Wednesday, November 5, 2014

Bohong Sunat

Assalamualaikum wbt…

Ni lagi satu entry yang aku dah taip lama tapi baru hari ni nak publish. Hehe. Selamat membaca. 

Hakikatnya takda istilah bohong sunat ni. Kita tak digalakkan untuk berbohong, takut nanti jadi hobi pulak. Al-kisahnya tengah hari 30 Mei 2014 aku ada depan TV. Dok tukar siaran 2,3 kali. Takda cerita atau rancangan yang best. Tukar-tukar aku berhenti kat NTV7, ada rancangan berbahasa cina. Aku cuba tengok, apa nak risau sari kata kan ada.

Rancangan ni namanya Chinese Dreams. Berdasarkan pemerhatian aku yang seketika aku rasa tujuan rancangan ni adalah untuk menunaikan impian orang. Apa yang aku nak kongsi ngan korang adalah kisah seorang pakcik ni.

Pakcik ni umur dia 61 tahun. Dia datang kat rancangan tu dan tunjukkan satu mesin yang dia reka untuk bantu orang lumpuh berlatih berjalan. Khususnya isteri dia la. Isteri dia lumpuh sejak lebih kurang 10 tahun yang lepas. Sebabnya berlaku kemalangan di rumah diaorang. Paip gas bocor. Masa pakcik tu balik rumah, isteri dia dah tak sedarkan diri. Dibawa ke hospital, isteri dia koma seketika. Bila sedar isteri dia lumpuh dan tak boleh nak uruskan diri sendiri. Dia minta kat doctor supaya benarkan dia bawa balik isteri dia ke rumah. Dia nak jaga sendiri.

Jadi pakcik ni la jaga keperluan isteri dia. Pakcik ni ada motel kecik dan suka membaiki mesin. Sebab tu dia boleh cipta mesin senaman tadi. Dia kata dia cipta mesin tu sebab dia dah semakin tua, dah tak larat nak angkat isteri dia. Alhamdulillah berkat dia menjaga saban hari tu, isteri dia dah semakin pulih. Walaupun masih tak boleh berjalan tapi dia dah boleh bergerak, tapi masih perlukan sokongan. Pertuturan isteri pakcik ni agak terganggu. Mungkin kesan kemalangan dulu tu. Dia cakap seakan-akan gagap dan sebutan juga agak pelat. Hohoho pandai pulak aku berbahasa cina.
Pengacara rancangan tu pun bertanya apa impian pakcik tu sebenarnya. Pakcik tu jawap dia nak cari anak lelaki sulung dia. Mula-mula aku pikir mungkin anak dia lari dari rumah kot. Pengacara tu tanya lagi, di mana anak dia berada sekarang ni. Dia jawap anak lelaki dia yang sulung sebenarnya dah meninggal dunia.

Pengacara ngan penonton dalam studio tu terkejut. Biar betul pakcik ni. Dia diminta untuk cerita keadaan sebenarnya. Pakcik tu bagitau anak dia sebenarnya dah meninggal disebabkan kemalangan paip gas bocor tu. Masa tu anak dia berusia 23 tahun. Seorang mahasiswa yang balik kampung untuk bercuti. Pakcik tu ngan anak lelaki dia yang kedua tak bagitau kat isteri dia yang anak dia dah mati. Diaorang rahsiakan perkara ni selama 10 tahun.

Saban tahun isteri dia makin pulih dan kerap sebut pasal anak sulung diaorang. Pakcik ni sedih la. Dia taknak isteri sedih bila tahu anak dia dah meninggal. Melalui rancangan ni, pakcik tu nak minta tolong sesiapa yang muka ada iras-iras anak untuk menyamar sekejap. Hanya semata-mata nak bagi isteri dia gembira.

Pakcik tu cakap lagi, 3 tahun lepas dia ada tengok TV dan ada seorang anggota polis di Beijing yang muka sangat mirip dengan anak lelaki dia. Tapi dia tak sempat salin nama polis tu. Jadi dia minta kumpulan penerbitan rancangan tu untuk cari anggota polis tersebut. Diaorang jumpa polis tu dan polis tu pun setuju untuk tolong menyamar sebagai anak pasangan tersebut.

Jadi pengacara tu pun buat la satu rancangan macam mana nak pertemukan makcik tu ngan polis tersebut. Rancangannya diaorang nak bagi makcik tu jumpa ‘anak’ dia sekejap saja sebab kalau lama-lama takut rahsia terbongkar. Diaorang pun tipu kononnya ‘anak’ dia ni seorang perisik kerajaan, kerja dia sangat merbahaya. Sebab tu dia tak balik kampung.  Dia cuma dapat pelepasan sekejap saja untuk jumpa mak dia. Dan ‘anak’ ni tidak dibenarkan untuk bercakap. Bimbang sebab slang dia lain dari keluarga pakcik ni.

