Thursday, December 10, 2015

Takziah

Assalamualaikum wbt...


Bulan 12 ni kita terima beberapa berita kematian. Antaranya kemangkatan Tengku Laksamana Johor, Tunku Abd Jalil, kemangkatan Raja Muda Kedah, Tunku Abd Malek,  Pelawak Pak Yus, dan Seniwati Mariani.

Tu yang dikenali ramai. Yang meninggal di kawasan sekitar kita juga ada. Dah sampai janji mereka dengan Maha Pencipta melalui bermacam-macam asbab. Ada yang sakit, ada yang tua, ada yang kemalangan dan sebagainya.

Takziah diucapkan pada ahli keluarga Allahyarham dan Allahyarhamah.


Syarat mati adalah hidup. Dan setiap yang hidup akan mati.

2 comments:

aizamia3 said...

Tanpa sedar seorang demi seorang meninggalkan kita..

ctpayong said...

kematian yang menginsafkan.
yang memberi kenangan untuk dicontohi serta diteladani.
memberi aspirasi membaiki iman dan diri.

Kepada Allaah jualah tempat paling baik kita pulang.

Al Faatihah, aamiin Ya Robb.