Sunday, July 29, 2012

Fittriey dan Kucing

Assalamualaikum wbt

Ada dua kisah yang aku kongsi malam ni.

Kisah 1:
Korang perasan tak ada iklan pampers kat TV, jenama Huggies kalo aku tak silap. Dalam iklan tu si emak beraksi seolah-olah berkungfu. Ceritanya, minggu lepas, abang aku balik kampung sebab nak sambut puasa bersama-sama. Dia ada anak lelaki, umur 6 tahun, Fittriey namanya. Masa malam Sabtu tu, aku baring depan TV, tengok cerita "Perempuan Neraka" dalam slot Cerekarama TV3. Fittriey baring sebelah aku. Masa iklan tu keluar, terjadilah dialog di bawah:

Fittriey: Fuhyoo, mak dia buat karate.
Aku    : Mak Fittriey buat macam tu jugak ka ?
Fittriey: Tak, ibu tak buat macam tu.
Aku    : Awat ibu tak buat..?
Fittriey: Dia tak boleh buat sebab dia gemuk.

Berderai aku ngan mak ketawa. Bertuah sungguh anak sedara aku. Ibu dia tak dengar sebab ada kat dapur. Kak ipar aku tu takda la gemuk sangat, cuma berisi la sikit berbanding dulu.  

Kisah 2:
Agak-agak korang geram tak bila ada kucing yang selalu bunyi minta makan. Kucing-kucing aku memang ada perangai macam tu. Lepas bagi makan, diaekor tido or main. Pastu bunyi minta makan lagi. Kadang-kadang nasi tu dah ada dalam pinggan, tapi saja seronok bunyi. Saja nak aku pegang, gaul nasi tu semula baru nak makan.

Makan biskut diaekor pun sama. Kadang-kadang biskut tu dah ada tapi takda sapa pun nak makan. Bunyi kuat-kuat, kejar bersilang kaki. Bila aku tunjuk kat pinggan, takda sapa pun yang tunduk ke bawah, asyik melangut ke atas buat muka seposen. Biskut yang sama aku masukkan semula dalam balang, goncang sikit, pastu tuang semula. Berebut-rebut makan. Ngada betul.

Saturday, July 28, 2012

Olimpik London 2012

Assalamualaikum wbt
Aku tengah tengok majlis pembukaan sukan Olimpik London 2012. Olimpik edisi ke-30 ini diadakan di London, Great Britain.
Sebanyak 205 negara dari serata dunia menyertai edisi kali ini. Dengan lebih dari 10 000 orang atlet. Kejohanan ini akan berlangsung selama 18 hari. Acara pertama akan bermula esok. Namun saingan bola sepak dalam kumpulan telah bermula 2 hari yang lepas.
Sepanjang kejohanan ini, saluran RTM (TV2) akan menjadi pilihan aku untuk tengok siaran langsung acara-acara yang dipertandingkan. Aku memang suka tengok kejohanan sukan, contohnya Piala Dunia, Sukan SEA, Sukan Komanwel.
Perbezaan masa sedikit mengganggu. Untuk tengok siaran langsung, aku kena berjaga la dari pukul 1 pagi hingga ke cerah. Siaran ulangan ada disiarkan di RTM (TV1) pada waktu siang, tapi tak best la, tengok siaran langsung baru bersemangat.
Kontinjen negara pergi dengan harapan untuk memberi saingan dalam acara yang disertai. Adakah mungkin penyertaan kali ini akan menjadi sejarah buat Malaysia meraih pingat emas Olimpik yang pertama ? Sama-sama la kita berdoa untuk kejayaan atlet-atlet kita. Setiap negara menghantar atlet terbaik mereka, begitu juga kita.
Majlis pembukaan telah bermula sejak pukul 3 pagi tadi. Dan baru saja (saat entri ditulis) obor rasmi dinyalakan. Iebih kurang 4 jam berlangsung. Sesuai dengan prestij sebagai kejohanan sukan terbesar dunia.
Selamat berjuang kepada atlet kebangsaan. Pergi membawa harapan emas negara.
Lambang kontroversi Olimpik London

