Tuesday, August 23, 2011

Pengumuman Penting

Assalamualaikum wbt semua..

Di sini nak buat satu pengumuman penting. Pada pagi hari ini 23 Ogos 2011 bersamaan 23 Ramadhan 1432 Hijrah, Makcik (kucing aku) telah selamat melahirkan 4 ekor cahaya mata. 3 kaler oren, sekor kaler hitam. Maka bertambahlah koleksi kucing oren kat rumah aku.

Anak yang pertama tu dilahirkan atas katil aku. Nasib sempat alas dengan kain buruk. Yang tiga lagi dilahirkan kat bawah rak baju. Semuanya sihat belaka.

Dilahirkan masa bulan posa, aku kena keluarkan zakat gak ka? Hahahaha.

Aku sempat jaga kejap je la, lepas raya dah nak balik terengganu, tinggal mak aku la yang kena menguruskan semua. Ditambah abang2 baby ni yang aktif sentiasa.

Tu je nak share. Jenuh la aku nak mikirkan nama kat depa.

Piece of my happiness

Sunday, August 21, 2011

Sedikit Jeles

Assalamualaikum wbt semua...

Semenjak abih praktikal dan ada kat rumah ni, aku tak tulis apa-apa entry pun. Macam biasa la, sifat menangguh telah menjadi penghalang. Alasan je lebih. Aku online je 2,3 hari ni, tapi just blogwalking. Dah blogwalking, jadi silent reader lagi. Hahaha

 2, 3 hari ni aku asyik melawat blog meowwmania. Best blog ni, dia asyik cerita pasal kucing-kucing dia yang diberi gelaran budak-budak jebons. Banyak gambar dia letak. Geram tengok.

Tajuk entry aku macam tu sebab aku memang jeles ngan meowwmania. Haha. Kalau boleh aku nak buat macam dia jugak. Cerita pasal budak-budak oren kat rumah aku ni. Sekarang ada 3 ekoq. Makcik, Lebaq dan Kuruih. Makcik tengah sarat, tunggu masa je tu. Yang jelesnye, aku tak ada kamera sendiri lagi buat masa ni. Agak miskin ye. Kalau dah ada, confirm berseri-seri blog aku ngan gambar-gambar ori yang aku sendiri capture.

Doakan aku murah rezeki. Heheehehe.

Monday, August 15, 2011

Hari Last

Assalamualaikum wbt semua...

   Hari ni merupakan hari terakhir aku menjalani latihan industri (LI) di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Aku dah jadi family sementara LADA selama 14 minggu. Sepanjang LI ni, macam-macam benda aku belajar dan banyak pengalaman aku kutip secara langsung dan tidak langsung. So, entry ni dibuat untuk share sikit detik-detik aku sebagai budak praktikal.

   Aku lapor diri pada 15 Mei 2011 dan telah ditempatkan di bahagian pelancongan. Masa tu depa dok tingkat 7. Dalam first few weeks aku tak banyak cakap [aku memang species tak banyak cakap], aku dok diam je kat meja yang depa sediakan. Bila staff minta tolong aku tolong la.

   Dekat-dekat nak cukup sebulan aku dok citu, dapat tau bahagian pelancongan kena pindah turun tingkat 5. Sebab apa aku kurang pasti. So, bersama-sama staff lain, kami pun angkut la segala barang dan harta pelancongan ke tingkat 5. Dalam sehari tu aku tak tau berapa kali turun naik lif. Sampai kadang-kadang aku rasa macam berada di awang-awangan.

   Bila turun tingkat 5, bahagian pelancongan telah dipecahkan kepada 2 bahagian yang berasingan: Bahagian Promosi dan Pengurusan Acara (AP) manakala satu lagi Bahagian Pembangunan Pelancongan (PEL). Bahagian AP diketuai oleh En. Azmil Munif sebagai Ketua Penolong Pengurus dan bahagian PEL diterajui oleh Cik Puan Rosnina sebagai Pengurus Pelancongan.

   Walaupun telah dipecahkan, aku masih lagi berkhidmat untuk kedua-dua bahagian. Aku tak kisah pun. Cuma meja aku depa letak kat bahagian AP. Time aku free aku pegi jugak jalan ke bahagian PEL, sebelah menyebelah je pun.

