Friday, February 26, 2016

Mucangking

Assalamualaikum wbt …

Jom aku nak perkenalkan korang dengan kucing aku yang aku kutip beberapa tahun lepas (tak ingat tahun sebenarnya). Tapi takda la terbaru sangat. Kucing ni aku kutip kat tepi longkang, depan bangunan MPSP ( Majlis Perbandaran Seberang Prai). Masa aku kutip tu dia kecik lagi. Ada la umur dalam sebulan dua.

Aku dalam perjalanan nak pegi beli barang dekat Aeon Seberang Prai City, jalan kaki je. Dari jauh dengar anak kucing bunyi, tapi aku perhati kiri kanan takda pun. Jalan lagi ke depan, bunyi makin kuat. Pastu aku nampak dia sekor-sekor kat tepi longkang tu. Takda pulak nampak mak ke adik beradik dia yang lain.

Oleh sebab aku nak pi beli barang, aku biar je dia kat situ dulu. Mungkin nanti mak dia datang ambik dia semula. Tapi dalam hati aku dah niat, kalau dalam perjalanan balik dari beli barang, dia masih kat situ, aku nak ambik dia bawa balik rumah.

Memang dah berjodoh dengan dia, dia masih lagi menangis kat situ. Tak payah buang masa lama-lama, aku ambik dia dan masukkan dalam beg. Dia menangis tak henti-henti. Orang perhati je aku, yelah dengar bunyi anak kucing tapi tak nampak pun kucing tu. Balik rumah aku terus masukkan dia dalam bilik.

Kurus kering je. Aku bagi dia air ngan wetfood. Aku beli siap-siap tadi. Pastu aku belikan jugak tuala kecik untuk dia. Lahapnya dia makan, kesian dia. Warna bulu dia cantik, kaler silver, ada belang-belang. Jantina adalah betina. Lepas je dia makan dia terus datang himpit kat aku. Mula-mula aku tolak jugak dia ke tepi. Yelah kucing baru kutip tepi jalan, tak tahu ada penyakit ke, ada kurap ke. Aku tolak, dia datang himpit. Aku tolak, dia himpit. Pastu aku relakan jiwa je la.


Baik budaknya. Bila dia nak tido, dia akan himpit kat telinga aku. Bahagia dia bergulung kat situ. Nak menarik lagi, masa tu aku baru beli tipon berkamera. Jadi ada la gambar dia masa baru dikutip tu.


Ni la rupa dia masa tu.

Keesokkan harinya aku bawa dia balik kampung. Ayah datang ambik dengan kereta jadi lagi senang la nak bawa dia balik sekali. Sepanjang lebih kurang 2 jam perjalanan dia baik je. Tido bawah kerusi kereta. Dekat nak sampai rumah baru dia keluar dan bunyi. Sambil tinjau keadaan kat luar tingkap. Mesti dia hairan, kat mana la agaknya sekarang ni.


Masa sebulan, dua sampai kat kampong, dia memang rapat ngan aku. Tido pun sekali. Tapi tak boleh nak tunjuk gambar sebab “mesra” sangat. Hahaha. Pastu dia suka duduk atas bahu aku.


Ni segak sikit.

Bila dah makin lama kat rumah, dia mula sakit perut. Asyik cirit je. Tak boleh makan lebih nanti meleleh je “cairan” kat punggung dia. Jadi aku catu makanan dia, bagi makan sikit je. Pastu dia kena kurung. Bawa pegi klinik, doktor cakap ada kuman dalam perut. Dia kucing terbiar, tak tahu apa yang dia makan. Lama juga aku bagi ubat cirit kat dia. Makanan memang kena catu, kalo terlebih je mesti  jap lagi nampak meleleh.

Budak ni pandai, ajar sekali dua ja dah paham. Bila asingkan makanan dia, dia tak pergi sibuk kat pinggan yang lain. Lama-lama dia dah okay. Sekarang ni pun dia akan makan sampai dia kenyang je, pastu dia berhenti sendiri. 

