Hai, ni nak cerita sikit pasal life di awal sem 7. Tinggal sem ni dan sem depan je, pastu abih la pengajian 4 tahun aku. Boleh balik kampung dan spend masa main-main dengan golden collection aku kat rumah tu.
Sem ni aku ada kelas 3 hari je: Isnin, Selasa, dan Rabu. Ahad dan Khamis tak ada kelas. So, hari cuti bertambah la dari 2 hari kepada 4 hari setiap minggu. Dah banyak sangat hari cuti ni tak tau pulak nak buat apa.
Ni ada beberapa aktiviti yang aku buat time cuti. Hari Khamis aku dengan kawan pi TTC (Terengganu Trade Centre) sebab ada IT Fair (adik-beradik PC Fair). Aku beli pendrive je untuk k.long aku. Pastu tolong belikan printer kat kawan. Then, pegi buang duit cikit kat Mydin Mall.
Hari Jumaat, pagi tu ada program explorace sebagai aktiviti untuk sambut junior course aku. Aku dah jadi Super Duper Senior sekarang ni. Program abih dalam pukul 10 lebih, lepas makan pukul 11 lebih aku pun rilex je sambil layan movie. Tiba-tiba kawan call ajak pegi KB Mall. Aku agak terkejut, biar betul nak ajak pi Kota Bharu. Ad hoc program, dah alang-alang orang ajak, aku on je la. lagipun tak pernah lagi sampai sana.
KB Mall, sekarang tengah sale
Dah sampai sana, apalagi, sempat la membuang duit sekeping, dua. Aku kagum sedikit, Aku tak budget Kelantan ada tempat besar macam tu (sorry to Kelantanese). Stereotype nye aku anggap Kelantan agak mundur. Tapi ok je, rasa macam nak pegi lagi kot. Hahha.
Happy kan duit boleh terbang. Hehe
Hari ni, sepatutnya aku dah on the way ke Mesra Mall pulak. Tapi bila difikirkan, amboi sakan kau keluar tiap-tiap hari. Kalau keluar saja tak apa, tapi duit mesti terkeluar jugak jap lagi. Tak boleh-tak boleh. Aku kalau bab duit ni agak kedekut ye (jujur ni). Aku akan jadi psiko sendiri bila spend duit banyak tiap-tiap hari. Maklum la, mana ada pendapatan sendiri, loan yang ada ni pun nak kena bayar balik. Maka aku tak pegi ke Mesra Mall. Maaf la kawan-kawan yang ajak tu ye.
Esok pun dah ada plan nak keluar dengan member sekelas. Pegi pusing bandar naik bas Cas Ligas. Rilex je naik bas tu, seat dia cikit je. Ada kerusi besi macam kat taman tu. Asyik keluar jalan-jalan, assignment tak buat lagi. Pastu mula la serabut, semua nak buat dalam satu masa. Insaf la Naz ooi.
Ni la bas nye
foto: Google Image
2 comments:
sesuap jer bagusnya hehe...
sesuap je..byk suap nnt jadi macam Yaya pulak..hehe
Post a Comment