Wednesday, November 12, 2014

Lepak Petang - petang

Assalamualaikum wbt ...

Petang-petang, kalau tak hujan, aku akan ajak kucing-kucing aku ambik angin kat sawah. Bila aku jalan, diaekor akan lari-lari kat belakang. Sekurang-kurangnya untuk senaman diaekor jugak. Takda la makan tido je.

Tapi muka yang sama je yang rajin ikut aku ambik angin. Jadi, korang nikmati dan hayati la gambar yang aku ambik petang tadi ye.



Budak ni memang suka main dalam pokok padi tu. Nama dia Nyet 


Nak pulak tanah keras sekarang ni, best la berlari.


Bukan dia kisah anak padi tu nak terbalik ke.


Perasan dia tu lembu agaknya. Hehe


Korang abaikan la padi yang tak berapa menjadi musim ni. 


Ni pulak pengikut setia, si Mucangking.


Ni nama Puteh. Dia takut - takut sikit.


Comel kan. Aku panggil nama dia, tu yang mendongak tu.


Tengok tok guru tengah mengajar anak murid.


Nyet ni memang nakal dan paling banyak akal dia. Suka menyakat yang lain. Tu tengah nak terkam Puteh.


Budak ni tak boleh duduk depan dia. Aku duduk nak ambik gambar dia, dia nak datang dekat. 


Nampak tak titisan air kat kepala budak tu. Hasil dari meredah pokok padi lepas hujan.


Best friend forever. Nyet suka ajar benda yang bukan - bukan dekat Mucangking tu.


Berlari dari sawah terus naik pokok nyoq ni. Memang monyet tak boleh berpisah dengan pokok. 


Ni saja aku ambik kesan diaekor selalu naik pokok nyoq tu.


Ni kucing kak aku. Nama dia Apong. Pemalu sikit kucingnya. Mula - mula tengok kamera, bila aku nak snap dia palingkan muka. 


Aku harap korang suka la tengok gelagat diaekor ni. Aku nak upload kat Instagram macam banyak sangat. Pastu macam tak best nak letak caption panjang - panjang. Kalau sudi lawat la IG aku. hahahaha.. @nazirahfathil . Aku selalu upload gambar diaekor la jugak. Hehe



Wednesday, November 5, 2014

Bohong Sunat

Assalamualaikum wbt…

Ni lagi satu entry yang aku dah taip lama tapi baru hari ni nak publish. Hehe. Selamat membaca. 

Hakikatnya takda istilah bohong sunat ni. Kita tak digalakkan untuk berbohong, takut nanti jadi hobi pulak. Al-kisahnya tengah hari 30 Mei 2014 aku ada depan TV. Dok tukar siaran 2,3 kali. Takda cerita atau rancangan yang best. Tukar-tukar aku berhenti kat NTV7, ada rancangan berbahasa cina. Aku cuba tengok, apa nak risau sari kata kan ada.

Rancangan ni namanya Chinese Dreams. Berdasarkan pemerhatian aku yang seketika aku rasa tujuan rancangan ni adalah untuk menunaikan impian orang. Apa yang aku nak kongsi ngan korang adalah kisah seorang pakcik ni.

Pakcik ni umur dia 61 tahun. Dia datang kat rancangan tu dan tunjukkan satu mesin yang dia reka untuk bantu orang lumpuh berlatih berjalan. Khususnya isteri dia la. Isteri dia lumpuh sejak lebih kurang 10 tahun yang lepas. Sebabnya berlaku kemalangan di rumah diaorang. Paip gas bocor. Masa pakcik tu balik rumah, isteri dia dah tak sedarkan diri. Dibawa ke hospital, isteri dia koma seketika. Bila sedar isteri dia lumpuh dan tak boleh nak uruskan diri sendiri. Dia minta kat doctor supaya benarkan dia bawa balik isteri dia ke rumah. Dia nak jaga sendiri.

