Saturday, November 7, 2015

James Bond Spectre

Assalamualaikum wbt ...


Di pagi yang hening ni aku nak update blog sikit. Line laju kan. Sambil-sambil download citer baik aku update serba sikit kan.

Okay, kemarin, Jumaat 6/11/15. Aku pi tengok wayang citer James Bond yang terbaru.


So aku nak citer sinopsis dia la kisahnya. Jadi kalau sapa-sapa yang tahu citer ni macam mana boleh teruskan membaca. Tapi yang taknak hilang rasa excited nak tengok sendiri citer ni, sila berhenti di sini ye. Jangan nak marah-marah aku pulak.


Citer Bond kali ni pasal satu organisasi yang nak memonopoli kuasa keselamatan dunia, nama organisasi ni Spectre. Masa mula-mula citer si Bond ni dah letupkan satu bangunan dan rampas sebuah helikopter. Biasa la citer omputih kalo tak melingkup memang taksah. Walaupun benda tu hanya teknik CGI.



Sebenarnya Bond ni tengah laksanakan misi sulit. Dia dapat wasiat dari mendiang bos dia, si M. M suruh dia track seseorang. Hasil siasatan tu bawa dia ke Mexico. Lepas dia buat kecoh kat Mexico, dia digantung kerja.


Masa ni dia punya department M15 tu tengah ada krisis. Ada seorang lelaki yang nak bubarkan department tu sebab dia kata ejen 00 ni ketinggalan zaman. So dia prefer teknologi canggih.


Bond ni tak kisah pun dia kena gantung. Dia masih nak teruskan misi dia. Bos dia yang baru, nama M jugak suruh si Q, diaorang punya security engineer, untuk suntik microcip kat tangan Bond. Tujuannya supaya diaorang boleh tahu kedudukan Bond setiap masa. Nak elakkan Bond ni buat hal.


Bond mintak tolong Q ngan Moneypenny untuk cover dia. Moneypenny ni setiausaha si M. Lepas tu Bond pi ke Rome untuk hadir majlis pengebumian lelaki yang dia bunuh kat Mexico awal-awal tadi. Lelaki tu ahli kongsi gelap. Kat sana dia jumpa la balu lelaki tu. Monica Belluci yang pegang watak balu ni. Lepas one night stand untuk korek rahsia pasal kongsi gelap, Bond pun masuk dalam satu mensyuarat. Mesyuarat ni bincang pasal diaorang punya agenda untuk buat huru hara di seluruh dunia pastu macam mana diaorang ambik kesempatan dalam masalah yang ada. Ada sebut sikit pasal human trafficking dan ubat tiruan.

Bond kantoi masa ni sebab bos organisasi ni tahu dia ada dalam meeting tu. Apa lagi kena ligan la. Babak ligan-ligan ni best jugak la. Bond naik keta apa ntah yang dia curi dari bengkel Q. Agen jahat tu pulak naik Ferrari kot. Ligan punya ligan, Bond tu selamba je humban keta canggih tu dalam sungai.


Sikit demi sikit dia jejak organisasi tu. Sampai dia buat janji ngan musuh sendiri. Musuh dia tu ahli organisasi yang berpaling tadah. Jadi organisasi ni nak bunuh dia. Dia memang tunggu masa ja nak mati masa Bond pi jumpa dia. Dia setuju nak tolong dengan syarat Bond kena jaga anak perempuan dia.


Bond pun track anak perempuan dia, Madelaine. Sebab Bond pi jumpa Madelaine ni la perempuan tu kena culik ngan organisasi tadi. Satu hal kena selamatkan pulak. Adegan nak selamatkan tu lingkup la satu kapal terbang ringan, satu bangsal dan 2 jip. Madelaine tak suka kat Bond, tapi dia sanggup tolong jugak. Madelaine bawa Bond pi satu hotel kat Tussier. Ada satu bilik istimewa yang mak ayah dia slalu pi sambut ulangtahun depa.

