Wednesday, July 24, 2013

Off to Penang

Assalamualaikum wbt..

Awal-awal pagi esok aku akan ke Seberang Prai, Pulau Pinang. Ada training sebelum mula bekerja di Jitra. Tempoh training yang rasmi tak tau lagi berapa lama.

Pegi esok aku tak bawa laptop, jadi tak dapat la aku nak update. InsyaAllah raya nanti aku cerita la kot serba sedikit. Raya pun tak tau lagi keadaannya macam mana. Training pun tak mula lagi macam mana nak minta cuti raya kan.

Doakan aku selamat la di tempat orang. Hehe. Bulan Ramadan ni insyaAllah segalanya dipermudahkan.

Oleh itu, bermula esok blog ni akan bercuti seketika. Take care semua.




Foto: Google Image






Tuesday, July 23, 2013

Hampir Berjaya

Assalamualaikum wbt...

Okay, masa kak aku balik hari tu, ayah ada beli ikan siakap. Mak kata besar sangat ikan tu. Dia nak buat sweet sour sekerat je. So, lagi sekerat nak buat apa dia tanya.

Aku jawap la buat masak steam. Pastu takda sapa pulak yang tahu cara nak buat. Dengan yakin aku kata " takpa, kita google je kat internet".

Bila google, aku cari cara masak yang paling senang. Aku salin bahan-bahan yang diperlukan. Pegi dapur, terus sediakan. Gigih aku potong cili, halia, bawang semua. Kak aku kata tak payah la excited sangat, baru pukul 10 pagi. Hahaha. Orang tak rajin masak gini la.

Tak ambik masa yang lama pun nak masak siakap steam ni. Komen bila dah berbuka, percubaan pertama ni 80% berjaya sebab tak rasa masin, kurang garam la tu. Ayah kata rasa masam dah okay. Tapi aku rasa ada benda yang tak cukup. Sebab tak rasa "kick" pun.

Dah la masa masak tu aku masukkan bahan tak ikut giliran yang betul. Orang baca kat part cara memasak, aku gi baca kat turutan bahan-bahan dia. Patut rasa pelik nape tomato masuk awal sangat. Pastu bila nak guna halia padahal air dah dimasukkan waktu tu.

Apa-apa pun juadah siakap steam tu habis, tak membazir. Nanti cuba lagi. Aku bukan jenis rajin masak. Kalau basuh pinggan aku okay.

gambar hiasan

Foto: Google image

Sunday, July 21, 2013

Thursday Trip

Assalamualaikum wbt..

Hari Rabu yg lepas kak aku balik kampung, so hari Khamis tu aku gigih tak pegi kerja sebab nak keluar ronda-ronda ngan dia. Tak gi jauh mana pun, pi Jitra je.

Aku ajak dia main bowling sebab dah lama tak pegang bola bowling tu. Tapi dia tak mau dengan alasan takut penat nanti. Dia ajak aku tengok wayang. Ok lah. Kami tengok cerita Pacific Rim 2D.



Bagi aku jalan cerita dia simple, konflik pun sikit je. Teknik CGI dia cantik. Cerita pasal satu rekahan wujud kat lautan Pasifik. Melalui rekahan tu muncul la raksasa macam yang dok lawan ngan Ultraman tu. Depa panggil raksasa tu Keiju. Bukan sekor je, banyak. Saiz pulak bapak punya besar.

salah sekor keiju

Untuk lawan keiju ni, pihak tentera Amerika (sapa lagi yang nk jadi "penyelamat" dunia kan) dengan bantuan negara-negara lain telah membina robot gergasi. Korang boleh bayangkan sebagai robot Transformers. Robot-robot yang dibina ni dipanggil jeager. Jaeger ni dikawal oleh 2 orang manusia. Diaorang duduk kat bahagian kepala robot tu. Untuk memudahkan kawalan, 2 orang tu kena kongsi memori.  Basically cerita dia pasal macam mana nak selamatkan bumi dari keiju dan nak tutup rekahan tu. Seronok la untuk korang habiskan masa bersama sapa-sapa.