Jadi pakcik ni la jaga keperluan isteri dia. Pakcik ni ada motel kecik dan suka membaiki mesin. Sebab tu dia boleh cipta mesin senaman tadi. Dia kata dia cipta mesin tu sebab dia dah semakin tua, dah tak larat nak angkat isteri dia. Alhamdulillah berkat dia menjaga saban hari tu, isteri dia dah semakin pulih. Walaupun masih tak boleh berjalan tapi dia dah boleh bergerak, tapi masih perlukan sokongan. Pertuturan isteri pakcik ni agak terganggu. Mungkin kesan kemalangan dulu tu. Dia cakap seakan-akan gagap dan sebutan juga agak pelat. Hohoho pandai pulak aku berbahasa cina.
Pengacara rancangan tu pun bertanya apa impian pakcik tu sebenarnya. Pakcik tu jawap dia nak cari anak lelaki sulung dia. Mula-mula aku pikir mungkin anak dia lari dari rumah kot. Pengacara tu tanya lagi, di mana anak dia berada sekarang ni. Dia jawap anak lelaki dia yang sulung sebenarnya dah meninggal dunia.

Pengacara ngan penonton dalam studio tu terkejut. Biar betul pakcik ni. Dia diminta untuk cerita keadaan sebenarnya. Pakcik tu bagitau anak dia sebenarnya dah meninggal disebabkan kemalangan paip gas bocor tu. Masa tu anak dia berusia 23 tahun. Seorang mahasiswa yang balik kampung untuk bercuti. Pakcik tu ngan anak lelaki dia yang kedua tak bagitau kat isteri dia yang anak dia dah mati. Diaorang rahsiakan perkara ni selama 10 tahun.

Saban tahun isteri dia makin pulih dan kerap sebut pasal anak sulung diaorang. Pakcik ni sedih la. Dia taknak isteri sedih bila tahu anak dia dah meninggal. Melalui rancangan ni, pakcik tu nak minta tolong sesiapa yang muka ada iras-iras anak untuk menyamar sekejap. Hanya semata-mata nak bagi isteri dia gembira.

Pakcik tu cakap lagi, 3 tahun lepas dia ada tengok TV dan ada seorang anggota polis di Beijing yang muka sangat mirip dengan anak lelaki dia. Tapi dia tak sempat salin nama polis tu. Jadi dia minta kumpulan penerbitan rancangan tu untuk cari anggota polis tersebut. Diaorang jumpa polis tu dan polis tu pun setuju untuk tolong menyamar sebagai anak pasangan tersebut.

Jadi pengacara tu pun buat la satu rancangan macam mana nak pertemukan makcik tu ngan polis tersebut. Rancangannya diaorang nak bagi makcik tu jumpa ‘anak’ dia sekejap saja sebab kalau lama-lama takut rahsia terbongkar. Diaorang pun tipu kononnya ‘anak’ dia ni seorang perisik kerajaan, kerja dia sangat merbahaya. Sebab tu dia tak balik kampung.  Dia cuma dapat pelepasan sekejap saja untuk jumpa mak dia. Dan ‘anak’ ni tidak dibenarkan untuk bercakap. Bimbang sebab slang dia lain dari keluarga pakcik ni.

Bila dipertemukan, makcik tu jadi tak tentu arah. Semua perasaan bercampur baur. Sudah pasti dia gembira dan sedih pada waktu yang sama. Dia komen ‘anak’ dia ni kurus sedikit dan semakin tinggi. Dia peluk ‘anak’ dia berulang kali. Dia paham bila pengacara tu cakap anak dia kena beredar sebab bos dah tunggu. Pakcik ngan anak kedua dia pun tahan je rasa sedih dan nak menangis tengok makcik tu terharu jumpa ‘anak’ dia semula selepas 10 tahun.

Sepanjang kisah pakcik ni disiarkan ramai jugak penonton di studio tu yang menangis. Lelaki dan perempuan menangis sekali. Dengan aku sekali mengalir air mata. Touching beb. Ni la bohong sunat yang aku cuba kongsikan dengan korang.

