Friday, August 30, 2013

First Time

Assalamualaikum wbt..

Ni nak share 2 perkara yang first time berlaku pada aku.

Cerita 1

Minggu lepas aku cuba makan sushi. Tu la kali pertama makan. Dah lama teringin nak rasa, asyik tengok orang makan je. Aku beli paket yang paling kecik, takut tak habis nanti. Dalam paket tu ada 4 ketul yang besar dan 4 ketul yang kecik. Ada yang boleh diterima tekak, ada yang makan bagi habis takut membazir. Sebab sushi tak tahan lama. Aku lak takda tempat nak simpan.

Lebih kurang 2 jam lepas makan sushi, perut aku mula mencerut. Bunyi dan rasa macam nak cerry berry je. Tapi masih boleh kawal. Dekat nak balik kerja aku start rasa pening-pening, sakit kepala. Balik rumah bertambah pening. Terus mandi, rehat. Alhamdulillah esok tu lega.

Mungkin sebab kali pertama makan kot. Perut tak biasa. Ntah isyarat apa yang dihantar ke otak, takleh nak proses, jemmed, tu yang pening lalat. Lagipun sushi ni tak dimasak.

Aku google2, yang aku makan hari tu nama kappa maki (cucumber roll), tamago (egg), Ikura (salmon egg), amaebi (prawn).



Terliur tak?



Cerita 2

Hari ni buat kali pertama dalam hidup aku, aku tercicir wallet. Aku tak sedar wallet aku jatuh masa makan. Lepas makan, aku jalan-jalan, dekat nak masuk kerja baru aku sedar.

Pegi semula tempat makan tadi, ada sorang abang tu tengah pegang dan tengah tanya orang-orang dekat situ. Alhamdulillah jumpa semula wallet aku. Duit memang tak banyak, tapi kalau hilang memang leceh la. Kena wat report polis, call semua bank bagai.


Tu je la aku nak share ngan korang.

Wednesday, August 28, 2013

Aku Pencurik

Assalamualaikum wbt

Hari ni aku jadi "pencurik" pulak. Sebelum ni kan dah jadi gangster, so tambah lagi satu profession.

Kisahnya, aku pegi beli barang tadi, tuala, selipar dan lain-lain. Time bayar aku cakap tak nak plastik. Semua barang tu aku sumbat dalam beg galas aku. Lepas tu aku turun pegi bahagian supermarket, nak beli barang makanan sikit.

 Dah bayar, aku pun nak blah la. Scanner pulak bunyi. Dah tentu-tentu semua mata tengok aku. Datang la security ngan dia punya supervisor kot. Aku ni jenis suka simpan resit, aku tunjuk la aku dah bayar kat atas tadi. Dia nak juga periksa beg aku. Memang nampak macam pencurik betul la aku ni. Bila dah ambik beg aku, selongkar sikit jumpa la selipar yang tak dibuang hard tag dia.

Supervisor tu minta maaf, dia bagi satu goddie bag biskut munchy's sebab nak ambik hati. Cashier kat atas yang salah sebab tak buang tag tu. Hampeh. Tak pasal-pasal dilayan macam penjenayah.

Itu la apa yang jadi tadi. Menambah koleksi pengalaman sedia ada.


Sebelum pegi beli barang, aku pegi bank, bayar pinjaman pendidikan PTPTN buat kali pertama. Aku bayar kat kaunter bank Islam sebab aku nak simpan slip tu. Kena charge RM2. 

Foto: Google Image

Sunday, August 25, 2013

Aku Gangster

Assalamualaikum wbt..

Ni citer semalam tapi hari ni baru rajin nak menaip. Aku masuk keje macam biasa je, ikut laluan pekerja yang ditetapkan.

Sebab aku masuk awal dari shif, aku pun pi la ronda-ronda dulu. Bila aku masuk balik, ada staff bagitau tadi security datang. 3 orang sekali. Depa tanya ada dak orang bawa beg kaler coklat masuk tadi. Mestilah ada.

Pastu depa tanya awat dia macam gangster sangat. Ntah hapa-hapa. Aku jalan masuk je pun. Masa aku masuk takda lak tahan tanya apa-apa. Apa-apapun mereka sekadar menjalankan tugas. Dan depa bukan tanya kat aku face-to-face. Bila staff tu citer aku senyum je.

Sebelum ni pun pernah je ada orang tegur. Masa aku buat latihan industri. Dapat tugasan follow up kehadiran meeting. Nak call pulak kena melalui operator. Masuk nombor kelima aku suruh sambungkan,

Operator: Ni sapa ni?
Aku:         Saya budak praktikal.
Operator: Ooo...awat sora (suara) ganaih (ganas) sangat.
Aku:         .....speechless + blur........

Aku bukan la jenis suka nyibuk hal orang. Hal korang, korang punya pasal la. Aku ngan diri aku je.

Just senyum bila dengar orang komen. Hahahahah


Foto: Google Image

Tuesday, August 20, 2013

Shoes Spray

Assalamualaikum wbt..

Apa habaq korang lepas raya ni..makin sihat ka makin sakit..hehe..

Lama tak update..tiba-tiba nak cerita pasal penyegar kasut pulak.

Beberapa hari lepas raya aku kena kerja 5 hari shift full. Dari 9 pagi sampai 11 malam. Hari-hari pakai kasut yang sama selama lebih kurang 15 jam. Kasut sukan tu jadi berkuap dan barbau la jawapnya.

Diri sendiri yang pakai pun dah rasa pening lalat. Nak buka kasut pun rasa berat je hati.

Langkah penyelesaiannya, aku pegi cari penyegar kasut. Dulu pernah tengok ada iklan pasal benda tu.

Cari-cari...jumpa la jenama ni..jenama lain takda.


Berdasarkan pengalaman sendiri guna penyegar kasut ni, aku berpuas hati la. Hilang la bau busuk yang terperap tu. Bau dia nak macam sabun + bedak sikit-sikit. 

Benda ni berharga RM 15.90. Macam besa la, lain kedai lain harga dia.

Sekarang dah boleh pakai kasut dengan yakin tanpa bau busuk. Hehe..


Foto: Google Image