Thursday, March 20, 2014

Wedding Plan

Assalamualaikum wbt...

Cuti sekolah pun dah nak mula. Sebelum tu aku ucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua budak-budak yang baru saja ambik keputusan SPM dan STPM masing-masing. (nampak tak sedikit ketuaan di situ?).

Bila cuti sekolah dah tentu ramai orang kawin dan banyak la kenduri kawin. Tahniah juga pada bakal-bakal raja sehari.

Setiap pasangan ada perancangan diaorang sendiri nak buat kenduri macam mana. Cuma aku musykil sikit dalam rencana perancangan tu.

Sekarang dah ada trend untuk celebrate pre-wedding. Bergambar dan berposing mesra padahal tak nikah lagi pun. Perlu ke? Kenapa tak ambik lepas kawin? Kan lebih elok.

Tu bagi yang budget besar la. Merantau ke merata tempat untuk ambik gambar. Bagi yang besa-besa ni pun tak kurang juga nak bergambar. Ambik gambar lepas kawin tu betul dah. Cuma tak bestnye bila pi kenduri tanya "mana pengantinnye?" ,"owh, depa takdak, pi ambik gambaq".

Orang pi kenduri nak meraikan korang yang baru kawin tu. Tapi korang takda..apa kes?
Tu je la aku musykil.

Bukan semua macam tu. Lagipun semua tu hak mereka yang nak kawin dan buat kenduri. Dan bukan nak menyalahkan sambutan orang lain yang terdahulu. Sekadar pandangan peribadi.

Yang paling penting bersederhana adalah lebih afdal.

Sekian.

1 comment:

Akmall Razlan said...

Tahh.. ini paling bongok kan? Orang dok tunggu nak tengok depa.. depa dok gambaq-gambaq, menyampah gila lau camni, ang nak amik gambaq lepaih ang kawen, ang pegi la, nak buat apa pose, lantak.. hahaha.. tapi time kenuri, tolonglah ada. hihu..*teremo, sorry...