Kisah ni hanyalah satu daripada jutaan kisah kasih sayang seorang suami kepada isterinya. Sanggup melakukan apa saja asalkan si isteri gembira. Antara kata-kata pakcik tu adalah “Wanita adalah seorang yang penting dalam sebuah keluarga”, “dan tidak sempurna sebuah keluarga tanpa seorang wanita”.


Sekian, terima kasih. 

Tuesday, November 4, 2014

Road to MAHA 2014

Assalamualaikum wbt…

Allahhu Akbar. Lama betul aku tak kemas kini blog ni. Dah macam projek gajah putih. Gajah jugak yang salah. Okay la, entri ni dah lama aku simpan. Dah sampai tahap basi berkulat kot. Tapi aku nak letak jugak. Harap ada yang sudi baca. 

Hari Khamis yg lepas (29 Mei 2014) aku ikut ayah pi majlis perasmian Road to MAHA peringkat negeri Kedah. Ala – ala mini MAHA la. Ada yang jual makanan, pokok-pokok, dan produk pertanian. Sebelum tu korang tau tak MAHA ni apa? Hehe.. MAHA ni sebenarnya singkatan dari Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism. Diadakan setiap 2 tahun di tempat yang berlainan.

Nak senang paham, MAHA ni adalah pameran terbesar bagi sektor pertanian.  Sebab tu barang-barang yang dijual dan dipamerkan adalah berasaskan pertanian. Walaupun aku sebut pertanian, ia juga merangkumi penternakan, perladangan, industri kecil sederhana, jentera pertanian dan macam-macam lagi yang sewaktu dengannya.


Berbalik pada majlis perasmian tu, macam biasalah akan dirasmikan oleh VIP. Dan mana ada VIP yang datang awal. Kalau ikutkan aturcara majlis, perasmian akan dilakukan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Hj. Mukhriz b. Tun Mahathir. Tapi sebab beliau berada di Perak untuk bagi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Azlan Shah, maka dia hantar wakil sahaja. Wakil dia adalah YB Dato’ Dr. Ku Rahman b. Ku Ismail, Pengerusi jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna. Beliau juga merupakan Pengerusi jawatankuasa Industri dan Pelaburan negeri Kedah.

Lepas VIP bagi ucapan perasmian yang aku tak bagi perhatian tu, ada la cabutan bertuah. Cabutan ni ada 4 je untuk mengiringi majlis perasmian. Cabutan selebihnya dibuat di sebelah petang. Untuk 4 cabutan pertama ni hadiah yang disediakan adalah sebuah TV Plasma 40 inci, seekor kambing, seekor rusa dan seekor lembu. Nombor aku sipi-sipi je.

Lepas habis majlis perasmian tu aku ronda-ronda ngan ayah, tengok apa yang ada. Kebanyakkannya macam aku cakap kat atas tadi. Pusing kat bahagian haiwan pun tak banyak yang dibawa. Maklumlah pameran kecil-kecilan dan hari pertama pulak tu. Tak banyak gerai yang dibuka. Cuma ada 2 ekor kerbau, 2 ekor kambing. Arnab dan ikan laga ja banyak.  

Encik Kambing. Tak tau baka apa tanduk gulung gitu.

Taman arnab. Kanak-kanak RM1, Dewasa RM2. Boleh masuk guling-guling ngan arnab dalam tu



Sekian, terima kasih.

Foto: Hak milik sendiri.

Thursday, May 15, 2014

Tolong Pahamkan Aku

Assalamualaikum wbt...

Tajuk kenmain, dah macam tajuk lagu Ana Raffali la pulak. Ok, aku tengah berita sebenarnya. Ada satu berita yang aku paham, maka muncullah entri ni.

Berkenaan kejadian lombong runtuh di Turki beberapa hari yang lalu. Masa kejadian ada lebih 700 pelombong sedang bekerja. Dan mayat yang dijumpai lebih kurang 200 orang.

Apa yang aku tak paham adalah, selepas kejadian tersebut penduduk tempatan mengadakan rusuhan yang agak besar mengutuk Perdana Menteri Erdogan. Malah mendesak beliau untuk meletak jawatan.

