Friday, December 30, 2011

Kebas

Assalamualaikum wbt semua...

Apa habaq kawan-kawan semua? Sekarang ni aku jarang update sebab agak sibuk. Ni minggu ulangkaji sebenarnya, hari ahad ni dah start final. Even study week, aku ngan classmates still ada assignments yang nak kena buat, sabar je la.

Berhempas pulas buat semua, boleh la rehat kejap. Nak citernya, semalam, tangan kanan aku ntah kenapa rasa kebas. Sebelah kanan je. Dari tengah hari sampai ke malam aku tido, dan sampai sekarang aku tengah menaip ni. Ish, agak kerisauan.

Aku search kat google, tengok sebab-sebab tangan kebas. Jawapan yang aku dapat, mungkin disebabkan ada saraf yang cedera semasa melakukan aktiviti lasak (termasuk guna komputer), tanda-tanda awal stroke, kurang aliran darah dan lain-lain.

Hambik, dalam kes aku ni sebab apa agaknya. Musykil..

Selain masalah kekebasan ni, aku dah beberapa malam tido lewat. Sebab aku species yang tido awal sebenarnya, standard pukul 12. Tapi sebab banyak kerja,sekarang pukul 2 dan ke atas baru tido, tido je la tak lena pun. Nak tunggu lena ada lak dekat sejam. Macam mana aku tak tido lewat, masa pukul 8,9 tu tak ada idea, takda feel, takda semangat nak start kerja. Pukul 11 baru la meraba cari paper, buku, kamus segala.

Rasa macam panjang lak sem ni. Nak balik kampung, rehat, mengail ikan dan lepak ngan budak-budak gemok kat rumah. Mak kata masing-masing bela badan je.

** There are price to pay for your actions.

Sunday, December 25, 2011

Little Attic Art: First Giveaway

Assalamualaikum wbt semua

Ni first time try join GA. Hehe. GA ni anjuran Little Attic Art.



Nak join sekali, tekan paper bag tu..due date 28/12/11

Bila Hati Sudah Sayang

Assalamualaikum wbt semua...

Pagi ni aku blogwalking..jumpa kata-kata ni kat blog Sunyi Sepi.

Bila hati sudah sayang..buatlah apa pun..tak pernah ambik hati..tak pernah terasa nak kecil hati.

Bila hati sudah terlampau sayang..perkara yang kecil pun boleh jadi bahan tak bercakap sepanjang hari.

Bila hati sudah sayang..busuk macam mana pun..ia tetap wangi..terima seadanya sebab kehidupan ini hanya sementara.

Bila hati sudah sayang..pasti ada perkara yang sudah menjadi rutin seharian.

Bila hati sudah sayang..segalanya mahu dikongsi bersama..walaupun tidak semuanya.

Thursday, December 22, 2011

Kisah Tiga Pagi

Assalamualaikum wbt semua..

Tengok tajuk tu, dah macam entry MeowwMania je. Ok, ni nak cerita sikit kejadian yang berlaku pada pukul 3 pagi tadi.

Lepas siapkan keje sikit-sikit, aku pun tido, waktu tu lebih kurang pukul 1 dah. Tido la dengan nyenyaknye. Tido, tido...TIBA-TIBA.....aku dengar bunyi letupan, diiringi jeritan-jeritan cemas. Apa benda lak jadi ni. Aku tengok jam kat tipon..03:00am.

Aku pun bangun dari katil, buka pintu belakang, pegi kat balkoni, nampak asap merah. Mula-mula aku ingat ada masalah dengan wayering, sebab dari siang tu 3 kali elektrik terputus.

Aku jenguk ke bawah, nampak ada satu tin kilat yang berasap. Sapa pulak la main bom asap pagi-pagi buta ni. Loceng kebakaran bunyi, dalam konpius tu, aku turun la ke bawah ngan budak2 lain. Sampai kat tingkat 2..ehhh..ada bomba, dia nampak rilex je...

Cehh..baru sedar, fire drill rupanya.



Apahalnye buat fire drill pukul 3 pagi ni. Memang la bagus sebab nak test student ni alert tak masa kebakaran, tau tak nak bertindak macam mana bila kecemasan. Fine. Terima kasih.

Yang menjadi isu ni, kenapa pihak pengurusan kolej kediaman ngan bomba ni buat fire drill time ni, hari khamis minggu terakhir kuliah?? Tak tau ka time ni student semua ngah busy, struggle ngan quiz, presentation, nak hantar assignment semua.

Diaorang nak bertanggungjawap ka bila ada kerja-kerja student yang tak sempat nak save kat laptop tu, bila ada student tertekan nak jawap test, kalau ada yang lemah semangat ngan bunyi letupan tu.

Haduhhh..walaupun niat depa baik, tapi pilih la masa yang lebih sesuai. Memang la kecemasan tak tahu nak jadi bila, tapi kalau setakat nak buat latihan ni, agak-agak la.

Masa turun aku bawa tipon, kunci bilik ngan jam tangan je. Pukul 3.30 dah naik sambung tido balik.

p/s: maturity count based on your action.

Wednesday, December 21, 2011

Soon

Assalamualaikum wbt semua..

lebih kurang seminggu gak aku tak update blog ni, sebab sibuk..

sekarang minggu ke-14 dah, minggu terakhir kuliah semester ni..

tinggal esok sehari je lagi..pastu boleh relax sikit..sikit je sebab kena study..

Tapi boleh la aku nak update mcm sebelum ni..

see you all soon...

Take Care

Saturday, December 10, 2011

Botek

Assalamualaikum wbt semua..

I'm have a quite busy weeks. With all assignments, presentations, quiz, test, and activities. Quite hectic..guess what..i'm still a professional time waster. Pity myself.

