Thursday, April 28, 2011

Renungan

    Marah sebenar salah satu nikmat yg Allah bagi kepada manusia. Tapi Allah tak suka kalau kita selalu sangat marah-marah. Sebab marah ni ibarat api, selalu sangat marah nanti terbakar diri sendiri.

   Aku kalau boleh tak nak marah, tapi kenapa orang saja provok untuk naikkan kemarahan aku. Semakin kita sabar, semakin terseksa kita rasa. Aku nak jadi orang yg kuat. Sebab orang yg kuat adalah orang yg boleh mengawal kemarahannya.

   Kadang-kadang terlintas di fikiran, kenapa orang lain susah nak consider perasaan kita, sedangkan kita sedaya upaya cuba consider orang lain. Unfair. Tapi takpa, setiap yg berlaku ada rahmat di sebaliknya. Kita kena yakin dengan-Nya.

  Jihad mendidik diri sendiri cukup sukar untuk kita buat. Tanpa ada panduan dan sokongan, kita mungkin kalah dengan mainan hati dan pujukan nafsu yg tak pernah jemu untuk merajai diri ini.

  Jadi, sebagai insan yg berakal, kita kena fikir sebaik mungkin bagaimana untuk menjinakkan hati yg liar dan menundukkan nafsu yg membuak. Ada pepatah yg mengatakan 'ikut hati, mati..ikut nafsu, lesu'. Pepatah ini ada kebenarannya. Jika kita membiarkan diri kita dikawal oleh hati dan nafsu, tidak mustahil kita akan menyesal satu hari nanti.

  Satu peringatan untuk diri sendiri, gunakan akal yg dikurniakan untuk menyelamat diri di dunia yg kekal selepas ini. Dunia sekarang hanyalah tempat persinggahan sementara, dijadikan untuk menguji kita.

Sandarkan segala perasaan yg melanda hanya pada-Nya. Hanya Dia yg mampu merungkai segala persoalan. Semoga kita sentiasa mendapat bimbingan dari-Nya.  

No comments:

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...