Sunday, February 26, 2012

Baq & Uih

Assalamualaikum wbt

Tajuk entri tu adalah nama kucing aku kat kampung. Yang sekor nama penuh dia Lebaq, yang bermaksud besar @ gemuk, nama manja Baq. Yang sekor lagi nama Kuruih, yang ber maksud kurus @ kecik, nama manja jadi Uih.

Depa dua beradik ni aku tak tau sapa adik, dan sapa abang. Nama tu bagi masa depa kecik-kecik dulu, la ni dah besaq kedua-dua. Uih pun dah tak kurus, Baq pun dah jaga badan. Hehe

Aku ajaq depa dua ni ngan panggil nama, dah tak buat bunyi macam dulu-dulu..(alaa, bunyi yang orang buat bila nak panggil kucing tu, nak eja pun aku tak reti.) Bila panggil nama, tunggu jap, pastu sampai la budak-budak ni kat kaki aku.

Ni gambar diaekor, kawan aku ambik aritu. Masa ni aku bawa diaekor pegi jalan kat batas sawah belakang rumah. Pokok padi baru nak tumbuh.



Dalam gambar tu, aku tak tau yang mana Uih dan yang mana Baq, nampak lebih kurang ja. Kalau kat luar nampak beza sebab bulu Uih kaler oren gelap, bulu Baq kaler oren lembut.

Sekarang ni depa yang berumur setahun lebih, dah besar, dah pandai cari gaduh, dah pandai jalan jauh-jauh. Tapi kalau aku balik, maintain je manja.

Uih lebih manja berbanding ngan Baq. Baq lak jenis independent. Baq lebih suka tidor sekor-sekor dia ja. Uih suka berkepit, tido ngan orang. Sekarang badan Uih lebih besar, bulu dia pun lebih kembang. Baq lak bulu nipis, nampak macam kurus, tapi body dia fit, boleh tahan berat.

Tu la kucing jantan dewasa kat rumah aku, setelah beberapa lama takda kucing jantan kat rumah. Adik-adik depa jantan gak : Kenit ngan Bulat (Bulat dah takda), pastu Makcik beranak lagi 3 ekor : 2 full oren macam diaekor (1 jantan, 1 betina), sekor oren campur putih (betina)


Saturday, February 25, 2012

Badminton

Assalamualaikum wbt

Yesterday my faculty organized a badminton tournament. And of course, I participated. I'm not a really good player, just enough to stay healthy. I finished the game at fourth place with not-so-shame-defeat. So, it's quite an achivement for me..haha.

Badminton is a good sport, makes you sweat a lot, and burns those fat and chalories. I'm not a physically active person, but at least I still able to keep my body on the move.

Apart from chasing the prize, I had a great time with my friends..another memory to keep before the time separate us this mid year.

Sunday, February 19, 2012

Cuti- cuti Kuala Lumpur

Assalamualaikum wbt

Baru ada mood nak tulis citer pasal aku pi KL tempoh hari. Aku pi ngan anak sedara aku, dia la yang nak pi sangat, aku tolong teman ja. Bertolak pada malam 8hb dengan kos tiket disponsor oleh sepupu aku ( mak anak sedara aku).

Kami turun kat Hentian Duta. Sementara tunggu kak aku mai ambik, kami lepak dan sembang-sembang kat medan selera yang baru 2,3 gerai ja buka, sebab awal pagi lagi. Sambil-sambil tu dengar sekor burung ni nyanyi pagi-pagi hari. Tak tau species apa.

Kak aku datang ambik, pastu terus balik rumah. Kami tidur sampai puas, kak aku dua-dua dah pegi keje. Bangun, terus makan tengah hari..nak pegi jalan-jalan, tapi tak tau nak ke mana. Mesej ngan kak aku, dia suggest pi area Bukit Bintang.