Bila dipertemukan, makcik tu jadi tak tentu arah. Semua perasaan bercampur baur. Sudah pasti dia gembira dan sedih pada waktu yang sama. Dia komen ‘anak’ dia ni kurus sedikit dan semakin tinggi. Dia peluk ‘anak’ dia berulang kali. Dia paham bila pengacara tu cakap anak dia kena beredar sebab bos dah tunggu. Pakcik ngan anak kedua dia pun tahan je rasa sedih dan nak menangis tengok makcik tu terharu jumpa ‘anak’ dia semula selepas 10 tahun.

Sepanjang kisah pakcik ni disiarkan ramai jugak penonton di studio tu yang menangis. Lelaki dan perempuan menangis sekali. Dengan aku sekali mengalir air mata. Touching beb. Ni la bohong sunat yang aku cuba kongsikan dengan korang.

Kisah ni hanyalah satu daripada jutaan kisah kasih sayang seorang suami kepada isterinya. Sanggup melakukan apa saja asalkan si isteri gembira. Antara kata-kata pakcik tu adalah “Wanita adalah seorang yang penting dalam sebuah keluarga”, “dan tidak sempurna sebuah keluarga tanpa seorang wanita”.


Sekian, terima kasih. 

Tuesday, November 4, 2014

Road to MAHA 2014

Assalamualaikum wbt…

Allahhu Akbar. Lama betul aku tak kemas kini blog ni. Dah macam projek gajah putih. Gajah jugak yang salah. Okay la, entri ni dah lama aku simpan. Dah sampai tahap basi berkulat kot. Tapi aku nak letak jugak. Harap ada yang sudi baca. 

Hari Khamis yg lepas (29 Mei 2014) aku ikut ayah pi majlis perasmian Road to MAHA peringkat negeri Kedah. Ala – ala mini MAHA la. Ada yang jual makanan, pokok-pokok, dan produk pertanian. Sebelum tu korang tau tak MAHA ni apa? Hehe.. MAHA ni sebenarnya singkatan dari Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism. Diadakan setiap 2 tahun di tempat yang berlainan.

Nak senang paham, MAHA ni adalah pameran terbesar bagi sektor pertanian.  Sebab tu barang-barang yang dijual dan dipamerkan adalah berasaskan pertanian. Walaupun aku sebut pertanian, ia juga merangkumi penternakan, perladangan, industri kecil sederhana, jentera pertanian dan macam-macam lagi yang sewaktu dengannya.


Berbalik pada majlis perasmian tu, macam biasalah akan dirasmikan oleh VIP. Dan mana ada VIP yang datang awal. Kalau ikutkan aturcara majlis, perasmian akan dilakukan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Hj. Mukhriz b. Tun Mahathir. Tapi sebab beliau berada di Perak untuk bagi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Azlan Shah, maka dia hantar wakil sahaja. Wakil dia adalah YB Dato’ Dr. Ku Rahman b. Ku Ismail, Pengerusi jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna. Beliau juga merupakan Pengerusi jawatankuasa Industri dan Pelaburan negeri Kedah.

Lepas VIP bagi ucapan perasmian yang aku tak bagi perhatian tu, ada la cabutan bertuah. Cabutan ni ada 4 je untuk mengiringi majlis perasmian. Cabutan selebihnya dibuat di sebelah petang. Untuk 4 cabutan pertama ni hadiah yang disediakan adalah sebuah TV Plasma 40 inci, seekor kambing, seekor rusa dan seekor lembu. Nombor aku sipi-sipi je.

Lepas habis majlis perasmian tu aku ronda-ronda ngan ayah, tengok apa yang ada. Kebanyakkannya macam aku cakap kat atas tadi. Pusing kat bahagian haiwan pun tak banyak yang dibawa. Maklumlah pameran kecil-kecilan dan hari pertama pulak tu. Tak banyak gerai yang dibuka. Cuma ada 2 ekor kerbau, 2 ekor kambing. Arnab dan ikan laga ja banyak.  

Encik Kambing. Tak tau baka apa tanduk gulung gitu.

Taman arnab. Kanak-kanak RM1, Dewasa RM2. Boleh masuk guling-guling ngan arnab dalam tu



Sekian, terima kasih.

Foto: Hak milik sendiri.

Thursday, May 15, 2014

Tolong Pahamkan Aku

Assalamualaikum wbt...

