Tuesday, October 15, 2013

Please La

Assalamualaikum wbt..

Mula-mula aku nak ucapkan Selamat Berkorban pada semua umat Islam. Dan selamat menunaikan ibadah haji pada yang berada di Tanah Suci.

Entri hari ni aku nak kongsi sedikit kesalahan bahasa. Hahaha..dah macam cikgu la pulak. Kita tengok dulu gambar yang aku tampal ni.

Versi English

Versi Bahasa Malaysia

Gambar ni aku ambik dari buku panduan pinjaman sebuah institusi kewangan. Buku tu disediakan dalam dwibahasa. Dalam gambar pertama, korang boleh nampak aku kotakkan perkataan "fees", dan aku rasa korang paham kan maksud dia. Fees = yuran/bayaran. 

Gambar kedua pulak adalah terjemahannya. Tengok apa yang aku kotakkan. Diaorang guna "fi" untuk gantikan "fees". Sungguh malas orang yang buat buku panduan ni. Ataupun sekolah tak habis. Perkataan asas macam tu pun tak tau. 

Sekarang ni aku perasan banyak terjemahan yang dilakukan sesuka hati. Suka ikut cara Indonesia terjemah. Apa masalah orang Malaysia ni? Susah sangat ka nak belek kamus sikit, tak pun tanya orang yang berpengetahuan dalam bidang alih bahasa. 

Ok, aku berhenti kat sini dulu. Kalo tak nanti lagi panjang aku bebel.

Foto: Aku Punya. 


2 comments:

akmall said...

Nazirah : ni memang kesalahan bahasa tahap gaban ni...bukan FEE tu YURAN ke? ke nak eja YURAN tu payah?

Liselle MonCherie said...

One word, unacceptable!
Perkataan lain boleh diterjemah kecuali fees? what in the world...