Tuesday, April 30, 2013

My Dream

Assalamualaikum wbt

This morning I want to share with you guys about my dream. Not the dream I had last night, but the dream that I want to do on one fine day in the future.

Let's take a look at this picture.


For me this picture is so beautiful. I wish I was that lucky lady.

I love animal. No doubt about that. And I tend to cry easily for animal than human. 

One day, I want to have a physical contact with a lion. It's okay if I had only a second chance to touch it. At least I do touch it. 

One of my wildest dream. 

I'm sure that most you guys fell in love with Aslan. The magical lion in The Chronicle of Narnia. A majestic creature, with its silky coat and fluffy mane. 

I wish I can happily buried my face in it's mane. 

so handsome


Photo: Facebook, Google Image

Sunday, April 28, 2013

Hangat

Assalamualaikum wbt..

Hai semua..jangan terpedaya ngan tajuk post tu. Aku bukan nak bergosip atau nak citer isu-isu semasa yang hangat di pasaran sekarang ni.

Aku merujuk kepada cuaca kat tempat aku ni. Hangat sangat. Time panas memang membahang rasanya. Kalau time hujan memang tak boleh nak ke mana.

Tadi aku ke Tanah Merah, nak beli tiket bas untuk kak aku. Tanah Merah kat Kedah ye bukan Tanah Merah Kelantan. Jenuh aku nak merempit sampai ke Kelantan.

Bergerak dari rumah, pergi kaunter beli tiket, pastu terus balik. Tak singgah mana-mana pun. Hangat-hangat ni rasa malas nak berhenti merewang.

Rasa nak terperuk dalam rumah je. Lain la kalau bergerak naik kereta. Ada jugak bumbung dari terik mentari.

Berjayakah aku beli kerata sendiri?

InsyaAllah.

Tak ada cerita menarik nak dikongsi.


Foto: Google Image

Saturday, April 27, 2013

Lari Dalam Hujan

Assalamualaikum wbt

Dah 2,3 hari aku bukak dashboard, pastu tutup, bukak, pastu tutup. Semangat nak update tapi takda isi nak dikongsi. Akhirnya aku ada isi hari ni.

Pagi ni aku telah bersemangat waja menyertai Larian Patriotik Mesra Belia peringkat Parlimen Jerlun, anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.

Awal aku pi. Hehe. Untuk 500 yang terawal dapat baju kaler merah. Aku dapat la selai. Jarak larian adalah 3km, ikut jalan kampung. Acara ni lebih kepada untuk menjaga kesihatan bukan pertandingan. Takda hadiah pun kalau sampai awal atau sampai last sekali. Ramai jugak penyertaan dari budak-budak sekolah. Adik-adik sekolah rendah pun ada.

Nak dijadikan cerita. Cuaca takla seindah ceria mentari. Dalam pukul 8 lebih tu, semua peserta dilepaskan untuk memulakan larian. Baru sempat lari lebih kurang 100 meter, hujan pun turun mencurah-curah ke ladang gandum lagaknya. Habis bertempiaran lari nak cari tempat berlindung.

Yang semangat lari meredah hujan haruslah adik-adik, budak-budak sekolah. Habis basah lencun.

Kami yang dewasa ngan makcik-makcik sporting ni berteduh kat kedai basuh kereta yang kebetulan cuti hari ni. Tunggu kat situ sampai pukul 9 lebih. Tengok ke gaya, hujan ni takkan berhenti dalam masa terdekat. Jadi kami pun patah balik je ke tempat mula tadi.

Sampai sana, pihak penganjur tengah buat cabutan bertuah. Murah rezeki hari ni, aku dapat hadiah sebiji seterika. Alhamdulillah. Kawan aku yang pi sekali dapat pemanas air.


Seterika aku dapat tu bukan la jenama Sharp. Gambar ni contoh je. 

Yang bestnya, hadiah kedua sebuah mesin basuh dan yang pertama sebuah peti sejuk dimenangi oleh budak kecik sekolah rendah. Bertuah adik-adik ni. Berbaloi la depa lari dalam hujan. 

Banyak aktiviti yang dianjurkan hari ni, tapi cuaca agak tidak mengizinkan. 

Sekian.

Foto: Google Image. 

Friday, April 19, 2013

Sensodyne

Assalamualaikum wbt

Ni aku nak tanya sikit..korang pernah tengok iklan ubat gigi Sensodyne tak..?

Ubat gigi yang mana? Banyak kan ubat gigi kat Malaysia ni..hahaha..

Ubat gigi ni la yang aku maksudkan


Dalam iklan tu, korang perasan tak yang "doktor" dia selalu tukar-tukar orang? Tapi dia punya dialog sama je.

Tambahan pulak "doktor-doktor" dalam iklan tu bukanlah doktor yang betul, berlakon je jadi doktor. Jadi korang tahu tak apa motif dia tukar-tukar 'doktor' tu?. Kalau korang tahu, share la ngan aku..dah lama aku fikir motif iklan tu, tapi tak dapat-dapat.


p/s: Kadang-kadang iklan ni kretif sangat sampai penonton tak faham apa maksud yang cuba disampaikan.
p/s: Tahniah kepada classmate aku, Wan Mazrina bt Wan Mansor yang dah sah bergelar isteri orang.