I have nothing to write, just updating my blog. Can't think a proper topic to write. Everything jumble up.

Just sharing pictures of my late Botex. Miss him.











These photos was taken last two years (if not mistaken), about a week of two after Hari Raya. As my mom busy tidy the house, arrange all her stuff back into the cabinet, came this dilligent and clever boy. He likes to help everything my mom did.

As you all can see, he's helping stack up those containers, including himself. He's one of clever cats I have. Miss him. 

Friday, December 2, 2011

Segmen:Mencari Blogger Setiap Negeri

Assalamualaikum wbt semua..

Petang-petang ni rasa nak join segmen. Segmen ketiga aku join kot. Sekali-sekala ja.



Nak join gak, sila klik arnab tu.

Aku berasal dari Kodiang, Kedah. Dekat dengan sempadan Perlis. Kalau ada sapa-sapa nak pi tengok ladang tebu terbesar di Malaysia, dan nak pi shopping kat Padang Besar tu boleh la saya temankan. Macam rajin sangat ja.


Kawasan rumah aku adalah kawasan sawah padi. Nyaman sangat-sangat kampung ku. Ok, jadi citer sikit-sikit.


Nak kena tag kawan. Aku bukan pandai sangat nak tag ni..hentam saja la.

Aku dan Kenangan 3

Assalamualaikum wbt semua..

Hai..apa aktiviti anda semua hari cuti ni? Enjoy your weekends okay.

Ni aku nak sambung pasal kenangan yang ketiga pulak. Macam best pulak nak citer benda-benda yang dah lepas dalam hidup ni.

Masih berkenaan anak sedara aku. Masa tu aku sekolah rendah, aku dah lupa macam mana aku dipertanggungjawapkan untuk jaga anak sedara aku tu. Masa tu dia la satu-satunya anak sedara yang aku ada, Nur Fatin Syafiqah. Dia kecik lagi masa tu, tapi dah boleh jalan la.

Budak-budak bukan nak dengar cakap kita, larang sikit nak nangis, nak ngamuk. Masa tengah jaga tu, anak sedara aku dapat sebotol minyak angin (guna untuk urut). Aku mintak dia tak nak bagi. Puas mintak, dia tak bagi jugak. Aku nak ambik, dia nak gigit.

Pastu aku biar. Akibatnya....sebotol minyak angin tu kosong sebab dia tuang kat lantai, plus...cermin almari retak kena ketuk ngan botol minyak angin tu.

Mak aku tanya.."awat adik biaq dia main lagu tu?"...aku jawap.."dah dia nak tokak (gigit) tangan."

Haha..berkaliberkan jawapan aku. Macam tu la kalau aku jaga budak-budak tu, jangan harap aku nak larang banyak-banyak. Sekarang anak sedara aku tu dah besar, dah 17 tahun. Ambik SPM tahun ni, semoga dia berjaya.

Thursday, December 1, 2011

Aku dan Kenangan 2

Assalamualaikum wbt semua..

Ni entry kedua selepas "Aku dan Kenangan". Seperti sebelum ni, aku akan citer pasal mana-mana kenangan yang aku nak kongsi.

Kenangan kali ni baru je terjadi. Minggu lepas, aku balik kampung, tak ada cuti pun masa tu, cuma cuti hujung minggu. Tetiba aku rajin balik kan.Hahaha..tak lah..aku balik pun sebab ada kenduri, anak sedara bersunat. Lagipun kak long aku setuju nak sponsor tiket pergi balik. Apa lagi, on je la.

Semua kakak abang aku balik masa tu. Meriah, lama tak berkumpul. Hari Jumaat tu buat persiapan, Sabtu tu kenduri, Ahad pulak mengemas rumah. Yang nak ceritanya masa hari Ahad tu la, semua sibuk kemas, basuh periuk dan kawah, sapu sampah dan sebagainya.

Dalam sibuk-sibuk tu, aku dukung anak sedara aku yang kecik tu, Muhammad Zariff, hujung Disember ni cukup la setahun umur dia. Penat bawa dia pusing kampung, aku bawa la dia pi tengok mak dia dok basuh periuk. Kat situ ada beberapa timba (baldi) yang penuh dengan ayaq. Zariff excited la nak main ayaq. Aku biar dia tepuk- ayaq tu sampai aku sekali basah. Aku tak kisah, sebab tengok dia seronok sangat.

Lenguh tangan dok pegang dia, kena pegang kemas-kemas, jap lagi tak pasal terjunam dalam timba tu. Mak dia suruh ambik besen besar, boh ayaq bagi dia dok dalam tu. Lagi seronok la dia berkisaq dalam besen tu. Aku kena pegang jugak sebab dia suka tunduk ikut suka hati. Budak kecik besa la.

Dah lama main tu, aku pun dah lenguh bertinggung, aku suruh dia berhenti main. Tapi dia tak mau. Dia pegang besen tu kuat-kuat. Masa aku nak angkat dia tu, dia "ngap" tangan aku. Sakit wei..tapi memandangkan dia anak sedara aku yang masih kecik..tak ada la aku sekeh kepala. Hehe. Kucing aku gigit pun tak sakit macam  tu.

Jangan terpedaya dengan senyuman ini.hehe

Aku dapat souvenir "bunga" kat tangan. Dia dah ada beberapa batang gigi, tu yang seronok sangat gigit tangan orang. Ngan abah dia tak payah cakap la, memang selalu je kena gigit.

Malam Ahad tu dah bertolak balik ke Terengganu, sebab Isnin dah ada kelas.

Nanti aku cerita lagi kenangan aku jaga anak-anak sedara aku.

Foto: Google Image