Tajuk kenmain, dah macam tajuk lagu Ana Raffali la pulak. Ok, aku tengah berita sebenarnya. Ada satu berita yang aku paham, maka muncullah entri ni.

Berkenaan kejadian lombong runtuh di Turki beberapa hari yang lalu. Masa kejadian ada lebih 700 pelombong sedang bekerja. Dan mayat yang dijumpai lebih kurang 200 orang.

Apa yang aku tak paham adalah, selepas kejadian tersebut penduduk tempatan mengadakan rusuhan yang agak besar mengutuk Perdana Menteri Erdogan. Malah mendesak beliau untuk meletak jawatan.

Kenapa mereka bertindak sedemikian ? Seolah-olah Perdana Menteri Turki itu yang meruntuhkan lombong tersebut. Kenapa mereka tidak memberikan kerjasama dalam usaha menyelamat mangsa yang masih hidup dan mencari mayat mereka yang sudah meninggal.

Entri ni hanyalah sekadar rasa ingin tahu sesama manusia. Tidak melibatkan keadaan politik dan budaya serta pemikiran mereka di sana.

Sekian, terima kasih.

Friday, April 11, 2014

Ujian SPA

Assalamualaikum wbt ...

Baiklah, entry kali ni aku nak kongsi pengalaman sikit. Minggu lepas aku dipanggil untuk menjalani ujian fizikal dan temuduga (PAC). Ujian ni berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam. Ni kira stage kedua la.

Sebelum aku dah ambik ujian bertulis. Jom imbas sikit. Ujian bertulis ada 4 bahagian. Bahagian A: Pengetahuan Am. Soalan objektif berkisar dengan keadaan semasa dan ada kaitan dengan jawatan yang dipilih. Bahagian B: Penyelesaian Masalah. Ni soalan matematik. Bagi yang tak cekap macam aku, aku ikut logik je. Objektif so pandai-pandai la. Bahagian C: Esei B.Malaysia. Bahagian D: Esei B.Inggeris. Soalan akan minta pendapat, cadangan dan komen korang.

Alhamdulillah aku lulus. Oh yaaa..aku mohon jawatan pegawai belia dan sukan. Lepas tu dipanggil untuk ujian fizikal pulak. Sesi pagi hari pertama kena pakai baju sukan. Lepas pendaftaran, urusetia akan ambik berat dan ukur ketinggian. Lepas tu diaorang akan uji kekuatan genggaman. Ada satu alat bermeter yang korang perlu genggam.

Kemudian kena jawap soalan psikologi 250 soalan, objektif. Selesai itu, sambung ujian fizikal. Ujian kelenturan badan, korang kena duduk, luruskan kaki. Tunduk perlahan-lahan sambil tangan tolak meter kat depan. Yang bagusnya pegawai bertugas tak nyatakan berapa tahap yang sepatutnya. Semua bergantung pada kemampuan masing-masing. Takda tekanan kiranya.

Selesai yang tadi, korang kena buat curl up pulak. Lebih kurang separuh sit up la. Tangan kena lurus kat tepi. Diaorang letak 2 tape. Dari keadaan baring biasa korang kena cecah tape kedua. Ni pun ikut kemampuan. Ada yang angkat kepala cikit, ada yang angkat tinggi.

Ujian fizikal terakhir adalah untuk uji kardio. Ni ada pilihan. Sama ada nak lari ulang alik ikut masa yang diberikan atau nak berjalan selama 6 minit.

Sesi petang pulak kena pakai formal. Korang akan dibahagikan kumpulan. Sesi 1: Menyelesaikan Masalah. Diaorang bagi situasi dengan bahan sikit pastu korang kena bincang la. Dia nilai secara individu. Sesi 2: Simulasi Mesyuarat. Ni nak tengok adab korang masa berbincang. Sesi 3: Public Speaking. Tajuk korang dapat masa daftar awal pagi tadi.

Selesai hari pertama. Mula dari 8 pagi sampai lebih kurang 6 petang. Hari kedua diperuntukkan untuk temuduga. Korang akan diberi sesi pukul tertentu, sebab ramai. Aku dapat sesi pukul 12 tengah hari. Temuduga adalah secara berkumpulan. Soalan mesti la berkisar pasal belia dan sukan. Ada yang dapat soalan fakta, ada yang minta pandangan. Kalo korang ambik tahu perkembangan semasa sukan negara kita mesti boleh jawap.

Selesai la ujian selama 2 hari. Boleh dikatakan takda tekanan sangat la. Itu je aku nak kongsi.