Setelah diberi petua-petua yang sepatutnya, kami pun bergerak. Ni kali kedua aku nak LRT, anak sedara aku pulak first time. Masa aku naik dulu beli tiket kat kaunter, guna tiket masa tu. Tengok-tengok sekarang semua guna mesin..adehh..tapi kami belagak cool ja..walaupun tak tau nak guna. Hehe..cara nak belajar tanpa bertanya adalah..beratur macam nak beli tiket, sambil intai orang kat depan tu guna macam mana..hahaha..misi berjaya. Naik LRT dari stesen Universiti ke stesen KL Sentral.

Sampai situ ada kawan dia join, jadi bertiga la. Dari situ nak ke Bukit Bintang kena naik monorail..kali ni ketiga-tiga tak pernah naik. Kena berjalan sikit dari KL Sentral nak ke stesen monorail tu, aku tau jalan sebab aku penah pegi bank area situ, jadi tak la jakun sangat. Area KL Sentral tengah busy dengan construction. Nak buat apa lagi aku tak tau.

Monorail lebih kecik ye berbanding LRT, tengah tunggu benda tu bergerak, ada la pasangan ni tanya betul ka naik monorail ni kalau nak pergi Bukit Bintang..budget macam kami tau je kan..haha..memandangkan destinasi kami sama, so kami jawap yes je la.

Sampai kat Bukit Bintang, kami pun berjalan-jalan. Anak sedara aku teringin nak pi Pavilion, masuk pusing-pusing, ambik gambar dalam PV tu pastu keluar, ambik gambar lagi dengan bear-bear yang banyak disusun kat luar tu. Pastu nak pegi Low Yat lak, tak tau jalan..talian hayat yang dihubungi tak begitu membantu. Tapi jangan risau..aku pergi tanya jalan kat pondok polis yang ada kat area tu. Hehe..ramai polis kat area tu. Pergi Low Yat bukan buat apa pun, jalan, tengok-tengok ja.

Situ area shopping centre ja. Pusing kiri, kanan, depan belakang semua tempat membeli. Motif kami nak pi tengok tempat tu ja, so takda barang yang dibeli. Kalau nak beli pun tak mampu. Boring jalan, kami pegi makan Tutti Fruitty kat Times Square. Pastu balik rumah.

Hari kedua, lepas lunch baru kami keluar. Setelah mencipta resepi ntahhapahapa. Kebas ja apa yang ada dalam fridge tu, masak, makan. Janji kenyang. Kali ni kami pi area Wangsa lak. Kawan anak sedara aku yang join kami kemarin tu tinggal area tu, pastu dia offer jadi guide. Gi makan ais krim kat McD Jusco mana ntah. Pastu pegi Wangsa Walk, nak main bowling konon, orang ramai sangat. Last-last turun bawah, pegi bergambar. Haha.

Sebenarnya aku tak tau punWangsa tu dah dekat ngan Zoo, kalau tau confirm la keluar awal sikit. Lain kali aku pegi lagi. Petang balik rumah, lambat nanti kak aku tak leh masuk rumah pulak sebab kami bawa kunci.

Hari ketiga, hari sabtu, kaklang aku tak kerja, pagi-pagi dia bawa pi naik bukit. Ada kakak yang memang gila memanjat bukit dan gunung, so kami pun dibawa bersama. Naik Bukit Gasing, dekat ja ngan rumah dia. Bukit tu tak tinggi, tapi track dia meredah hutan, pusing-pusing, turun naik. Patu abih mendaki, kami pegi makan cendol. Balik rumah rehat yang melampau-lampau.

Lepas Asar, keluar pergi Banting, Selangor.Kak bawa pergi kedai sate kawan dia, kaki gunung gak la. Makan sate rusa, arnab, perut, makan nasi lemak kerang, soto, bakso. Ketat perut.

Hari keempat pegi Mid Valley sebab mak aku pesan suruh beli kasut..tapi takda stock, kasut selipar je pun. Pusing-pusing, kami masuk Pets Wonderland. Tengok kucing kat situ, takda la comel dan gemuk sangat pun, tapi harga dia RM999. Pergg..kalo letak kucing aku yang kembang semangkuk kat situ confirm sold out punya lah. Hahaha..sanggup ka aku jual..aku beli tikus mainan 2 ekor, souvenir kat kucing aku.