   Elok je dah setel kemas opis yang baru ni, ada 2 orang budak LI baru masuk ke bahagian pelancongan. Aku ada la kawan. Kalau tak, aku dok sorang je. Nak menyembang dengan staff lain rasa macam segan lak. Lepas 2 orang budak laki tu masuk, kami diberi tanggungjawap untuk handle jemputan bagi majlis makan malam pelancongan, atau bahasa yang sedap sikit, Tourism Night/Gathering .

   Kami memerlukan masa lebih kurang sebulan. Bermula dari menyediakan list jemputan, sedia kad jemputan, hantar dan follow up. Follow up ni penting. Mula-mula call sebab nak pastikan diorang terima kad jemputan yang dihantar. Pastu call sekali lagi untuk tanya kehadiran lak. Kami ada lebih kurang 350 jemputan. Semua kena follow up. Jemputan terdiri daripada jabatan kerajaan, hotel-hotel, agen pelancongan dan juga restoran.

   Tiap-tiap hari bertiga bergilir-gilir tekap telefon kat telinga. Macam-macam ragam dan karenah yang kami jumpa masa ngah follow up tu. Akhirnya kami berjaya mendapatkan confirmation kehadiran seramai 230 orang. Hari yang ditunggu 9hb Julai, dekat Berjaya Resort, Langkawi.

   Lepas dinner, kami rilex sikit. Buat keje-keje opis je. Tolong kemas-kemas, hias-hias. Ada jugak keje serius, kena buat surat, fax dan fotostat. Ada keje yang nampak simple, tapi banyak bagi kita pengalaman. Aku tak menyesal la pilih LADA. Pastu ada budak LI baru masuk, sorang je.

Pastu kitaorang ada Festival Padi Antarabangsa pulak. Berhari-hari jugak la kami berkampung kat Laman Padi tu. Kutip pengalaman lagi.

Best dok bahagian pelancongan ni adalah bila ada pegawai yang keluar pegi buat promosi kat mana-mana (luar negara). Nanti bila balik, kami dapat la buah tangan. Hehe.

Dalam minggu-minggu last ni, aku spend masa ngan staff lain untuk menghias opis. Maklum la nak raya katakan. Kami pasang lampu 'lip lap lip lap' satu opis. Meriah. Pastu gantung ketupat dan bendera. Merdeka pun sambut jugak.

   Ngan budak LI yang lain dah macam kawan lama. Ke mana saja bersama. Tambah lak sorang tu family dia buat kereta sewa, ke mana nak pi pun guna kereta dia la. Isi minyak je. Tu la sedikit sebanyak cerita aku. Aku ucapkan terima kasih la kat semua staff kedua-dua bahagian sebab memberi kerjasama sepanjang aku praktikal kat sana.

Nak senarai nama semua staff kat bahagian pelancongan: Cik Pn. Rosnina, En. Shamsudin, Cik Hadis, Jiddin, Kak Mar, K. Noriza, Aishah, En. Azmil, K. Neeza, Tinie, K. Jem, Ameer, Abg. Zam, En. Azman, Usop, K. Yan, K. Su, Cik Lina, En. Mizi.

Budak-budak praktikal yang dok berkepit sentiasa adalah Din, Fadzli, Nazuha dan Syikin [dan aku la sebelum ni].


                    
                    
        

Walaupun aku dah tak duduk Langkawi lepas ni, still boleh contact ngan depa semua melalui facebook.
Semoga bertemu lagi. Good bye Langkawi.

Tanda

Assalamualaikum wbt semua...

Arini nak share pasal maksud tanda tangan. Semua orang ada tanda tangan. Semuanya berbeza dan unik. Tuan punya tanda tangan tu je yang boleh buat tanda tangan tu dengan senang sekali. Kalau ada yang nak meniru pun kena praktis berpuluh ratusan kali. Tu pun kalau menjadi.

Tanda tangan ni merupakan salah satu identiti seseorang. Melalui tanda tangan kita dapat mengenal keperibadian seseorang. Antara rahsia tanda tangan yang diketahui adalah:

1. Satu garisan di bawah
    - seorang yang sangat yakin dan mempunyai personaliti hebat tetapi agak pentingkan diri sendiri.

