Assalamualaikum wbt...
Ni update dari hospital. Tak panjang sangat kot sebab nak menaip huruf kecik-kecik kat tipon ni.
Aku tunggu mak kat wad hospital Tuanku Fauziah, Kangar. Nak buat pembedahan ganti kanta mata. Pukul 9 lebih nurse tolak mak ke bilik bedah. Aku escort la.
Pembedahan dijadual selama setengah jam saja, tapi jadi lama sebab ada kes kecemasan sorang makcik ni.
Dalam pukul 12 lebih makcik tu meninggal dunia. Dalam dok tunggu tu ada 2 orang baby selamat dilahirkan. Takziah dan Alhamdulillah pada keluarga yang berkenaan.
Pembedahan mak pulak kurang berjaya. Doktor cuma buang selaput je. Kanta tak boleh bubuh lagi sebab urat mata lemah. So kena bincang semula untuk next session.
So malam ni aku akan bermalam di wad. Ni kali kedua. First time masa arwah tok aku sakit dulu. Arwah pun dah 9 tahun takda.
InsyaAllah esok kalau takda masalah boleh discharge.
Sekian laporan dari hospital Kangaq..
Tuesday, November 19, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Long Sarah Meninggal Dunia
Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...
-
Assalamualaikum wbt ... Hai semua. Entri pertama tahun 2020. Selamat tahun baru ye semua. Perubahan tahun sebenarnya tak banyak yang ber...
-
Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah, masih berkesempatan update blog ni. Lega rasa selepas hantar draf pertama research report pagi tadi. ...
-
Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...
2 comments:
uish...hati2 na,,
semoga semua selamat.... Assalamualaikum…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sis n kalau sudi follow la saya balik yer…
Post a Comment