Foto: Google Image

Thursday, April 18, 2013

Gwiyomi Fever

Assalamualaikum wbt..

These past 2, 3 days, when I opened my FB, there always a post about gwiyomi.

I started to ask..what is all about gwoyomi stuff. Is it a food, a fashion or what ?

To answer my curiosity, I asked Mr. KnowItAll Google.

It turn out that gwiyomi is a K-pop song with some movement. Arrghh..it all about Korean. Why people so obsess about Korean stuff?

By the way, gwiyomi means cute. No wonder all the videos portrayed women dancing with their big black eyes. Sooo Korean.


Is this cute? Nooo

This Pikachu Kitty is super cute.

Photo: Google Image



Sunday, April 14, 2013

Tak Pernah Tengok Ke?

Assalamualaikum wbt..

Hai semua, diharapkan semua sihat-sihat belaka. Mukadimah macam nak tulis surat cinta. Haha

Ok, tadi aku tengok berita kat TV9. Selalu tengok berita TV9 sebab dia padat dan pantas. 30 minit je. Dalam banyak-banyak berita tu aku tertarik kat berita pasal ada ular masuk rumah.

Pemberita tu kata seorang penduduk terkejut apabila ada seekor ular sawa di dalam rumahnya. Dia sedar ada ular bila kucing peliharaan beliau mengerumi sebuah meja di dalam rumah.

Dah..apa yang menarik sangat pasal berita ni? Haha..yang menariknya ialah ular tu bukan ular sawa, tapi ular tedung selar. Panjang 4 meter, besar dan sihat.

Sapa la yang buat skrip. Dalam banyak-banyak krew penerbitan tu, takda ke sorang yang perasan ular tu bukan ular sawa. Menyedihkan.

Ce korang tengok..ada iras-iras ke ular sawa ngan ular tedung? selain dari badan diaekor yang panjang, takda kaki tu.

Ni ular tedung selar. Saiz dia memang lebih besar dari ular tedung biasa yang kaler hitam tu. Ular ni ada dua kaler, satu kaler kelabu belang-belang. Satu kaler kuning nak putih macam kat sebelah ni.

Ular ni tergolong dalam kategori ular berbisa.











Ni pulak ular sawa. Macam apa yang korang boleh tengok, ular sawa ni mempunyai kulit bercorak. Ular sawa takda bisa. Tapi dia ada kelebihan untuk menjerut sehingga boleh mematahkan tulang belulang si mangsa.

Kalo nak dibandingkan, ular sawa lebih besar dari ular tedung.






Tu je la aku nak membebel malam-malam hari ni. Sekian.

Foto:Google Image

Friday, April 12, 2013

Exam PTD

Assalamualaikum wbt

Aku baru je balik dari Kuala Lumpur. Pergi karnival kerjaya.

Esok aku akan menduduki peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Doakan yang terbaik untuk aku ye.

Lama tak ambik exam sejak habis belajar tempoh hari.


Foto: Google Image

Sunday, April 7, 2013

Happy Birthday

Assalamualaikum wbt

Don't be surprise. I'm not wishing happy birthday to anybody. I just want to talk a bit about this happy wish.

In English, we always say happy birthday when a person is celebrating his/her annual birth day. It is true and right. I have no problem with that.

But, in Malay, why we always say 'Selamat Hari Jadi'. 'Hari Jadi' is the day you were made. Nobody know when you were actually made.

So, the birthday marked the day that you were born into this world. The actual translation for Happy Birthday is 'Selamat Hari Lahir'. I prefer 'Selamat Ulangtahun Kelahiran' to 'Selamat Hari Lahir'.

Whatever language that you use, please make sure that the translation is done correctly. In this case, it's not the issue of direct translation. I'm not sure how birth = made (lahir = jadi).


Wednesday, April 3, 2013

Aku dan Kenangan 8

Assalamualaikum wbt..

Bertemu kembali dalam siri aku dan kenangan. Bunyi macam dokumentari berepisod je.

Tapi kali ni nak kata kenangan sangat tu tak jugak. Lebih kepada cara berfikir masa kecik-kecik dulu.

Korang pernah tengok masjid kan ? Sadis la kalau ada yang tak pernah tengok. Masjid kat Malaysia ni banyak sangat. Paling kurang mesti ada satu kat kawasan rumah korang. Setiap masjid mesti ada dia punya menara kan. Yang tinggi tu. Setengah ada satu menara, setengah lagi ada lebih dari satu menara. Kat menara tu pula selalunya orang pasang pembesar suara.

Dulu, masa aku kecik, waktu dengar azan je mesti aku fikir macam ni. Kesian bilal tu kena panjat menara tinggi-tinggi setiap kali masuk waktu solat.

Aku pikir setiap kali masuk waktu, bilal kena panjat menara tu dan azan dari atas sana. Memang langsung aku tak pikir kat menara tu orang pasang pembesar suara, walaupun nampak pembesar suara tu. Dan suara yang kita dengar tu adalah hasil dari azan yang dilaungkan kat mikrofon dalam masjid.

Kalau la betul macam mana aku pikir tu, mesti orang dah pasang lif kat menara tu. Boleh tahan jugak la kalau nak panjat ikut tangga.

Boleh pikir gitu kan..hahaha



http://nazirah-pieceofmind.blogspot.com/2012/11/aku-dan-kenangan-7.html

Foto: Google Image