Kenapa mereka bertindak sedemikian ? Seolah-olah Perdana Menteri Turki itu yang meruntuhkan lombong tersebut. Kenapa mereka tidak memberikan kerjasama dalam usaha menyelamat mangsa yang masih hidup dan mencari mayat mereka yang sudah meninggal.

Entri ni hanyalah sekadar rasa ingin tahu sesama manusia. Tidak melibatkan keadaan politik dan budaya serta pemikiran mereka di sana.

Sekian, terima kasih.

Friday, April 11, 2014

Ujian SPA

Assalamualaikum wbt ...

Baiklah, entry kali ni aku nak kongsi pengalaman sikit. Minggu lepas aku dipanggil untuk menjalani ujian fizikal dan temuduga (PAC). Ujian ni berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam. Ni kira stage kedua la.

Sebelum aku dah ambik ujian bertulis. Jom imbas sikit. Ujian bertulis ada 4 bahagian. Bahagian A: Pengetahuan Am. Soalan objektif berkisar dengan keadaan semasa dan ada kaitan dengan jawatan yang dipilih. Bahagian B: Penyelesaian Masalah. Ni soalan matematik. Bagi yang tak cekap macam aku, aku ikut logik je. Objektif so pandai-pandai la. Bahagian C: Esei B.Malaysia. Bahagian D: Esei B.Inggeris. Soalan akan minta pendapat, cadangan dan komen korang.

Alhamdulillah aku lulus. Oh yaaa..aku mohon jawatan pegawai belia dan sukan. Lepas tu dipanggil untuk ujian fizikal pulak. Sesi pagi hari pertama kena pakai baju sukan. Lepas pendaftaran, urusetia akan ambik berat dan ukur ketinggian. Lepas tu diaorang akan uji kekuatan genggaman. Ada satu alat bermeter yang korang perlu genggam.

Kemudian kena jawap soalan psikologi 250 soalan, objektif. Selesai itu, sambung ujian fizikal. Ujian kelenturan badan, korang kena duduk, luruskan kaki. Tunduk perlahan-lahan sambil tangan tolak meter kat depan. Yang bagusnya pegawai bertugas tak nyatakan berapa tahap yang sepatutnya. Semua bergantung pada kemampuan masing-masing. Takda tekanan kiranya.

Selesai yang tadi, korang kena buat curl up pulak. Lebih kurang separuh sit up la. Tangan kena lurus kat tepi. Diaorang letak 2 tape. Dari keadaan baring biasa korang kena cecah tape kedua. Ni pun ikut kemampuan. Ada yang angkat kepala cikit, ada yang angkat tinggi.

Ujian fizikal terakhir adalah untuk uji kardio. Ni ada pilihan. Sama ada nak lari ulang alik ikut masa yang diberikan atau nak berjalan selama 6 minit.

Sesi petang pulak kena pakai formal. Korang akan dibahagikan kumpulan. Sesi 1: Menyelesaikan Masalah. Diaorang bagi situasi dengan bahan sikit pastu korang kena bincang la. Dia nilai secara individu. Sesi 2: Simulasi Mesyuarat. Ni nak tengok adab korang masa berbincang. Sesi 3: Public Speaking. Tajuk korang dapat masa daftar awal pagi tadi.

Selesai hari pertama. Mula dari 8 pagi sampai lebih kurang 6 petang. Hari kedua diperuntukkan untuk temuduga. Korang akan diberi sesi pukul tertentu, sebab ramai. Aku dapat sesi pukul 12 tengah hari. Temuduga adalah secara berkumpulan. Soalan mesti la berkisar pasal belia dan sukan. Ada yang dapat soalan fakta, ada yang minta pandangan. Kalo korang ambik tahu perkembangan semasa sukan negara kita mesti boleh jawap.

Selesai la ujian selama 2 hari. Boleh dikatakan takda tekanan sangat la. Itu je aku nak kongsi.

Sekian. Terima kasih

Friday, March 28, 2014

When The Time Has Come

Assalamualaikum wbt...

