Tuesday, October 22, 2013

Layan

Assalamualaikum wbt...

Tengah hari tadi aku pi tengok movie Cloudy with a Chance of Meatballs 2. Citer ni dah lama release tapi aku tak berkesempatan nak pi tengok. Citer animation je aku layan sampai pi panggung. Tadi tengok citer 3 orang je. Aku dan seorang ayah yang bawa anak dia sekali. Kalo kat Jitra jangan harap la dia nak pasang kalo setakat 3 orang je.



Jalan cerita semestinya sambung dari cerita yang pertama dulu. Puas hati la tengok. Meriah ngan kaler macam -macam. Mewah ngan makanan sana sini. Kelakar bila buah dihias jadi haiwan.

Spider Cheeseburger bawa karakter sebagai anjing dan Giant Taco Supreme jadi mama buaya.


Beberapa contoh foodimals (food + animals)



Photo: Google Image


Monday, October 21, 2013

Eksploitasi

Assalamualaikum wbt..

Hai semua..iklan amat berkait rapar dengan wanita. Korang setuju tak ngan kenyataan ni? Kebanyakkan iklan direka untuk memujuk dan mempengaruhi wanita. Di samping menggunakan wanita sebagai pelaris barangan.

Eksploitasi ni jadi bila wanita digambarkan dengan keadaan yang melebih-lebih atau "over". Kadang-kadang takda kena-mengena pun ngan barang yang nak dijual tu.

Sebagai contoh, korang tengok gambar yang aku snap kat sebuah kedai kasut dalam sebuah pasar raya.



Iklan ni nak promosikan kasut sebenarnya. Tapi kenapa mesti model tu digambarkan sedemikian rupa. Nak pakai kasut pun kena selak kain sampai macam tu ke?

Ni la rupa salah satu iklan yang mengeksploitasi wanita. Tapi aku rasa model tu tak kisah pun walaupun gambar dia terpampang besar kat dinding kedai tu. Tak payah la aku tak blurkan tempat tertentu sebab memang semua orang yang masuk psar raya tu dah tengok gambar ni .

Iklan jam tangan pun kadang-kadang macam ni jugak. Nak jual jam tangan je, tapi model tu kemain seksi, posing menggoda lagi. 

Ingat apa? bila pelanggan sarung kasut tu kat kaki terus jadi comel macam anak patung ke. 

Ni la budaya yang diamalkan Barat. Sengaja nak buat kita terima pemikiran serupa ngan depa. Nak kita anggap seksi, terdedah sana sini tu adalah perkara biasa. 

Foto: Sendiri

Wednesday, October 16, 2013

Going Somewhere?

Assalamualaikum wbt..



It's been 16 days

and I have so much to share, to tell, to ask...

Tuesday, October 15, 2013

Please La

Assalamualaikum wbt..

Mula-mula aku nak ucapkan Selamat Berkorban pada semua umat Islam. Dan selamat menunaikan ibadah haji pada yang berada di Tanah Suci.

Entri hari ni aku nak kongsi sedikit kesalahan bahasa. Hahaha..dah macam cikgu la pulak. Kita tengok dulu gambar yang aku tampal ni.

Versi English

Versi Bahasa Malaysia

Gambar ni aku ambik dari buku panduan pinjaman sebuah institusi kewangan. Buku tu disediakan dalam dwibahasa. Dalam gambar pertama, korang boleh nampak aku kotakkan perkataan "fees", dan aku rasa korang paham kan maksud dia. Fees = yuran/bayaran. 

Gambar kedua pulak adalah terjemahannya. Tengok apa yang aku kotakkan. Diaorang guna "fi" untuk gantikan "fees". Sungguh malas orang yang buat buku panduan ni. Ataupun sekolah tak habis. Perkataan asas macam tu pun tak tau. 

Sekarang ni aku perasan banyak terjemahan yang dilakukan sesuka hati. Suka ikut cara Indonesia terjemah. Apa masalah orang Malaysia ni? Susah sangat ka nak belek kamus sikit, tak pun tanya orang yang berpengetahuan dalam bidang alih bahasa. 

