Monday, October 21, 2013

Eksploitasi

Assalamualaikum wbt..

Hai semua..iklan amat berkait rapar dengan wanita. Korang setuju tak ngan kenyataan ni? Kebanyakkan iklan direka untuk memujuk dan mempengaruhi wanita. Di samping menggunakan wanita sebagai pelaris barangan.

Eksploitasi ni jadi bila wanita digambarkan dengan keadaan yang melebih-lebih atau "over". Kadang-kadang takda kena-mengena pun ngan barang yang nak dijual tu.

Sebagai contoh, korang tengok gambar yang aku snap kat sebuah kedai kasut dalam sebuah pasar raya.



Iklan ni nak promosikan kasut sebenarnya. Tapi kenapa mesti model tu digambarkan sedemikian rupa. Nak pakai kasut pun kena selak kain sampai macam tu ke?

Ni la rupa salah satu iklan yang mengeksploitasi wanita. Tapi aku rasa model tu tak kisah pun walaupun gambar dia terpampang besar kat dinding kedai tu. Tak payah la aku tak blurkan tempat tertentu sebab memang semua orang yang masuk psar raya tu dah tengok gambar ni .

Iklan jam tangan pun kadang-kadang macam ni jugak. Nak jual jam tangan je, tapi model tu kemain seksi, posing menggoda lagi. 

Ingat apa? bila pelanggan sarung kasut tu kat kaki terus jadi comel macam anak patung ke. 

Ni la budaya yang diamalkan Barat. Sengaja nak buat kita terima pemikiran serupa ngan depa. Nak kita anggap seksi, terdedah sana sini tu adalah perkara biasa. 

Foto: Sendiri

1 comment:

Ayuni said...

Pengaruh media barat...