Bilik tu sepatutnya ada rahsia pasal organisasi tadi. Tapi Bond tak jumpa apa-apa. Dengan bantuan seekor tikus kecik, Bond jumpa la bilik rahsia, dia pecahkan dinding bilik hotel tu. Dari bilik tu depa pi ke kawasan gurun kat mana ntah.


Masa dalam perjalanan nak ke gurun tu depa naik kereta api. Pastu ada la orang jahat wakil organisasi tu. Badan dia giler besaq. Sekali tengok macam Batista yang main gusti WWE tu. Lingkup la gerabak kereta api tu. Sampai kat satu perhentian kat tengah-tengah gurun tu, ada orang jemput depa.


Kat gurun tu ada markas si ketua organisasi tu. Sebenarnya dia dah intip depa ni setiap masa. Pastu dia yang biayai projek gabungan kuasa keselamatan tu. Kalau projek tu berjaya, depa boleh monitor dan kawal keselamatan negara-negara lain. Tujuan utama nak wujudkan New World Order (macam penah dengar kan).


Berlawan la pulak kat situ. Last sekali markas tu meletup. Tapi bos dia tak mati lagi. Bond ngan Madelaine balik ke London nak bagitau rahsia pasal projek tu. Masa ni department M15 dah dibubarkan. Bos dia, M tu tak puas hati kat seorang lelaki ni. Dia sebenarnya orang suruhan bos jahat.


Masa Bond nak pi halang projek tu, Madelaine ni tak nak ikut. Pastu dia kena kidnap sekali lagi. Terpaksa la Bond selamatkan dia lagi. Bos jahat tu sebenarnya abang angkat si Bond. Dia letak Madelaine dalam satu bangunan lama. Pastu suruh Bond cari dalam masa 3 minit. Kalau tak bangunan tu meletup. Sebab yakin Bond takleh selamatkan perempuan tu, Bos jahat ni naik heli pastu tunggu bangunan tu meletup. Lingkup satu bangunan lagi


Bond sempat ja selamatkan perempuan tu, dah memang dia hero citer ni kan. Pastu dia kejar heli bos jahat tu. Dia ngan Madelaine naik bot laju. Tembak-tembak kena la badan heli pastu terhempas. Dia bersemuka ngan abang angkat dia. Tapi dia tak bunuh, jadi baik la sat. Bos tu kena tangkap. Projek keselamatan tu pun sempat dihalang.


Secara peribadi, jalan cerita dia biasa saja. Pastu elemen suspen tu tak begitu meyakinkan. Apa yang ketara aku tengok citer ni sebenarnya ada nak gitau pasal illuminati. Macam mana diaorang menguasai dan mengatur dunia ikut suka hati depa. Matlamat diaorang nak kuasai keselamatan dunia. Ada satu adegan depa buat kecoh kat Cape Town sebab Afrika Selatan tak setuju ngan rancangan keselamatan depa.


Kononnya projek keselamatan tapi sebenarnya depa nak kuasai pemerintahan negara lain. Ye lah nak buat keselamatan tu nak lari dari sapa sebab depa yang sebenarnya ancam keselamatan dunia. Walaupun citer ni Bond berjaya halang projek tu tapi realitinya Bond pun orang depa jugak secara tak langsung.


Perasan tak bila Malaysia sokong Palestin dan secara tak langsung tak setuju ngan idea diaorang, apa jadi kat Malaysia. Sikit demi sikit bab keselamatan kita dicuit. Sebab bila kita ada masalah keselamatan depa akan hantar orang depa atas alasan nak membantu. Mungkin ini hanya teori tak konkrit aku tapi ada asasnya kalau korang fikir betul-betul.


Sekian, terima kasih



Foto: Google Image

3 comments:

Akmall Razlan said...

sounds amazing...

K.A. said...

Alamak.. ni bukan sinopsis dah ni.. ni cerita habis. Hahaha

aizamia3 said...

Biasa baca sinopsis.. ni pakej lengkaplah.. ;)

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...