Kat rumah dia pandai bawa diri, walau ada yang marah kat dia. Syukur kucing aku yang nama Nyet sudi jaga dia. Yang lain tak berani kacau sebab Nyet ni gangster. Even sampai sekarang pun Mucangking kamceng ngan Nyet. 

Satu hari tu dekat nak senja dah, aku tengah bakar daun kering. Aku dengar ada moto langgar sesuatu kat depan rumah aku. Pastu aku nampak ada benda melambung. Aku tak tau apa benda tu, so buat tak kisah la. Pastu aku tengok Mucangking lari laju balik rumah. Ah..sudah. Dia kena langgar rupanya. 


Ni la rupa lepas kena langgar. Bercalar hidung. Bibir dia ada koyak sikit. Sampai sekarang bibir tu terbelah. Tapi sikit ja. Sejak dari hari tu dia dah tak berani nak pegi dekat ngan jalan depan rumah aku tu. Trauma agaknya. Dengar bunyi moto yang kuat pun dia lari. 

Aku dah mandulkan dia. Dia hidup aman bahagia. Membesar bagai juara. Tapi besar kat perut ja. Hahaha..memang genetik dia badan kecik. 


Dia punya pandai tu kadang-kadang annoying jugak. Aku ada belikan kibble RC untuk semua kat rumah ni. Pastu dia ni suka sangat kibble tu. Tiap pagi dia akan kejutkan aku pastu minta kibble. Mula-mula aku letak dalam balang kuih raya tu. Bila dia nak makan dia akan tolak balang tu sampai jatuh ke lantai. Bila jatuh automatik tudung balang tu terbuka. Pastu aku simpan kibble dalam almari dapur. Dia punya tak puas hati orang sembunyikan kibble dia, dia tolak semua benda yang ada atas almari tu. Semua gula, kopi, biskut jatuh ke lantai. Last sekali gantung kat paku, dia tak sampai nak ambik. 

Tiap malam dia akan tidur ngan aku. Kadang-kadang dia parking kat tengah katil. Terpaksa aku himpit tido kat tepi ja. 


Gaya favourite dia. Golek-golek suka hati dia. 


Best sangat tido


Takda motif tido kat situ


Macam anak tikus je rupa

Tu la serba sikit pasal Mucangking. Hehe


Sekian terima kasih.


Foto: Mine



Thursday, February 25, 2016

Zootopia

Assalamualaikum wbt ...

Hai semua, apa khabar ?


Okay, sebelum aku mula mengarang (cewahh), aku nak ingatkan entry sesuai untuk animation freak macam aku, dan juga ibu bapa yang ada anak 12 tahun ke bawah.

Animation pertama yang membuka tirai 2016 ialah Zootopia. (kalau tak silap aku la..hehe). So, macam biasa, aku suka cerita balik serba sikit jalan cerita dia. Jadi kalau tak mau aku spoil the excitement, sila berhenti baca di sini.

Zootopia ni sebenar sebuah bandar besar. Kat bandar semua haiwan hidup aman harmoni. Tak kira la species pemangsa atau mangsa. Bandar ni canggih, lawa sangat dia punya suasana pembangunan dia.



Watak utama cerita ni adalah seekor arnab yang bercita-cita tinggi. Dia nak jadi seekor polis. Polis pertama dari bangsa arnab. Keadaan dia macam seorang anak muda dari luar bandar nak berhijrah ke bandar besar dan mengejar impian dia. Zootopia ni macam Kuala Lumpur la. Zootopia ni ada 3 daerah kecil. 




Arnab ni nama Judy Hopps. Yang sebelah dia tu musang nama Nick Wilde. Masa Judy pi lapor diri kat ZPD (Zootopia Police Department) dia cuma diberi tugas untuk jaga parking. Saiz badan dia kecik so haiwan lain macam pandang rendah la kat dia. 

