Thursday, September 29, 2011

Jom Tambah Follower

Assalamualaikum wbt semua..

Memandangkan aku dah beberapa hari tak menulis, dan tak tahu nak tulis apa..sebelum blog aku ni expired..aku decide untuk join segment..hehe



aku join segment - Jom tambah follower yg dianjurkan oleh Lulu..
Nak join jugak sila klik banner. Tarikh tutup Jumaat (30/9/11) jam 3 petang.

Selamat Berkenalan semua.

Saturday, September 24, 2011

Bila cuti Banyak

Assalamualaikum wbt semua...

   Hai, ni nak cerita sikit pasal life di awal sem 7. Tinggal sem ni dan sem depan je, pastu abih la pengajian 4 tahun aku. Boleh balik kampung dan spend masa main-main dengan golden collection aku kat rumah tu.

  Sem ni aku ada kelas 3 hari je: Isnin, Selasa, dan Rabu. Ahad dan Khamis tak ada kelas. So, hari cuti bertambah la dari 2 hari kepada 4 hari setiap minggu. Dah banyak sangat hari cuti ni tak tau pulak nak buat apa.

   Ni ada beberapa aktiviti yang aku buat time cuti. Hari Khamis aku dengan kawan pi TTC (Terengganu Trade Centre) sebab ada IT Fair (adik-beradik PC Fair). Aku beli pendrive je untuk k.long aku. Pastu tolong belikan printer kat kawan. Then, pegi buang duit cikit kat Mydin Mall.
 
  Hari Jumaat, pagi tu ada program explorace sebagai aktiviti untuk sambut junior course aku. Aku dah jadi Super Duper Senior sekarang ni. Program abih dalam pukul 10 lebih, lepas makan pukul 11 lebih aku pun rilex je sambil layan movie. Tiba-tiba kawan call ajak pegi KB Mall. Aku agak terkejut, biar betul nak ajak pi Kota Bharu. Ad hoc program, dah alang-alang orang ajak, aku on je la. lagipun tak pernah lagi sampai sana.
KB Mall, sekarang tengah sale

Dah sampai sana, apalagi, sempat la membuang duit sekeping, dua. Aku kagum sedikit, Aku tak budget Kelantan ada tempat besar macam tu (sorry to Kelantanese). Stereotype nye aku anggap Kelantan agak mundur. Tapi ok je, rasa macam nak pegi lagi kot. Hahha.


Happy kan duit boleh terbang. Hehe

 Hari ni, sepatutnya aku dah on the way ke Mesra Mall pulak. Tapi bila difikirkan, amboi sakan kau keluar tiap-tiap hari. Kalau keluar saja tak apa, tapi duit mesti terkeluar jugak jap lagi. Tak boleh-tak boleh. Aku kalau bab duit ni agak kedekut ye (jujur ni). Aku akan jadi psiko sendiri bila spend duit banyak tiap-tiap hari. Maklum la, mana ada pendapatan sendiri, loan yang ada ni pun nak kena bayar balik. Maka aku tak pegi ke Mesra Mall. Maaf la kawan-kawan yang ajak tu ye.


  Esok pun dah ada plan nak keluar dengan member sekelas. Pegi pusing bandar naik bas Cas Ligas. Rilex je naik bas tu, seat dia cikit je. Ada kerusi besi macam kat taman tu. Asyik keluar jalan-jalan, assignment tak buat lagi. Pastu mula la serabut, semua nak buat dalam satu masa. Insaf la Naz ooi.

Ni la bas nye

Tu je kot aku nak cerita. Lapar pulak rasa. Nak pegi mencari sesuap nasi. Take Care.

foto: Google Image

Monday, September 19, 2011

Sikit Lagi

Assalamualaikum wbt semua..

Hai..hari tu sibuk siapkan report..dah antar dah ari khamis 15/9/2011. Setel satu keje.

Ni nak kena siapkan slide presentation pulak, esok nak present..Tak start apa-apa lagi pun..mengong tul..
sibuk online je..

Hish..Ya Allah berilah aku semangat dan kerajinan untuk belajar. Amin.

Jangan jadi mcam dia ni..tido je tau

[foto: Google image]

Saturday, September 17, 2011

Saturday Blues

Assalamualaikum wbt semua...

Hari ni rasa distracted sikit. Hmmm..macam-macam rasa ada. Tak suka nye bila rasa macam ni. Betul-betul tak senang.

Kenapa boleh jadi macam ni?  Hmm.apa yang aku boleh bagitau adalah...Tak semestinya orang bahagia dengan kebahagiaan kita..DAN tak semestinya kita bahagia dengan kebahagiaan orang lain.

                                                        

Secara luarannya, aku boleh buat macam tak ada apa-apa. boleh buat ati kering je, boleh buat blur, boleh buat tak tahu apa-apa...

Dalamannya...aku betul-betul terganggu. Perasaan yang aku tak suka tu jugak la yang aku rasa sekarang.


Entah untuk kali keberapa aku perlu rasa perasaan ni. Rasa yang aku nak buang tapi tak mampu.

Kenapa hati ni susah untuk dijaga? 

Need some space for myself.

[foto:Google image]

Wednesday, September 14, 2011

Abihkan cepat

Assalamualaikum wbt semua...

Aku tengah boring ni, tengah cari mood nak siapkan report LI. Pegi mana pulak semangat ni, dah la nak kena antar esok. Hish..ada masa sebelum ni taknak buat, asyik nak mancing..padan muka.

Bila agaknya aku nak berubah jadi rajin. Dah tahun akhir ni pun tetap sama je perangai.

Nak kena abihkan cepat..pastu boleh relax main game. Hehehe..

Take care.

Sunday, September 11, 2011

Tersampai dah

Assalamualaikum wbt semua..

Agak lama aku tak update blog ni. Last aku tulis pasal Makcik bersalin. Pastu sibuk beraya dan main game. Ok, sekarang ni aku dah sampai kat Terengganu. Untuk meneruskan pengajian setelah lama bercuti. Nak panggil balik mood tu agak payah ye. Dah lama dok saja ja, pastu nak kena baca buku balik. Boring je rasa.

Tengah best2 dok kampung. pi mengail ikan, main panas, bermesra ngan budak2 ensem kat rumah tu. Rindu la nanti kat Baq ngan Uih.

Apapun, tinggal lagi dua sem je lagi. Kalau ikut kalendar akademik, aku abih bulan Jun tahun depan. Tak sabaqnye. Pastu nak dok rumah je. Dah habaq kat mak, aku tak mau qeja. Mak kata ikut la..Hahaha..Sewel je..ngaji empat tahun tapi tak mau qeja.

Akan bermula rutin semester seperti biasa. Mengharapkan suatu yang lebih baik dari sebelumnya. Semoga semester baru ni memberi seribu kejayaan dalam hidupku. Amin.

Ok, nanti aku update lagi. Take care.