Tuesday, November 13, 2012

Berehat Seketika

Assalamualaikum wbt

Dengan tidak rela aku terpaksa berehat sebentar dari online atau dengan lebih tepat dari menggunakan laptop. Laptop aku mengalami kerosakkan skrin tahap tak leh nak tengok apa-apa dah. Sementara aku kumpul modal nak bawa gi repair, maka aku akan deactivate seketika.

Sekian.

Terima kasih


Foto: Google Image

Friday, November 2, 2012

Aku dan Kenangan 7

Assalamualaikum wbt

Tadi masa tolong mak aku mesin kelapa, aku teringat pasal satu kenangan ni. Dan aku nak kongsi la dengan sapa-sapa yang sudi baca.

Masa aku kecik-kecik dulu, umur 6 tahun, aku dok rumah ja. Masa tu budak-budak lain pegi tadika, Pasti dan kawasan-kawasan yang sama jenis dengannya. Aku belajar kat rumah ja. Ayah aku yang ajar. Dia beli buku latihan kosong dan ajar macam mana cikgu kat sekolah ajar. Cuma suasananya lebih santai, dia bagi kerja suruh aku buat, pastu dia pegi la buat keje lain, nanti dia datang check.

Lepas tu, pada tahun 1995 aku masuk darjah satu. Masa mula-mula belajar tu, cikgu ada buat test cikit la, nak tengok budak-budak ni pandai ABC atau tak.

Sejujurnya masa tu aku tak tau susunan ABC yang betul. Cikgu suruh semua berdiri kat depan kelas, dia akan tanya soalan pasal ABC, sapa boleh jawap boleh la duduk.

Kebanyakkan budak-budak excited nak jawap. Korang boleh bayangkan macam mana budak-budak bila excited nak jawap soalan cikgu. (sebab diaorang tau jawapan dia). Haha.

Aku, dari dulu sampai sekarang, tak suka nak berebut-rebut ni. Aku biar je diaorang lompat-lompat angkat tangan nak jawap. Sampai la tinggal lebih kurang 10 orang.

Cikgu darjah satu aku masa tu nama cikgu Putih binti Khamis. Ni nama betul tau. Sekarang ni pun dia ada lagi mengajar kat sekolah rendah tu. Dia tulis ni kat papan hitam dan tanya aku ni huruf apa..?

Berapi beb. Hehe. aku jawap huruf M.


Pastu dia tulis lagi satu huruf dan suruh aku jawap.

Aku jawap huruf M.

Masa tu aku tak tau apa beza 2 huruf ni. Cikgu tanya banyak kali dan jawapan aku tetap sama. Jeng..jeng..aku kena tampar. Terkejut la aku. Tapi takda la kuat, tak sakit pun. Sekarang aku tak marah pun kat cikgu tu, cuma aku tertanya-tanya perlu ka aku ditampar sebab tak tau huruf M dan N.

Haha. Tu la kenangan masa darjah satu dulu. Sekarang aku dah pandai ABC. Tambah pulak ada lagu hindustan pasal ABc tu. Dari citer apa ntah. 

Sekian. Terima kasih.

http://nazirah-pieceofmind.blogspot.com/2012/07/aku-dan-kenangan-6.html

Foto: Google Image

Thursday, November 1, 2012

Merempit

Assalamualaikum wbt

2 hari yang lepas aku pi Jitra, pi tengok wayang. Citer Hotel Transylvania. Sebagai peminat kartun animation yang tegar, maka wajiblah aku membawa diri pergi menonton.

Aku sampai sana pukul 12 lebih, so tak sempat la nak masuk tayangan pukul 12 tu. Aku ambik tayangan kedua, pukul 1.40. Sementara tunggu nak sampai masa tu, aku pun menapak la Jitra Mall 3 tingkat tu. Dah macam inspection inspector. Semua barang aku belek.

Durasi citer tu 1 jam setengah. Bila keluar nak balik tu, awan dah mula gelap. Aku pun dengan semangat waja mula merempit sorang-sorang sebab nak lari dari awan gelap tu.

Aku tak tau berapa laju aku bawa sebab meter moto tu rosak, yang pasti memang laju. Halangannya adalah angin yang bertiup kencang dari arah sisi. Maka aku yang comel tengah rempit ni asyik ditolak ke tepi. Terpaksa mengurangkan kelajuan. Kurang sikit je.

Setengah dari perjalanan tu dah berjaya. Tinggal lagi setengah. Aku belok ke masuk jalan kampung, hujan dah mula turun. Takda mukadimah renyai-renyai dah. Terus lebat je. Aku ni bila dah basah jadi malas nak berhenti, so aku terus je rempit dalam hujan yang lebat tu. Pedih tangan.

Sebab takda kilat tu aku tak kisah main hujan. Masa mandi tak rasmi tu aku ada la selisih dengan beberapa ekor lembu yang ditambat kat tepi sungai.

Aku kesian kat diaekor, mesti diaekor sejuk kena hujan lebat, ngan angin kuat lagi. Tuan diaekor takda pun datang ambik. Berapa lama la diaekor kena mandi hujan tu.