2. Satu titik di bawah
    - seorang yang simple dan tenang tetapi senang hilang kepercayaan apabila dikhianati.

3. Dua titik di bawah
    - seorang yang romantik tetapi mudah bertukar pasangan serta lebih memilih kecantikan dan mudah menarik perhatian orang lain.

4. Tanpa garisan dan titik di bawah
     - seorang yang seronok dengan kehidupan dengan cara sendiri tetapi kurang memberikan perhatian pada pandangan orang.

5. Tiada kaitan dengan nama
     - seorang yang sentiasa berusaha kelihatan bijak dan yakin dengan kebolehan sendiri tetapi suka berselindung dan tidak mengambil pandangan orang lain.

6. Berkaitan ejaan nama tapi sukar dibaca
    - seorang yang kreatif dan cerdik tapi malas berfikir panjang serta mudah menukar pandangan atau idea.

7. Huruf tidak bersambung
    - seorang yang suka berfikir, sangat mengambil berat, tidak pentingkan diri sendiri, sanggup berkorban          apa saja untuk orang lain, tetapi cepat mengalah dan mudah serik.

8. Mengikut ejaan nama dengan huruf yang jelas.
    - seorang yang baik hati, boleh sesuaikan diri dengan siapa saja dalam apa jua keadaan atau urusan, tegas dengan pendapat sendiri dan ada semangat tinggi.



Pernyataan di atas tidak semestinya tepat 100%. So, korang punya tanda tangan macam mana?
[sumber: Mingguan Malaysia, 14/8/11]
[foto: Google Image]


"Segmen Zana: Salam Ramadhan"

Assalamualaikum wbt semua..

Rajin pulak aku blogwalking time sahur arini. Hehe. Pastu aku jumpa segmen ni, terbuka ati lak nak join. Haha. Kalau korang nak join jugak sila ke blog penganjur.



Nama aku Naz, umur 23 tahun, baju raya tak sure kaler apa sebab di'sponsor'. Dengar2 mcm kaler biru kot.

Pengalaman Ramadhan: Aku orang utara yang tengah sambung belajar di pantai timur. So, biasanya awal Ramadhan sambut kat kampus je. 2,3 hari lagi nak raya baru boleh balik berpuasa ngan family. Tahun ni pun awal puasa di perantauan sebab praktikal. Berpuasa kat tempat orang, aku tak kisah sangat, bedal je apa yang ada. Tapi bila balik rumah, demand la sikit.

Antara kuih kegemaran aku adalah pulut dakap (pisang bungkus ngan pulut pastu balut ngan daun pisang, then lengat/kukus). Tak tau la korang panggil apa kuih tu. Aku nak suruh mak aku buat sebenarnya, tapi aku tak cakap direct. Aku saja 'complain' kuih pulut dakap yang aku beli kat kedai. Aku kata tak sedap la, pulut banyak sangat la, keras la, dan macam-macam lagi ayat tak puas hati. 

Mak aku jawap, "Besa la, depa buat nak berniaga ja". Pastu esok nye, aku nampak mak aku pegi cari daun pisang dan masak pulut. Ternyata mak aku paham maksud tersirat aku. Hahaha. Bestnye boleh makan pulut dakap air tangan mak aku. Kelas la mak aku. 

Ni la rupa pulut dakap
Yang aku citer ni pengalaman or kenangan ea?  Gasak la, aku nak share jugak.Hahahaha..

Tarikh tutup segmen ni 28 Ogos 2011 (tarikh ni tak statik).  
[foto: Google Image]

Just a piece of memory

Saturday, August 13, 2011

Tak Payah Perli La

Assalamualaikum wbt semua.

Di hari sabtu yang mendung ni nak share sikit pasal sikap beberapa makhluk bernama manusia yang tak berapa beradab.

Minggu lepas aku teman kawan-kawan yang praktikal sama ngan aku pi beli kasut raya. Disebabkan aku memang fail bab2 shopping ni, so aku just tengok, jalan2, dan pusing2 je la. Kawan-kawan aku ni geng free hair sebenarnya. Tapi disebabkan menghormati etika kerja (kononnya) diorang pun pakai la tudung bila masuk opis. Cantik je masing-masing pakai tudung. Pandai lak fesyen, putar belit sana sini.

