Tuesday, May 31, 2011

Istighfar

Daripada Abu Said al-Khudri r.a., katanya:

"Aku mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: 'Iblis berkata kepada Tuhannya: 'Demi keperkasaan-Mu dan keagungan-Mu, aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama mana roh masih berada di dalam jasad mereka'. Allah menjawab: 'Demi keperkasaan-Ku dan keagungan-Ku, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mereka meminta ampun kepada-Ku'.


Lihat betapa penyayangnya Allah s.w.t. kepada kita hamba-Nya. Dia tahu hambanya akan berbuat dosa kerana termakan pujukan iblis dan syaitan, namun, Dia bersedia untuk memberi keampunan selagi kita hamba-Nya mahu memohon dan bertaubat kepada-Nya.

Betapa indahnya kasih sayang yang Allah hulurkan. Tiada siapa pun yang mampu menandingi-Nya.

Tetapi adakah kita bersyukur dan menghargai peluang yang Allah berikan ini. Adakah kita lekas-lekas beristighfar apabila sedar kita ini berdosa. Atau kita hanya memberi alasan bahawa "xpa, nanti tunggu dosa banyak dulu baru la istighfar, kompem zero balik, Allah kan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang".  

Astaghfirullah hal a'zim

Semoga kita semua diberi petunjuk dan hidayah oleh-Nya, agar kita terus terpelihara dari fitnah dan godaan iblis, syaitan dan Dajal. Semoga iman kita dipelihara hingga ke akhir hayat.

Iblis dan kaum kerabatnya, secara terang-terangan telah bersumpah akan terus-menerus menyesatkan keturunan Nabi Adam a.s. hingga ke hari Kiamat. Kita mengakui syaitan dan iblis adalah musuh kita yang nyata dan wajib kita perangi. Namun, berapa ramai di luar sana yang masih membiarkan hidung mereka dicucuk dan ditarik oleh 'musuh' yang nyata ini.  

Kita benci tapi kita masih mengikut arahan dan hasutan mereka. Iblis dan syaitan hanya tersenyum gembira melihat keadaan kita. Martabat kita diangkat sebagai sebaik-baik ciptaan-Nya, tapi kita mudah sekali tewas di tangan makhluk yang dilaknat-Nya.

Renung-renungkan, muhasabah diri kita. Sejauh mana kita ini benar-benar menjadi ciptaan terbaik Allah s.w.t.

Amin..

Pesanan buat diri sendiri dan sahabat, rakan,dan kenalan yang dirahmati.


No comments:

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...