Perasaan bawa moto laju-laju sebab tak nak kena hujan tu memang best. Macam berlumba je. Tapi orang panggil berlumba ka kalo sorang-sorang je. haha..

Gambar hiasan



Tu je nak update. Takda apa sangat pun.

Foto: Google Image

Wednesday, October 24, 2012

Tak berdisiplin

Assalamualaikum wbt

Nak cerita kesengalan melayan kucing-kucing aku. Pada kawan-kawan yang membela makhluk berbulu comel ni mesti korang tau tahap manja mereka yang super melampau tu kan.

Pagi-pagi hari lagi kucing-kucing dah sarapan ngan mak aku, makan nasi pastu mencuci mulut dengan biskut diaekor. Pastu semua rehat-rehat, ada yang main-main.

Dalam masa tak sampai sejam lepas tu, bila diaekor nampak je muka aku, masing-masing bunyi, keliling kaki macam tak makan seminggu. Itu la perangai diaekor hari-hari.

Kalo dengan mak aku, minta makan sekali, pastu semua gi buat hal masing-masing. Tak ada yang mengada minta makan sampai la waktu tengah hari nanti.

Tapi kalo dengan aku. Ada la dalam 5, 6 kali minta makan dalam sehari. Yang tak tahan, masing-masing macam tak jumpa makanan seminggu. Selagi tak bagi, aku nak jalan, baring, duduk pun tak boleh.

Aku ada mengeluarkan dialog masa geram sangat dengan perangai diaekor.

Aku: Awat hangpa ni melampau sangat. Baru lepas makan, minta makan lagi. Tak kenyang-kenyang. Tak da disiplin langsung.

Dengan penuh hemat mak aku menyampuk.

Mak: Yang tak berdisiplin tu salah tuan dia. Manja sangat kucing-kucing tu.

Tak dapat aku menjawap. Aku jugak yang salah.Padahal diaekor yang mengada. Kadang-kadang geram sangat, ada yang kena sekeh ngan aku.

Nak makan..!!

Nak makan lagi..!!!

Nak lagi..lagi..lagi..!!

Foto: Google Image

Wednesday, October 17, 2012

Tumpang Salin Baju

Assalamualaikum wbt...

Sapa pulak dah yang dok tumpang salin baju ni...? Nak salin baju pun nak tumpang-tumpang ke ...?

Kisahnya, pagi ni mak aku jumpa sepersalinan baju kat tepi mesin basuh. Mak aku tak berani nak ambik sebab tak tau sapa punya. Bila aku balik dari belajar kereta dia suruh aku pegi tengok.

Aku pun pegi dapur, tengok dan ambik baju tu. Saiz dia boleh tahan besar. Aku pegang baju tu depan mak. Dia suruh aku pegi bawa jauh-jauh. Geli dia kata. Aku pun jawap.." Baju je pun".

Ni kali kedua ada yang menumpang salin baju kat rumah mak aku untuk tahun ni. Tapi tuan punya baju tu tak pernah plak nampak. Nak cari pun tak tau kat mana.

Lama aku belek baju tu. Aku letak kat tangga. Tam macam takut-takut nak dekat ngan baju tu. Uih dan Baq pun macam tak selesa bila aku tunjuk baju tu dekat-dekat. Cuma Cak je yang suka ngan baju tu. Siap landing atas baju tu, gigit dan tarik-tarik lagi.

Mak aku kata memang patut pun yang lain takut ngan baju tu. Cuma Cak dan tuan dia (aku la tu) saja yang suka ngan baju tu. Apa nak jadi pun tak tahu.

Ni ada gambar Cak ngan baju yang disalin masa hari raya yang lepas.




Baju kali ni tak tau la dari tuan yang sama atau tak. Ada sapa-sapa tak yang suka ngan baju ni. Boleh geng ngan aku dan Cak. Hehe. Korang dah tau kan baju apa yang aku maksudkan. 



Tuesday, October 16, 2012

Pesan Imam Ghazali

Assalamualaikum wbt..

Ni aku nak kongsi sedikit info peringatan kepada kita semua. Aku ambil dari blog Tinta Pena Naura.

1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka berbuat dosa kerana kejahilan sedangkn kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.
6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya. 

Semoga kita sama-sama mendapat manfaat. InsyaAllah


Foto: Google Image

Sunday, October 14, 2012

Diserang

Assalamualaikum wbt..

Sapa kena serang ni...Sapa yang menyerang..??

Mulanya sejak dua, tiga malam yang lepas aku ada dengar bunyi sesuatu bergerak-gerak dalam bilik aku. Aku cuba besarkan telinga untuk cari sumber bunyi tu.

Setelah dua, tiga kali percubaan, akhirnya aku berjaya kesan sumber tu. Intipan awal dilakukan.

Rupanya ada musuh tengah rekrut bala tentera untuk melakukan serangan. Tak boleh jadi ni..sebelum aku diserang dan harta benda aku dihancurkan, baik aku bertindak.

Rancangan untuk menyerang hendap sebelum pihak musuh bertindak balas diteliti rapi. Aku beruntung kerana mendapat bantuan pembunuh professional yang sememangnya dahagakan darah.

