Thursday, January 9, 2020

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ...

Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku kenal jiran ni sebab dia kerap mai rumah tokwan dulu-dulu nih. Kiranya aku kenal sejak dari aku kecik la. Nama dalam kad pengenalan Basariah tapi kami panggil Long Sarah ja.

Sejak aku mula buka kedai gunting rambut, dia selalu mai jenguk. Mai sembang. Kadang-kadang cuci rambut sekali. Ada la dalam 2, 3 minggu dah dia tak mai kedai aku. Petang semalam ayah bagitau dia masuk wad dah 4 hari. Ada masalah jantung sikit plus darah tak sampai ke otak. Lebih kurang macam tu la.

Sedih la jugak sebab ada orang-orang tua yang kita kenal dah lama. Rapat ngan tok dan tokwan kita. Sebelum ni boleh tumpang anggap macam tok nenek sendiri. Sekarang dah takda.

Sunday, January 5, 2020

Che Salmah Bintang Radio Tak Ori ??

Assalamualaikum wbt ...

Hai semua.

Entri pertama tahun 2020. Selamat tahun baru ye semua. Perubahan tahun sebenarnya tak banyak yang berubah pun. Umur je la makin bertambah secara kasarnya, tapi makin singkat secara halusnya. Jom la kita isi dengan benda berfaedah untuk bekalan di sana nanti.

Okay, terus pada tajuk entri ya. Korang mesti pernah dengar atau tengok kan drama kat RTM TV2 tajuk Che Salmah Bintang Radio. Kalau tak pernah, korang bokeh tengok kat rtm klik.

Aku ni banyak masa free, melayar sana sini kat internet aku jumpa satu filem dari Thailand, tajuk Suddenly Twenty.

Bila aku tengok jalan citer tu automatik aku teringat kat citer Che Salmah. Jalan cerita 90% sama. Kisah seorang perempuan tua yang tiba-tiba jadi muda kembali.

Aku rasa versi Melayu tu yang tiru versi Thai sebab filem Thai keluar tahun 2017 dan versi cerita berepisod Melayu keluar tahun 2019.




Versi Melayu Che Salmah jadi muda lepas makan jamu. Versi Thai, Parn jadi muda lepas dia ambik gambar kat satu kedai misteri.

Dalam kedua-dua versi watak utama ni adalah ibu tunggal dan ada seorang anak lelaki, menantu perempuan dan sepasang cucu.

Selepas jadi muda watak utama ni jadi penyanyi dalam band cucu lelaki dia. Versi Melayu band cucu dia ni ada 5 orang anggota. Versi Thai cuma 4 orang.  Yang tahu rahsia watak utama adalah kawan baik dia. Sama dalam kedua-dua versi.

Bila watak utama ni luka, kulit dia kat kawasan luka tu jadi berkedut. Kira jadi macam kulit asal sebab watak utama ni umur dah 70 tahun (versi Thai).

Cuma ending tu aku tak pasti sebab versi Melayu ni berepisod dan aku tengok pun kejap-kejap ja. Versi Thai, Parn derma darah untuk cucu lelaki dia yang kemalangan. Dan dia jadi tua semula. Hubungan dia yang tak berapa baik dengan menantunya sebelum ni pun dah ok. Kiranya happy ending.

Tu la je la nak bagitau pun.
Thanks singgah sini.

#chesalmahbintangradio #suddenlytwenty

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...