Aku baru tahu yang ayah angkat aku masa aku sertai program Rakan Muda dah meninggal dunia. Arwah dah takda hampir sebulan dah. Aku online kat tipon je sebab tu ada status rakan yang tercicir dari wall aku.

Arwah meninggal sebab terlibat dalam kemalangan jalan raya. Masuk je paper tapi aku tak baca kot. Sebab tu ketinggalan. Semoga tenang di sana. Dan kepada Umi harap tabah membesarkan anak-anak yang masih kecil.

Dan berkenaan pesawat MAS yang hilang, masih menjadi misteri. Kecewa bila ada yang mengambil kesempatan memburukkan negara Malaysia. Tidak kurang yang tidak paham dan tidak mahu menerima kenyataan.

'It's true. We feel more relieve and comfortable to put the blame on someone else's shoulder. We feel superior to let others think hard for the solution. While we just fold our hands. We turned our head from the risks and barriers, and simply demand the answer.'

Gunakan akal fikiran untuk melihat kenyataan, bukan emosi sebagai panduan. Senang je nak kutuk sana sini. Tapi bila tanggungjawap tu kena pikul sendiri, tahu la sakit kepala macam mana.

Bila kita tak mampu nak bagi pertolongan, bagi laluan pada yang pakar dan ahli bidang tersebut. Jangan berlagak kita tahu dan mampu melakukan segalanya.

Sekian.

Thursday, March 20, 2014

Wedding Plan

Assalamualaikum wbt...

Cuti sekolah pun dah nak mula. Sebelum tu aku ucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua budak-budak yang baru saja ambik keputusan SPM dan STPM masing-masing. (nampak tak sedikit ketuaan di situ?).

Bila cuti sekolah dah tentu ramai orang kawin dan banyak la kenduri kawin. Tahniah juga pada bakal-bakal raja sehari.

Setiap pasangan ada perancangan diaorang sendiri nak buat kenduri macam mana. Cuma aku musykil sikit dalam rencana perancangan tu.

Sekarang dah ada trend untuk celebrate pre-wedding. Bergambar dan berposing mesra padahal tak nikah lagi pun. Perlu ke? Kenapa tak ambik lepas kawin? Kan lebih elok.

Tu bagi yang budget besar la. Merantau ke merata tempat untuk ambik gambar. Bagi yang besa-besa ni pun tak kurang juga nak bergambar. Ambik gambar lepas kawin tu betul dah. Cuma tak bestnye bila pi kenduri tanya "mana pengantinnye?" ,"owh, depa takdak, pi ambik gambaq".

Orang pi kenduri nak meraikan korang yang baru kawin tu. Tapi korang takda..apa kes?
Tu je la aku musykil.

Bukan semua macam tu. Lagipun semua tu hak mereka yang nak kawin dan buat kenduri. Dan bukan nak menyalahkan sambutan orang lain yang terdahulu. Sekadar pandangan peribadi.

Yang paling penting bersederhana adalah lebih afdal.

Sekian.

Wednesday, March 19, 2014

Predator

Assalamualaikum wbt ...

Baru je lepas tengok NatGeo. Tengok pun 30 minit terakhir je. Episod ni citer pasal naluri kucing sebagai pemangsa.

Kucing dianggap sebagai seekor pemangsa yang berbahaya. Kehadiran species ini di kawasan tertentu telah menyebabkan populasi haiwan-haiwan kecil terancam.

Kita selalu paham yang bila kucing bawa balik binatang yang dia bunuh sebagai hadiah dia kepada kita. Mungkin ada betulnya. Tapi ia lebih kepada naluri diaekor yang suka memburu.

Ada seorang pengkaji membuat kajian mengenai tabiat ini. 750 ekor kucing telah ambik bahagian. Tuan diaekor sebenarnya. Tuan diaekor diminta untuk rekod semua binatang yang si comel-si comel ni bunuh dan bawa balik.

Seekor kucing betina nama Missy menjadi juara. Tuan dia kena senaraikan sampai 7 muka surat. Bermacam-macam jenis burung, cicak, tikus dan lain-lain. Yang paling besar adalah arnab. Dia tak makan pun. Kadang-kadang makan separuh.

