Thursday, December 22, 2011

Kisah Tiga Pagi

Assalamualaikum wbt semua..

Tengok tajuk tu, dah macam entry MeowwMania je. Ok, ni nak cerita sikit kejadian yang berlaku pada pukul 3 pagi tadi.

Lepas siapkan keje sikit-sikit, aku pun tido, waktu tu lebih kurang pukul 1 dah. Tido la dengan nyenyaknye. Tido, tido...TIBA-TIBA.....aku dengar bunyi letupan, diiringi jeritan-jeritan cemas. Apa benda lak jadi ni. Aku tengok jam kat tipon..03:00am.

Aku pun bangun dari katil, buka pintu belakang, pegi kat balkoni, nampak asap merah. Mula-mula aku ingat ada masalah dengan wayering, sebab dari siang tu 3 kali elektrik terputus.

Aku jenguk ke bawah, nampak ada satu tin kilat yang berasap. Sapa pulak la main bom asap pagi-pagi buta ni. Loceng kebakaran bunyi, dalam konpius tu, aku turun la ke bawah ngan budak2 lain. Sampai kat tingkat 2..ehhh..ada bomba, dia nampak rilex je...

Cehh..baru sedar, fire drill rupanya.



Apahalnye buat fire drill pukul 3 pagi ni. Memang la bagus sebab nak test student ni alert tak masa kebakaran, tau tak nak bertindak macam mana bila kecemasan. Fine. Terima kasih.

Yang menjadi isu ni, kenapa pihak pengurusan kolej kediaman ngan bomba ni buat fire drill time ni, hari khamis minggu terakhir kuliah?? Tak tau ka time ni student semua ngah busy, struggle ngan quiz, presentation, nak hantar assignment semua.

Diaorang nak bertanggungjawap ka bila ada kerja-kerja student yang tak sempat nak save kat laptop tu, bila ada student tertekan nak jawap test, kalau ada yang lemah semangat ngan bunyi letupan tu.

Haduhhh..walaupun niat depa baik, tapi pilih la masa yang lebih sesuai. Memang la kecemasan tak tahu nak jadi bila, tapi kalau setakat nak buat latihan ni, agak-agak la.

Masa turun aku bawa tipon, kunci bilik ngan jam tangan je. Pukul 3.30 dah naik sambung tido balik.

p/s: maturity count based on your action.

3 comments:

IntaNBerliaN said...

lorr salah timing la pulak dorg wat kan..

UniMeOw said...

ntah,,len kali wat la awal2 sem..grrr

Ce'gu JAERA said...

ehehehehe.. kelakar plak... yelah, ganggu org nak tdo je... ehehehehe

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...