Tuesday, November 19, 2013

Hospital

Assalamualaikum wbt...

Ni update dari hospital. Tak panjang sangat kot sebab nak menaip huruf kecik-kecik kat tipon ni.

Aku tunggu mak kat wad hospital Tuanku Fauziah, Kangar. Nak buat pembedahan ganti kanta mata. Pukul 9 lebih nurse tolak mak ke bilik bedah. Aku escort la.

Pembedahan dijadual selama setengah jam saja, tapi jadi lama sebab ada kes kecemasan sorang makcik ni.

Dalam pukul 12 lebih makcik tu meninggal dunia. Dalam dok tunggu tu ada 2 orang baby selamat dilahirkan. Takziah dan Alhamdulillah pada keluarga yang berkenaan.

Pembedahan mak pulak kurang berjaya. Doktor cuma buang selaput je. Kanta tak boleh bubuh lagi sebab urat mata lemah. So kena bincang semula untuk next session.

So malam ni aku akan bermalam di wad. Ni kali kedua. First time masa arwah tok aku sakit dulu. Arwah pun dah 9 tahun takda.

InsyaAllah esok kalau takda masalah boleh discharge.

Sekian laporan dari hospital Kangaq..

Tuesday, November 12, 2013

Makcik

Assalamualaikum wbt..

Lama tak mengemaskinikan blog ni. Malas + takda idea.

Okay, semenjak ada tipon berkamera ni maka wajib la aku memenuhkan memory tipon tu dengan gambar kucing-kucing aku.

Malam ni aku nak kenalkan korang ngan Makcik, kucing paling senior kat rumah aku sekarang ni. Umur dia aku tak berapa pasti, anggaran kasar aku ada la dalam 10 tahun kot. Sebelum ni ada banyak kucing kaler oren (ginger) kat rumah, tapi sekarang tinggal Makcik je sekor-sekor.

Makcik ni kucing yang dikategorikan kecik comel. Nama asal dia Kechik, bila dah ramai anak, dia pun dah berumur tukar la jadi Makcik.

Biodata sikit:

Nama:   Makcik aka Achik
Umur:    10 tahun (agak-agak je)
Jantina: Perempuan (hahaha)
Bulu:     Ginger, semi long hair.
Perangai:

  • Tak suka diganggu. ( Dia akan lari kalau ada yang kacau dia tengah berehat)
  • Tak suka berebut makanan. (Dia akan biar yang lain makan dulu dan blah baru dia makan)
  • Tak suka didukung. (Dia akan menggelupur. Kalau ngan aku dia bagi chance dalam 2,3 minit je, setakat nak ambik hati)
  • Tak mesra ngan kucing kecik. (Ikut mood, kalau time mood elok boleh la kucing lain dok dekat, kalau bad mood tunggu la kena lempang.
  • Malas jaga anak sendiri. (Dia tahu beranak je, mak aku yang jaga anak dia. Dia cuma bagi susu sampai anak dia boleh berjalan dan mula makan nasi. Pastu pandai-pandai la ko membesar sendiri. Kadang-kadang bersilat nak paksa dia susukan anak)
  • Mendengar kata. (Bila aku panggil mesti datang punyalah)
  • Jinak-jinak merpati. (Ikut mood dia, datang dekat gesel-gesel bila nak pegang dia lari)
  • Pendiam. (Bunyi bila perlu je. Kalo panggil dia akan datang dekat. Kalo dia tak nak datang dia nyahut ngan ekor je.)



Aktiviti pagi-pagi. Mandi berjemaah. Konon rajin mandi, tapi taik mata dan taik hidung tak buang. Orang gak kena tolong cucikan.

Walaupun dah beranak banyak kali, badan tetap maintain. Takda hari korang nak tengok perut dia labuh ke lantai macam sesetengah kucing lain. 

Kalau mood dia baik, dia masuk la tido ngan aku. Bila dia tido jangan la gatal-gatal kacau..kalo tak jap lagi dia lari. 

close-up sikit muka dia tengah tido-tido ayam ni



Mandi lagi. Ekor dia pendek, almost takda. Bulu gebu, so tertutup la sikit bahagian sensitif tu.

  

Tengah melepak kat tingkap. Orang nak tutup tak bagi nyamuk masuk dia pulak sibuk nak tido kat situ.


Comel tak. Mata bulat. Susah nak ambik gambar dia sebab jenis tak reti duduk diam. Nak menjilat je. 

Foto: Koleksi peribadi


Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...