Monday, February 24, 2014

Aku Pernah Terseksa

Assalamualaikum wbt...

Apa habaq manusia sekalian? Sihat-sihat hendaknya. Mukadimah tak boleh panjang-panjang.

Tengok krisis air yang jadi kat Selangor, aku teringat masa aku hadapi masalah yang sama dulu. Masa zaman study kat Terengganu. (zaman tuu..macam berkurun yang lalu pulak). Back to the story. Sepanjang 4 tahun kat sana, ada la beberapa kali jadi krisis air.

Kalo sehari dua boleh tahan lagi. Lebih dari tu memang terseksa. Tak mandi aku boleh tahan, dah terpaksa kan. Tapi ngeri time darurat la. Bila perut mula mencerut, rasa nak lompat bintang je.

Bila takda air macam-macam cara diusahakan. Meronda satu kampus, redah je bangunan fakulti semata-mata nak legakan perut. Tido pun tak lena, kejap-kejap bangun check air dah ada ke belum. Segala paip bomba kena tarik.

Pernah sampai 4,5 hari takda air. Nak pegi kelas pun rasa malas. Masing-masing tengok langit mendung, berharap sangat-sangat. Lepas magrib hujan turun lebat.

Berlari la dengan baldi memasing tahan air hujan. Cepat-cepat mandi. Aku ingat lagi betapa sejuknya air hujan tu. Macam mandi air ais. Lepas mandi refill balik baldi tu.

Seksa dan perit takda air hanya orang yang pernah alami akan paham. Antara takda elektrik ngan takda air, aku rela takda elektrik.

Semoga Allah turunkan hujan dan bantu penduduk Selangor yang sedang diuji.

Sekian, terima kasih.

Saturday, February 1, 2014

Takziah

Assalamualaikum wbt...

Pagi ni aku dimaklumkan seorang rakan alam maya telah kembali kepada Maha Pencipta.

Aku tak kenal pun secara personally. Hanya bertegur sapa di Facebook. Kenal pun atas dasar sesama pencinta haiwan, terutamanya kucing.

Semua pencinta haiwan yang lain panggil dia Pak Ngah. Aku pun tumpang sekaki panggil Pak Ngah. Melalui Facebook aku kenal dia, dia selalu tolong kucing yang tak bernasib baik. Dia ambik, rawat, bela sampai kucing tu sihat baru dia bagi orang adopt.

Dia pun ringan tulang bantu kawan-kawan pencinta haiwan yang lain. Aku selalu komen bila dia uploaded gambar kucing dia, Leo yang gemuk.

Sekarang dia dah takda. Bukan setakat manusia je yang rasa. Aku pasti kucing-kucing dia pun terasa dengan pemergiannya.

Al-Fatihah buat Pak Ngah. Takziah buat ahli keluarga beliau.