Sekian. Terima kasih

Friday, March 28, 2014

When The Time Has Come

Assalamualaikum wbt...

Aku baru tahu yang ayah angkat aku masa aku sertai program Rakan Muda dah meninggal dunia. Arwah dah takda hampir sebulan dah. Aku online kat tipon je sebab tu ada status rakan yang tercicir dari wall aku.

Arwah meninggal sebab terlibat dalam kemalangan jalan raya. Masuk je paper tapi aku tak baca kot. Sebab tu ketinggalan. Semoga tenang di sana. Dan kepada Umi harap tabah membesarkan anak-anak yang masih kecil.

Dan berkenaan pesawat MAS yang hilang, masih menjadi misteri. Kecewa bila ada yang mengambil kesempatan memburukkan negara Malaysia. Tidak kurang yang tidak paham dan tidak mahu menerima kenyataan.

'It's true. We feel more relieve and comfortable to put the blame on someone else's shoulder. We feel superior to let others think hard for the solution. While we just fold our hands. We turned our head from the risks and barriers, and simply demand the answer.'

Gunakan akal fikiran untuk melihat kenyataan, bukan emosi sebagai panduan. Senang je nak kutuk sana sini. Tapi bila tanggungjawap tu kena pikul sendiri, tahu la sakit kepala macam mana.

Bila kita tak mampu nak bagi pertolongan, bagi laluan pada yang pakar dan ahli bidang tersebut. Jangan berlagak kita tahu dan mampu melakukan segalanya.

Sekian.

Thursday, March 20, 2014

Wedding Plan

Assalamualaikum wbt...

Cuti sekolah pun dah nak mula. Sebelum tu aku ucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua budak-budak yang baru saja ambik keputusan SPM dan STPM masing-masing. (nampak tak sedikit ketuaan di situ?).

Bila cuti sekolah dah tentu ramai orang kawin dan banyak la kenduri kawin. Tahniah juga pada bakal-bakal raja sehari.

Setiap pasangan ada perancangan diaorang sendiri nak buat kenduri macam mana. Cuma aku musykil sikit dalam rencana perancangan tu.

Sekarang dah ada trend untuk celebrate pre-wedding. Bergambar dan berposing mesra padahal tak nikah lagi pun. Perlu ke? Kenapa tak ambik lepas kawin? Kan lebih elok.

Tu bagi yang budget besar la. Merantau ke merata tempat untuk ambik gambar. Bagi yang besa-besa ni pun tak kurang juga nak bergambar. Ambik gambar lepas kawin tu betul dah. Cuma tak bestnye bila pi kenduri tanya "mana pengantinnye?" ,"owh, depa takdak, pi ambik gambaq".

Orang pi kenduri nak meraikan korang yang baru kawin tu. Tapi korang takda..apa kes?
Tu je la aku musykil.

Bukan semua macam tu. Lagipun semua tu hak mereka yang nak kawin dan buat kenduri. Dan bukan nak menyalahkan sambutan orang lain yang terdahulu. Sekadar pandangan peribadi.

Yang paling penting bersederhana adalah lebih afdal.

Sekian.

Wednesday, March 19, 2014

Predator

Assalamualaikum wbt ...

Baru je lepas tengok NatGeo. Tengok pun 30 minit terakhir je. Episod ni citer pasal naluri kucing sebagai pemangsa.

Kucing dianggap sebagai seekor pemangsa yang berbahaya. Kehadiran species ini di kawasan tertentu telah menyebabkan populasi haiwan-haiwan kecil terancam.

Kita selalu paham yang bila kucing bawa balik binatang yang dia bunuh sebagai hadiah dia kepada kita. Mungkin ada betulnya. Tapi ia lebih kepada naluri diaekor yang suka memburu.

Ada seorang pengkaji membuat kajian mengenai tabiat ini. 750 ekor kucing telah ambik bahagian. Tuan diaekor sebenarnya. Tuan diaekor diminta untuk rekod semua binatang yang si comel-si comel ni bunuh dan bawa balik.

Seekor kucing betina nama Missy menjadi juara. Tuan dia kena senaraikan sampai 7 muka surat. Bermacam-macam jenis burung, cicak, tikus dan lain-lain. Yang paling besar adalah arnab. Dia tak makan pun. Kadang-kadang makan separuh.

Kucing aku kat rumah ni selalu tangkap tikus dan cicak. Burung tu kadang-kadang ada la. Walaupun diaekor nampak jinak, naluri untuk memburu dan cari makan sendiri tu masih ada.

Apa-apa pun, bagi aku pemangsa paling bahaya adalah MANUSIA.

Sekian.

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...