Saturday, March 30, 2013

Hancur Bahasa

Assalamualaikum wbt..

Hari dah petang baru aku makan nasi. Aku makan depan TV. Tengah tukar-tukar siaran tu, aku tertarik ngan program kat TV3. Program "1M4U Big Dream". Pengacara rancangan ni adalah Naz Rahman dan Sazzy Falak.

Bahasa perantaraan yang digunakan adalah campuran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Aku boleh terima lagi.

Tapi part yang tak boleh tu bila pengacara cakap "Selepas ini para peserta akan membuat presentasi".

Aduhai, perlu ka semua perkataan Inggeris korang nak Malaysiakan. Presentation tu dah ada makna terjemahan nya dalam Bahasa Malaysia. Presentation tu maknanya pembentangan.

Tak mampu sangat ka TV3 nak beli kamus. Tak tau la salah siapa. Salah orang yang tulis skrip atau pengacara tu sendiri.

Pihak penerbitan tolong prihatin sikit.


Foto: Google Image

Monday, March 25, 2013

New Beginning

Assalamualaikum wbt...

Agak lama aku tak update blog ni. Baru-baru ni laptop dah siap di'repair', skrin dah tukaq baru. Kelmarin aku pi bayaq bil broadband yang lama tertunggak. Yelah, buat apa aku dah bayar bil kalo nak online tak boleh..kan.

Tak tahu la ada tak lagi orang datang melawat sini. Apa-apa pun selamat bertemu kembali pada sapa-sapa yang sudi blogwalking kat sini.

Aktiviti aku lepas konvo ni xda apa sangat. Sekarang aku join program Graduates Career Accelerated Programme (GCAP). Program ni adalah peluang untuk graduan meningkatkan keyakinan dan kemahiran kmunikasi diaorang. Tak kena bayar apa-apa pun, dapat elaun lagi.

Gitu la serba sedikit. InsyaAllah lepas ni murah rezeki dapat keje. Dan memulakan fasa baru kehidupan yang lebih matang dan bermanfaat.


  

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...