Markas pihak musuh digempur. Komander bertugas berjaya melarikan diri. Tetapi 6 bala tentera yang masih berhingus tergamam dan kaku. Ilmu yang diturunkan masih ciput untuk digunakan bagi mempertahankan diri. Pembunuh professional terus melakukan serangan bertubi-tubi. Empat daripadanya terbunuh dalam pertempuran. Manakala dua lagi sedang disoal siasat.

Lega rasanya dapat menggagalkan rancangan pihak musuh durjana.

Hahaha..suspen tak??...cerita je lebih..

Sebenarnya...ada ibu tikus buat sarang belakang almari buku aku. Sebelum buku-buku kesayangan aku menjadi mangsa, eloklah dihapuskan ancaman tersebut. Uih ngan MakChik la bertugas sebagai pembunuh professional tu.

Lepas habih anak tikus tu dibaham dengan lahap, Uih bunyi tak henti-henti..minta tikus kat aku..mana aku nak cari tikus banyak-banyak. Cari sendiri la..ko kan kucing.

Anak tikus tu dah tumbuh bulu, tapi mata dia tak buka lagi.


Lebih kurang gini la rupa diaekor

Soal siasat sedang berlangsung

Takda masa nak bermesra macam ni


Foto: Google Image



Tuesday, October 9, 2012

Raya Hari tu

Assalamualaikum wbt..

Syawal dah habis, aku baru nak post pasal raya. Haaha. Masa raya kak aku bawa balik kamera dia. So aku pun mengambil kesempatan ambik gambar budak-budak oren kat rumah. Yang tak oren pun ada jugak.

 Tam dan Cak

Dari kiri: Uih, Baq, MakChik
 




Dari kiri: MakChik, Baq, Uih
 





Yang lain tido baik je, Baq je tido buas sikit. 

Masa raya kedua, kaklang menyapu kat dapur. Pastu dia panggil aku suruh tengok apa dia jumpa. Jeng-jeng..kulit ular, kat bawah almari kat dapur. Berdasarkan saiz kulit, ular tu dikira boleh tahan besar. Kulit ni dipercayai kepunyaan ular senduk, sebab dia je selalu masuk rumah orang time hujan. 

Sila layan Cak yang keja nak main ngan kulit ular tu. 
 



Rasanya setiap pemilik kucing ada post pasal penunggu kuih raya. Kat rumah pun tak terkecuali. Budak gemuk ni takda keje lain, tido ja. Meja tu memang port dia tido. So walau hari raya, ada kuih raya pun dia tak kisah asal boleh tido. 
 
Baq. gambar jauh
 
Dekat sikit
 
Tambah cahaya sikit

Foto: Koleksi Peribadi


Monday, October 8, 2012

Buku Baru

Assalamualaikum wbt

Perrghh lama gila aku tak update blog ni. Sejak sebelum raya hari tu. Al maklum la bil BB tak dibayar.
Masa cuti hari Malaysia yang lepas, aku ngan family pi bercuti rumah sepupu ayah aku kat Songkhla, Thailand.

Dekat dengan laut. Best la pergi berenang, walaupun aku tau froggy style je. Balik dari Thai, aku ngan mak ikut k.lang pi rumah dia kat KL.

Aku seronok sebab nak pi MPH Mid Valley, memborong buku. Borong la sangat.

Aku beli 2 buah buku John Grisham dan sebuah buku hadis.




pastu balik rumah aku beli lagi satu buku



Meemang aku suka membaca kan. Tak dapat dinafikan lagi. Haha..

Foto: Google Image

Ok..nanti aku update lagi.

Sunday, August 12, 2012

Segmen: Jom Tambah Kenalan di Hari Raya


Assalamualaikum wbt

Lama rasanya tak join segmen. So jom ramai-ramai join..





Nak join..tekan SINI

Saturday, August 11, 2012

Campur-campur

Assalamualaikum wbt

Lama aku tak update, bukan tak nak, tapi selalunya ada cerita pendek je. Aku rasa kurang selesa kalau setakat nak update 2, 3 baris saja. So, ni aku campur-campur cerita supaya panjang sikit entri ni.

1. Tahniah pada Pandalela Rinong sebab berjaya merangkul pingat Olimpik.

2. Hari Rabu yang lepas aku pergi Alor Setar, pi borong buku. Memang lama dah nak keluar pi beli buku kat Popular Alor Setar, tapi setakat nak pi sorang, asyik bertangguh la jawapnya. So, bila kak aku balik, cepat-cepat ajak dia keluaq. Aku beli dua buah buku novel John Grisham. Best sebab dapat best value, 2 buah buku pada harga RM35.90. Pastu, mesti la menambah koleksi Doraemon aku. Kak aku pun ada beli novel, lama tak beli katanya.





Bila balik, mak kata amboi borong buku sampai se'beg'. Aku jawap, sikit la tu, kalo ikutkan banyak lagi nak beli, tapi poket je tak berapa tebal. Hehe.

