Tuesday, November 29, 2011

Tag

Assalamualaikum wbt semua..

Post ni nak ucapkan terima kasih kepada Suriana Razali sebab tag saya dalam satu contest. Cuma buat masa ni saya agak sibuk..jika ada kesempatan nanti saya join ye contest tu. Good luck pada semua yang join contest tersebut.

Thursday, November 24, 2011

Last Night

Assalamualaikum wbt everyone..

Last night, my batch has a badminton tournament. It just for fun. Since this is our last year being together, we try our best to have activities as many as possible. The most important part is the memory and sense of togetherness.

I'm not really good at badminton. I just know how to play, but not up to professional level.Who cares..haha. The game start around 8:30pm. We're playing doubles. There are 13 pairs, if i'm not mistaken.

We really enjoy ourselves. Back to the hostel at 12:00am. I slept around 3:40am. And I have discussion at 9am this morning. And another one at 11:30am.

Quite a job i have. Tonight I'm off to Kedah. Got some chores to do at home.

My old poem

Kata hatiku…

Aku sendiri melayari hari..
Rindukan dia, di mana..
Dekat dengan ku, tapi tak kurasa..
Perhatiannya kutagih selalu..
Namun tak mungkin semua itu..

Ku tak pasti..
Apa ku mahu darinya..
Adakah dia orangnya..
Dia sudah berpunya..
Apa lagi ku tunggu ..
Ku tak pasti..

Perit untuk ku lupakan dia..
Walau tak pasti namun dia bererti..
Kenapa mesti dia..
Ku pujuk hati sepi..
Dia bukan untukku..

Cukup sebagai teman..
Ku doa dia bahagia.

Naz
25/3/09  12:13 a.m

Tuesday, November 22, 2011

Bola Emas

Assalamualaikum wbt semua..

Alhamdulillah..seluruh rakyat Malaysia sudah pasti baru sahaja lepas bersorak gembira dengan kemenangan pasukan bola sepak negara meraih emas pada sukan SEA kali ni.

Pastinya malam ni dan esok blogger semua akan update entry pasal bola (termasuk aku). Perlawanan malam ni memang mendebarkan. Terima kasih pada pengadil yang cool. Pemain-pemain skuad bawah 23 telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, untuk merobek sayap garuda yang angkuh.

Tahniah skuad bawah 23, tahniah Ong Kim Swee, dan tahniah Malaysia. Walaupun kita mengutip banyak pingat emas dalam acara lain, emas bola sepak yang sentiasa dinantikan.

Dapat menyaksikan perlawanan dari awal hingga akhir cukup memuaskan. Tambahan dapat tengok sendiri secara live (di tv je) detik-detik kemenangan Malaysia di hadapan ribuan penyokong garuda. Memang berbaloi.

Masing-masing sakit tekak menjerit dan kebas tangan bertepuk. Gembira semua. Puas hati. Kesian Badrul asyik kena buli je. Fakri macam tak sihat je main. Asra menyuntik semangat. Muslim pertahanan terbaik. Khairul Fahmi maintain cool.

Malaysia Negaraku.

Monday, November 21, 2011

Pemberitahuan 2

Assalamualaikum wbt semua..

Ok, jap tadi baru je pi ambik laptop kat kedai. Kena format. Terbang not-not merah aku.

Dah ada laptop balik ni, kena la setelkan keje-keje yang setia menunggu.

Jangan lupa tengok bola malam ni.

Take care.

Sunday, November 20, 2011

Pemberitahuan

Assalamualaikum wbt semua..

Nak citer sikit je. Laptop saya kurang sihat sekarang ni. Dah hantar ke klinik berdekatan. Tengah tunggu panggilan dari klinik. Tak tahu bila boleh discharge.

Sebab tu tak update 2,3 hari ni.

Sehingga jumpa lagi.

Take care

p/s: pinjam laptop kawan kejap. Thanks.

Sunday, November 13, 2011

Culture

Assalamualaikum wbt everybody..

Just feel like to talk about culture. We all have a culture, and of course we live in a culture.

We don't have to go to America, China or even Africa to compare our culture. We don't have to seek differences between Malays, Chinese and Indian to understand what is a culture.

Just look at us. Between Malays, we do have differences in culture.

We celebrate wedding ceremony everywhere, but we held it differently.

We eat everyday, but we serve it differently.

We talk everytime we met, but we speak differently.

We knew each other for so long, but we think differently.

We learned the same thing, but we applied it differently.

We do a lot of things differently. That's a culture.

It just a matter of how we adapt and adopt new and different cultures around us.

Observe and analyse..you will see the beautiful colours of culture.

Be open and appreciate the others.

Live happily in diversity.

Have a nice day.

Saturday, November 12, 2011

Blogwalking

Assalamualaikum wbt semua

Sebelum ni aku ada join kempen, dah lama tarikh tutupnye. Aku tak berkesempatan lagi nak melawat semua blog yang join kempen yang sama. So, 2,3 hari ni aku pun blogwalking la..

Apa yang boleh aku simpulkan kat sini adalah...sebelum blogwalking, sila mute/off sound laptop dulu..takut kes terkejut tiba-tiba da muzik. Aku ada juga la kena beberapa kali. Tak tahu la apa motif pasang lagu tu semua. Terpulang pada tuan punya blog la.

Pasang shoutbox yang kecik-kecik comel dah la kat tepi blog tu. Tak payah pasang yang besar gedabak kat tengah-tengah. Nak tunggu benda tu ke tepi satu hal plak.