Kucing aku kat rumah ni selalu tangkap tikus dan cicak. Burung tu kadang-kadang ada la. Walaupun diaekor nampak jinak, naluri untuk memburu dan cari makan sendiri tu masih ada.

Apa-apa pun, bagi aku pemangsa paling bahaya adalah MANUSIA.

Sekian.

Monday, February 24, 2014

Aku Pernah Terseksa

Assalamualaikum wbt...

Apa habaq manusia sekalian? Sihat-sihat hendaknya. Mukadimah tak boleh panjang-panjang.

Tengok krisis air yang jadi kat Selangor, aku teringat masa aku hadapi masalah yang sama dulu. Masa zaman study kat Terengganu. (zaman tuu..macam berkurun yang lalu pulak). Back to the story. Sepanjang 4 tahun kat sana, ada la beberapa kali jadi krisis air.

Kalo sehari dua boleh tahan lagi. Lebih dari tu memang terseksa. Tak mandi aku boleh tahan, dah terpaksa kan. Tapi ngeri time darurat la. Bila perut mula mencerut, rasa nak lompat bintang je.

Bila takda air macam-macam cara diusahakan. Meronda satu kampus, redah je bangunan fakulti semata-mata nak legakan perut. Tido pun tak lena, kejap-kejap bangun check air dah ada ke belum. Segala paip bomba kena tarik.

Pernah sampai 4,5 hari takda air. Nak pegi kelas pun rasa malas. Masing-masing tengok langit mendung, berharap sangat-sangat. Lepas magrib hujan turun lebat.

Berlari la dengan baldi memasing tahan air hujan. Cepat-cepat mandi. Aku ingat lagi betapa sejuknya air hujan tu. Macam mandi air ais. Lepas mandi refill balik baldi tu.

Seksa dan perit takda air hanya orang yang pernah alami akan paham. Antara takda elektrik ngan takda air, aku rela takda elektrik.

Semoga Allah turunkan hujan dan bantu penduduk Selangor yang sedang diuji.

Sekian, terima kasih.

Saturday, February 1, 2014

Takziah

Assalamualaikum wbt...

Pagi ni aku dimaklumkan seorang rakan alam maya telah kembali kepada Maha Pencipta.

Aku tak kenal pun secara personally. Hanya bertegur sapa di Facebook. Kenal pun atas dasar sesama pencinta haiwan, terutamanya kucing.

Semua pencinta haiwan yang lain panggil dia Pak Ngah. Aku pun tumpang sekaki panggil Pak Ngah. Melalui Facebook aku kenal dia, dia selalu tolong kucing yang tak bernasib baik. Dia ambik, rawat, bela sampai kucing tu sihat baru dia bagi orang adopt.

Dia pun ringan tulang bantu kawan-kawan pencinta haiwan yang lain. Aku selalu komen bila dia uploaded gambar kucing dia, Leo yang gemuk.

Sekarang dia dah takda. Bukan setakat manusia je yang rasa. Aku pasti kucing-kucing dia pun terasa dengan pemergiannya.

Al-Fatihah buat Pak Ngah. Takziah buat ahli keluarga beliau.

Friday, January 24, 2014

Dapat Hadiah

Assalamualaikum wbt...

Kelmarin lepas cakar daun-daun kering kat depan rumah, aku perasan ada surat kat peti surat tepi jalan. Mestilah surat posmen letak dalam peti surat. Takkan nak campak sesuka hati.

Aku ambik dan belek sampul tu. Sapa la yang hantar, nama aku pun tulis tak penuh. Sampul tu kembung, bila aku tekan ada benda lembik-lembik kat dalam. Hoho..apa agaknya.

Masuk bilik ambik gunting dan buka sampul tu...jeng..jeng.. Dapat hadiah dari Whiskas sebab aku penah join "Peraduan Lari Si Comel, Lari" kat facebook. Berbaloi jugak la join.

