Friday, January 23, 2015

Ronda Perlis (Bhgn 2)

Assalamualaikum wbt ...

Bertemu kembali ye hari ni cik-cik, abang-abang, kakak, dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya.

Semalam aku ada tulis pasal aku pi melawat Taman Ular dan Reptilia Negeri Perlis, siap dengan gambar semua. Maklum la dah ada telefon berkamera. Biarlah aku di zaman ku sendiri.

Okay, hari ni nak sambung pasal tempat lain yang aku melawat. Masih lagi kat negeri Perlis. Tempat seterusnya (bajet macam banyak je) adalah Muzium Kota Kayang. Aku selalu nampak signboard muzium ni tapi tak pernah menjejaki tempatnya kat mana. Jadi dah alang-alang aku jadi pemandu pelancong, aku pun ajak la kak dan abang ipar aku pi sana.

Dari Taman Ular ke Muzium Kota Kayang aku menggunakan khidmat Google Maps. Sangat tepat arahannya. Melawat jiran pun guna google...hahahha. Muzium ni dalam lingkungan kawasan Kuala Perlis. Maaf la aku tak ambik gambar muzium tu dari luar ye. Korang boleh google je..hehe.

Tapi takpa, aku rajin tolong 'google'kan untuk korang.


Ni la gambar dari luar. Kredit gambar ni adalah milik saudara Mohamad Hasan. Seperti yang korang nampak kawasan muzium ni dikelilingi oleh bukit. Sebab sejarahnya muzium ni didirikan di atas tapak istana kerajaan lama. Bukit-bukit tu bertindak sebagai kubu. Kawasan dalam pagar muzium luas dan bergabung dengan alam semulajadi. 

Tetapi, tempat ni agak sunyi. Jadi kalau nak datang melawat tu biarlah berteman. Takda bayaran masuk yang dikenakan. Ada beberapa buah bangunan yang mempamerkan barang-barang mengikut kategori yang disediakan. Dah macam ayat nak masuk pertandingan je. 


Bila korang dah masuk dan letak kendaraan korang boleh tengok papan penunjuk arah ni. Korang boleh pilih la nak pegi arah mana dulu. Jangan risau sebab tempak letak kenderaan yang disediakan agak luas. Masa melawat hari tu kami mulakan dengan masuk bangunan pertama. Yang korang boleh nampak kat belakang papan tanda tu. Bangunan ni mempamerkan serba sedikit pasal sejarah negeri Perlis Indera Kayangan. Lepas tu ada barangan senjata tradisional dan juga artifak arkeologi. 




Tu aku dah tolong ambikkan gambar waktu melawat muzium ni. Boleh lah korang rancang bila nak datang melawat nanti. Kat sebelah pintu masuk tu ada disediakan buku pelawat. Boleh lah kalau nak tulis nama buat kenangan. Lepas tu korang kalau nak lepak lama-lama dalam tu pun boleh sebab ada penghawa dingin. Sebelum masuk korang kena buka kasut tau. Kawasan sekitar, sama ada luar atau dalam bangunan pameran adalah bersih dan terjaga. 


Ni la antara artifak arkeologi yang dipamerkan. Tapi ni bukan natu nisan yang sebenar, hanya replika sahaja. 


Keris panjang.


Antara senjata yang dipamerkan. Banyak sebenarnya tapi aku bagi contoh 2 je. Nak tengok yang lain korang kena la menjejakkan kaki sendiri ke muzium ni. Hehe. Keluar dari bangunan pertama ni kami belok sebelah kanan. Korang akan nampak satu pintu pagar menuju ke celah bukit. Laluan ni sebenarnya menuju ke Makam Al-marhum  Kayang. Baginda seorang adalah seorang raja yang pernah memerintah negeri Perlis suatu ketika dahulu. Nama muzium ni sempena nama Baginda la. Pastu kalau korang perasan dalam nama negeri Perlis pun ada perkataan 'Kayang' : Perlis Indera Kayangan. Nama sebenar Baginda lain sebenarnya, 'Kayang" ni lebih kepada gelaran. Susur galur keturunan Diraja Perlis ni ada bersilang dengan keluarga Diraja Kedah. 


Ni la makam yang aku maksudkan. Kiri dan kanan korang adalah bukit berbatu. Boleh tahan la besar setiap ketul tu. Pastu kawasan ni didiami oleh kera. Diaekor ada je terlompat-lompat atas pokok, dan berehat di atas batu-batu. Diaekor tak kacau orang. Jangan pulak korang baling batu kat diaekor. Korang masuk kawasan diaekor, jadi tolong hormat sikit ye. 


Lepas tengok makam tu korang akan turun ikut tangga ni dan pusing mengelilingi kawasan belakang muzium. Penuh kehijauan dan kesunyian alam semulajadi. 


Ikut je laluan yang disediakan. Ada satu telaga kecik berlatar belakangkan bukit berbatu. Cangkat je telaga ni. Tau tak cangkat tu apa? Dalam bahasa baku cangkat tu bermaksud cetek. Ikan takda, berudu je banyak. 


Pusing telaga tu korang akan jumpa kolam ni. Luas la jugak. Ikan tak banyak, ada la 2, 3 ekor. Air pancut pun diaorang tak pasang. Mungkin bila ada majlis dan orang ramai kot baru pasang. Makam yang korang lalu tadi ada kat celah bukit tu la. Bangunan kecik tu tandas sebenarnya, tangga yang aku tunjuk tadi tu ada kat sebelah kiri tandas tu. Aku harap korang paham apa yang aku cuba sampaikan. 