3. Tadi baca surat khabar, tertarik ngan satu artikel ni. Ashton Kutcher adalah pelakon drama televisyen paling mahal. Korang tau berapa bayaran dia..? RM2.2 juta untuk satu episod drama bersiri Two and a Half Man. Tu baru satu episod, satu season sekurang-kurangnya ada 12 episod, so korang tambah la duit banyak mana. Patut la selebriti mat saleh kaya-kaya.


Foto: Google Image

Friday, August 3, 2012

Perkongsian Jumaat

Assalamualaikum wbt
Ada sedikit info untuk dikongsikan di pagi Jumaat yang berkat ini. Untuk ilmu dan manfaat bersama.



Allah SWT telah memerintahkan seorang Malaikat menemui Iblis supaya dia menghadap Rasulullah SAW untuk memberitahu segala rahsianya, baik yang disukai mahupun yang dibencinya. Tujuannya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad SAW dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

Maka Malaikat pun berjumpa Iblis dan berkata, “Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar memberi perintah untuk menghadap Rasullullah SAW. Hendaklah engkau buka segala rahasiamu dan apapun yang ditanya Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya.Sekiranya engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan terputus semua anggota badanmu, uratmu, serta disiksa dengan azab yang amat keras.”

Mendengar ucapan Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah SAW dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai, panjangnya seperti ekor lembu.

Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw. Maka sambut Iblis (alaihi laknat),

“Ya Rasulullah! Mengapa engkau tidak mejawab salamku? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?” Maka jawab Nabi dengan marah, “Hai Aduwullah seteru Allah! Kepadaku engkau menunjukkan kebaikanmu? Janganlah mencuba menipuku sebagaimana kau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutanmu, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap beracun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendeta yang telah menanggung sengsara akibat hasutanmu.

Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salammu saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendakmu datang menemuiku?”

Berkata Iblis, “Ya Nabi Allah! Janganlah engkau marah. Kerana engkau adalah Khatamul Anbiya maka dapat mengenaliku. Kedatanganku adalah diperintah Allah untuk memberitahu segala tipu dayaku terhadap umatmu dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang engkau tanya, aku bersedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah aku berani menyembunyikannya.”

Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata, “Ya Rasulullah! Sekiranya aku berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badanku menjadi abu.”

Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluangku untuk menyiasati segala perbuatannya agar didengar oleh sekalian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada seluruh umatku.

Pertanyaan Nabi (1)
“Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuhmu dan bagaimana aku terhadapmu?”
Jawap Iblis:
“Ya Nabi Allah! Engkaulah musuhku yang paling besar di antara musuhku di muka bumi ini.”
Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun menggeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis, “Ya Khatamul Anbiya! Ada pun aku dapat merubah diriku seperti sekalian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun berbeza, kecuali dirimu saja yang tidak dapat aku tiru kerana dicegah oleh Allah.
Kiranya aku menyerupai dirimu, maka terbakarlah diriku menjadi abu. Aku cabut iktikad/niat anak Adam supaya menjadi kafir kerana engkau berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam, begitu juga aku berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Aku akan menarik seluruh umat Islam dari jalan benar menuju jalan yang sesat supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersamaku.”

Pertanyaan Nabi (2)
“Hai Iblis! Bagaimana perbuatanmu kepada makhluk Allah?”
Jawap Iblis:
“Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya, sesetengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Aku goda semua manusia supaya meninggalkan solat, terbuai dengan makan minum, berbuat durhaka, aku lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan haram.
Demikian juga ketika pesta yang bercampur antara lelaki dan perempuan. Di sana aku lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang peraturan dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu aku ulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri.
Apabila mereka teringat akan salah mereka yang lalu hendak bertaubat atau berbuat amal ibadat, aku akan rayu mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras aku goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglah rasa ria, takabur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah aku goda mereka setiap saat.”

Pertanyaan Nabi (3)
“Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai yang dikutuk Allah! Siapa yang menjadikanmu? Siapa yang melanjutkan usiamu? Siapa yang menerangkan matamu? Siapa yang memberi pendengaranmu? Siapa yang memberi kekuatan anggota badanmu?”
Jaap Iblis:
“Semunya itu adalah anugerah Allah Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takabur membuatku menjadi jahat sebesar-besarnya. Engkau lebih tahu bahawa diriku telah beribu-ribu tahun menjadi ketua seluruh Malaikat dan pangkatku telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi.
Kemudian aku tinggal di dunia ini beribadat bersama sekalian Malaikat beberapa waktu lamanya. Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka aku pun membantah. Lalu Allah menciptakan lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan seluruh Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali aku yang ingkar. Oleh kerana itu Allah murka kepadaku dan wajahku yang tampan rupawan dan bercahaya bertukar menjadi keji dan kelam. Aku merasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah seluruh bidadari. Aku bertambah dengki dan dendam kepada mereka.
Akhirnya aku berhasil menipu mereka melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya diusir dari syurga ke dunia. Keduanya berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah ( di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun aku masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya aku lakukan hingga Hari Kiamat.
Sebelum Engkau lahir ke dunia, aku beserta bala tenteraku dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudia aku turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya aku dapatkan, dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bid’ah dan carut-marut.
Tetapi ketika engkau lahir ke dunia ini, maka aku tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika aku berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontarkan anak panah dari api yang menyala. Sudah banyak bala tenteraku yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahanku dan bala tenteraku untuk menjalankan tugas menghasut.”

