Arini cuti, xpegi mana-mana pun, sbb aku xbrapa gemar kluar ari Jumaat. Tengah makan td (ns bungkus je) teringat nak tulis satu topik ni. Jimat ke Boros? Topik ni refer kat diri aku sendiri sebenarnya. Sebab aku xpasti aku ni category mana.
Situasinya, kalo bab gi shopping baju, kasut, beg or apa-apa barang lain yg memang kebanyakkan perempuan suka, aku kurang cikit. Aku still boleh pikir barang tu kehendak or keperluan, urgent or boleh tangguh je dan perkara yg sewaktunya. Time ni aku rasa macam bangga je, sebab tak boros mcm org lain. Tapi cuba tengok situasi satu lagi.
Situasi kedua, aku masuk kedai buku (mana-mana je kedai or tempat yg jual buku), aku jadi rambang mata. Semua buku aku rasa nak beli dan baca. Kalo nak baca mesti la kena beli, tak kan nak baca dlm kedai tu sampai abih, dibuatnya kena halau, padan muka je. Kalo bab buku (kecuali buku akademik) aku memang xpikir 2,3 kali.
Setiap kali beli buku, RM20-RM30 tu dah memang sah melayang. Tu baru sekali masuk, dah kalo aku ulang gi kedai buku 3,4 kali dalam sebulan? Tak ke kering purse aku? Time ni aku rasa macam aku sama je boros mcm orang lain gak (yg selama ni aku kutuk). Haha, terkena batang hidung sendiri.
Tapi ada gak effort nak sedapkan ati sendiri, aku pun bermonolog, "Tak pe abih duit beli buku, boleh tambah ilmu pengetahuan, boleh buat pelaburan masa depan". (walaupun banyak beli komik Ujang and Doraemon je) Hahaha.
Moralnya: Berjimat cermat lah dalam berbelanja untuk kebaikan masa depan (kalo nak boros pun, biar lah pada perkara yg berbaloi).
Friday, May 27, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Long Sarah Meninggal Dunia
Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...
-
Assalamualaikum wbt.. To update my blog, I want to share with all of you about a cartoon series called 'Happy Tree Friends'. Looki...
-
Assalamualaikum wbt ... Hai semua. Entri pertama tahun 2020. Selamat tahun baru ye semua. Perubahan tahun sebenarnya tak banyak yang ber...
-
Assalamualaikum wbt.. Hi..I just finished watching "In Time" movie. The main performers are Justin Timberlake (Will Salas) and A...
No comments:
Post a Comment