Hai semua, apa khabar ?
Okay, sebelum aku mula mengarang (cewahh), aku nak ingatkan entry sesuai untuk animation freak macam aku, dan juga ibu bapa yang ada anak 12 tahun ke bawah.
Animation pertama yang membuka tirai 2016 ialah Zootopia. (kalau tak silap aku la..hehe). So, macam biasa, aku suka cerita balik serba sikit jalan cerita dia. Jadi kalau tak mau aku spoil the excitement, sila berhenti baca di sini.
Zootopia ni sebenar sebuah bandar besar. Kat bandar semua haiwan hidup aman harmoni. Tak kira la species pemangsa atau mangsa. Bandar ni canggih, lawa sangat dia punya suasana pembangunan dia.
Watak utama cerita ni adalah seekor arnab yang bercita-cita tinggi. Dia nak jadi seekor polis. Polis pertama dari bangsa arnab. Keadaan dia macam seorang anak muda dari luar bandar nak berhijrah ke bandar besar dan mengejar impian dia. Zootopia ni macam Kuala Lumpur la. Zootopia ni ada 3 daerah kecil.
Arnab ni nama Judy Hopps. Yang sebelah dia tu musang nama Nick Wilde. Masa Judy pi lapor diri kat ZPD (Zootopia Police Department) dia cuma diberi tugas untuk jaga parking. Saiz badan dia kecik so haiwan lain macam pandang rendah la kat dia.
Masa tu ZPD tengah kendalikan kes misteri kehilangan 14 ekor haiwan pemangsa. Dia nak bantu siasatan tapi Chief Bogo tak bagi.
Ni la Chief Bogo. Serius sangat-sangat. Masa tengah bertugas jaga parking, Judy tak sengaja pi tangkap seekor pencuri, Weaselton. Masa kejar-kejar tu jugak dia dah selamatkan seekor tikus. Chief Bogo mengamuk suruh Judy letak jawatan. Pastu ada seekor memerang merayu suruh cari suami dia Emmit Otterton. Judy sukarela nak tolong siasat.
Masa dok siasat kehilangan Emmit ni la Judy pujuk Nick supaya tolong dia. Nick ni musang yang licik, dia selalu tipu haiwan lain. Dia mulanya terpaksa je tolong Judy ni sebab Judy dah rakam pengakuan dia menipu.
Siasat punya siasat diaekor masuk kawasan seekor gangster yang digeruni, Mr. Big. Dia punya bodyguards semuanya polar bear. Oh..dia tinggal kat daerah tundra. Gerun gila masa diaekor kena cekup ngan bodyguards Mr. Big. Korang nak tengok rupa Mr. Big yang digeruni tu ??
Ni la Mr.Big, yang duduk atas kerusi tu. Judy dengan Nick nyaris-nyaris kena rejam dalam kolam ais. Tapi anak Mr.Big sempat halang sebab Judy pernah selamatkan dia. Mr.Big pun setuju tolong diaekor. Siasatan ni membawa diaekor jumpa dengan seekor harimau kumbang yang tiba-tiba mengamuk.
Siasat lagi diaekor jumpa satu makmal yang terpencil. Tempat 14 ekor haiwan pemangsa yang hilang tu dikurung. Semua diaekor tu macam kena rasuk. Tiba-tiba muncul Mayor Lionheart. Mayor tu kena tangkap sebab dituduh mendalangi penculikkan.
Masa sidang akhbar kat ZPD, Judy dah bagi satu kenyataan yang mencetus huru hara kat Zootopia. Nick kecik hati ngan dia. Dia pun kecewa, letak jawatan balik kampung. Masa tengah jaga gerai carrot mak ayah dia, dia dah dapat satu jawapan sebab apa semua haiwan tu kena rasuk.
Dia pi pujuk Nick semula untuk tolong dia. Sambung siasatan diaekor jumpa dalang sebenar. Pembantu Mayor, Bellwether. Ada la aksi-aksi suspen masa nak tumpaskan Bellwether. Pastu habis.
Tema cerita ni sebenarnya nak galakkan kita supaya percaya dan kejar impian kita. Tak kira apa pun pandangan haiwan di sekeliling. Go catch your dreams.
Okay, masa Judy lapor diri kat ZPD, ada seekor harimau bintang jaga kaunter pertanyaan. Chubby sangat, keje makan je dia, Officer Clawhauser. Bawah ni antara watak-watak penting dalam Zootopia. Baru aku perasan, cerita ni tak ada haiwan reptilia.
Okay, lepas baca ni korang jangan tak pergi tengok pulak. Walaupun korang dah tahu jalan cerita dia tapi korang tak tengok lagi visual dia. Bawa la anak-anak masa cuti hujung minggu. Yang aku suka adalah lagu dia..perghhh terbaik. Lagu " Try Trying" nyanyian Shakira. Shakira mainkan watak seekor gazelle. Dia macam ikon kepada Zootopia, seekor penyanyi yang diminati ramai. Korang kena tengok sampai habis untuk dengar lagu ni.
Haa..tengok penari latar dia. Handsome giler.
Sekian terima kasih sebab sudi baca.
p/s: kat panggung tadi ada 3 orang je tengok. Aku, sorang lelaki dalam 30an, pastu seorang pakcik dalam 50an.
Photo: Google Image
No comments:
Post a Comment