Pertanyaa Nabi (4)
“Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu dari manusia?”
Jawap Iblis:
“Pertama sekali aku palingkan iktikad/niatnya, imannya kepada kafir juga ada segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berhasil juga, aku akan tarik dengan cara mengurangi pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalanku.”

Pertanyaan Nabi (5)
“Hai Iblis! Jika umatku solat kerana Allah, bagaimana keadaamu?”
Jawap Iblis:
“Sebesar-besar kesusahanku. Gementarlah badanku dan lemah tulang sendiku. Maka aku kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda setiap manusia, pada setiap anggota badannya.
Sesetengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas solat, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkan, sentiasa hendak cepat habis solatnya, hilang khusyuknya – matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyi lain. Sesetengah iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud berlama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis solatnya, itu semua membawa kepada kurangnya pahala. Jika para iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka aku sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman.”

Pertanyaan Nabi (6)
“Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, bagaimana perasaanmu?”
Jawap Iblis;
“Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuhku, putus-putus segala uratku lalu aku lari daripadanya.”

Pertanyaan Nabi (7)
“Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana perasaanmu?”
Jawap Iblis:
“Binasalah diriku, gugurlah daging dan tulangku kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya.”

Pertanyaan Nabi (8)
“Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana keadaanmu?”
Jawap Iblis:
“Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepadaku. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan seluruh Malaikat menyambut dengan suka cita. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hatiku ialah segala isi langit dan bumi, yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan ampunan bagi orang yang berpuasa.
Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umatmu mulai puasa, dengan perintah Allah datanglah sekalian Malaikat dengan garangnya menangkapku dan tenteraku, jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam.
Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umatmu berpuasa barulah aku dilepaskan dengan perintah agar tidak mengganggu umatmu. Umatmu sendiri telah merasa ketenangan berpuasa sebagaimana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut dibandingkan bulan biasa.”

Pertanyaan Nabi (9)
“Hai Iblis! Bagaimana seluruh sahabatku menurutmu?”
Jawap Iblis:
“Seluruh sahabatmu juga adalah sebesar-besar seteruku. Tiada upayaku melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana engkau sendiri telah berkata: “Seluruh sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikuti mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk.”
Saidina Abu Bakar as-Siddiq sebelum bersamamu, aku tidak dapat mendekatinya, apalagi setelah berdampingan denganmu. Dia begitu percaya atas kebenaranmu hingga dia menjadi wazirul a’zam. Bahkan engkau sendiri telah mengatakan jika ditimbang seluruh isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertuamu kerana engkau berkahwin dengan anaknya, Saiyiditina Aisyah yang juga banyak menghafaz hadits-haditsmu.
Saidina Umar al-Khattab pula tidaklah berani aku pandang wajahnya kerana dia sangat tegas menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika aku pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendiku kerana sangat takut. Hal ini kerana imannya sangat kuat apalagi engkau telah mengatakan, “Jikalau ada Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku”, kerana dia adalah orang harapanmu serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar “Al-Faruq”.
Saidina Usman al-Affan lagi aku tidak boleh bertemu, kerana lidahnya senantiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu ornag mati syahid dan menjadi menantumu sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga engkau mengatakan, “Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir Rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid.”
Saidina Ali Abi Talib pun itu aku sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat sopan santun, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah golongan orang pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya kepada sebarang berhala. Bergelar “Ali Karamullahu Wajhah” – dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga “Harimau Allah” dan engkau sendiri berkata, “Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya.” Tambahan pula dia menjadi menantumu, semakin aku ngeri kepadanya.”

Pertanyaan Nabi (10)
“Bagaimana tipu daya engkau kepada umatmu?”
Jawap Iblis:
“Umatmu itu ada tiga jenis. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibril a.s, “Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat.” Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurnia Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umatmu seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka aku pun bersukacita lalu masuk ke dalam badannya, aku putarkan hatinya ke lautan durhaka dan aku hela ke mana saja mengikut kehendakku. Jadi dia senantiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat.
Lalu aku goda agar minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umatmu terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia senantiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak berebut harta dunia, bercakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur.”

Pertanyaan Nabi (11)
“Siapa yang serupa dengan engkau?”
Jawap Iblis:
“Orang yang meringankan syariatmu dan membenci orang belajar agama Islam.”

Pertanyaan Nabi (12)
“Siapa yang mencahayakan muka engkau?”
Jawap Iblis:
“Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji.”

Pertanyaan Nabi (13)
“Apakah rahsia engkau kepada umatku?”
Jawap Iblis:
“Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka aku gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari.”

Pertanyaan Nabi (14)
“Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?”
Jawap Iblis:
“Jika umatmu hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah aku dari mereka. Jika tidak, aku akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benihku dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, aku yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah merasa kenyang.”

