Monday, May 2, 2011

Percaya dan Yakin

Kepercayaan adalah satu keyakinan yg kita tunjukkan dan letakkan kepada seseorang. Bukan mudah untuk meraih kepercayaan orang terhadap kita. Ianya memerlukan masa untuk dibina. Rasa percaya dan yakin ini lahir apabila kita melihat perlakuan dan perbuatan seseorang yg seiring dengan apa yg dituntut oleh agama.
Contohnya, kita mempunyai seorang yg kita anggap sebagai sahabat. Kita berkawan, dan menilainya, sehingga satu tahap kita percaya dan yakin terhadap dia. Apabila timbul rasa demikian, kita tanpa ragu akan mempercayai setiap perkhabaran yg disampaikan, dan tanpa beralasan akan bertindak seperti mana yg disarankan olehnya.
Alangkah bagusnya jika sahabat yg kita percaya dan yakin itu adalah benar, dan boleh membimbing kita ke arah kebaikan dan keredhaan-Nya. Namun awas, kita kadang kala tersilap jua dalam memilih ‘sahabat’. ‘Sahabat’ ini akan merosakkan dan menjatuhkan kita pada ketika percaya dan yakin kepadanya. Dia mengambil kesempatan terhadap kepercayaan kita.
Sama juga situasinya, apabila kita yakin dan percaya dengan kekuasaan Allah S.W.T. Apabila kita benar-benar yakin dengan-Nya, kita akan beralasan lagi dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Bagaimana kita menghidupkan rasa yakin dan percaya ?
Lihatlah bukti-bukti kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T. yang ada di sekeliling kita. Kita pasti dapat melihat bukti-bukti itu sekiranya kita mahu. Bersahabatlah dengan Al-Quran dan As-Sunnah yg ditinggalkan kepada kita. Dua sahabat ini akan meningkatkan kepercayaan dan keyakinan kita kepada-Nya. Mereka juga akan membimbing kita ke jalan yg benar hingga ke akhir waktu, selagi kita tidak meninggalkan mereka.
Janganlah kita tersilap memilih Syaitan untuk dijadikan ‘sahabat’. Nescaya akan rosak dan sia-sia kehidupan kita. Syaitan adalah musuh kita yg nyata, dan kita wajip untuk memeranginya.
Nukilan ini adalah satu peringatan yg ditujukan kepada diri saya sendiri, dan juga kepada rakan, kawan dan sahabat sekalian.    
Wassalam
 

No comments:

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...