Ni entry kedua selepas "Aku dan Kenangan". Seperti sebelum ni, aku akan citer pasal mana-mana kenangan yang aku nak kongsi.
Kenangan kali ni baru je terjadi. Minggu lepas, aku balik kampung, tak ada cuti pun masa tu, cuma cuti hujung minggu. Tetiba aku rajin balik kan.Hahaha..tak lah..aku balik pun sebab ada kenduri, anak sedara bersunat. Lagipun kak long aku setuju nak sponsor tiket pergi balik. Apa lagi, on je la.
Semua kakak abang aku balik masa tu. Meriah, lama tak berkumpul. Hari Jumaat tu buat persiapan, Sabtu tu kenduri, Ahad pulak mengemas rumah. Yang nak ceritanya masa hari Ahad tu la, semua sibuk kemas, basuh periuk dan kawah, sapu sampah dan sebagainya.
Dalam sibuk-sibuk tu, aku dukung anak sedara aku yang kecik tu, Muhammad Zariff, hujung Disember ni cukup la setahun umur dia. Penat bawa dia pusing kampung, aku bawa la dia pi tengok mak dia dok basuh periuk. Kat situ ada beberapa timba (baldi) yang penuh dengan ayaq. Zariff excited la nak main ayaq. Aku biar dia tepuk- ayaq tu sampai aku sekali basah. Aku tak kisah, sebab tengok dia seronok sangat.
Lenguh tangan dok pegang dia, kena pegang kemas-kemas, jap lagi tak pasal terjunam dalam timba tu. Mak dia suruh ambik besen besar, boh ayaq bagi dia dok dalam tu. Lagi seronok la dia berkisaq dalam besen tu. Aku kena pegang jugak sebab dia suka tunduk ikut suka hati. Budak kecik besa la.
Dah lama main tu, aku pun dah lenguh bertinggung, aku suruh dia berhenti main. Tapi dia tak mau. Dia pegang besen tu kuat-kuat. Masa aku nak angkat dia tu, dia "ngap" tangan aku. Sakit wei..tapi memandangkan dia anak sedara aku yang masih kecik..tak ada la aku sekeh kepala. Hehe. Kucing aku gigit pun tak sakit macam tu.
Jangan terpedaya dengan senyuman ini.hehe
Aku dapat souvenir "bunga" kat tangan. Dia dah ada beberapa batang gigi, tu yang seronok sangat gigit tangan orang. Ngan abah dia tak payah cakap la, memang selalu je kena gigit.
Malam Ahad tu dah bertolak balik ke Terengganu, sebab Isnin dah ada kelas.
Nanti aku cerita lagi kenangan aku jaga anak-anak sedara aku.
Foto: Google Image
3 comments:
adus.. mmg sakitla... sy pun slalu kne gigit dgn alisha tp nasib x berbekas.. hihi
btw, trg kat mana ye
ada berapa ramai anak sedara?
IntaNBerliaN: Kat Gong Badak
Nini D: setakat ni ada 7 orang
Post a Comment