Malaysia Negaraku

Foto: Google Image

Wednesday, July 25, 2012

Aku dan Kenangan 6

Assalamualaikum wbt…
Lama aku tak tulis pasal kenangan aku ni. Hehe..
Masa aku dok saja-saja, relax-relax..aku teringat kat satu kisah ni. Masa tu aku sekolah menengah. Kamceng la ngan kak aku. Petang dan malam lepak kat bilik dia. Ada masa tengah lepak tu kami akan nyanyi ikut lagu kat radio. Bising la jugak. Haha.
Masa ada seekor kucing tumpangan, betina, kaler hitam. Dia pun ikut lepak jugak dalam bilik tu.
Yang lawaknya, bila aku mula buka mulut nak nyanyi, kucing tu akan letak tangan dia kat mulut aku. Tak bagi aku nyanyi. Kadang-kadang dia dok jauh, tapi bila dengar je aku nyanyi, cepat-cepat dia datang dan tutup mulut aku.
Adehh..tak sedap sangat agaknya suara aku ni. Bila kak aku nyanyi dia tak buat apa-apa pun. Time aku je.
Last sekali aku diam je la. Kalo kucing dengar pun tak sedap, kalo orang yang dengar..macam mana la agaknya..?

Aku dan Kenangan 5

Friday, July 13, 2012

Katak Bawah Tangga

Assalamualaikum wbt

Hai semua..nak tanya ni..ada sapa-sapa tak kat sini yang suka ular. Aku suka ular. Dari kecik lagi bila ada ular lalu kat kawasan rumah je aku ikut sampai tak leh nak ikut, kira sampai ular tu hilang dari pandangan la. Aku ikut bukan kejar tau. Ikut dan tengok dia bergerak.

Dulu kat rumah aku ada telaga, kadang ada ular berenang dalam tu. Aku pernah tunggu kat pokok kelapa yang condong ke arah telaga tu, bila ular tu lalu bawah pokok, aku akan cuba angkat dia dari dalam air. Masa tu aku rasa kulit ular tu kasar walaupun nampak macam lincin berkilat.

Apa hal la kan aku dok citer pasal ular malam-malam hari ni. Sebenarnya tadi, dalam pukul 9.30 lebih, mak aku keluar nak pegi kurung ikan yang aku pancing petang tadi. Aku yang nak pergi mandi saja la ikut belakang mak tu. Masa lalu kat tangga tu, aku nampak Makcik tengah perati seekor katak. Aku pun perati la sama, eh..semacam je bayang-bayang bawah tangga tu. Aku ambik lampu suluh dari tangan mak aku, suluh kat tangga..tadaaa..ular senduk tengah baham katak.

Mak aku takut ngan ular sebenarnya. Dia tempik panggil ayah aku, tapi ayah aku tak dengar. Bila ayah aku keluar, sempat pulak diaorang bertengkar. Hadoi..Mak marah sebab ayah lambat respon, ayah marah sebab mak bising. Orang panik la katakan. Hehe.

Ular tu menyorok kat celah guni baja yang ayah aku susun kat bawah rumah. Ruang bawah rumah tu rendah, nak masuk kena tunduk. Ayah aku punggah baja tu satu demi satu. Aku pulak tunggu kat bawah rumah. Sebab ular tu akan terlepas lari kalo takda sapa tunggu. Berbekalkan lampu suluh dan sebatang buluh. Tunggu punya tunggu nampak ular tu cuba keluar tapi bila dia nampak aku dia pusing sembunyi semula.

Tunggu lagi. Ayah cuba takutkan dia dari hujung sebelah sana. Jalan keluar ular tu adalah menghala ke arah aku. Akhirnya ular tu pun cuba lari dan menuju ke arah aku. Aku campak lampu suluh dan pukul ular tu, bagi dia lumpuh, pastu aku campak keluar dari bawah rumah. Ayah aku tibai lagi bagi mati.