Oleh kerana aktiviti shopping tu dilakukan sejurus selepas waktu pejabat, so diorang ni masih bertudung la masa ngah pilih kasut tu. Nak dijadikan cerita, ada la geng free hair diorang gak yang datang shopping situ. Pastu geng yang baru sampai ni, sound agak kuat la "eh pakai tudung", dia ulang banyak kali la jugak. Yang sorang lagi perli "lawa tudung baru".

Aku pun hairan la. Apa salahnya kalau kawan kau nak bertudung. Kalau taknak puji pun, kau diam je la. Tak payah nak perli. Aku tak paham la pemikiran orang macam ni. Ada lak yang memberi cadangan, "kalau nak free hair, buat je..nanti orang kata hipokrit". Mantap kan nasihat kau. Bukan kau nak bagi nasihat yang elok, mana tau sekarang dia pakai tudung kadang2 je, pastu dapat hidayah nak pakai terus.

Apa makna hipokrit ntah. Bagi aku tak salah kalau hipokrit ke arah kebaikan. Doakan diorang supaya dapat hidayah dalam 'lakonan' tu. Korang tak rela orang kutuk korang hipokrit, tapi korang rela malaikat kutuk korang bila buka aurat suka-suka.

Masing-masing dah besar, ada otak dan akal. Pandai-pandai la buat pilihan terbaik untuk diri sendiri.



Perubahan kecil yang berterusan ke arah kebaikan adalah lebih terpuji dari perubahan besar yang mendadak yang sementara.

Just a piece of my view.

[foto dari google image]

Friday, August 12, 2011

Angry Birds

Assalamualaikum wbt semua..

Bila korang semua baca tujuk entry ni, apa yang terlintas kat kepala korang? Haik !!! Burung mana pulak yang nak marah hari Jumaat ni. Hah..kenapa marah, mesti ada sebab kan. Orang pun tak marah kalau tak ada sebab, orang gila je kot yang tiba-tiba rasa nak marah.

Sebenarnya "Angry Birds" ni adalah sebuah terbaru yang aku tengah main sekarang. Aku ni memang suka sangat main game kat PC. Macam-macam game aku main. Nak suruh main dari pagi sampai malam pun tak ada masalah. Aku pernah main sampai laptop aku terpadam sendiri. Kes bateri terlampau panas. Game ni salah satu "escape way" aku dari memikirkan masalah yang menyerabutkan kepala. Memang berkesan (dalam kes aku la).

Berbalik pada tajuk entry aku ni, aku nak terang sikit pasal game "Angry Birds" yang telah menyerang opis aku. Sampai staff kat opis pun main gak game ni. Ceritanya, ada satu keluarga burung ni yang naik angin, panas je rasa kat keluarga penjahat (b.a.b.i) yang telah membuat onar dengan mencuri telur keluarga burung tadi.

Dah tentu la burung-burung tu semua marah. So, misi game ni adalah membantu burung-burung yang garang tu untuk membalas dendam. Caranya, korang akan diberi satu lastik. Lastik ni la yang akan korang guna untuk lastik rumah/kubu penjahat-penjahat hijau yang bertanggungjawab melakukan huru-hara.

Kubu penjahat bukan senang nak dimusnahkan. Memerlukan strategi yang tepat. Boleh la test sikit pengetahuan fizik korang, sebab korang kena pilih pada kecerunan mana yang sesuai untuk 'attack' kubu-kubu tadi. Kubu-kubu ni diperbuat dari kayu, ais, dan juga baru simen (da stage yang gabung semua benda ni). Kalau kayu dengan ais tu mudah sikit la nak hancurkan. Tapi batu simen ni kena plan betul-betul sebelum serang.

Bila main, mesti korang akan rasa sedikit 'annoying' kat penjahat hijau tu. Sebabnya, korang akan dengar suara-suara gembira penjahat tu gelak. Ditambah pulak dengan senyuman/sengihan bila korang tak dapat nak hancurkan kubu tu. So, korang akan berkobar-kobar untuk sama-sama membalas dendam bagi pihak keluarga burung. Aku pasti korang akan sentiasa "try again" stage tu sampai la korang berjaya.

Korang akan diberi beberapa species burung mengikut stage kemaraan korang. Ada enam jenis burung dalam game ni. Setiap burung ni ada kelebihan dan kepakaran yang berlainan.