Masa tu ZPD tengah kendalikan kes misteri kehilangan 14 ekor haiwan pemangsa. Dia nak bantu siasatan tapi Chief Bogo tak bagi. 


Ni la Chief Bogo. Serius sangat-sangat. Masa tengah bertugas jaga parking, Judy tak sengaja pi tangkap seekor pencuri, Weaselton. Masa kejar-kejar tu jugak dia dah selamatkan seekor tikus. Chief Bogo mengamuk suruh Judy letak jawatan. Pastu ada seekor memerang merayu suruh cari suami dia Emmit Otterton. Judy sukarela nak tolong siasat. 

Masa dok siasat kehilangan Emmit ni la Judy pujuk Nick supaya tolong dia. Nick ni musang yang licik, dia selalu tipu haiwan lain. Dia mulanya terpaksa je tolong Judy ni sebab Judy dah rakam pengakuan dia menipu. 

Siasat punya siasat diaekor masuk kawasan seekor gangster yang digeruni, Mr. Big. Dia punya bodyguards semuanya polar bear. Oh..dia tinggal kat daerah tundra. Gerun gila masa diaekor kena cekup ngan bodyguards Mr. Big. Korang nak tengok rupa Mr. Big yang digeruni tu ??


Ni la Mr.Big, yang duduk atas kerusi tu. Judy dengan Nick nyaris-nyaris kena rejam dalam kolam ais. Tapi anak Mr.Big sempat halang sebab Judy pernah selamatkan dia. Mr.Big pun setuju tolong diaekor. Siasatan ni membawa diaekor jumpa dengan seekor harimau kumbang yang tiba-tiba mengamuk.

Siasat lagi diaekor jumpa satu makmal yang terpencil. Tempat 14 ekor haiwan pemangsa yang hilang tu dikurung. Semua diaekor tu macam kena rasuk. Tiba-tiba muncul Mayor Lionheart. Mayor tu kena tangkap sebab dituduh mendalangi penculikkan. 

Masa sidang akhbar kat ZPD, Judy dah bagi satu kenyataan yang mencetus huru hara kat Zootopia. Nick kecik hati ngan dia. Dia pun kecewa, letak jawatan balik kampung. Masa tengah jaga gerai carrot mak ayah dia, dia dah dapat satu jawapan sebab apa semua haiwan tu kena rasuk.

Dia pi pujuk Nick semula untuk tolong dia. Sambung siasatan diaekor jumpa dalang sebenar. Pembantu Mayor, Bellwether. Ada la aksi-aksi suspen masa nak tumpaskan Bellwether. Pastu habis. 

Tema cerita ni sebenarnya nak galakkan kita supaya percaya dan kejar impian kita. Tak kira apa pun pandangan haiwan di sekeliling. Go catch your dreams. 

Okay, masa Judy lapor diri kat ZPD, ada seekor harimau bintang jaga kaunter pertanyaan. Chubby sangat, keje makan je dia, Officer Clawhauser. Bawah ni antara watak-watak penting dalam Zootopia. Baru aku perasan, cerita ni tak ada haiwan reptilia. 



Okay, lepas baca ni korang jangan tak pergi tengok pulak. Walaupun korang dah tahu jalan cerita dia tapi korang tak tengok lagi visual dia. Bawa la anak-anak masa cuti hujung minggu. Yang aku suka adalah lagu dia..perghhh terbaik. Lagu " Try Trying" nyanyian Shakira. Shakira mainkan watak seekor gazelle. Dia macam ikon kepada Zootopia, seekor penyanyi yang diminati ramai. Korang kena tengok sampai habis untuk dengar lagu ni. 


Haa..tengok penari latar dia. Handsome giler. 

Sekian terima kasih sebab sudi baca.

p/s: kat panggung tadi ada 3 orang je tengok. Aku, sorang lelaki dalam 30an, pastu seorang pakcik dalam 50an. 


Photo: Google Image