Pertanyaan Nabi (15)
“Dengan jalan apa dapat menolak tipu daya engkau?”
Jawap Iblis:
“Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis menyesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah menagmbil wudhu’, maka padamlah marahnya.”

Pertanyaan Nabi (16)
“Siapakah orang yang paling engkau lebih sukai?”
Jawap Iblis:
“Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu.”

Pertanyaan Nabi (17)
“Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?”
Jawap Iblis:
“Orang yang tidur meniarap/telungkup, orang yang matanya terbuka di waktu subuh tetapi menyambung tidur lagi. Lalu aku lenakan dia hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’, aku beratkan hatinya untuk solat.”

Pertanyaan Nabi (18)
“Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?”
Jawap Iblis:
“Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam.”

Pertanyaan Nabi (19)
“Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata egkau?”
Jawap Iblis:
“Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya.”

Pertanyaan Nabi (20)
“Apa lagi yang memecahkan mata engkau?”
Jawap Iblis:
“Orang yang taat kepada kedua ibu bapanya, mendengar kata mereka, membantu makan pakaian mereka selama mereka hidup, kerana engkau telah bersabda, “Syurga itu di bawah tapak kaki ibu”
Demikianlah 20 soal jawap Rasulullah dengan Iblis. Semoga ada hikmah yang dapat kita ambil. Aamin.


Sumber: BillyInfo
Foto: Google Image

Sunday, July 29, 2012

Fittriey dan Kucing

Assalamualaikum wbt

Ada dua kisah yang aku kongsi malam ni.

Kisah 1:
Korang perasan tak ada iklan pampers kat TV, jenama Huggies kalo aku tak silap. Dalam iklan tu si emak beraksi seolah-olah berkungfu. Ceritanya, minggu lepas, abang aku balik kampung sebab nak sambut puasa bersama-sama. Dia ada anak lelaki, umur 6 tahun, Fittriey namanya. Masa malam Sabtu tu, aku baring depan TV, tengok cerita "Perempuan Neraka" dalam slot Cerekarama TV3. Fittriey baring sebelah aku. Masa iklan tu keluar, terjadilah dialog di bawah:

Fittriey: Fuhyoo, mak dia buat karate.
Aku    : Mak Fittriey buat macam tu jugak ka ?
Fittriey: Tak, ibu tak buat macam tu.
Aku    : Awat ibu tak buat..?
Fittriey: Dia tak boleh buat sebab dia gemuk.

Berderai aku ngan mak ketawa. Bertuah sungguh anak sedara aku. Ibu dia tak dengar sebab ada kat dapur. Kak ipar aku tu takda la gemuk sangat, cuma berisi la sikit berbanding dulu.  

Kisah 2:
Agak-agak korang geram tak bila ada kucing yang selalu bunyi minta makan. Kucing-kucing aku memang ada perangai macam tu. Lepas bagi makan, diaekor tido or main. Pastu bunyi minta makan lagi. Kadang-kadang nasi tu dah ada dalam pinggan, tapi saja seronok bunyi. Saja nak aku pegang, gaul nasi tu semula baru nak makan.

Makan biskut diaekor pun sama. Kadang-kadang biskut tu dah ada tapi takda sapa pun nak makan. Bunyi kuat-kuat, kejar bersilang kaki. Bila aku tunjuk kat pinggan, takda sapa pun yang tunduk ke bawah, asyik melangut ke atas buat muka seposen. Biskut yang sama aku masukkan semula dalam balang, goncang sikit, pastu tuang semula. Berebut-rebut makan. Ngada betul.

Saturday, July 28, 2012

Olimpik London 2012

Assalamualaikum wbt
Aku tengah tengok majlis pembukaan sukan Olimpik London 2012. Olimpik edisi ke-30 ini diadakan di London, Great Britain.
Sebanyak 205 negara dari serata dunia menyertai edisi kali ini. Dengan lebih dari 10 000 orang atlet. Kejohanan ini akan berlangsung selama 18 hari. Acara pertama akan bermula esok. Namun saingan bola sepak dalam kumpulan telah bermula 2 hari yang lepas.
Sepanjang kejohanan ini, saluran RTM (TV2) akan menjadi pilihan aku untuk tengok siaran langsung acara-acara yang dipertandingkan. Aku memang suka tengok kejohanan sukan, contohnya Piala Dunia, Sukan SEA, Sukan Komanwel.
Perbezaan masa sedikit mengganggu. Untuk tengok siaran langsung, aku kena berjaga la dari pukul 1 pagi hingga ke cerah. Siaran ulangan ada disiarkan di RTM (TV1) pada waktu siang, tapi tak best la, tengok siaran langsung baru bersemangat.
Kontinjen negara pergi dengan harapan untuk memberi saingan dalam acara yang disertai. Adakah mungkin penyertaan kali ini akan menjadi sejarah buat Malaysia meraih pingat emas Olimpik yang pertama ? Sama-sama la kita berdoa untuk kejayaan atlet-atlet kita. Setiap negara menghantar atlet terbaik mereka, begitu juga kita.
Majlis pembukaan telah bermula sejak pukul 3 pagi tadi. Dan baru saja (saat entri ditulis) obor rasmi dinyalakan. Iebih kurang 4 jam berlangsung. Sesuai dengan prestij sebagai kejohanan sukan terbesar dunia.
Selamat berjuang kepada atlet kebangsaan. Pergi membawa harapan emas negara.
Lambang kontroversi Olimpik London