Kalau korang teruja nak main jugak, pandai-pandai la korang download ye. Hehe. Anyway, enjoy the game this lovely weekends.

Ni la muka burung tengah marah.

Yang sebelah kanan tu la rupa penjahat.

Ni la 6 ekor burung garang dalam game ni.

Ni salah satu contoh kubu yang korang kena hancurkan.

Tuesday, August 9, 2011

Mercun

Assalamualaikum wbt..

Sementara menunggu masa nak pi bazar Ramadhan, aku nak tulis sikit pasal mercun dan hari raya (hari raya memang lambat lagi). Hari ni dah masuk hari ke-9 umat Islam berpuasa. Bila sebut pasal puasa mesti sebut pasal raya, dan bila sebuut pasal raya, mesti sebut pasal mercun.

Haa. Mercun ni adalah sejenis bahan letupan sebenarnya. Orang cukup suka main mercun masa bulan posa. Nak sambut raya kononnya. Bukan budak-budak je, orang dewasa pun sama. Aku pun suka gak main mercun.

Ada macam-macam jenis mercun yang dijual di pasaran gelap (gelap sebab tak diluluskan oleh kerajaan). Walaupun diharamkan, tetap ada gak kat pasaran. Ada mercun bola, naga, roket, lebah, katak, papan, dan macam-macam lagi. Pendek kata memang meriah la kalau boleh main mercun ni. Setakat bunga api lidi tu tak pandang la. Bunga api yang besar kotak bateri keta tu baru puas. Sedia duit je, macam-macam boleh dapat.

Bila main mercun ni, tak sah la kalau tak ada berita pasal putus jari, melecur, buta dan rumah terbakar. Aku nak fokus kat kecederaan yang dirasai oleh pemain-pemain mercun amatur (budak-budak). Tak tau la macam mana diorang main sampai boleh putus jari. Mesti kes tak sempat nak baling kan. Tak pun kes terlebih pandai nak ubahsuai sendiri.


Mercun bola. Kuat bunyi dia. Nak lagi kuat, baling dalam air.

Mercun ni best main kalau kena gayanya. Tapi kalau silap sikit, merana sampai ke tua. Mana ada orang jual jari ganti kat kedai. Mula-mula nak seronok, last sekali kena pegi hospital. Sadis.

Nak salahkan sapa dalam hal ni?. Orang yang jual, atau orang yang beli. Dua-dua aku rasa. Tapi kesian lagi kat orang yang beli pastu cedera masa main. Kalau setakat tauke kena serbu dan rampas ngan polis tu tak kisah la. Rugi duit je, tak ada anggota badan yang terjejas.   

So, kalau nak jugak mercun, pandai-pandai la beringat supaya tak cedera. Pandai main, pandai jaga diri. Jangan main sampai tak sedar diri, tak ingat dunia.

(Dulu masa kecik sanggup kumpul duit nak beli mercun sendiri)

Entry Update

Assalamualaikum wbt semua.

Dah seminggu tak update blog ni. Nak kata sibuk, tak la sangat. Malas kot. Aku ni ada macam-macam topik nak tulis, tapi disebabkan habit suka menangguh, akhirnya tak ada entry langsung.

Anyway, aku sekarang ni tengah menghitung hari nak abih latihan industri. 15hb ni last la aku datang opis LADA. Walaupun aku praktikal 14 minggu je, tapi banyak gak aku banyak. Kadang-kadang kita belajar tanpa kita sedar. Banyak la kenangan aku kat sini.

Tu je kot aku nak tulis buat masa ni. Nanti aku tulis lagi. Entry yang lebih berinformasi.

Have a pleasant Ramadhan.

Tuesday, August 2, 2011

Aku Tak Mampu

Tika melihat kau muram
aku gelisah
Tika melihat kau bersedih
aku menangis
Tika melihat kau kecewa
hatiku luluh

Tapi aku tak mampu

Tak mampu membuat kau tersenyum
Tak mampu mengesat air mata yang mengalir
Tak mampu untuk merawat luka di hatimu

Aku tak mampu melakukan semua itu

Tapi aku akan teguh berdiri di sini
Menemani dan mendengar tiap
tutur kata yang kau mahu bicarakan

Aku akan tetap di sini
Selagi kau memerlukan aku.