Agak lama ye aku tak kemas kini blog ni. Tapi kini aku kembali..hehe. Nak kata sibuk pun tak la sangat, lebih kepada malas sebenarnya. Tak payah nak ke laut sangat, kita balik pada isi yang nak dikongsikan.
Sebelum tu aku nak pesan :
Ini adalah entri panjang dan penuh dengan gambar. (maklum la malas update, so sekali update tu semua nak sumbat la). Pastu ni campuran aktiviti lama dan baru. Sekian.
Okay, bulan 11 tahun lepas aku pi melawat Taman Ular dan Reptilia Negeri Perlis. Tak ingat pulak dah berapa kali aku pi sana. Kali ni aku ajak kakak abang aku berserta keluarga diaorang pi sebab ada pameran kucing. Teruja sangat nak tengok pameran kucing sebab ni kali pertama buat aku. Gelak la kalo korang nak.
Pameran ni dibuat dalam satu khemah khas dan siap air-cond lagi. Penting ni sebab taknak jadi kes kucing mati kepanasan dan kelemasan. Dalam khemah tu memang sesak dengan manusia. Kebanyakkan mesti la yang sama minat macam aku. Aku tak bilang pulak ada berapa ekor. Hehe.
Jadi takyah buang masa, jom tengok gambar-gambar yang sempat aku tangkap. Jangan harap gambar bertaraf 5 bintang ye. Aku bukan jurugambar terhebat.
Budak oren ni nama Oboi. Suka la tengok kucing jantan kaler ni. Kebanyakkan kucing yang dipamerkan aku rasa jantan belaka sebab badan masing-masing besaq macam anak beruang.
Tak kisah dengan bunyi bising .
Muka 'kau apahal'
"Manusia-manusia ni tak penah tengok kucing gamaknya. Bosan aku"
Putih-putih melati ngantuk la
Ada yang tuan baik hati letak kucing kat luar, so boleh la gosok sorang sikit. Ada tuan yang protective, letak plastik dalam sangkar so tak boleh nak cuit-cuit.
Kenmain bergolek
Lagi sekor yang tak kisah. Tido diutamakan.
2 ekor beruang ni memang handsome, aku rasa 2 beradik kot. Corak sama, saiz pun lebih kurang je. Oleh sebab depa handsome dan duduk diam je, lebih la sikit gambar diaekor.
Mata galak nak main tu.
Abang besar haus. Tuan dia bagi air.
Yang ni tengok macam dah senior je. Berat je kepala tu.
Tengok apa tu?
Keluar dari khemah kucing tu aku dengan anak sedara aku pusing-pusing la taman ular dan reptilia ni. Cuma agak sedih kot tengok keadaan sesetengah sangkar ular yang tak dibersihkan. Air kadang-kadang berlumut. Pastu kulit-kulit ular dibiarkan bersepah. Ada yang sakit tak dirawat. Taman ni buat masa sekarang dalam proses baik pulih. Jadi tak banyak sangkar ular yang boleh korang tengok. Harap sangat bila proses penambaikkan ni selesai, ular dan haiwan lain yang ada akan bertambah selesa dan kebajikan diaekor terjaga.
Selonggok ular tedung selar.
Ulaq sawa paling besar kat taman ni.
Antara haiwan yang baru kat taman ni, Burung Unta. Selalu orang tunjuk badan dia dan ke atas je. So bila tengok kaki diaekor, aku terkagum sekejap. Jari kaki dia ada 2 je rupanya.
Pastu ada rusa 2 ekor. Sumbangan dari UITM Perlis.
Lepas tu aku masuk ke dalam bangunan yang dekat ngan pintu masuk. Dalam bangunan ni ada sangkar kaca. Tengok ular sawa ni, sekerat badan dia corak lain, lain sekerat corak lain pulak. Dalam gambar tu cuma seekor ular saja ye. Hebat ciptaan Allah.
Ular albino
Ada satu ruang diletakkan blok-blok kaca yang mengandungi spesimen ular yang telah diawetkan. Ada banyak sebenarnya. Tapi aku bagi contoh 2 je la kat korang.
Baru-baru ni aku pi sekali lagi kat taman ular tu. Kali ni sebab jadi pemandu pelancong pada kak aku dan suaminya. Depa baru kawin. Tak banyak gambar yang aku ambik.
En. Boya ni adalah boya yang paling besaq kat situ. Tapi sedih tengok kolam dia, air berlumut ntah tahap apa, hijau je. Bukan aku nak suruh pekerja kat situ bergadai nyawa masuk berus kolam tu, tapi sekurang-kurangnya sedut la air yang dah berlumut tu dan ganti ngan air baru.
Pastu aku ambik gambar bunga. Entah apa ke nama pun aku tak tahu.
Ambik gambar sebab nampak cantik.
Kawasan ni pun nampak redup je. Berkelah makan nasi kat sini sedap woo.
Harga tiket masuk adalah RM5 untuk dewasa. Kalo bawa kamera kena caj lagi. Aku guna tipon je so takda la caj tambahan.
Foto: Hak milik yang tercetak.
No comments:
Post a Comment