Malaysia Negaraku

Foto: Google Image

Wednesday, July 25, 2012

Aku dan Kenangan 6

Assalamualaikum wbt…
Lama aku tak tulis pasal kenangan aku ni. Hehe..
Masa aku dok saja-saja, relax-relax..aku teringat kat satu kisah ni. Masa tu aku sekolah menengah. Kamceng la ngan kak aku. Petang dan malam lepak kat bilik dia. Ada masa tengah lepak tu kami akan nyanyi ikut lagu kat radio. Bising la jugak. Haha.
Masa ada seekor kucing tumpangan, betina, kaler hitam. Dia pun ikut lepak jugak dalam bilik tu.
Yang lawaknya, bila aku mula buka mulut nak nyanyi, kucing tu akan letak tangan dia kat mulut aku. Tak bagi aku nyanyi. Kadang-kadang dia dok jauh, tapi bila dengar je aku nyanyi, cepat-cepat dia datang dan tutup mulut aku.
Adehh..tak sedap sangat agaknya suara aku ni. Bila kak aku nyanyi dia tak buat apa-apa pun. Time aku je.
Last sekali aku diam je la. Kalo kucing dengar pun tak sedap, kalo orang yang dengar..macam mana la agaknya..?

Aku dan Kenangan 5

Friday, July 13, 2012

Katak Bawah Tangga

Assalamualaikum wbt

Hai semua..nak tanya ni..ada sapa-sapa tak kat sini yang suka ular. Aku suka ular. Dari kecik lagi bila ada ular lalu kat kawasan rumah je aku ikut sampai tak leh nak ikut, kira sampai ular tu hilang dari pandangan la. Aku ikut bukan kejar tau. Ikut dan tengok dia bergerak.

Dulu kat rumah aku ada telaga, kadang ada ular berenang dalam tu. Aku pernah tunggu kat pokok kelapa yang condong ke arah telaga tu, bila ular tu lalu bawah pokok, aku akan cuba angkat dia dari dalam air. Masa tu aku rasa kulit ular tu kasar walaupun nampak macam lincin berkilat.

Apa hal la kan aku dok citer pasal ular malam-malam hari ni. Sebenarnya tadi, dalam pukul 9.30 lebih, mak aku keluar nak pegi kurung ikan yang aku pancing petang tadi. Aku yang nak pergi mandi saja la ikut belakang mak tu. Masa lalu kat tangga tu, aku nampak Makcik tengah perati seekor katak. Aku pun perati la sama, eh..semacam je bayang-bayang bawah tangga tu. Aku ambik lampu suluh dari tangan mak aku, suluh kat tangga..tadaaa..ular senduk tengah baham katak.

Mak aku takut ngan ular sebenarnya. Dia tempik panggil ayah aku, tapi ayah aku tak dengar. Bila ayah aku keluar, sempat pulak diaorang bertengkar. Hadoi..Mak marah sebab ayah lambat respon, ayah marah sebab mak bising. Orang panik la katakan. Hehe.

Ular tu menyorok kat celah guni baja yang ayah aku susun kat bawah rumah. Ruang bawah rumah tu rendah, nak masuk kena tunduk. Ayah aku punggah baja tu satu demi satu. Aku pulak tunggu kat bawah rumah. Sebab ular tu akan terlepas lari kalo takda sapa tunggu. Berbekalkan lampu suluh dan sebatang buluh. Tunggu punya tunggu nampak ular tu cuba keluar tapi bila dia nampak aku dia pusing sembunyi semula.

Tunggu lagi. Ayah cuba takutkan dia dari hujung sebelah sana. Jalan keluar ular tu adalah menghala ke arah aku. Akhirnya ular tu pun cuba lari dan menuju ke arah aku. Aku campak lampu suluh dan pukul ular tu, bagi dia lumpuh, pastu aku campak keluar dari bawah rumah. Ayah aku tibai lagi bagi mati.

Masa mula-mula tadi mak aku dah cuba tibai, tapi tak kena sebab dia takut sebenarnya. Sebenarnya dah banyak hari nampak ular tu berkeliaran kat kawasan rumah. Tapi tak sempat nak pukul. Sekarang time hujan, air naik, lubang ular kat kawasan sawah biasanya dimasuki air, so ular akan datang ke kawasan kampung.

Selalunya bulan Mei setiap tahun ada la 3, 4 kes ular masuk rumah. Tapi sekarang ni cuaca dah tak menentu. Susah nak agak dah. Begitu la kisahnya malam ni.

Aku ada kenangan sebenarnya dengan ular senduk ni. Nanti aku cerita kat entri seterunya.