Masa mula-mula tadi mak aku dah cuba tibai, tapi tak kena sebab dia takut sebenarnya. Sebenarnya dah banyak hari nampak ular tu berkeliaran kat kawasan rumah. Tapi tak sempat nak pukul. Sekarang time hujan, air naik, lubang ular kat kawasan sawah biasanya dimasuki air, so ular akan datang ke kawasan kampung.

Selalunya bulan Mei setiap tahun ada la 3, 4 kes ular masuk rumah. Tapi sekarang ni cuaca dah tak menentu. Susah nak agak dah. Begitu la kisahnya malam ni.

Aku ada kenangan sebenarnya dengan ular senduk ni. Nanti aku cerita kat entri seterunya.

Gambar Hiasan


Foto: Google Image

Saturday, July 7, 2012

Koleksi Buku


Assalamualaikum wbt…

Hai semua..dah makan malam ke..? Tengah mood rajin nak update ni. Pastu saja nak tulis guna tulisan Mountains of Christmas ni. Harap-harap tak menyakitkan mata sesapa la..hehe

Tadi tiba-tiba ada feeling nak jadi juru audit kejap. Audit koleksi buku yang aku kumpul selama ni. Tak sampai tahap nak buka library peribadi lagi. Tapi angan-angan tu ada.

Buku dan bahan bacaan yang aku kumpul semuanya ringan-ringan sahaja. Ringan dari segi berat dan juga pengisiannya. Tapi masih ada mesej dan nilai yang boleh dipelajari. Nak ngan taknak je.

Apa yang aku tulis ni adalah berdasarkan pandangan aku. Pandangan orang lain mesti tak sama ngan aku. Okay, berbalik pada koleksi buku tadi. Aku ada 29 buah dari 45 buah siri Doraemon. Mungkin ada yang nak ketawa, silakan..jangan tahan. Ada yang kumpul siri doraemon ni masa dia kecik2, tapi aku sekarang baru nak kumpul. Maklum la, dulu tak jatuh hati lagi. Masa kecik suka tengok kartun kat TV je. Bab pengajaran nanti aku buat entri lain.


 
Pastu aku ada 14 buah buku dari siri Mr. Mystery. Siri ni pasal sekumpulan penyiasat remaja. Macam buku-buku penyiasatan yang aku baca masa sekolah dulu, contohnya Hardy Boys, Nancy Drew, buku-buku Enid Blyton, dan macam-macam lagi. Siri Mr. Mystery ni ada satu cerita untuk satu buku. Pastu ada siri Mr. Midnight. Yang ni aku baru ada 8 buah je. Mr. Midnight biasanya ada 2 cerita dalam satu buku. Ceritanya lebih pendek dan simple dari Mr. Mystery. Kedua-dua siri ni ditulis oleh James Lee. Dia ni based kat Singapore. Aku mula beli siri ni dari harge RM9.90 sebuah sampai dah jadi RM11.90 sekarang ni. Buku ni level budak-budak sebenarnya. Tapi aku peduli apa. Bagus baca buku ni sebab dia guna simple English. So, kalo ada yang nak improve English korang secara santai tak salah kalo nak baca buku budak-budak pun.




Seterusnya, aku ada lebih dari 50 buah majalah Ujang. Majalah ni dah lama bertapak di Malaysia, sejak aku kecik lagi. Dulu abang aku suka kumpul majalah Apo?, dua-dua majalah ni dikeluarkan oleh satu company yang sama. Tapi bagi aku kartun dalam majalah Ujang lebih cantik dan lebih lawak dari kartun kat majalah Apo? Dah sempit almari aku dengan majalah Ujang ni.
Dulu RM 4.50, sekarang dah RM 5.90


Selain yang aku tulis kat atas tu, aku ada gak beli bahan bacaan lain. Majalah Solusi pun ada, lebih kurang 10 buah, buku-buku agama dan motivasi. Novel ada 4, 5 buah. Macam aku tulis kat entri sebelum ni, aku lebih suka novel English.