Habis cerita tu, sebelum balik kak aku teringin nak makan kek la pulak. Pegi kedai kek, tengah dok belek-belek tu jumpa 2 biji kek. Nama sama, berat sama, tapi harga lain. Kami dok pikir la nape harga dia berbeza. Ada la beberapa benda yang lain, tapi macam "tak kan sebab tu kot".

Last sekali aku panggil pekerja kedai kek tu, yang nak taknak bangun untuk layan pelanggan.

Aku:       Awat 2 kek ni harga lain-lain?
Pekerja: Owh..bentuk dia tak sama. Satu bulat, satu lagi bentuk love.
Aku:       Bentuk lain pun dah beza 4 ringgit. Ingatkan sebab bunga icing lebih. (part belakang tu aku kata dalam hati je).

Tu je la serba sedikit aktiviti hari Khamis yang lepas. Malam ni kak aku dah nak balik KL. Hari Khamis ni mula training untuk kerja baru. Tapi maklumat pasal tempat tinggal, jalan nak pegi tu tak dihantar lagi. Adehh..kemain suruh aku pegi awal, tapi maklumat tak bagi. Asalnya kena lapor diri hari Isnin (esok), tapi aku minta  tunda ke hari Khamis. Dah la tak biasa ngan Penang. Apa-apa pun Alhamdulillah rezeki Ramadan. Shortlisted, pastu terus confirm ambik aku kerja. Kena pi training dulu 2 bulan, tapi tempoh tu subject to change katanya. Bulan 9 mula kerja.


Foto: Google Image

Sunday, July 14, 2013

Alhamdulillah

Assalamualaikum wbt..

Sambungan dari entry sebelum ni.

Ingatkan semalam jenuh la nak kena dengar ayah berleter pasal kucing tu. Tapi Alhamdulillah dipermudahkan. Kak Long balik nak berbuka kat rumah, so ajak dia la jadi driver pegi ambik.

Nyet dan Apong sihat-sihat je. Masa ambik tu diaekor dah sedar cuma ada lagi saki baki ubat bius tu. Doktor suruh kurung 10 hari. Mampukah aku? Tak sanggup nak kurung kucing lama-lama. Kesian diaekor boring.

Nanti tengok perkembangan jahitan tu dulu. Bukan apa, takut diaekor aktif sangat, nanti tak pasal terbuka jahitan tu. Kalo kertas tak apa boleh je aku staplekan.

Kemarin juga aku pegi temuduga. Alhamdulillah shortlisted. Takda la keje gempak sangat but its better than what I have now. Bila lagi nak kumpul pengalaman kan. Biar la takda kena mengena pun dengan kelulusan aku. Everything can be learn. One step at a time. 


Foto: Google Image

Friday, July 12, 2013

Buat Tak Dengar Je..

Assalamualaikum wbt

Selamat berpuasa dan beribadat di bulan Ramadan ni kepada semua.

Petang tadi aku pegi hantar Nyet dan Apong ke rumah doktor haiwan. Esok diaekor akan dikasi. Dua-dua kucing betina, kalo biar nanti banyak pulak anak kucing, tak terjaga jadinya. Puteh dah mengandung, tak sempat nak bawa pi jumpa doktor.

Ayah aku tak berapa setuju aku bawa kucing pi kasi. Bukan la dia kata aku kejam ke apa. Tapi bagi dia aku ni sengaja membazirkan duit untuk kucing tu. Yelah kos nak kasi seekor kucing betina RM80. Kat kawasan sini la. Kat tempat lain ada harga yang lebih tinggi.

Selalu je dia komen kat mak aku. Tapi aku buat tak dengar je. Aku buat untuk kesejahteraan kucing tu jugak. Bukan saja seronok-seronok yang pegi bagi duit kat doktor yang jelas dah kaya tu.

Oh ya, aku hantar diaekor ke rumah doktor tu sendiri. Tak hantar kat klinik sebab nak tempah tarikh sikit punya lama. Dah penah pegi, pegi hari ni, dapat tarikh bulan depan. Selalu penuh. Harga sama je, cuma lebih cepat. yelah, doktor tu dah ada kemahiran kan. Kalo aku reti memang aku operate sendiri je diaekor tu.