Gambar Hiasan


Foto: Google Image

Saturday, July 7, 2012

Koleksi Buku


Assalamualaikum wbt…

Hai semua..dah makan malam ke..? Tengah mood rajin nak update ni. Pastu saja nak tulis guna tulisan Mountains of Christmas ni. Harap-harap tak menyakitkan mata sesapa la..hehe

Tadi tiba-tiba ada feeling nak jadi juru audit kejap. Audit koleksi buku yang aku kumpul selama ni. Tak sampai tahap nak buka library peribadi lagi. Tapi angan-angan tu ada.

Buku dan bahan bacaan yang aku kumpul semuanya ringan-ringan sahaja. Ringan dari segi berat dan juga pengisiannya. Tapi masih ada mesej dan nilai yang boleh dipelajari. Nak ngan taknak je.

Apa yang aku tulis ni adalah berdasarkan pandangan aku. Pandangan orang lain mesti tak sama ngan aku. Okay, berbalik pada koleksi buku tadi. Aku ada 29 buah dari 45 buah siri Doraemon. Mungkin ada yang nak ketawa, silakan..jangan tahan. Ada yang kumpul siri doraemon ni masa dia kecik2, tapi aku sekarang baru nak kumpul. Maklum la, dulu tak jatuh hati lagi. Masa kecik suka tengok kartun kat TV je. Bab pengajaran nanti aku buat entri lain.


 
Pastu aku ada 14 buah buku dari siri Mr. Mystery. Siri ni pasal sekumpulan penyiasat remaja. Macam buku-buku penyiasatan yang aku baca masa sekolah dulu, contohnya Hardy Boys, Nancy Drew, buku-buku Enid Blyton, dan macam-macam lagi. Siri Mr. Mystery ni ada satu cerita untuk satu buku. Pastu ada siri Mr. Midnight. Yang ni aku baru ada 8 buah je. Mr. Midnight biasanya ada 2 cerita dalam satu buku. Ceritanya lebih pendek dan simple dari Mr. Mystery. Kedua-dua siri ni ditulis oleh James Lee. Dia ni based kat Singapore. Aku mula beli siri ni dari harge RM9.90 sebuah sampai dah jadi RM11.90 sekarang ni. Buku ni level budak-budak sebenarnya. Tapi aku peduli apa. Bagus baca buku ni sebab dia guna simple English. So, kalo ada yang nak improve English korang secara santai tak salah kalo nak baca buku budak-budak pun.




Seterusnya, aku ada lebih dari 50 buah majalah Ujang. Majalah ni dah lama bertapak di Malaysia, sejak aku kecik lagi. Dulu abang aku suka kumpul majalah Apo?, dua-dua majalah ni dikeluarkan oleh satu company yang sama. Tapi bagi aku kartun dalam majalah Ujang lebih cantik dan lebih lawak dari kartun kat majalah Apo? Dah sempit almari aku dengan majalah Ujang ni.
Dulu RM 4.50, sekarang dah RM 5.90


Selain yang aku tulis kat atas tu, aku ada gak beli bahan bacaan lain. Majalah Solusi pun ada, lebih kurang 10 buah, buku-buku agama dan motivasi. Novel ada 4, 5 buah. Macam aku tulis kat entri sebelum ni, aku lebih suka novel English.

Aku pun tak tahu dah berapa buah buku aku baca. Dari sekolah rendah sampai sekarang. Beribu kot. Agaknya la Aku senarai ni yang aku beli. Yang pinjam kat library tak pernah kira pulak.. Walau pun banyak membaca, Alhamdulillah mata aku masih elok. Aku takda masalah rabun atau masalah mata yang lain.

Walaupun aku senarai banyak bahan bacaan yang santai dan ringan, tak bermakna aku tak baca bahan ilmiah. Kalo tak takda la sampai boleh ambik degree..ye tak..?  

Macam dah panjang entri ni..aku berhenti dulu. Terima kasih kerana singgah baca.

FotoL Google Image





                                                                                           

Friday, July 6, 2012

John Grisham

Assalamualaikum wbt..

Happy Friday to everyone. Today's weather is good. Bright and sunny. Experienced heavy rain couple of days before. Not much activities that I can do. Just hibernating with Baq and Uih. Hehe.

Okay, today I want to write about novel. I love reading. I really do. Back in my primary school, library is a must-to-go place for almost everyday. The habit continue till I unofficially finished my study more or less a week ago.

I love reading investigation, mystery kind of books. I enjoyed them very much. Back in 4 years when I first time stepped into UniSZA library, I found an english novel. It's a quite a thick one. The title was "A Painted House", wrote by John Grisham. An American writer.

After finished reading that book, I fell in love with his writing. And I continue his other novels. Up till now I have read 7 out of his 21 novels. The main things in his writing are crime and justice. He came up with any crime and fight for the justice in court. In brief, all his novels are lawyerly oriented.

I just love it. I don't know about others. Even though the world of law is something alien to me, but through his writing, I found the passion to continue my reading. The latest novel I finished yesterday was " The Street Lawyer".

I personally suggest for you guys to read his novel. The language is easy. The plot is relevant. Full of suspence, and drama.

The writer

The first novel I read

The latest novel I read


The Street Lawyer is the only John Grisham novel that I owned. Before this I just borrowed from the library. I aim to collect all 21 novels written by him.


Yes, I prefer English novel than Malay.


Foto: Google Image