Wednesday, June 29, 2011

Albino Collection

Assalamualaikum wbt...

 Here are some pictures of albino animal. They are different from the common look.

Turtle

Peacock

Crab

Hedgehog

Koala

Deer

Aligator

Python

Wallaby or Kangaroo..i'm not sure

Squirrel

Kid

Pingu

Dolphin

King of White

Creative Resume

Assalamualaikum wbt..and good day

Today I want to share some creative resume designs that I found. Maybe it can inspire us to design  a better resume of our own. Run from ordinary boring, unattractive and out dated resume.

Your Track record


Your Composition

Game of Your Life Journey

Life ChartCreative Resume

Your Life Road Map

Own Newspaper Ads

Life Recipe

Life Art

Resume Invitation

Box of Your Life


Happy Inspired

Sunday, June 26, 2011

Terkilan

Assalamualaikum wbt semua..

Ada sedikit persoalan yang bermain di fikiran ketika aku meronda-ronda di facebook beberapa hari lepas. Saja ronda tengok album kawan-kawan, senior-senior dan kenalan-kenalan.Bukan la nak menyibuk, tapi kalau diorang dah upload album, mesti la tujuannya untuk di'share' dengan orang lain kan.

Aku rasa agak sedih dan terkilan bila tengok ada orang yang aku kenal dulu bertudung, tapi sekarang dah tak ada tudungnya. Ntah la sapa yang curi tudung dia.

Kenapa masa sekolah dulu boleh bertudung hari-hari. Tapi bila dah abih sekolah, ada yang sambung belajar kat kolej, ada yang dah kerja, tudung pun hilang. Sepatutnya semakin hari semakin kita berubah menjadi lebih baik, bukan sebaliknya. Jauh sekali niat nak bangga diri. Masih sedar diri ini juga masih belajar untuk menjadi manusia yang baik.

Bukan lah mereka ni tak bertudung langsung. Cuma tudung tu diselang seli apabila bergaya. Dalam banyak gambar bertudung tu ada la sekeping dua yang 'expose' rambut. So, macam mana. Dalam satu album, jap tutup jap bukak. Macam 'no point' lak dia pakai tudung.

Mungkin masing-masing ada sebab kenapa gambar-gambar itu di'upload'. Tapi seeloknya, simpan lah untuk koleksi peribadi sahaja. Kat facebook tu semua orang boleh tengok, kita tak tahu apa tanggapan orang bila tengok gambar kita.

Sayang la, bila dikurniakan kecantikan, tapi kecantikan tu dipamerkan dengan cara yang tidak sepatutnya. Lebih cantik bila kita berusaha memelihara kecantikan yang ada dari pandangan mata insan-insan yang tiada sebarang hak untuk menikmati kecantikan tersebut. 

Sekadar berkongsi 'point of view'.

Piece of Mind

Assalamualaikum wbt..

Sekarang pukul 12:15am, 26.6.11.  Mata dah ngantuk, tapi nak tulis jugak cikit. Dari pagi tadi aku asyik tukar background blog ni. Sebab nak suit dengan blog header yang aku baru buat. Walaupun simple je, tapi aku suka. Ada unsur-unsur yang aku nak.

Nama blog aku "Piece of Mind" yang bermaksud cebisan ataupun cetusan yang ada dalam minda aku. Apa-apa yang aku pikir dan sesuai untuk ditulis akan terpamer kat blog ni. Nama blog ni juga boleh dibaca sebagai "Peace of Mind" dan "Piece of Mine". Saja pilih perkataan yang da bunyi nak sama. Homophone kalau aku tak silap.

Jadi, aku nak terapkan unsur-unsur ketenangan dan kesederhanaan kat blog ni. Warna tema adalah biru lembut dan putih. Aku suka bila buka blog sendiri..hehe..nampak cool and simple. Tak tau la kalau mata lain yang memandang. Aku ni selfish cikit, so, apa yang penting, aku suka apa yang aku buat. Aku buat apa yang aku suka. Haha..

Till then. TQ

Friday, June 24, 2011

Tak Patut Lagi

Salam sejahtera semua. dan Salam Hari Jumaat penuh berkat.

Hari ni, aku terserempak lagi dengan satu insiden di kedai makan. Baru je jap tadi keluar pergi beli nasi untuk makan tengah hari kat medan selera. Aku memang beli kat situ kalau hari cuti. Tengah pilih-pilih lauk tu, terdengarlah pekikan dan tengkingan dari kedai sebelah. Selang beberapa kedai lain dari tempat aku berdiri.

