Friday, November 2, 2012

Aku dan Kenangan 7

Assalamualaikum wbt

Tadi masa tolong mak aku mesin kelapa, aku teringat pasal satu kenangan ni. Dan aku nak kongsi la dengan sapa-sapa yang sudi baca.

Masa aku kecik-kecik dulu, umur 6 tahun, aku dok rumah ja. Masa tu budak-budak lain pegi tadika, Pasti dan kawasan-kawasan yang sama jenis dengannya. Aku belajar kat rumah ja. Ayah aku yang ajar. Dia beli buku latihan kosong dan ajar macam mana cikgu kat sekolah ajar. Cuma suasananya lebih santai, dia bagi kerja suruh aku buat, pastu dia pegi la buat keje lain, nanti dia datang check.

Lepas tu, pada tahun 1995 aku masuk darjah satu. Masa mula-mula belajar tu, cikgu ada buat test cikit la, nak tengok budak-budak ni pandai ABC atau tak.

Sejujurnya masa tu aku tak tau susunan ABC yang betul. Cikgu suruh semua berdiri kat depan kelas, dia akan tanya soalan pasal ABC, sapa boleh jawap boleh la duduk.

Kebanyakkan budak-budak excited nak jawap. Korang boleh bayangkan macam mana budak-budak bila excited nak jawap soalan cikgu. (sebab diaorang tau jawapan dia). Haha.

Aku, dari dulu sampai sekarang, tak suka nak berebut-rebut ni. Aku biar je diaorang lompat-lompat angkat tangan nak jawap. Sampai la tinggal lebih kurang 10 orang.

Cikgu darjah satu aku masa tu nama cikgu Putih binti Khamis. Ni nama betul tau. Sekarang ni pun dia ada lagi mengajar kat sekolah rendah tu. Dia tulis ni kat papan hitam dan tanya aku ni huruf apa..?

Berapi beb. Hehe. aku jawap huruf M.


Pastu dia tulis lagi satu huruf dan suruh aku jawap.

Aku jawap huruf M.

Masa tu aku tak tau apa beza 2 huruf ni. Cikgu tanya banyak kali dan jawapan aku tetap sama. Jeng..jeng..aku kena tampar. Terkejut la aku. Tapi takda la kuat, tak sakit pun. Sekarang aku tak marah pun kat cikgu tu, cuma aku tertanya-tanya perlu ka aku ditampar sebab tak tau huruf M dan N.

Haha. Tu la kenangan masa darjah satu dulu. Sekarang aku dah pandai ABC. Tambah pulak ada lagu hindustan pasal ABc tu. Dari citer apa ntah. 

Sekian. Terima kasih.

http://nazirah-pieceofmind.blogspot.com/2012/07/aku-dan-kenangan-6.html

Foto: Google Image

6 comments:

Liselle MonCherie said...

Tampar?? Mak aih,dlu masa drjh 1 pernah kene jemur kt luar sbb lupa bwk buku maths....

Aidah said...

Cikgu tu bad mood ka? Garang jugak cikgu tu ya. Kesian pulak akak kat Naz.

Naz said...

Liselle: Kenangan sume tu

Aidah: agaknya la..tak marah pun kat cikgu tu

meowwmania said...

tampar?? ushh....tak patut kot

Akmall Razlan said...

babun! ang kena tampaq? apa gila? aku dulu kena gak, tapi kena hempuk dengan buku tebal yang cikgu2 duk usung kulu kiliaq tu. sakit woo!!! babik sungguh! nama cikgu itu, Rosman. Putih dan handsome. Sekian, terima kasih tapi garang nak mampus, tak sempat lafaz cinta..hahaha *bodoh tak?

Pernille said...

Thanks for your swwet comment in my blog.
Wish you a nice day <3
Hugs from Pernille

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...