Jalan-jalan lagi, masuk The Garden kejap sebab kak aku nak pergi Maxis Centre. Pastu turun balik, kak aku belanja Big Apple, pastu balik rumah. Aku kebulur sebab pagi breakfast mee goreng, aku kurang sikit ngan benda-benda gitu..terus gi masak nasi. Orang kampung beb, kena makan nasi.

Malam tu kami dah bertolak balik sekali ngan kak aku yang sorang lagi. Tiket balik disponsor oleh kaklang aku. Haha.

Saturday, February 18, 2012

Balik Ganu

Assalamualaikum wbt..

Petang tadi aku dah selamat sampai ke bumi Terengganu. Line sini laju, so..boleh la aku blogwalking merata tempat.

Hehe...tu je.

Take care

Tuesday, February 14, 2012

Pemergian

Assalamualaikum wbt

Petang tadi, lepas Asar..Bulat dah tak ada, meninggal dunia. Dia kena gilis masa ayah reverse kereta. Dia suka tido bawah kereta sebab sejuk. Sebelum ni kalau nak guna kereta, kami akan check ada sapa-sapa tak kat bawah kereta, tapi hari ni tak check.

Lepas ayah reverse, kak aku jerit.."adik, kucin ang kena tindih!!". Aku bangun, tengok dia tengah mengelupur. Tak boleh nak buat apa-apa. Tak sampai 5  minit pun dia dah diam. Dah menghembuskan nafas yang terakhir.

Tak sampai sejam sebelum kejadian, dia memang tido bawah kereta, dekat ngan tayar belakang, pastu dia bangun sebab nak poo and pee. Selesai urusan tu, dia sambung balik tido bawah kereta. Kami sempat gelakkan dia sebab masa  tu dia berak cair, siap dengan bunyi lagi.

Mak kata dah cukup syarat dia hidup, dah sampai janji dia. Dalam sekelip mata dia dah takda. Masa pegi KL tu, aku ada belikan tikus mainan..dia la paling excited main. Sampai guling-guling.

Sekarang dah takda budak gemuk yang tak penah kenyang, asyik makan je keje dia. Dah takda budak hyper yang selalu lompat sana-sini. Dah takda budak melampau yang selalu panjat belakang mak. Dah takda budak manja yang nak berkepit selalu. Dah takda budak yang suka jadikan roti, ikan dan daun sebagai bola mainan. Semua tu dah takda.

Aku kebumikan dia sorang-sorang. Sebelum kambus, aku buka kertas yang mak aku balut dia, aku usap bulu dia buat kali terakhir. Aku tengok dia macam cedera teruk kat kepala. Darah banyak.

Bulat adalah seekor kucin jantan yang belum sampai umur setahun, masih nakal dan aktif bermain, berbulu kembang, kaler oren pudar, ekor panjang dan kembang.

Tenang dia di sana.

Monday, February 13, 2012

Baru Balik

Assalamualaikum wbt

Baru je balik dari Kuala Lumpur, sampai pagi tadi. Sepanjang 5 hari kat sana aku tak online sebab malas nak angkut laptop.

Tadi pegi melawat blog kakak GtHans, alhamdulillah berita gembira..Potek2 dah sembuh. Tak sempat nak komen kat blog kawan-kawan sebab line tak kuat.

Nanti update lagi. Take care

Wednesday, February 8, 2012

Aku Kaya ??

Assalamualaikum wbt..

Malam-malam hari ni boring, aku saja-saja check spam mail..tau apa aku jumpa ???

Aku bakal mendapat kekayaan berjumlah 5.7 millions USD..kalau aku kurang cerdik dan tamak haloba.

Ada beberapa emel dari orang yang tidak dikenali, buat cerita sedih, minta tolong aku, pastu nanti diaorang akan bagi duit. Wahhh mudahnya..

Meh nak citer salah satu emel tu..sorang perempuan ni mengaku sebagai anak kepada seorang menteri di Sudan, family dia dah kena bunuh, ayah dia tinggalkan wasiat harta berjumlah 4.5 millions USD di sebuah bank di Burkina Faso ( ntah kat mana). Untuk ambik duit tu, dia kena bawa seorang individu yang boleh dipercayai (aku la tu). Bila dah boleh ambik duit tu, aku akan dapat 20%..lebih kurang 1 millions. Banyak kan.

