Monday, December 30, 2013

Malu-malu Kucing

Assalamualaikum wbt..

Korang mesti dah biasa dengar perumpamaan ni kan. Korang ada terpikir tak kenapa orang dulu-dulu cakap kalau malu mesti macam kucing. Korang pernah tengok kucing malu tak?

Ni yang aku nak bagitau, aku baru je tengok macam mana rupa kucing bila dia malu-malu kucing.

Kisahnya, aku beli ikan kembung. Bila balik ke rumah ramai la yang sambut. Macam tak makan sepuluh hari.

Makcik, kucing yang aku cerita sebelum ni tu, dia tak suka berebut bila makan. So bila semua dah blah, dia datang depan aku buat muka seposen.

Aku bagi la ikan sekor kat dia. Dia cium-cium pastu dia duduk jauh dari ikan tu. Aku cakap kat dia ambik la ikan tu, memang ikan tu untuk dia.

Tapi dia tak ambik, buat jual mahal. Yang kelakarnya mata dia asyik tengok kat ikan tadi. Aku pun ambik ikan tu dan letak dekat ngan kaki dia,terus dia ngap ikan tu.

Penat aku ngan mak gelak tengok makcik yang jinak-jinak merpati tu buat perangai malu-malu kucing.

Sekian, terima kasih.

Tahun 2014

Assalamualaikum wbt...

Hari Rabu ni kita akan melangkah ke tahun baru Masihi, 2014. Dah macam adat bila nak sambut tahun baru mesti kumpul ramai-ramai, buat konsert dan pasang bunga api.

Cuma nak tanya apa relevannya sambut tahun baru macam tu. Secara peribadinya dah banyak tahun aku sambut tahun baru atas katil ja. Bukan sakit, tapi aku tido. Dah takda perasaan teruja nak sambut macam dulu-dulu, masa zaman kanak-kanak.

Tadi aku tengok Malaysia Hari Ini (MHI), Kumpulan Ambank akan anjur konsert ambang tahun baru di Putrajaya. Konsert mula dari 8.30 sampai 1 pagi. Selama lebih kurang 5 jam tu akan dipenuhi dengan persembahan nyanyian.

Asal sambut apa-apa je kena nyanyi. Kalau lagu yang dipersembahkan tu ada tema tahun baru ke, azam baru ke takpa jugak. Ni tidak setiap penyanyi akan bawa lagu masing-masing.

Ada korang kat sini suka pergi konsert,himpun ramai-ramai kat satu tempat, dengan bising dan panasnya. Aku terfikir kalo korang sakit perut nak ke tandas macam mana agaknya? Nak kena bersesak-sesak keluar dari kelompok manusia yang ramai tu. Yang cool takpa, tapi kalo yang darurat tak sempat sampai tandas....?

Bukan menghalang cuma rasa macam tak perlu kot beria-ria sambut tahun baru ni dengan meriah. Bukan tahun baru Islam pun. Nak pulak azam tahun baru yang tak pernah berjaya pun. Asyik kumpul azam je.

Tu je nak bebel kat sini. Apa-apa pun selamat menyambut tahun 2014.