Friday, December 20, 2019

Kesesatan Yang Nyata

Assalamualaikum wbt ...

Lebih kurang 11 hari lagi kita semua akan melangkah masuk ke tahun baru. Tahun 2020 Masihi. Aku taknak la tulis pasal azam baru sebab tak terpakai pun sebenarnya. Bagi aku la. Bagi yang sungguh-sungguh tu tahniah dan syabas aku ucapkan.

Pasai apa letak tajuk gempak sangat. Hahaha..last post aku kat blog kesayangan ni adalah pada November 2017. So almost 2 years aku tak menulis di sini. Sebabnya aku tersesat dengan perkembangan teknologi. Cewah alasannya.

Mostly sekarang aku banyak spend time kat Instagram. FB dah lebih setahun tak guna. Mula-mula sebab handphone antik tak boleh support perisian baru pastu memory handphone kecik tak boleh nak update. Pastu di tambah dengan aku lupa password dan e-mail.

Phone baru dengan telco baru bersama data tanpa had tambah melalaikan aku nak buka blog ni. Tapi hari ini dengan kekuatan Para-para Sakura aku berjaya update blog ni. Dan harapan yang di ulang-ulang moga rajin aku ni berterusan.

Maybe aku akan buat page FB untuk bisnes aku. Aku sekarang buka kedai gunting rambut muslimah. Nak glamor sikit panggil salon. Hehe.

Itu je la setakat hari ni. InsyaAllah aku akan adjust layout baru. Nak kena belek semula. Bagi segar sikit bak kata orang kan.

Salam sejahtera kepada semua.

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...