Tu baru satu emel, aku dapat dalam 5 emel, ngan cerita yang lebih kurang serupa. Aku saja campurkan semua..tu yang jadi 5.7.millions USD tu. Hahaha..andainya hidup semudah itu. Macam senang je nak wasiatkan harta kat orang macam tu.

Memang aku takda duit, takda keje..tapi takda la sampai tahap kurang cerdik, gelap mata ngan angka-angka tu semua.

p/s: Dah tau tu emel spam, sapa suh check, pastu nak bebel lak.

Monday, February 6, 2012

Citer Bulat

Assalamualaikum wbt

Cuba kawan-kawan bayangkan situasi ini..

Korang bancuh segelas milo, duduk depan TV ngan sebalang cream craker. Kiranya tengok TV sambil cicah cream craker la. Tengah best minum tu, ada satu makhluk ni datang depan, buat muka seposen, ngan mata bulat dia.

Dia minta sikit craker tu, korang pun bagi la kat dia..pastu apa dia buat..???

Dia gigit craker tu dan bawa jauh sikit dari korang dan craker tu telah diberi tugas tak rasmi sebagai bola. Best je dia tolak-tolak, lari-lari ngan craker tu. Satu rumah dibuat macam padang bola. Benda makan dia boleh buat macam tu..Sudahnya korang kena sapu rumah malam-malam hari.

Apa perasaan korang ngan makhluk bernama Bulat ni..?

Kena Culik...

Assalamualaikum wbt

Petang tadi aku pi mengai (mancing) kat sungai depan rumah. Dapat keli 4 ekor ngan puyu 2 ekor. Tengah syok2  tu, ayah ngan mak pun join gak mengai sekali, tapi depa tak dapat pun.

Dekat nak balik dah tu, ada jiran datang sembang ngan mak..mukadimah dia..dia habaq kat mak yang ikan kering yg dia jemur sudah berkurangan sekor demi sekor..last sekali tinggal 2 ekor ja.

Suspect nya..mestilah kucing-kucing aku, takkan ayam lak nak curi ikan kering tu. Tapi dia tak tau kucing aku yang mana satu..sebab ada 5 ekor kucing dewasa, dan semuanya kaler oren. Jangan kata dia, mak aku pun tak kenal yang mana satu..kadang-kadang kucing tu nama lain tapi dia panggil nama lain.

Bab nama ni aku la yang letak. Aku je boleh cam diaekor semua tu. Walaupun semua kaler oren, tapi muka diaekor lain-lain. Semua ekor panjang kecuali Makcik.

Berbalik pada citer ikan kering yang hilang tu..Kenit ngan Bulat takleh jadi suspect sebab diaekor tu jenis tak tinggal rumah, tido je manjang. Lebaq ngan Uih tak leh nak cakap sebab dua2 tu dah jadi jantan, sibuk berjalan cari pasal. Kalau kat rumah, yang paling obses ngan ikan kering..Makcik sekor je..sebelum ni memang dia ada ambik ikan kering kalau mak jemur. Dalam kes ikan jiran ni tak tahu la sapa yang punya keje.

Walaupun jiran ngadu macam tu, aku ngan mak tak marah pun kat kucing-kucing kami tu. Hehe..

Wednesday, February 1, 2012

Shark

Assalamualaikum wbt...

Tadi aku pegi melawat salah satu blog meow yang aku suka tu, aku baca balik entri yang aku terlepas sepanjang aku tak online.

Baca, baca dan baca..sampai aku satu entri..Kakak GtHans gitau Shark dah takda, kemalangan. Aku tak tinggal apa-apa komen sebab baca entri kakak dan komen animal lover yang lain pun dah bergenang air mata. Semoga kakak bersabar.

Shark ni salah sekor kucing yang kakak jaga. Boleh melawat blog kakak kat ShomeyShayang. Muka dia handsome, comel.

Gonna miss him and his stories.