Assalamualaikum wbt…
Ni lagi satu entry yang aku dah taip lama tapi baru hari ni nak publish. Hehe. Selamat membaca.
Hakikatnya takda istilah bohong sunat ni. Kita tak
digalakkan untuk berbohong, takut nanti jadi hobi pulak. Al-kisahnya tengah
hari 30 Mei 2014 aku ada depan TV. Dok tukar siaran 2,3 kali. Takda cerita atau
rancangan yang best. Tukar-tukar aku berhenti kat NTV7, ada rancangan berbahasa
cina. Aku cuba tengok, apa nak risau sari kata kan ada.
Rancangan ni namanya Chinese Dreams. Berdasarkan pemerhatian
aku yang seketika aku rasa tujuan rancangan ni adalah untuk menunaikan impian
orang. Apa yang aku nak kongsi ngan korang adalah kisah seorang pakcik ni.
Pakcik ni umur dia 61 tahun. Dia datang kat rancangan tu dan
tunjukkan satu mesin yang dia reka untuk bantu orang lumpuh berlatih berjalan.
Khususnya isteri dia la. Isteri dia lumpuh sejak lebih kurang 10 tahun yang
lepas. Sebabnya berlaku kemalangan di rumah diaorang. Paip gas bocor. Masa pakcik
tu balik rumah, isteri dia dah tak sedarkan diri. Dibawa ke hospital, isteri
dia koma seketika. Bila sedar isteri dia lumpuh dan tak boleh nak uruskan diri
sendiri. Dia minta kat doctor supaya benarkan dia bawa balik isteri dia ke
rumah. Dia nak jaga sendiri.
Jadi pakcik ni la jaga keperluan isteri dia. Pakcik ni ada
motel kecik dan suka membaiki mesin. Sebab tu dia boleh cipta mesin senaman
tadi. Dia kata dia cipta mesin tu sebab dia dah semakin tua, dah tak larat nak
angkat isteri dia. Alhamdulillah berkat dia menjaga saban hari tu, isteri dia
dah semakin pulih. Walaupun masih tak boleh berjalan tapi dia dah boleh
bergerak, tapi masih perlukan sokongan. Pertuturan isteri pakcik ni agak
terganggu. Mungkin kesan kemalangan dulu tu. Dia cakap seakan-akan gagap dan
sebutan juga agak pelat. Hohoho pandai pulak aku berbahasa cina.
Pengacara rancangan tu pun bertanya apa impian pakcik tu
sebenarnya. Pakcik tu jawap dia nak cari anak lelaki sulung dia. Mula-mula aku pikir
mungkin anak dia lari dari rumah kot. Pengacara tu tanya lagi, di mana anak dia
berada sekarang ni. Dia jawap anak lelaki dia yang sulung sebenarnya dah
meninggal dunia.
Pengacara ngan penonton dalam studio tu terkejut. Biar betul
pakcik ni. Dia diminta untuk cerita keadaan sebenarnya. Pakcik tu bagitau anak
dia sebenarnya dah meninggal disebabkan kemalangan paip gas bocor tu. Masa tu
anak dia berusia 23 tahun. Seorang mahasiswa yang balik kampung untuk bercuti.
Pakcik tu ngan anak lelaki dia yang kedua tak bagitau kat isteri dia yang anak
dia dah mati. Diaorang rahsiakan perkara ni selama 10 tahun.
Saban tahun isteri dia makin pulih dan kerap sebut pasal
anak sulung diaorang. Pakcik ni sedih la. Dia taknak isteri sedih bila tahu
anak dia dah meninggal. Melalui rancangan ni, pakcik tu nak minta tolong
sesiapa yang muka ada iras-iras anak untuk menyamar sekejap. Hanya semata-mata
nak bagi isteri dia gembira.
Pakcik tu cakap lagi, 3 tahun lepas dia ada tengok TV dan
ada seorang anggota polis di Beijing yang muka sangat mirip dengan anak lelaki
dia. Tapi dia tak sempat salin nama polis tu. Jadi dia minta kumpulan
penerbitan rancangan tu untuk cari anggota polis tersebut. Diaorang jumpa polis
tu dan polis tu pun setuju untuk tolong menyamar sebagai anak pasangan
tersebut.
Jadi pengacara tu pun buat la satu rancangan macam mana nak
pertemukan makcik tu ngan polis tersebut. Rancangannya diaorang nak bagi makcik
tu jumpa ‘anak’ dia sekejap saja sebab kalau lama-lama takut rahsia terbongkar.
Diaorang pun tipu kononnya ‘anak’ dia ni seorang perisik kerajaan, kerja dia
sangat merbahaya. Sebab tu dia tak balik kampung. Dia cuma dapat pelepasan sekejap saja untuk
jumpa mak dia. Dan ‘anak’ ni tidak dibenarkan untuk bercakap. Bimbang sebab
slang dia lain dari keluarga pakcik ni.
Bila dipertemukan, makcik tu jadi tak tentu arah. Semua
perasaan bercampur baur. Sudah pasti dia gembira dan sedih pada waktu yang
sama. Dia komen ‘anak’ dia ni kurus sedikit dan semakin tinggi. Dia peluk
‘anak’ dia berulang kali. Dia paham bila pengacara tu cakap anak dia kena beredar
sebab bos dah tunggu. Pakcik ngan anak kedua dia pun tahan je rasa sedih dan
nak menangis tengok makcik tu terharu jumpa ‘anak’ dia semula selepas 10 tahun.
Sepanjang kisah pakcik ni disiarkan ramai jugak penonton di
studio tu yang menangis. Lelaki dan perempuan menangis sekali. Dengan aku
sekali mengalir air mata. Touching
beb. Ni la bohong sunat yang aku cuba kongsikan dengan korang.
Kisah ni hanyalah satu daripada jutaan kisah kasih sayang
seorang suami kepada isterinya. Sanggup melakukan apa saja asalkan si isteri
gembira. Antara kata-kata pakcik tu adalah “Wanita adalah seorang yang penting
dalam sebuah keluarga”, “dan tidak sempurna sebuah keluarga tanpa seorang
wanita”.
Sekian, terima kasih.