Ok, aku berhenti kat sini dulu. Kalo tak nanti lagi panjang aku bebel.

Foto: Aku Punya. 


Saturday, October 5, 2013

Aku Tergoda

Assalamualaikum wbt

Dah tak sempat nak tunggu cerah dah. Nak update malam ni jugak. Tadi lepas makan tengah, hari aku pergi la melawat kedai buku Popular. Niat di hati nak beli buku lain sebenarnya. Nak beli pun satu je.

Masuk, usya-usya, belek kiri, jenguk kanan. Tiba-tiba mata aku menangkap satu imej..biar betul, kataku pada diri sendiri.

Korang tengok ni...


Sebenarnya aku dah lama nak beli buku ni. Tapi ku tahan gelora di hati..sebab apa? Harga dia la. Harga asal adalah RM74.95. Tengok-tengok tadi ada great offer tinggal RM20.00 je. Tak pikir panjang dah, aku rembat terus. Gambar atas tu saja aku tak buka pembalut plastik tu sebab nak tunjuk harga kat korang. 


Ni aku dah buka pembalut dia. Ada 2 versi kalau tak silap aku buku pasal Bob ni. Cuma sedikit mengecewakan adalah takda gambar Bob pun kat dalam. Aku budget boleh la tengok aksi-aksi dia yang comel, kacak bergaya tu. Gambar cuma ada kat depan.


dan kat belakang. Apa-apa pun aku dah baca beberapa muka surat pertama, bahasa dia simple dan menarik. 

Selain buku Bob, aku sambar juga satu lagi buku. Harga asal buku ni pulak adalah RM 59.90. Setelah dipotong, tinggal RM12.00 je. Tengok tajuk macam best.


Ni masih dalam pembalut.


Ni aku dah buka pembalut. 

Tu je la aku nak kongsi. Mungkin ada yang kata kat Big Bad Wolf lagi murah dan lagi banyak buku best. Tapi nak buat macam mana, aku takda kesempatan lagi nak berkunjung ke sana. Setakat ni hanya mampu melawat Popular ngan MPH je.


Photo: Mine







Wednesday, October 2, 2013

Wordless Wednesday


Assalamualaikum wbt 
Available in 5 colours .

The yellow is awesome, but too striking for me


So, I chose the black one.

visit Nokia Website for more awesome pictures.

Photo: Google Image



Lumia 520

Assalamualaikum wbt...

Just wanna share with you guys. Never mind if some of you think I was showing off.

I never spend hundreds for something except for books. Yup, I bought new mobile phone. Nokia Lumia 520. I thought about it for about 2 weeks before made the decision. Once the decision is made, I withdrawn the money and purchased it. If I postponed, I would not buying it for the next few months.

I looking for a phone than fits into my palm. Easy for me to hold and grip. The one that I bought, its not small enough, but then other models are much bigger. It has soft and glossy cover, a bit slippery, had to put the case on.

I still not initiate my first call or message using it as I need to replace my sim card. The smartphone is using micro sim. The one that I have currently is to big to fit it. I'm finding suitable time to visit celcom center.





Akmal, my previous entry was not about my old mobile phone. I wouldn't make entry just to say good bye to it. Besides, I still using it.

Photo: Mine

Tuesday, October 1, 2013

Honk..Honk

Assalamualaikum wbt...

I just finished reading a book by a local writer.


The contents are about Malaysia, of course, the daily routines, activities, family and more. It's a mixture of everything. I feel close to my heart as I read about my own country. Simple and catchy language. It's worth buying. 

For the time being, I'm more interested to buy book with realistic contents other than fiction. 

Photo: Mine (what do you think about it? clarity? sharp?)

For Good

Assalamualaikum wbt...

This time, it would the last.

I let you go for good.

Thanks for the time and memories.

It hurt. Yes.

No choices. Shady.

Now or later. It will happen.

It's time to be alone.



Photo: Google Image