejadian ni berlaku masa aku kecik-kecik comel dulu. Sebelum tu jom tengok gambar kat bawah ni...




Haa..korang kenal tak benda apa tu..? Benda kaler pink tu dipanggil 'staple' ..tapi biasa dengar orang sebut 'stapler'. Abaikan apa pun nama dia, asalkan korang tahu rupa dan kegunaan dia. Apa kaitan benda ni dengan aku masa kecik-kecik dulu..?

Meh nak cerita. Masa tu (aku tak ingat umur berapa) aku tak tau apa kegunaan staple ni, aku tengok macam best je..boleh tekan-tekan. Aku main-main-main, sampai bullet dia habis. Pastu nak main lagi, tapi mesti la kena refill bullet dulu kan..

Aku pun refill la. Time nak refill pandai pulak, sebab penah tengok orang buat. Lepas masukkan bullet, aku nak tekan la besi tengah yang letak bullet tu bagi lekat balik dengan besi yang kat atas. Pandai-pandai la korang bayang dan pahamkan ye.

Memandangkan aku kecik je masa tu, so aku ingat nak tekan tu memerlukan tenaga yang kuat, aku pun tekan la bersunggug-sungguh. Jeng..jeng..jengggg...

Masa aku tekan tu, aku letakkan tapak tangan aku betul-betul kat mulut tempat bullet tu sepatutnya keluar. Korang tahu kan situasi nye. Dengan yakin dan confidentnye aku tekan kedua-dua besi tu sampai rapat. Hahaha..apa yang terjadi..?

Haruslah bullet tu melekat tu kat tapak tangan aku dengan kemasnya. Sila tepuk tangan ramai-ramai. Nangis la sikit, mula-mula tu nak cabut sendiri kononnya. Tapi macam takda tenaga je nak tarik. Tunjuk kat mak, apa lagi kelam kabut la. Mak suruh abang cabutkan. Bullet tu pun dikeluarkan dengan mudah sebab tapak tangan lembut macam baby masa tu..hahahaha. Abang cabut guna plier.

Lepas kejadian tu aku masih lagi main staple tu, tak serik pun, cuma dah cerdik sikit la. Tu la kisahnya kenangan aku dan staple.   


Foto: Google Image

Budak Hitam

Assalamualaikum wbt...

Korang ingat tak pasal aku penah bagi makan kat sekor kucing hitam kat balkoni bilik aku, aku penah wat entri berkaitan ngan dia dulu kat sini. Masa akhir sem lepas aku risau gak pasal dia, ye la sapa nak jaga dia selama lebih kurang sebulan aku balik kampung. Sebelum balik aku tinggal satu tupperware smartheart kat balkoni tu. Harap Allah je la yang jaga dia.

Bila buka semester baru, aku balik sini, tengok ada tahi yang dah kering kat balkoni. Aku agak mesti dia kena serang lagi ngan kucing jantan besar tu. Sejak hari tu aku tak penah dah nampak dia. Entah mana dia dah pegi.

Tapi hari ni, setelah 5 minggu dok sini, aku jumpa dia kat tingkat bawah. Mula-mula tengok macam kenal je kucing ni. Tengok lama-lama, eh..memang dia la. Sekarang ni badan dia besar, tak kurus macam dulu. Aku boleh nampak badan dia dah ada muscle. Ni mesti selalu bergaduh. Yang paling aku suka, dia dah manja, tak takut-takut macam dulu.

Dia dok tingkat bawah sekali, ada orang bagi dia makan. Bagus la, survive juga dia.

Lebih kurang gini la, tapi dia ada putih cikit kat dada.


Foto: Google Image

Saturday, March 17, 2012

Spirit and Will

Assalamualaikum wbt...

Hi guys..happy weekends, bet you guys busy with lots of holidays activities..isn't it? Just use the holidays wisely, okay. Feel like writing about spirit and will.

Today, just before lunch hour, I managed to finish my supposed-to-finish-yesterday assignment. What a relieve. The ealier plan is to settle it yesterday, but, miserably my will isn't strong enough to move my brain-body combination. It's so shameful. I let whole yesterday gone without any trace.

I always have the spirit to do all my works, but as always my will didn't really cooperate. I kept postponing the duty with I'll-do-it-later promises. Morning to noon and night. Today to tomorrow and the day after. Nothing happen.

I always want to change for good, but end up playing games for hours. Only me can make a different, I do realize that. It's now time to start moving. No one knows ourself better than us, right?

Spirit and will, please stay here with me. Not just that, time management also matter here. Well, all these things are just basic that we knew for all along. But, without action, all things we know are just going to be hit and run by unstoppable time.

Settle it at once, there's more waiting.

Just blabbling to my own self. You better change for good.
  

Sunday, March 11, 2012

Kenit @ Nyet

Assalamualaikum wbt..

Hari rabu lepas, malam sebelum bertolak pi Kg. Mangkuk, mak aku tipon. Dia saja nak sembang-sembang.

Mak habaq, ada budak berkenan nak bela Kenit, kucing aku tu. Lama dah dia berkenan. Mak pun bagi la Kenit @ Nyet. Nak bagi hat kecik tu tak boleh sebab depa masih menyusu. Hat hero dua ekoq tu dah besaq sangat, tak lekat di rumah.

Sebab dia ambik nak bela, aku tak kisah sangat la. Lagipun satu kampung, aku pun selalu gak pi rumah dia. Kalau lepas ni nak tengok Kenit tu, boleh ja start moto pi rumah dia.