Bila korang toleh ke kiri korang akan nampak bangunan ni. Ni bangunan yang mula-mula aku masuk tadi. Pandangan dari belakang. Ikut lagi laluan yang ada tu korang akan sampai ke bangunan seterusnya. 

Baik korang buka kasut sekarang, sebelum bersepai kena tembak. Hehe. 



Nak masuk galeri DiRaja, korang akan disambut oleh meriam-meriam tadi. Seperti namanya la, bangunan ni menghidangkan barang-barang milik kerabat DiRaja. 


Mangkuk tingkat yang diperbuat daripada perak. (kalo tak silap la)


Pistol


Projektor lama. Kebetulan flash kamera kat situ, nampak macam sedang berfungsi. 


Gong besar. Kat belakang tu korang nampak kan potret keluarga DiRaja.


Ada satu ruangan khas untuk set bilik beradu DiRaja. 


Ada set kerusi, almari pakaian dan juga katil ni. Korang tak boleh sentuh apatah lagi nak posing kat katil tu. Ada pagar kaca yang menghadang kat situ. Dalam gambar tu korang boleh nampak sikit bucu pengadang kaca. 


Ni pulak kipas yang diperbuat daripada tembaga. Berkenan pulak aku tengok. 


Bersebelahan dengan galeri Diraja adalah galeri kebudayaan. Macam namanya jugak, galeri ni memaparkan serba sedikit kebudayaan tradisional masyarakat dahulu. 


Antara alatan yang digunakan untuk menangkap ikan.


Benda ni sebenarnya pengasah gergaji. Sekali tengok macam batu nisan pun ada. Entahlah macam mana ia berfungsi. 


Ni pulak beberapa contoh sangkar burung. Ada yang biasa-biasa, ada yang berukir cantik.

Kat bahagian luar tu korang akan nampak ada beberapa buah kereta dan bot. Tak tahu la milik sapa. Habis melawat muzium, kitaorang pun balik ikut Kuala Perlis. Dah dekat dengan kawasan tu, rasa macam jauh pulak nak pusing ke arah pusat bandar. 

Dah alang-alang lalu Kuala Perlis, kami singgah la kat kedai makan yang ada di sepanjang jalan tu. Kalau korang ambik lebuhraya yang menuju Kuala Perlis, sampai kat simpang 3 yang terakhir tu korang ambik kiri. Kalau ambik kanan korang akan menuju ke jeti. Simpang kiri korang akan jumpa deretan kedai makan. 

Banyak pokok ceri kat kawasan ni. Pokok-pokok ceri ni ditanam untuk menggantikan bumbung. Jadi bila korang tengah makan takda la kena cahaya matahari terus ke kulit kepala. Tapi kalau hujan tu kuyup jugaklah kiranya. Nak makan kat kawasan berbumbung pun takda masalah. Kedai-kedai ni semua buka pada sebelah petang sahaja. Semua kedai-kedai ni mengadap laut. 


Setiap kedai ada ciri-ciri tarikan yang tersendiri. Macam kedai ni dia gantung plastik air berwarna. Air warna-warni dimasukkan dalam plastik putih dan juga plastik aiskrim Malaysia yang panjang tu kemudian gantung la. Meriah la jugak aku tengok.


Macam aku cakap tadi, kedai-kedai ni mengadap laut. Antara laut dan kedai cuma dipisahkan oleh sebatang jalan raya dan deretan batu penampan hakisan. Yang nampak pulau sikit tu adalah sebahagian dari Pulau Langkawi. 


Ni pulak sebuah lagi kedai. Dia buat burung menggunakan upih pinang kat bahagian ekor tu. Sabut kelapa untuk badan dan kepala. Batang daun kelapa untuk tempat burung bertenggek dan pelampung untuk leher burung. Ada satu pemberat disambung kat kepala burung tu nak bagi kepala dia tak jatuh. Burung ni akan bergerak ikut tiupan angin. Dok tepi laut kan, mesti la angin ada, tambahan pulak waktu petang. Kreatif la tuan kedai ni. Sebagai tarikan dan juga identiti perusahaan masing-masing.

Selalu orang datang sebab nak makan laksa Kuala Perlis. Dari segi rasa aku taknak komen apa-apa, sebab setiap orang deria rasanya berbeza. Aku pulak jenis tak berapa nak cerewet bab makan ni. Aku cuma galakkan korang singgah di salah satu kedai yang ada, pekena ABC, cendol atau laksa sambil dengar deru ombak dan rasa tiupan angin. Kalau datang waktu air surut boleh la tengok nelayan cari siput. Ada yang memancing dan tak kurang yang ber'dating' . 

Sekian saja la aku kongsikan aktiviti aku meronda negeri Perlis. Nanti aku kongsi pasal tempat lain pulak ye. 

Terima kasih kerana sudi baca. 


Foto: Hakmilik yang tertera. 

4 comments:

Anonymous said...

uih,, jauh no melancong.. Aiz masih tak sampai sampai lagi.. huhu

http://aizfaizi.blogspot.com/

Naz said...

Aiz: hehe..tak jauh la..berjiran je ngan Perlis.

Unknown said...

Berapa keluasan kawasan muzium kota kayang?

Naz said...

Maaf ye..hampir 3 tahun baru jawap. Lama tak buka blog ni. Luas jugak kawasannya. Sunyi kat situ..tak ramai orang pi.

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...