Friday, December 2, 2011

Aku dan Kenangan 3

Assalamualaikum wbt semua..

Hai..apa aktiviti anda semua hari cuti ni? Enjoy your weekends okay.

Ni aku nak sambung pasal kenangan yang ketiga pulak. Macam best pulak nak citer benda-benda yang dah lepas dalam hidup ni.

Masih berkenaan anak sedara aku. Masa tu aku sekolah rendah, aku dah lupa macam mana aku dipertanggungjawapkan untuk jaga anak sedara aku tu. Masa tu dia la satu-satunya anak sedara yang aku ada, Nur Fatin Syafiqah. Dia kecik lagi masa tu, tapi dah boleh jalan la.

Budak-budak bukan nak dengar cakap kita, larang sikit nak nangis, nak ngamuk. Masa tengah jaga tu, anak sedara aku dapat sebotol minyak angin (guna untuk urut). Aku mintak dia tak nak bagi. Puas mintak, dia tak bagi jugak. Aku nak ambik, dia nak gigit.

Pastu aku biar. Akibatnya....sebotol minyak angin tu kosong sebab dia tuang kat lantai, plus...cermin almari retak kena ketuk ngan botol minyak angin tu.

Mak aku tanya.."awat adik biaq dia main lagu tu?"...aku jawap.."dah dia nak tokak (gigit) tangan."

Haha..berkaliberkan jawapan aku. Macam tu la kalau aku jaga budak-budak tu, jangan harap aku nak larang banyak-banyak. Sekarang anak sedara aku tu dah besar, dah 17 tahun. Ambik SPM tahun ni, semoga dia berjaya.

2 comments:

Akmall Razlan said...

moralnya... jangan larang mereka...takut nanti kena gigit...

IntaNBerliaN said...

hihii jwpn yg bagus ni.. hehee

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...