Aku pun toleh la, nampak la adegan yang nak hampir-hampir macam ayam berlaga. Hish. Walaupun aku tak tahu apa puncanya, tapi rasa macam tak best la tengok keadaan gitu. Sesama berjiran, sama-sama berniaga, tapi nak gaduh-gaduh. Aku pun pelik kenapa orang yang buka kedai makan ni memang sinonim sangat dengan pergaduhan sesama mereka. Kedai masing-masing, usaha pun masing-masing la, rezeki tu Allah dah bagi setimpal dengan niat kita. Tak perlu la nak gaduh.

Lagi sedih, kejadian berlaku pada hari Jumaat, ketika ahli-ahli masjid baru je balik rumah.
Semoga Allah mendamaikan mereka-mereka yang bersengketa. Amin.

Tuesday, June 21, 2011

Tak Patut

Salam sejahtera semua.

Hari ni nak share sikit insiden yang berlaku pagi tadi. Just sebagai halwa fikiran.

Ceritanya berlaku masa waktu rehat tengah hari tadi. Aku dengan 2 orang budak praktikal yang lain turun makan kat kedai makan depan pejabat. Kami pergi ambik makanan kat sebuah kedai ni, bagi nama Kedai A. Nak dijadikan cerita, air tak ada untuk kami basuh tangan. Survey punya survey, nampak la satu jag air kat kedai sebelah, Kedai B. Kami pun pergi la basuh tangan kat situ.

Lepas kami basuh tangan dan duduk kat meja makan, nampak la makcik dari Kedai B ni keluar dan ambil jag air tu, simpan kat dalam. Menggeleng kepala kami bertiga tadi. Hanya kerana kami beli makanan kat kedai lain, jadi kami tak boleh la nak guna air dia. Walaupun air dalam jag tu sebenarnya hanya air hujan yang ditadah.

Kenapa la nak berkira sangat. Bila dah tengok gaya macam tu, mula la jahat buat assumption, "patut la orang tak ramai pergi kedai dia". Pelik jugak kadang-kadang tengok ragam orang ni. Takut nak buat baik dengan jiran tetangga.

Janganlah kita ni berkira sangat dengan orang lain. Kalau kita tolong orang, insyaAllah nanti orang tolong kita pula. A piece of advice.

Friday, June 17, 2011

Apa yang Penting

Salam sejahtera semua.

2,3 hari aku just melawat beberapa blog lain. Besides, xbrapa nak ada idea nak buat post baru. Ada la satu soalan yang aku ingin bertanya..xspecific pada sapa-sapa pun..just nak share..apa kriteria penting sebuah blog sebenarnya. Ada blog yang cantik, meriah dengan macam-macam hiasan, da bintang kelip-kelip lagi, tapi entri dia xda la bagus sangat pun. Pastu da blog yang simple je tapi entri dia memang bagus untuk dikongsi bersama.

Secara peribadi aku lebih mementingkan pengisian berbanding hiasan pada sesebuah blog. Pengisian yang berinformasi dan bersifat mendidik wajar dikongsi bersama orang lain. Agar kita dapat sama-sama memperbaiki diri. Sesetengah blog yang cantik ni agak lambat nak loading, aku lak bukan jenis suka menunggu. Dua kali refresh, kalo xleh jugak, aku abaikan je niat nak melawat blog tu. Ada jugak yang pasang aplikasi apa benda ntah, tengah elok baca entri, tiba-tiba ada widget yang menyemak keluar. Terus rasa malas nak baca bagi abih. 

Setiap orang ada preference masing-masing. Terpulang lah. Just sharing piece of my mind.

Saturday, June 11, 2011

Berusahalah

   Terdapat satu kisah mengenai seekor kambing dan telaga buta. Kisah ini memberi iktibar dan pengajaran, seperti firman Allah S.W.T. dalam surah al-Insyirah 94: 5-6, yang bermaksud: "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan".

   Kisahnya begini, ada seekor kambing yang terjatuh ke dalam sebuah perigi buta. Kambing tersebut mengembek sehingga menarik perhatian orang yang lalu lalang. Orang ramai pun berfikir bagaimana ingin membantu mengeluarkan kambing tersebut dari dalam perigi  buta. Perbincangan mengambil masa berhari-hari, namun tiada ditemui cara yang sesuai. Akhirnya mereka sepakat untuk mengambus perigi tersebut kerana kambing itu tidak dapat diselamatkan lagi, dan bagi mengelak bau busuk bangkai kambing itu kelak.