Lagi satu, aku tak tahu macam mana diorang setting, bila kita tekan kat entry yang dulu-dulu kat list tu akan keluar tab baru. Tak loading pada tab yang sama. Dah kalau aku nak baca banyak entry dia yang dah lepas-lepas..berapa tab aku nak kena buka..dah jadi semak la pulak skrin aku. 

Tu je kot aku nak cakap pagi-pagi ni. Take care

Friday, November 11, 2011

11.11.11

Assalamualaikum wbt semua


Pada hari dan tarikh ini....

Berapa hati yang gembira?

Berapa hati yang bahagia?

dan

Berapa hati yang kecewa?

Thursday, November 10, 2011

Cerita Balik Kampung

Assalamualaikum wbt semua..

Macam aku penah tulis dalam entry sebelum ni, ada kawan sekelas nak ikut balik cuti kat kampung aku. Maka pada malam 3hb November 2011, berangkat lah aku dan kawan-kawan menuju ke Kedah.

Sampai kat stesen bas Kangar (saja turun kat perlis), ayah aku datang ambik. Memandangkan kami balik 2 hari sebelum raya haji, maka ada la kerja persiapan yang perlu dilakukan. Contohnya mengayam ketupat pulut dan juga hiris daging nak masak gulai.

Aku tak sempat nak bawa depa (mereka) pi jalan-jalan mana pun. Sibuk urusan kat rumah. Masa hari kedua raya tu bawa depa pi tengok orang sembelih lembu, sebab kawan teringin nak tengok. Malangnya tak sempat tengok time sembelih, masa sampai tu orang tengah lapah dah. Itu la akibatnya bila tidak menepati waktu. Lepas tu nak pegi market Jitra, ikut jalan Kodiang-Jitra, sebab member nak ambik gambar kat Wat Siam.

Masa kat market Jitra, jumpa buah delima. Member tak pernah tengok dan makan buah tu. So, beli la bagi dia rasa. Bila balik rumah, dia kata dia suka, sedap. Tu kali pertama dia makan buah delima. Petang tu bawa depa ronda kampung naik motor. Tapi tak lama, sebab nak hujan.

Buah Delima, menggoda kan warna merah dia.

Hari ketiga raya bawa depa pi cari belacan kat Sungai Baru. Belacan tu untuk kegunaan kenduri sunat anak kak long aku nanti. Lepas beli belacan, ayah berhenti kat tepi laut. Dia biar kami melepak dan bergambar kat situ. Puas melepak, kami balik dan singgah kat pasar pagi, orang kampung panggil 'nat'. Hari tu ada nat selasa kat Simpang Empat Perlis. Member siap borong jam tangan sorang satu. Wan kempunan laksa, tak sempat beli dah habis.

Petang tu ajak depa pi padang (bendang/sawah padi), kutip siput gondang. Siput ni bahaya sebab merosakkan anak-anak padi. Serangan dia memang agak serius. Kat kawasan kampung aku tu masih boleh tahan la. Depa cukup excited nak kutip siput tu. Geram depa kata. Petang isnin pun dah kutip sebenarnya, pastu nak ajak kutip lagi. Member cuba jugak turun dalam padang sebab tengok aku turun. Depa nak try rasa berjalan dalam lumpuq (lumpur). 

Hari rabu bawa depa pi nat rabu pulak. Dekat ja ngan rumah.  Aku beli seluar track (tertinggal kat kampung). Beli laksa kat depa. Lepas Zohor pi Jitra Mall sebab depa nak cari hadiah untuk kawan yang nak kawin tak lama lagi. Balik rehat sat petang tu. Malam tu dah bertolak balik ke Terengganu. Sampai pagi tadi.

Tu la serba sedikit aktiviti aku masa cuti aritu. Tak sempat nak ajaq depa mengail ikan, sebab ayaq banyak.

Foto: Google Image.

Wednesday, November 9, 2011

Jom Balik Kampus

Assalamualaikum wbt semua..

Setelah 6 hari dok kat kampung, malam ni aku bertolak balik ke Terengganu. Bas pukul 9 malam. Balik awal dari yang sepatutnya sebab ada kerja yang perlu diselesaikan.

Nanti aku update pasal aktiviti aku kat kampung sepanjang cuti ni.

Take care semua

Thursday, November 3, 2011

Jom Balik Kampung

Assalamualaikum wbt semua..


Hari ni 3hb November 2011 aku balik kampung. Malam ni naik bas kul 9 kat depan DABS. Ada 3 orang kawan sekelas ikut aku balik Kedah.

Mula dari kemarin pun dah ada orang yang balik. Pagi sampai tengah hari tadi pun ramai gak yang balik. Sunyi la UniSZA seminggu ni.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha semua. Berkorbanlah sekadar apa yang termampu.

Lebih kurang ngan kampung aku


p/s: Ada beberapa orang ingat aku ni orang Terengganu. Hahaha..

Foto: Google Image

Hargai Mereka

Assalamualaikum wbt semua..

 Ni nak share entry dari blog santaigedik. Entry yang aku betul-betul setuju. Cuma malas nak karang, so bila jumpa..copy paste je la...yang penting adalah penghayatan dan kefahaman tiap-tiap perkataan yang dibaca.

Read with your soul.

-Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


-Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya  yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


-Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


-Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


-Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMSnya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


-Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


-Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

-Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


-Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.


-Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


-Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.


-Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


-Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


-Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu


-Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'


-Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih. 


-Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

-Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

-Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

-Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

-Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh
hatinya.

-Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

-Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

"Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... Kamu akan menyesal melakukannya!

Tak Sihat

Assalamualaikum wbt semua..

Sekarang hati tak berapa sihat.

Selsema dan batuk-batuk sikit.

Kena buat appoinment dengan Doktor selalu.

Kena makan ubat selalu.

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...