Esok ajak ayah pegi ambik diaekor tu. Dengar hujung-hujung telinga macam tak mau pi. Aku serahkan tugas memujuk dan mentarbiah kat mak aku. Tunggu je la esok gane. Masa nak hantar senang, sebab aku dah beli raga berkelah tu, masukkan diaekor, ikat kat belakang motor je. Sekali tengok macam orang nak jual kuih je bulan-bulan posa ni. Tapi nak ambik bawa balik tu rumit sikit. Sebab diaekor tak sedar sepenuhnya lagi dari ubat bius tu, So tak leh nak sebarangan letak dalam raga.

Semoga esok berjalan dengan lancar.

Sunday, July 7, 2013

Annoying

Assalamualaikum wbt..

Korang pernah rasa sakit hati + menyampah tak? Omputih kata annoying. Mesti penah kan..walaupun sekali seumur hidup. Tapi aku bukan nak citer pasal manusia yang annoying atau aku rasa annoying kat sapa-sapa. 

Aku nak citer pasal kucing aku yang rasa annoying. Korang tak percaya kucing comel pun boleh rasa annoying? Korang sangat silap di situ. Sila rujuk pembela (yang jaga bukan yang pembela nusa dan bangsa tu) dan pencinta haiwan.  

Ceritanya bermula...

Kat luar rumah aku ada satu meja besar. Lebih kurang macam pangkin la. Ayah aku letak tepi dinding. Aku selalu bagi kucing aku makan atas tu. Kadang-kadang atas tu juga la diaekor melepak dan tido.

Makcik, kucing aku yang paling senior, selalu tido waktu tengah hari kat situ. Dari tengah hari sampai ke petang la kiranya. Nak dijadikan kisahnya, ada sekor ibu ayam bersama anak-anaknya datang berteduh di bawah pangkin tu jugak. 

Kalau nak rehat dan tido-tido ayam waktu tengah hari, silakan la, tak kisah pun. TETAPI...

Ibu ayam tu dan anak dia sekali telah membuat bising. Korang tau je la kan ayam macam mana..ke tak tau. Ayam ni suka bising. Kalau tidak tak wujud la peribahasa "telur sebiji riuh sekampung". Pengecualian pada ayam jantan yang berkokok, tu sebab dia nampak malaikat. 

Ayam bising kat bawah, Makcik tido kat atas. Macam mana? Tiada keserasian di situ. Dengan muka annoying nya, Makcik bangun, turun dari meja...dan dikejarnya ibu ayam tu. Berselerak lari. Dua, tiga kali kena ligan, ibu ayam tu dah tak tido bawah pangkin tu dah. Makcik pun boleh tido dengan aman.

Tengok, kucing pun sakit ati woo..nak pulak dikacau time dia tido. 

Moral: Jangan ganggu kucing yang sedang tido. Kalau dia ganggu korang tido, korang rasa gane?  

p/s: Korang tak rasa annoying kan baca citer ni? Kan..kan..hehe

Tuesday, July 2, 2013

The Impact

Assalamualaikum wbt..

This morning I happened to watch Discovery Channel about Weaponology. Where they unwind the properties of some weapons existed and used in this world.

And today's issue is about the bullet. As you guys know, there are big numbers of bullet types.


This is just a small portion of bullets that we have. 

Bullet is what makes the gun, riffle, machine gun and many other shooting devices dangerous. Without a bullet, it's gonna be a total waste. 

In that particular program, they demonstrated what a bullet can do to a block of clay. And of course the clay represent the human body. They showed the impact of different bullets, and the result just mind blowing. 


Just compare the above images. The entry and exit of the bullet. And imagine that on a human body. That is what happened in war. Where much sophisticated bullets were used. To get a clearer picture you guys can always 'Google' the impact of bullet on human body and see for yourself. 

I'm sure some of you had seen the photo of a baby lost of most of her back by a bullet. Just a small round and clean entry on the chest but a burst of impact on the back.   

May Allah bless, save and protect those innocent, helpless, mistreated and abused people. 


Photo: Google Image