Aku takda la dapat hadiah utama, main pun dua kali je. Aku dapat hadiah sagu hati wetfood dua bungkus. Kira ok la kan.

Excited gila dapat hadiah, walaupun bukan untuk aku. Sapa yang tak suka dapat hadiah..? Meh sini bagi kat aku..hehe..

Apa pun aku rasa nak join lagi pertandingan yang akan datang. InsyaAllah. Terima kasih Whiskas Malaysia.

Monday, January 13, 2014

Cepat..Laju..Pantas..

Assalamualaikum wbt..

Sebelum ni aku guna Maxis Broadband. Servis kadang-kadang ok, ikut keadaan dan lokasi. Apa yang pasti kuota bulanan tu boleh habis dalam masa sehari je. Sebabnya aku pengunjung Youtube yang tegar. Haha. Kat sana biasa la, ada video positif, ada yang negatif. Pandai-pandai korang la nak tengok yang mana.

Berbalik semula pada broadband, aku dah tak guna Maxis BB. Plan asal adalah aku nak tukar guna Broadband Yes 4g. Tergoda dengan kelajuannya. Lagipun pakej yang ditawarkan menarik sangat. Gigihlah aku pi cari cawangan Yes ni. Jumpa satu kat Arau.

Bincang-bincang, aku saja tanya servis dia laju tak. Staff tu ajak aku check kawasan dulu. Nak tengok ada liputan ke tak. Check punya check area rumah aku tak termasuk dalam kawasan perkhidmatan. Arrgh..sedihnya aku. Al maklum la duduk luar bandar, kawasan kampung ja.

Oleh kerana pilihan pertama tak berjaya, aku kena cari perkhidmatan dari company lain la nampaknya. Pilihan sekarang sama ada nak langgan Unifi or Celcom BB.

Aku nak pakai BB ni bukan apa, rasa tak puas menaip kat skrin tipon yang kecik ni. Typo error takyah cakap la. Berkali-kali backspace.

Skrin laptop lebih luas dan bebas. Puas hati guna. Aku bukan la tech savvy sangat. Sepanjang guna mobile internet ni, tak dapat aku nak menempek gambar. Upload kat Instagram je. Opps..ada Insta pulak...Hahaha.

Ok. Tu je aku tulis malam ni.

Thanks for dropping by.

Thursday, January 9, 2014

Share the Joy

Assalamualaikum wbt...

Got it from a friend, and decided to share with you guys. Enjoy..


Children Are Quick and Always Speak Their Minds
_______________________________
TEACHER:    Maria, go to the map and find North America .
MARIA:         Here it is.
TEACHER:   Correct.  Now class, who discovered America ?
CLASS:         Maria.
_______________________________
TEACHER:    John, why are you doing your math multiplication on the floor?
JOHN:          You told me to do it without using the tables.
_______________________________
TEACHER:  Glenn, how do you spell 'crocodile?'
GLENN:      K-R-O-K-O-D-I-A-L'
TEACHER:  No, that's wrong
GLENN:       Maybe it is wrong, but you asked me how I spell it.  
(I  Love this child)
_______________________________
TEACHER:   Donald, what is the chemical formula for water?
DONALD:     H I J K L M N O.
TEACHER:   What are you talking about?
DONALD:    Yesterday you said it's H to O.  
_______________________________
TEACHER:   Winnie, name one important thing we have today that we didn't have ten years ago.
WINNIE:       Me!
_______________________________
TEACHER:   Glen, why do you always get so dirty?         
GLEN:          Well, I'm a  lot closer to the ground than you are.  
_______________________________
TEACHER:     Millie, give me a sentence starting with '  I.  '
MILLIE:         I  is...
TEACHER:     No, Millie...... always say, 'I  am.'
MILLIE:         All right...  'I am the ninth letter of the alphabet'      
_______________________________
TEACHER:    George Washington not only chopped down his father's cherry tree, but also admitted it. Now, Louie, do you know why his father didn't punish him?
LOUIS:          Because George still had  the axe in his hand......    
_______________________________
TEACHER:    Now, Simon , tell me frankly, do you say prayers before eating?
SIMON:         No sir, I don't have to, my Mom is a good cook.  
______________________________
TEACHER:       Clyde , your composition on 'My Dog' is exactly the same as your brother's.. Did you copy his?
CLYDE   :         No sir, It's the same dog.    
(I want to adopt this kid!!!)
____________________________
TEACHER:    Harold, what do you call a person who keeps on talking when people are no longer interested?
HAROLD:     A teacher
_______________________________
PASS  IT AROUND AND MAKE SOMEONE LAUGH!
LAUGHTER  IS THE SOUL'S MEDICINE!!😌😌