     Penduduk kampung pun bergotong-royong menimbus perigi buta itu. Nasib si kambing seperti jatuh ditimpa tangga. Bukan setakat jatuh dalam perigi buta, malah ingin dikambus hidup-hidup pula. Pasti akan tamat riwayat si kambing itu.




    Namun kambing itu tidak berputus asa. Setiap kali tanah dituang ke dalam perigi, kambing tersebut akan menggoyangkan badannya bagi menyingkirkan tanah dari terkumpul di atas badannya. Penat tidak makan dan minum berhari-hari tidak lagi dipedulikannya. Makin lama makin tinggi timbunan tanah dan makin cerah harapan si kambing untuk keluar dari perigi buta itu. Akhirnya si kambing terselamat dan melompat keluar dengan girang.

Begitulah pengajaran yang boleh kita renungkan bersama. Sesuai dengan firman Allah di atas, setiap kesulitan yang kita hadapi pada masa ini, pasti ada kemudahan yang menanti. Allah tidak membebankan hamba-Nya melebihi apa yang mampu ditanggung. Janganlah kita berputus asa dalam berusaha untuk meraih segala cita-cita dan impian. Tiada yang mustahil dengan izin-Nya.

[Solusi isu 32]

It Just Me or What ???

Good Morning..Peace Upon You All.

Did you ever had this kind of feeling ?

You were there but nobody see you...
You care about others but nobody care about you...
You're exist but nobody know you...
You show your love but nobody appreciate it...
You try to be friendly but everybody run from you...

Huh............................

People remember you when they need you help...
People know you when they need a favour...
People find you when they have no other choices...
People come to you when they have problems...

You're the last choice...
You're the problems counter...
You're the free labour...
You're nothing....

I'm just thinking crap or what..?
It just my illusion or what..?
It just my brain error or what..?

You're Beautiful

You are beautiful
Not only because of the brownness of your eyes
Or the shape of your body
Not only because of the fullness of your lips
Or the curl of your eye lashes

You are beautiful because You want to be
You are beautiful because God made you that way
You are beautiful because in my eyes
THERE IS NO ONE MORE BEAUTIFUL THAN YOU

You are beautiful because you have a heart
And that is a beautiful thing
You are beautiful because you have a brain
And that is a beautiful thing
You are beautiful because You give advice
And that is a beautiful thing

You are beautiful because God made You that way
You are beautiful because in my eyes
THERE IS NO ONE MORE BEAUTIFUL THAN YOU

You are beautiful because you have confidence
You are beautiful because you have determination and wit
You are beautiful because you have goals and you plan to reach them
You are beautiful because you are always there to lend a helping hand

You are beautiful because God made you beautiful.


[Padraic Husemann]

Wednesday, June 8, 2011

Obsession Again

Today, we meet the snow leopard

Cakkk!!!!

Cayang Mak
Fluffy

Tgk tangan dia

Saya garang tau


Kalo kucing aku gini, best nye peluk cium


Snow leopard is a very rare species. It live in high mountain. A very shy animal. I love their fluffy fur, bushy tail, and innocent look. 


Sunday, June 5, 2011

In the Wave

Salam sejahtera..

Ni gambar ombak yang diambil oleh jurukamera profesional yang juga seorang surfer. Enjoy..









Smokin'




Salam semua..

Ngah surfing jumpa design kotak rokok yang best ni. Hehe..

Ni design yang dihasilkan oleh satu badan anti-merokok. Diharapkan, para perokok insaf la kalo setiap kali nak nak hisap kena buka keranda dulu. Hehe..


Nak tempah kaler apa? Boleh pilih.


Friday, June 3, 2011

Sandwiches

Salam semua..

Ni ada example sandwich yang dihias dengan macam-macam cara. Sapa-sapa rajin main ngan makanan boleh la try buat. Untuk attract budak yang malas makan pun boleh.

korang tukar la ke design lain ye

resepi asal guna bacon, pandai-pandai la tukar ye..

lepas charge boleh la makan

breakfast sebelum gi jogging

tricky..

ada berani ke nk makan..

buat masa father's day pun ok

cute