Kenit tu nama aku bagi, tapi mak ngan kak aku keja tersasul ja panggil Nyet. Tak kisah la.

Cerita hero jantan dua ekoq tu, mak kata memang tak lekat di rumah, especially Lebaq. Uih balik juga makan nasi, at least dua kali sehari, dia dua hari sekali baru nampak muka. Tu pun lepas makan terus hilang.

Asal dia tak lupa jalan balik rumah sudah la.

Baktisiswa Kg. Mangkuk, Setiu

Assalamualaikum wbt..

Bermula dari 8hb, sampai petang kemarin, aku dan rakan sekelas ada program Baktisiswa kat Kg. Mangkuk, Setiu. Kami seramai 40 orang jadi anak angkat kepada 20 buah keluarga. Ni kali ke-3 aku join program anak angkat. Setiap keluarga akan dapat 2 orang anak angkat.

Rumak mak angkat aku sebelah tanah perkuburan. Hari first tu, lepas balik rumah, makan tengahhari, rehat-rehat, lebih kurang 30 minit sebelum Asar, dengar bunyi beduk kat masjid. Mak angkat kata ada orang meninggal. Tak lama pastu sambil minum teh, makan kepok, nampak ada orang kampung start gali lubang kubur. Aku perati je dari tingkap rumah. Petang tu plan nak pi pantai, nak cari remis (sejenis kerang laut). Tapi sebelum tu pegi menziarah orang meninggal dulu, dekat je. Pastu pegi pantai, air pasang, remis takda, jumpa 3 ekor je. Balik rumah, mandi, pergi masjid, baca Yaasin. Lepas Isya', pegi balai raya ada aktiviti bersama anak-anak kampung. Ramai golongan kanak-kanak.

Hari kedua, berkumpul kat balai raya, masih buat aktiviti ngan budak-budak kampung, balik makan tengah hari, lepas zohor, pegi balai raya semula, untuk bincang persembahan pada malamnya. Aku kumpulan 3, suruh budak-budak tu buat choral speaking. Petang lepas Asar, ada aktiviti riadah bersama warga kampung. Kebanyakkan aktiviti untuk budak-budak. Kaum ibu dan anak angkat perempuan, disediakan permainan baling dadu. Meriah dengan gelak ketawa. Kaum bapa dan anak angkat lelaki, lawan tarik tali. Meriah dengan sorakan sokongan. Hampir pukul 7 balik rumah, lepas Isya' berkumpul di balai raya untuk tengok persembahan budak-budak.

Hari ketiga, ada gotong-royong bersihkan kubur, dan juga kenduri rakyat. Aku pegi bersih kubur sebelah rumah je. Lepas bersih kubur, pegi balai raya, tengok orang kampung masak. Lembu disumbangkan oleh ahli Perlimen Setiu. Menu simple je, nasi, gulai daging, ikan kering, acar, dan air sirap. Sebelum YB datang kami dah ratah gulai tu, hehe, sedap. Dekan dan Timbalan Dekan datang, bagi hadiah untuk budak-budak. Pastu YB datang, rasmi majlis penutup. Pastu makan ramai-ramai. Pukul 2 balik rumah, amik beg, bas dah tunggu kat balai raya. Salam ngan semua mak dan bapa angkat, naik bas dan balik ke UniSZA.

Bab makan takda masalah, asyik makan je. Sepanjang 3 hari 2 malam, mak angkat keje suruh makan. Tak sempat abih makan yang kat tangan, dia dah suruh makan lagi makanan lain. Memang overload. Terima kasih mak.

Seperti biasa, entri aku takda gambar, sebab aku takda kamera dan tak berapa gemar interframe time orang ambik gambar.

 

Wednesday, March 7, 2012

Little Help

Assalamualaikum wbt..

Hi guys, how's your day..? I hope you guys have a nice and fun day with friends and family.

I just want to ask whether you guys can help me..I have a problem in focusing my attention. I took quite some times to finish my work. I'm now in my last semester, got a lot of writings to do, but yet I keep wasting my time.  

Say, if you guys have some suggestion or technique to teach and train me to be more focus, please do so.

All I need is to be more focus, and get my works done, with the quality.



Foto: Google Image

Thursday, March 1, 2012

Happy Tree Friends

Assalamualaikum wbt..

To update my blog, I want to share with all of you about a cartoon series called 'Happy Tree Friends'. Looking at the title, you guys may thinks it just another funny, sweet little cartoons that can keep your children glued in front of the TV. Well, it's not.

Personally, I would never ever recommend you let your children or younger sister/brother of yours to watch this cartoon. The characters are lovely, cute and funny..but yet the storylines are horrible.

Cute..isn't it..?


Can you imagine a nice, and sweet little bunny (one of the characters) playing kite at the park, got disturbed by a bee, then tangled himself, and end up dead.

Tragic

Each episodes are more or less about seven to ten minutes. Even it just short, but it full of cruelty, killing and other unpleasant things. You guys can watch it on youtube. You can fell the pain, liquid rush through your throat, heart pounding and the last thing you want to do is closed your eyes.

As far as I know it never aired on national TV. So typical children who stay in front of the magic box every saturday and sunday morning wouldn't have a chance to see this series. But, to modern, IT up-to-date kids, I wouldn't sure whether they will come across this cartoon or not.

As a grown up, sometimes I enjoyed, sometimes it does creeps me out.

Foto: Google Image