Source.: Unknown

Monday, January 6, 2014

Pelik Aku...

Assalamualaikum wbt...

Biar aku mulakan kepelikkan ini dengan mukadimah dulu.

Aku ada sekor kucing yang tengah mengandung, nama dia Puteh. Ni dia mengandung kali kedua. Masa kali pertama dia ada anak nama Tupai. Umur dalam 3,4 bulan dah.

Alhamdulillah masa Maghrib tu Puteh pun bersalin. Mula-mula aku tak sedar pun. Yang boleh sedar tu sebab tengok Puteh bersungguh nak heret Tupai naik atas rumah.

Dia cuba gigit kat leher, nak dukung macam kucing kecik. Pada hal Tupai tu dah besar. Dia gigit telinga, kaki, tangan dan tarik Tupai supaya ikut dia.

Tupai rimas la bila mak dia buat gitu. Masa aku masuk bilik nak tengok anak Puteh yang kecik baru la Tupai ikut masuk. Baik je dia tengok adik-adik dia. Sikit tak marah. Si Puteh nampak lega bila Tupai datang jenguk.

Aku pelik kenapa dia nak sangat Tupai ikut dia. Bila Tupai keluaq dia pun keluaq tinggal anak-anak kecik tu. Bila nampak Tupai depan mata baru dia nak jaga budak-budak kecik tu. Tu pun dia akan check sama ada Tupai keluar gi mana-mana.

Tak pernah lagi ada kucing buat perangai gini. Beranak 3 ekor, tapi sekor dah mati. Oh ya..tempat beranak semestinya dalam bilik aku. Port favourite. Habis baju aku kena darah dia. Sabar je la.

Ada Apa Pada Nama

Assalamualaikum wbt..

First entry untuk tahun ni. Meh kita tulis pasal nama malam ni. Selepas je kita dilahirkan kita akan diberi nama oleh ibu ayah kita. Nama tu adalah pengenalan untuk diri kita.

Bukan sebarangan nama, mak ayah selalu merujuk pada buku-buku panduan sebelum memilih nama yang sesuai untuk cahaya mata mereka.

Sedikit sebanyak nama yang diberi tu ada mempengaruhi pembentukkan identiti dan sahsiah diri.

Tapi aku bukan nak cerita pasal nama manusia,aku nak cerita pasal nama kucing aku. Boleh dikatakan semua individu yang membela hiawan peliharaan akan bagi nama pada haiwan tersebut.

Yelah kalau bela dua ekor haiwan yang sama species, mesti nak bezakan diaekor kan. Nama haiwan kesayangan ni biasa diberi berdasarkan rupa , perangai, tempat asal/dijumpai dan juga nama sempena karakter/selebriti yang tuan diaekor minat.

Kiraan terkini aku ada 8 ekor kucing. Terbaru aku ada import sekor anak kucing dari Penang. Tiga hari dok ngan aku dia masih takda nama.

Bulu dia kaler silver, ada belang sikit-sikit. Ada la ala-ala bulu serigala. Nak bagi nama serigala macam panjang pulak. Nak pendekkan jadi 'Seri' aku rasa tak berkenan.

Pikir punya pikir, aku pilih nama Musang, nak manja sikit aku panggil dia Cang. Anak kucing sebelum Cang ni aku bagi nama Tupai sebab bulu dia perang-perang macam tupai betul.

Gitu la kisahnya. Terima kasih sudi baca.