Aku pun tak tahu dah berapa buah buku aku baca. Dari sekolah rendah sampai sekarang. Beribu kot. Agaknya la Aku senarai ni yang aku beli. Yang pinjam kat library tak pernah kira pulak.. Walau pun banyak membaca, Alhamdulillah mata aku masih elok. Aku takda masalah rabun atau masalah mata yang lain.

Walaupun aku senarai banyak bahan bacaan yang santai dan ringan, tak bermakna aku tak baca bahan ilmiah. Kalo tak takda la sampai boleh ambik degree..ye tak..?  

Macam dah panjang entri ni..aku berhenti dulu. Terima kasih kerana singgah baca.

FotoL Google Image





                                                                                           

Friday, July 6, 2012

John Grisham

Assalamualaikum wbt..

Happy Friday to everyone. Today's weather is good. Bright and sunny. Experienced heavy rain couple of days before. Not much activities that I can do. Just hibernating with Baq and Uih. Hehe.

Okay, today I want to write about novel. I love reading. I really do. Back in my primary school, library is a must-to-go place for almost everyday. The habit continue till I unofficially finished my study more or less a week ago.

I love reading investigation, mystery kind of books. I enjoyed them very much. Back in 4 years when I first time stepped into UniSZA library, I found an english novel. It's a quite a thick one. The title was "A Painted House", wrote by John Grisham. An American writer.

After finished reading that book, I fell in love with his writing. And I continue his other novels. Up till now I have read 7 out of his 21 novels. The main things in his writing are crime and justice. He came up with any crime and fight for the justice in court. In brief, all his novels are lawyerly oriented.

I just love it. I don't know about others. Even though the world of law is something alien to me, but through his writing, I found the passion to continue my reading. The latest novel I finished yesterday was " The Street Lawyer".

I personally suggest for you guys to read his novel. The language is easy. The plot is relevant. Full of suspence, and drama.

The writer

The first novel I read

The latest novel I read


The Street Lawyer is the only John Grisham novel that I owned. Before this I just borrowed from the library. I aim to collect all 21 novels written by him.


Yes, I prefer English novel than Malay.


Foto: Google Image

Monday, July 2, 2012

Baq and Durian

Assalamualaikum wbt ..

Hai semua. Agak lama aku tak update semenjak balik kampung hari tu. Okay, walaupun aku tak update, aku masih pergi melawat blog kawan-kawan yang lain.

Aku nak cerita pasal kucing jantan aku yang sekor ni. Lebaq atau nama manjanya Baq. Hehe.

Masa dalam perjalanan balik dari Terengganu ke Kedah, kami singgah kat rumah abang aku kat Pengkalan Hulu, Perak. Abang aku beli durian. Aku tak reti nak ratah durian semata-mata, kena makan ngan pulut baru reti. Aku bukan la gila durian sangat. Setakat 2,3 ulas je aku mampu.

So, mak aku ambik la 2,3 biji bawa balik rumah. Malam tu mak masak pulut dan kami makan bersama-sama. Pastu datang la mamat ni duduk kat sebelah mak aku. Mak aku bagi la seulas kat dia. Dengan berseleranya dia pun jilat sampai licin.

Pastu aku tengok macam dia ada dok tolak sesuatu dalam mulut dia tu. Aku suruh mak aku tengokkan sebab aku tengah makan lagi. Rupanya-rupanya biji durian lekat kat taring dia. Mak aku tolong korekkan. Haha. Mak aku bagi yang ulas kecik, tu yang muat dengan mulut dia.

Pastu kami pun gelakkan dia. Punya la sedap durian tu sampai biji pun dia nak kunyah. Orang pun tak pernah kunyah tau biji durian tu. Hahaha..advance sangat kucing aku ni. Pastu bagi lagi 2,3 ulas kat dia sambil pesan jangan gigit biji tu, jilat je sudah.

Ni ha contoh kucing yang suka durian.


Kucing korang suka makan durian tak..? hehe..